Teknologi yang biasa digunakan untuk 3G adalah UMTS (Universal Mobile Telecommunication System), dan CDMA2000 (Code Division Multiple Access-2000).
CDMA2000 adalah dari keluarga 3G standard telekomukasi telefon mudah alih yang menggunakan CDMA, skema pelbagai capaian untuk radio digital, untuk menghantar suara, data dan isyarat data (seperti telefon nombor yang didail) di antara telefon mudah alih dan tapak sell. Ia adalah generasi kedua bagi CDMA sistem sell digital.
CDMA (code division multiple access) adalah teknologi radio digital yang menghantar aliran bits dan di mana salurannya dibahagikan menggunakan kod. CDMA membenarkan banyak radio untuk berkongsi saluran frekuensi yang sama.
Standard yang berasaskan CDMA mempunyai kepentingan ekonomi ke atas standard yang berasaskan TDMA, atau standard sistem sell yang tertua yang menggunakan pengagihan frekuensi pelbagai capaian atau FDMA (frequency division multiple access).
CDMA2000 bukanlah saingan yang sesuai bagi UMTS iaitu satu lagi standard 3G yang utama. Ia beroperasi dalam frekuensi 400MHz, 800MHz, 1700MHz, 1800MHz, 1900MHz, dan 2100MHz.
UMTS boleh mencapai sehingga 1920 kbit/s kadar hantaran data (dan bukan 2Mbit/s seperti yang biasa dilihat), walaupun pada masa kini pengguna di dalam rangkaian yang nyata boleh menjangkakan prestasi sehingga 384kbit/s – di Jepun sedang bersiap sedia untuk meningkatkanya hingga 3Mbit/s. Ia memberikan capaian ke World Wide Web dan lain-lain servis data pada peralatan mudah alih.
Sejak awal tahun 2006, rangkaian UMTS di Jepun telah ditingkatkan dengan High Speed Downlink Packet Access (HSDPA), yang juga dikenali sebagai 3.5G. Ini membolehkan kelajuan penghataran ‘donwlink’ sehingga 14.4Mbit/s. Jalur frekuensi yang tertentu bagi standard UMTS adalah 1885-2025MHz untuk ‘uplink’ dan 2110-2200MHz untuk ‘downlink’.
· Keupayaan / keistimewaan yang ditawarkan.
Selain keupayaan telefon mudah alih yang sedia ada seperti SMS dan membuat panggilan telefon, berikut adalah kelebihan dan keupayaan telefon mudah alih 3G:
þ Generasi ke-3 ini direka khas untuk data multimedia berkelajuan tinggi dengan kelajuan dari 128Kbps hingga beberapa megabits per saat.
þ 3G juga dijangkakan untuk memberi ‘global roaming’ yang lebih maju. Ini bermakna gelombang radionya boleh bergerak ke mana-mana dan secara automatik boleh bertukar cell (handed-off) bagi mana-mana sistem tanpa wayar yang sedia ada seperti sistem telefon dalam rumah, sistem mudah alih, satelit, dan sebagainya.
þ Dengan kadar penghantaran data yang lebih tinggi, ini memungkinkan untuk menjalankan persidangan menggunakan video atau membuat panggian menggunakan video.
þ mencapai Internet dengan lebih pantas dan juga menonton rancangan televisyen semasa siarannya.
þ Kelajuan capaian Internet juga boleh meningkat sehingga 2Mbit sesaat, di mana GPRS hanya boleh mencapai sehingga 144 bit sesaat.
þ Ia juga membolehkan aktiviti memuat turun musik, bahan video dan juga saluran TV dengan lebih pantas berbandingkan telefon mudah alih generasi ke-2 seperti GPRS.
þ Teknologi 3G ini juga boleh digunakan pada komputer riba untuk mencapai Internet dengan menggunakan modem sistem sell. Dengan adanya keupayaan 3G pada komputer riba, pengguna tidak lagi perlu untuk mencari hotspot Wi-Fi.
