KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN
  
                                   
[National Union of the Teaching Profession]

                               
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
KPPKNS
Waris, iaitu Mdm. Chua Nyet Min, menerima tuntutan TKK (RM 1000.00) dan TK (RM 2000.00) daripada KPPKNS.
1. TABUNG KHAIRAT KEMATIAN (TKK)

Objektif TKK :
Memberi bantuan wang kepada waris jika ahli meninggal dunia.

Keahlian TKK :
a) Keahlian TKK telah diwajibkan mulai tahun 1998.
b) Dibuka kepada semua ahli KPPK dalam tempoh 6 bulan
    mulai tarikh menjadi ahli KPPK dengan bayaran RM 10
    (sekali seumur hidup).
c) Kemudahan TKK dengan sendirinya terhenti sekiranya
    ahli berkenaan berhenti dari keahlian KPPK atau
    bertunggakkan yuran melebihi 4 bulan.
d) Perlu menjadi ahli tabung ini sekurang-kurangnya
    1 tahun sebelum boleh membuat sebarang tuntutan.
e) Seorang ahli baru yang berumur lebih daripada 45 tahun
    tidak layak menyertai tabung ini.
f) Tabung ini boleh diteruskan jika ahli meneruskan
    keahliannya sebagai Ahli Bersekutu selepas bersara.

Agihan Tabung TKK
:
Tempoh Keahlian Berterusan
Amaun Maksimum Layak
1 hingga 5 tahun  ......................................  RM  300.00
Lebih 5 tahun tetapi kurang daripada 10....  RM  500.00
10 tahun atau lebih  ..................................  RM1000.00
Lebih 10 tahun tetapi kurang daripada 25..  RM1200.00
25 tahun ke atas........................................  RM1500.00
2. TABUNG KEBAJIKAN (TK)

Objektif TK :
Menyediakan pelbagai program faedah sokongan dan bantuan kepada ahli-ahli serta keluarga terdekat di masa-masa kecemasan, kesusahan dan kesulitan.

Keahlian TK :
Semua ahli KPPK yang telah menjelaskan bayaran RM10
(sekali seumur hidup) dan Yuran Bulanan sebanyak RM 1.

Faedah-faedah TK :
a) Kematian Ahli (Kemalangan)                    - RM 2000.00
b) Kematian Ahli (Biasa)                               - RM 1000.00
c) Kematian Ibu bapa                                    - RM   100.00
d) Persaraan (10 tahun jadi ahli)                   - RM   100.00
e) Kematian suami/isteri/anak ahli                 - RM   200.00
f) Pendidikan Anak - SPM (7A & ke atas)      - RM   100.00
g) Penyakit Kritikal (36 jenis penyakit)           - RM   500.00
b) Bencana Alam                                          - RM   200.00

3. TABUNG TINDAKAN PERUSAHAAN

Objektif :
a) Digunakan mengatasi sesuatu pertikaian berkaitan dengan
    permogokan yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan
    (Exco).
b) Khairat guaman atas merit kes, contohnya : Kes Tribunal
    Perkhidmatan Awam.

Punca Dana :
Ibu pejabat KPPK menyimpan 5% yuran ahli yang diterimanya ke dalam tabung ini.

4. TABUNG PEMBANGUNAN KPPK

Objektif :
a) Membolehkan setiap cawangan memiliki bangunan
    sendiri.
b) Untuk melengkapkan setiap cawangan dengan pelbagai
    peralatan dan infrastruktur.
c) Ubahsuai bangunan cawangan sendiri.
d) Dapat memberi perkhidmatan-perkhidmatan optimum
    kepada ahli-ahli.

Punca Dana :
RM 10 sekali seumur hidup sumbangan setiap ahli.




Hosted by www.Geocities.ws

1