· · Pengenalan: Apakah 3G dan teknologi yang digunakan?
3G (atau 3-G) adalah singkatan untuk ‘third-generation technology’ atau teknologi generasi ketiga. Ia biasanya digunakan dalam konteks telefon mudah alih. Ia juga dikenali sebagai IMT-2000 (International Mobile Telecommunication-2000) oleh ITU (International Telecommunication Union).
Evolusi sistem komunikasi telefon bimbit biasanya dikenali sebagai 1G, 2G dan 3G, yang terbaru adalah 3G yang direka khas untuk penghantaran data berkelajuan tinggi. Rangkaian tanpa wayar 3G adalah evolusi bagi rangkaian telefon sel kawasan lebar dengan harapan untuk menggabungkan capaian internet berkelajuan tinggi dan rangkaian bagi sistem telefon yang menggunakan video. Gambarajah di bawah menunjukkan evolusi sistem komunikasi telefon bimbit.
Gambarajah seterusnya menunjukkan sistem jalur lebar tanpa wayar generasi ke-3. Sistem ini menggunakan dua 5MHz lebar saluran radio untuk membolehkan transmisi serentak di antara pengguna dan lain-lain rangkaian telekomunikasi. Terdapat pelbagai saluran yang digunakan iaitu dari pengguna kepada sistem (‘uplink’) dan daripada sistem kepada pengguna (‘downlink’). Gambarajah berikut juga menunjukkan bahawa rangkaian 3G saling bersambung (interconnect) dengan rangkaian telefon awam dan Internet. Protokol berbeza digunanakan dalam saluran radio untuk memberi kuality yang tinggi untuk maklumat bersuara (voice information) dan penghantaran maklumat data yang mempunyai integriti yang tinggi.