Aluan pengurusLatarbelakangSejarah Tuan Haji Mat Rashid bin Uda JaafarTulis emel kepada kamiCawangan kami  
 

 

SEJARAH

 

Sejarah 'laksa pakngah' ini bermula dengan Tuan Haji Mat Rashid bin bin Uda Jaafar (foto sebelah kanan), bapa kepada Puan Hajah Rogayah binti Haji Mat Rashid, sekitar 1950-an dan ia dibantu oleh keluarga.  Bermula dengan perusahaan berniaga laksa secara menjaja dengan basikal turut berjual cili boh secara kecil-kecilan.  Pasaran kecil pada peringkat awal, bermula dengan pelanggan dan pengguna sekitar bandar Kuala Kangsar.

 

Sebelum berniaga laksa, Encik Abdul Rashid iaitu suami kepada Rogayah binti Mat Rashid, iaitu datuk kepada Pengurus restoran ini, turut mengusahakan perniagaan  memproses dan memasar cili boh.  Mempunyai bangunan kecil dan disebelahnya menjual laksa sebagai pendapatan sampingan berserta air minuman.

 

Perniagaan cili boh dan gerai makanan menjual laksa, semakin berkembang. Ahkhirnya Abdul Rashid mendapat modal untuk membeli motorsikal Honda C70.  Pendapatan yang berkembang ini memboleh dia berjaja laksa dan cili boh ke merata tempat.  Laksa dan cili itu dipasar secara jualan langsung dan kecilan ke kampung. 

 

:: Kelihatan Encik Abdul Rashid sedang melayan pelanggannya

disebuah sekolah rendah sekitar tahun 1955. Gambar kiri sekali

kelihatan Puan Rogayah binti Haji Mat Rashid serta suaminya.

 

Usaha yang berterusan, rasa yang tidak berubah, semakin mendapat tempat bagi penggemar laksa sekaligus memberi ruang perniagaannya berkembang.  Laksa Pakngah menjadi trademark.  Masyarakat tempatan mengenali Pakngah bagi gelaran datuk kepada pengurus restoran ini dan Pakngah Laksa satu nama tidak asing lagi.  Akhirnya Laksa Pakngah dari berbasikal, bermotor kini berkembang kepada perniagaan restoran disertai dengan cawangannya.

 

 

Rancangan untuk menjadikan perusahaan keluarga kepada konsep francais dan cawangan lebih besar sedang diusahakan.  Sumbangan kakitangan dan pekerja turut sama membantu untuk membenarkan perniagaan kami terus berkembang dan lebih berjaya di masa akan datang.

 

 

Laman depan | Perniagaan  |  Sejarah   |   Cawangan   |  Lokasi   |  EMEL

     

 
     
Hosted by www.Geocities.ws

1