rashidi di FKP

From:      "rashidi@eng" <[email protected]>

Assalaamu 'alaikum wa rahmatullah,
 
Apa khabar rakan-rakan sekelian ? Ana doakan agar semuanya dalam keadaan sehat sejahtera....
Banyak-banyak terima kasih kepada semua yang mendoakan agar
pembedahan untuk bypass dapat ana harungi dengan penuh kesabaran.... Al Hamdulillah, Allah SWT jualah yang menyembuhkannya .... tak ada sesiapa yang dapat
menyembuhkan melainkan Allah SWT. Insan hanya boleh berikhtiar ... termasuklah doktor-doktor .
 
Ana di Tingkat 9, Bilik 8 sekarang ini. Zauji (pasanganku) drive me here pagi tadi.
Balik nanti nak tumpang sdr. Salih Jaafar.
Nak masuk ke dalam kawasan Fakulti padi
pun kecoh sikit. Tunjuk muka ana (kad staff) kat mesin parking, sampai tiga kali bunyi chet..chet... chet...
tak terangkat pun batang palang ....ingat ke depa dah padam
nama ana dari senarai Fakulti kot. Lama-lama baru lah palang terangkat ... boleh lah masuk....
Mula-mula sekali pi jumpa Jah.. nak pi gempagh dia sikit .... Jumpa pula
Dr. Rashid, KJ. Banyak cerita dalam emel. Tahniah lah kepada rakan-rakan KBP yang dapat anugerah .....
keep up wth the good work . Yang bukan dari KBP pun tahniah
juga. Tak kan lah rakan KBP saja nu .... Yang tak dapat apa-apa pun jang merajuk, cuba lagi di masa-masa depan.
Kalau rajin.... lama-lama dapat juga ...  Kita sambung
sebentar lagi .... Baca yang ini dulu.... panjang-panjang pun bukan hempa nak baca sangat.



 rashidi di FKP 1
 
   From:         "rashidi@eng" <[email protected]>

         Al Hamdulillah ... dapat sambung lagi ....
Hari ini 23 Julai 2003. Ana masuk IJN 23 Jun 2003. Dah genap 4 minggu ana tak masuk bilik No. 8,
Tingkat 9 ini. Pembedahan bypass pada 27 Jun 2003. Maknanya lagi 4
hari genaplah 4 minggu ana di bedah. Ana datang berkunjung kat Fakulti, harap-harap dapat jumpa rakan-rakan.
Tapi tak nampak pun wajah mereka... Yang ana dah
jumpa Dr. Rashid, Dr. Jamarei, PM Kwok CY, Dr Lee T.S. Punya la sebok rakan-rakan kat KBP ni.
Bukan saja tak dapat jumpa hempa, mel pun hempa tak mau balaih...
 
Ramai dok tanya .... Bagaimana sekarang ? Baguih dari dulu ke ?. Ini jawapannya .... Untuk sementara waktu ini tentu lah tak baguih dari dulu.
Dulu tak kene bedah... tak kene jahit .... . Vein di kaki pun tak kena kerat ... dulu boleh bawa kereta, boleh datang office,
hari nak masuk IJN pun masih ada di office, tapi sikalang oh... sikalang oh
... mem kena hantagh lah kalau nak mai office. Jauh juga tu kalau nak drive dari rumah ke office.
Bukan apa ... kalau pakai Perdana, V6 Power steering, power brake ...
power kesemuanyanya tak apa kot ... ini Proton Saga ... bergegar steering ... lagi banyak power kot steeringnya ...
takut-takut power transmissin nya sampa ke jantung
... jatuh  jantung seketoi kat kerusi driver .. kacau pula. Dulu tentulah baguih .....  kita tengok lah 6 minggu lagi ...
baru boleh tahu mana yang baguih .... doktor pun bagi
cuti panjang ... sampai 2/9/2003.    Ana poskan yang ini dulu ....



        rashidi di FK 2
      From:         "rashidi@eng" <[email protected]>
 
2.30 petang, Rabu 23/7/03
 
Masih di bilik No 8. Tingkat 9 .... sambung lagi ..... ramai dok tanya ... kena pantang apa-apa ke selepaih kena bedah ni ? Ini jawapannya ... sebelum di discharge
dari IJN, pakar makanan akan datang berjumpa patient terlebih dahulu.
Kalau dia tak mari kebilik patient, patient kena pi bilik kuliah, disana ramai patients yang kena
bedah akan diberi kuliah on pemakanan sesudah pembedahan.  Boleh bawa zaujun (pasangan).
Dia yang nak masak untuk kita bila balik rumah nanti, jadi elok sangatlah
kalau dia turut serta mengikuti kuliah on pemakanan tu. Lagi pun kita yang kena bedah ni mana boleh concentrate.
Tak sampai berapa minit, nanti pakar pemekanan tu
dok cakap sorang-sorang la ... In my case pakar pemakanan mari kebilik. Dia kata, dalam masa satu bulan, pak cik tak perlu pantang....
pak cik makanlah apa yang pak cik suka ... ketam ke.. udang ke... ana mencelah, siput sedut boleh ke doktor ?
siput sedut pun boleh ... dengar tu Asmah ... ana memang dok makan siput ni. Setiap
minggu,  Pasar Tani BBBangi ada la orang dok bawa siput sedut .... Pendek kata, pak cik tak perlu pantang apa-apa dalam sebulan ni ... pi cik makan lah supaya
luka-luka pak cik cepat sembuh.  Tapi sebulan saja pak cik ... Lepaih sebulan pak cik kena banyak pantang ...
siput-siput dah tak boleh makan, uric aci pak cik ni tinggi
... kena pantang sea food..., ketam, udang, sotong .... Doktor tu bagi lah senarai apa yang boleh dan apa yang tak berapa boleh makan ....
Tapi nak bagi tau kat hempa semua....  lepaih operation, punya la tak ada selera nak makan ....
tengok makanan yang depa bagi pun dah tak muak. Yang sedap dulu pun dah tak sedap. Sampai hari
ini tak ada selera nak makan. Sikalang dah tak loya tapi masih tak sedap ....
Baru-baru lepaih bedah tu punya la loya ... Depa bagi ubat loya ... pun tak jadi apa. Ni dah
hampir satu bulan.. masih tak ada selera nak makan ..... patut la doktot suruh bedal apa saja satu bulan selepaih penbedahan ..
tak perlu pantang apa-apa ... rupanya dia
dok pekena kita ....  Ana melkan yang ini dulu .... kita sambung balik ...
dengak suara Pak Leh ... nak pi jumpa dia.. nak tumpanag dia balik Bangi ... nanti terlepaih dia,
dah kena berjalan balik Bangi pula ....





Semua Bentuk Karya  dialu-alukan, anda boleh menghantar di e-mel
[email protected]
Akan diproses dan mengikut suntingan KSS
[email protected]
secara terus KSS tidak bertanggungjawab jika ianya bertentangan dengan akta penerbitan



Kembali Ke Situs Utama

 
 
Hosted by www.Geocities.ws

1