Tips Panjang Umur ( Siri Delima Merkah )
 

Bermula daripada Diri.

* Jangan stress: Buangkan sikap terlalu sensitif & berfikiran resah yang tak menentu. Terutama dalam menghadapi masalah yang berat. Carilah teman yang boleh menolong; Jangan biarkan diri terbelenggu dengan rasa kecewa. Jangan simpan sikap dengki & tidak senang hati melihat orang lain berjaya. Bersederhana dalam kehidupan. Jangan berfikiran terlalu mengharapkan kemewahan. Terliur melihat kereta mewah, kediaman yang mewah, pakaian yang mahal-mahal, hiasan yang terlampau canggih. Segalanya akan kita dapat nikmati dengan sikap yang bersyukur. Kesyukuran dengan rezeki yang ada, insyaAllah Allah Nan Esa akan melimpahkan berganda rezeki yang ada; kalaupun tidak di dunia ini mungkin di akhirat nanti.

Aku teringat gaya hidup orang Jepun yang mana aku bersama mereka dalam jangka waktu yang singkat. Kejujuran mereka amat aku kagumi. Mereka amat menghormati hak orang lain, sebagai contoh rakanku yang sama merantau di sana tertinggal beg galas di dalam komuter dokumen penting, seperti pasport, duit dan lain-lain. Apabila dituntut di stesyen yang mana tersimpan barangan yang hilang; segalanya ada belaka, tidak sedikitpun barangan rakan aku tadi hilang.

Begitu juga ketika menelefon di telefon awam, kebetulan semasa itu ada seorang pemuda dalam usia dua puluhan sedang mendail nombor di depanku. Semasa dia memasukan wang siling, entah bagaimana berjatuhan agak banyak kepingan siling, sampai jatuh ke tanah. Aku memerhatikan dia begitu cermat megutip emula siling tersebut & menyusun semula di atas telefon. Dia memang tidak menolehpun ke kiri kanan. Malahan tidak perasan pun aku di belakang beliau.

Apa yang aku terfikir, memang mereka telah dididik secara kecil bagaimana mereka menjaga hak awam. Banyak lagi yang dapat aku mengambil teladan dari kehidupan mereka. Di mana cara hidup yang begitu tentunya membuatkan mereka tidak stress seperti kita. Antara mereka sentiasa menjalinkan hubungan baik, jauh sekali ada sikap ingin mencuri.

Jika musim hujan di sana, memang akan kedapatan banyak tempat payung disediakan di stesyen keretapi. Payung yang cantik-cantik bergantungan di setiap keretapi, tidak siapa yang berani mengambilnya kecuali tuan empunya.

Malahan aku pernah tidur di sebuah hotel di Yamagata bersama kenalan sekerja Jepun, di mana tiada pun penyambut tetamu. Tidak kelihatan pun kamera rahsia. Pengunjung cuma perlu mengambil kunci di kotak-kotak yang disediakan & meletakan wang sewaan setelah keluar dari hotel tersebut. Jika dibandingkan di sini memang taraf hotel itu paling tidak tiga bintang atau lebih , ada kelengkapan TV, peti ais ruang bilik air yang luas siap ada besen untuk berendam.  Betapa jujurnya mereka; kita memang perlu belajar mendidik bangsa kita sejujur mereka biarpun mereka tidak kenalkan pun apa itu Islam.

Malahan semasa aku membeli- belah di Bandar Hitachi....

Kembali ke Laman Pengurus Penerangan & Penerbitan.
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1