3G akan menambahkan nilai yang tidak terkira bagi dimensi telefon mudah alih kepada servis yang telahpun menjadi sebahagian daripada kehidupan serba moden: Capaian Internet dan Intranet, persidangan-video, dan perkongsian aplikasi interaktif. Jadual berikut membandingkan ciri-ciri 3G dengan teknologi tanpa wayar yang lain.
|
2G Wireless
|
|
Teknologi bagi kebanyakan telefon mudah alih semasa
Ciri ciri termasuk:
- Panggilan telefon
- Mel suara
- Menerima pesanan e-mel ringkas
Kelajuan: 10Kb/saat
Masa untuk memuat turun 3 minit lagu MP3:
31-41 minit
|
|
|
|
2.5G Wireless
|
|
Teknologi terbaik yang sedia ada secara meluas
Ciri-ciri termasuk:
- Panggilan telefon/faks
- Mel suara
- Mengirim/menerima pesanan mel yang besar
- Melayari laman Web
- Navigasi / pemetaan
- Berita terkini
Kelajuan:
64-144Kb/saat
Masa untuk memuat turun 3 minit lagu MP3:
6-9 minit
|
|
|
|
3G Wireless
|
|
Menggabungkan telefon mudah alih, computer riba dan televisyen
Ciri-ciri termasuk:
- Panggilan telefon/faks
- Global roaming
- Mengirim/menerima pesanan e-mel yang besar
- Capaian ke laman web, navigasi, pemetaan dan persidangan video dengan kelajuan tinggi
- Menonton TV
- Peringatan untuk agenda mesyuarat.
-
Kelajuan:
144Kb/saat-2Mb/saat
Masa untuk memuat turun 3 minit lagu MP3:
11 saat - 1.5 minit
|
|
sumber: Newsweek
· Kekangan / kelemahan.
3G juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Berikut adalah antara beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti pada teknologi generasi ke-3 ini.
ý Teknologi 3G ini hanya boleh digunakan dengan peralatan yang menyokong teknologi ini. (Bukan semua telefon mudah alih menyokong servis 3G)
ý Kos yang tinggi. Kos ini termasuklah membeli peralatan jalur lebar tanpa wayar, yuran pendaftaran dan yuran berdasarkan penggunaan ataupun yuran bulanan yang tetap.
ý Rangkuman rangkaian yang kurang oleh kerana pembinaan rangkaiannya yang mengambil masa.
ý Saingan daripada capaian jalur lebar daripada Wi-Fi.
ý Kekurangan permintaan daripada pengguna untuk 3G.
ý Memerlukan bateri yang mempunyai jangka hayat lebih lama.
ý Untuk membolehkan servis permintaan video (Video on Demand), satu stesyen asas perlu dipasangkan pada jarak setiap 1-15 km.
ý Masalah dengan penukaran daripada UMTS kepada GSM di mana talian diputuskan atau penukaran hanya dibolehkan untuk satu arah (UMTS -> GSM) dan untuk penukaran semula kepada UMTS, telefon perlu dimatikan terlebih dahulu.
· Kesan kepada masyarakat pengguna.
Dengan adanya teknologi 3G yang menjanjikan kadar penghantaran data yang lebih tinggi ini, lebih banyak aktivit yang boleh digunakan dengan telefon mudah alih. Dengan itu, ia membawa banyak kesan kepada masyarakat pengguna masa kini dan akan datang. Antaranya ada seperti berikut:
[ Penjimatan masa
o Dengan adanya kemudahan 3G yang menyediakan kadar penghantaran data yang tinggi, pengguna dapat mencapai laman-lawan Web dan memuat turun sebarang maklumat dengan lebih pantas.
o Dengan adanya kemudahan persidangan video, masa juga dapat dijimatkan kerana pengguna tidak perlu untuk berkumpul di satu tempat bagi menjalankan persidangan. Mereka boleh berada di mana-mana sahaja dan persidangan ini boleh diadakan pada bila-bila masa.
[ Kemudahan transaksi
o Dengan adanya kadar penghantaran data yang lebih tinggi dan lebih canggih, banyak perkhidmatan-perkhidmatan perbankan dan transaksi yang lain dapat disediakan dengan lebih berkesan. Selain daripada mengetahui baki akaun bank, pengguna juga boleh membayar bil dan membeli tiket penerbangan melalui telefon mudah alih mereka.
