Kumpulan Penghalang Penukaran Enzim Angiotensin

Kumpulan penghalang penukaran enzim angiotensin adalah antara agen pilihan untuk rawatan hipertensi terutamanya dikalangan pesakit yang mempunyai kegagalan jantung kongesif, kencing manis dan juga infarksi miokardia. kumpulan ini juga telah menunjukkan keupayaan untuk menurunkan morbiditi dan mortaliti bagi pesakit yang mempunyai komplikasi kegagalan jantung kongesif disamping mengurangkan kehadiran protein di dalam air kencing (proteinurea) bagi pesakit yang menghidap kencing manis. Ini akan memperlahankan proses kegagalan buah pinggang bagi pesakit tersebut.Agen dalam kumpulan ini juga boleh dikombinasikan dengan kumpulan diuretik dan penghalang terusan kalsium

Agen ini bertindak dengan menghalang penukaran enzim angiotensin 1 kepada enzim angiotensin 2. Enzim angiotensin 2 merupakan satu satu vasokonstriktor (mengecilkan salur darah) yang kuat dan akan meningkatkan tekanan darah. Penghalangan pada proses penukaran enzim ini akan mengurangkan tekanan darah dalam individu yang terbabit.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah:-

Sila hubungi doktor atau ahli farmasi anda jika berlaku kesan seperti di atas

PERHATIAN: TIDAK boleh digunakan oleh wanita yang mengandung atau mempunyai rancangan untuk  mengandung.

Antara agen yang dari kumpulan ini ialah :-

Pendosan: penggunaan sendirian - dos permulaan 12.5mg dua kali sehari

              : kombinasi dengan diuretik - dos permulaan 6.25mg dua kali sehari

              : orang tua - dos permulaan 6.25mg dua kali sehari

              : dos pengekalan - 25mg dua kali sehari

              : dos maksimun - 50mg dua kali sehari

Pendosan: penggunaan sendirian - dos permulaan 5mg sekali sehari

               : kombinasi dengan diuretik -dos permulaan  2.5mg sekali sehari

               : orang tua - dos permulaan  2.5 mg sekali sehari

               : dos pengekalan - 10-20mg sekali sehari

               : dos maksimun - 40mg sekali sehari

Pendosan: penggunaan sendirian - dos permulaan 2.5mg sekali sehari

               : dos pengekalan - 10-20mg sekali sehari

               : dos maksimun - 40mg sekali sehari

Pendosan: penggunaan sendirian - dos permulaan 10mg sekali sehari

               : dos pengekalan - 10-40mg 

 

 

 

 

                                                                 

Hosted by www.Geocities.ws

1