![]()
:: Bacaan Dalam Solat ::
:: Doa Iftitah ::
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allahsebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan
langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah
kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-
orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan
hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali
tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian
aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan
orang-orang Islam.
:: Rukuk ::
Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung
dengan sifat kepujian-Nya.
:: Iktidal ::
[ Kembali Berdiri Dari Rukuk ]Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
:: Sujud ::
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujian-Nya.
:: Duduk Di Antara Dua Sujud ::
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku,
berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk,
afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
:: Tahiyat Awal ::
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat
[berganda-ganda] dan doa yang baik-baik
semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu
wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba Allah
yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan aku mengaku bahawa Muhammad
utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah
kesejahteraan atas Muhammad.
:: Tahiyat Akhir ::
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat
[berganda-ganda]dan doa yang baik-baik
semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu
wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba Allah
yang baik-baik.Aku mengaku bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan aku mengaku bahawa Muhammad
utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan
atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang
telah Engkau anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan
keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau
telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
:: Doa Qunut ::
Hai Tuhanku tunjukilah aku bersama orang
yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku
bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan
pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau
pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa
yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku
dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau
qadakkan [hukumkan]. Maka bahawasanya Engkau
yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum.
Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah
Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang
telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau hai Tuhan
kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagi-Mu pujian
di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta
ampun aku kepada Engkau dan taubatku kepada Engkau.
Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad
yang ummy [tidak tahu membaca], dan sejahtera
atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
:: Salam ::
Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.
![]()