[ Penggunaan masa lapang
o Kini masa-masa lapang seperti menunggu seseorang, dapat di isi dengan telefon mudah alih yang 3G. Ini adalah kerana lebih banyak servis atau aktiviti-aktiviti dapat disediakan dengan adanya teknologi canggih ini, seperti menonton rancangan TV, bermain permainan secara online ataupun melayari laman web melalui telefon mudah alih.
[ Peningkatan kos
o Bagaimana pun, kemudahan 3G ini bukanlah murah. Pengguna perlu membeli peralatan atau telefon mudah alih yang menyokong teknologi 3G ini di mana harganya adalah mahal. Selain ini, pengguna juga perlu membayar yuran bulanan yang agak tinggi bagi mendapatkan servis 3G ini.
[ Masalah sosial
o 3G juga dapat membawa kesan negatif kepada masyarakat. Sebagai contoh, kanak-kanak tanpa pendidikan seks yang sesuai mudah didedahkan dengan bahan-bahan lucah (baik sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan) melalui telefon mudah alihnya.
o Dengan adanya lebih banyak perkhidmatan dengan menggunakan telefon mudah alih 3G, ini akan meningkatkan lagi masa ketagihan telefon mudah alih ini. Masalah ketagihan ini adalah suatu masalah yang besar. Pakar perubatan mempercayai ketagihan ini telah menjadi salah satu daripada ketagihan jenis bukan dadah pada kurun ke-21 ini. Remaja maupun orang dewasa sentiasa sibuk dengan telefon mudah alih masing-masing tidak kira semasa panggilan, menggunakan SMS (sistem pesanan ringkas), melakukan konfigurasi dengan nada dering dan gambar, bermain permainan, memuat turun maklumat ataupun melayari lawan Web dan sebagainya.
o Tabiat kerap menukar telefon bimbit akan menjadi-jadi oleh kerana telefon mudah alih yang direka masa kini untuk menyokong 3G adalah lebih mahal . Ini juga menjadi masalah kerana ia menyebabkan pengguna membelanjakan kos yang tidak diperlukan dalam bil telefon dan juga kos telefon itu sendiri.
o Fungsi kamera pada telefon mudah alih ini juga mendatangkan masalah ‘privacy’. Ini adalah kerana terdapat pengguna yang menyalahgunakan fungsi kamera ini dengan menangkap gambar seseorang tanpa kebenaran mereka lalu meyebarkan kepada orang lain.
[ Masalah Keselamatan
o Penyebaran virus komputer juga menjadi masalah bagi teknologi baru ini. Sama seperti virus komputer yang lain, virus-virus ini boleh memberi kesan kepada penggunaan telefon mudah alih ini untuk tidak berfunsi dan menyebabkan kemusnahan data khasnya.
[ Masalah kesihatan
o Tanda-tanda yang disebabkan oleh radiasi daripada penggunaan telefon mudah alih adalah masalah yang paling diperdebatkan. Dengan meningkatnya ciri-ciri telefon mudah alih 3G ini, makan penggunaannya juga akan turut meningkat. Ramai ahli sains percaya bahawa radiasi daripada telefon mudah ahli boleh menyebabkan pengguna mendapat tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit telinga, kabur pandangan dan juga boleh meyebabkan kanser. Walaupun masalah ini masih di dalam kajian, pengguna telefon mudah alih adalah dinasihatkan untuk mengurangkan kadar penggunaan telefon mudah alih semana boleh.
· Kesimpulan
Teknologi ICT, seperti telefon mudah alih dan 3G membolehkan kita untuk mencapai maklumat penting dengan pantas tetapi ia juga dapat membawa kita kepada maklumat palsu dan berbahaya daripada sumber yang salah.
Pembangunan teknologi 3G juga memberi kemudahan dan kebaikan kepada dunia. Komunikasi di antara satu sama lain adalah lebih mudah dan cepat. Bagaimanapun keburukan yang dibawa oleh teknologi yang yang berkembang dengan pantas ini tidak boleh dielak. Masalah-masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada orang perseorangan tetapi juga kepada masyarakat. Dengan itu, masyarakat perlu diberi pendidikan mengenai setiap isu berkaitan dengan teknologi ini.