MARI BERKENALAN DENGAN RASULULLAH S.A.W. DARI DEKAT
SATU ANALISA DITULIS OLEH AZHAR' AL-KELANTAN'

Jarak masa diantara kita dengan Nabi Muhami-nad S.A.W. sudah lebih 1400 tahun dan pengajian kita mengenai Baginda baik dari segi batang tubuhnya atau juga dari lain-!ain segi masih banyak yang belum rapat dan mesra Besar kemungkinan bahawa cinta dan mesra terhadap Baginda akan semakin pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita dan ini besar bahayanya.Satu ikhtiar mesti dibuat segera bagi menghadapi kemungkinan buruk ini. Bulan Rabi'ulawal selaluya memegang peranan penting dan mempunyai daya penyusup kedalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita, seperti juga Ramadan, banyak membuat orang terpegun lama dihadapan Al-Quran dengan penuh khusyu' dan insaf di malam-malam hari-nya.Apa kata kalau kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia dan jasadnya yang diberkati, mana thu selera kita bertambah dan sayang serta mesra semakin mendalam lagi.

SIFAT-SIFAT TUBUHNYA YANG MULIA:

Di antara keistemewaan-keistemewaan penganut Islam yang begitu banyak ialah menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fizikal jasad Rasullulah Nabi kesayangan mereka secara lengkap dan penuh perincian.Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam pekara yang serupa terhadap batang tubuh mana-mana pemimpin dunia di seluruh alam termasuk mana-mana nabi zaman seluruhnya.Kesayangan manusia(sahabat) terhadapNabi BesarMuhammad S.A.W menyebabkan segala apa mengenainya lebih-lebih lagi sifatnya telah disurat dan dirakam dalam semua kitab. Sunanulsitta khususnya dalam Al-Zarqani dan Al-Syama Al-Imamal-Tarmizi Rahmahullah. Hasil dari itu maka seorang manusia muslim dengan segera dani tidak teragak-agak akan dapat mengenali selalu nabinya sekarang kalau ditakdirnya Baginda hidup balik dan terserempak dengannya dimana sahaja dan bila-bila pun. Dibawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya. Rasullah S.A.W. dikurniakan sebatang tubuh yang tegap dan Kacak (Murabba Al-Qamah), cahaya kulitnya putih kemerah-merahan. Ukuran tingginya seimbang dan sederhana. sederhana, bila melangkah berjalan, maka seakan menurun dari tanah tinggi, kata sahabatnya. Rapi dan penuh dengan kesungguhan, (Keadaan ini selain dari sebab -sebab bentuk tubuhnya yang tegap dan sihat maka ianya mencerminkan hasrat jiwanya yaiig tidak pernah kekosongan)Ada orang berbadan tegap dan rangkanya mengerunkan, Namun hentak kakinya tidak bermaya dan tidak tentu arah sahaja. Bila diajak bercakap, maka jelas nampak rupa dan jiwanya kosong, tidak punya program hidup sebab itu dia merayau-rayau membawa kaki sahaja. Bagi, Nabi Muhammad S.A.W. setiap detik umurnya penuh tepu dengan kerja. Maka anggotanya pun turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif WajahNya cantik berseri dan sentiasa senyum, mempunyai perawakan yang menarik. Pernah sahabat-sahabatnya menatap wajahnya lama-lama kemudian mengadah kelangit merenung bulan purnama dan menentukan mana satu yang lebih berseri. Ditengahnya terpacak sebatang hidung yang comel dan tirus memancung. Kerongkong matanya terpahat luas menampakkan bulatan mata hitamnya dengan jelas.Bahagian putihnya yang terpaut sekeliling menambahkan lagi seri wajahnya.Dari atas menebat turun rambut-rambut hitam berikal mayang mencecah bahu.Janggutnya yang hitam dibiarnya tumbuh dengan galaknya dikeliling kawasan muka, manakala misainya dipapas berandam bagi menampakkan sikap kelakian yang Arif.Bila panjang menghulur lebih dari genggam jarinya, terus dipotong serta dipesannya supaya umatnya juga berbuat begitu supaya mempunyai watak dan syaksyiat muslim yang tidak scrupa degan kafir mushrik katanya. GigiNya tersusun gagah.Tentang putih bersihnya jangan tanya kerana bersugi itu besar pahala mengikut ajarannya. Dan Baginda sendiri sangat acap bersugi, saya bimbang takut giginya haus ujar seorang isteri. Bau mulutnya manis-manis anak itu membuat orang suka duduk dekat Baginda berpidato.Yang anih, bau peluhnya juga begitu.Pernah scorang perempuan tua, Ummu Aiman menyiapkan sebuah botol kecil, nasib-nasib dapat menyimpan peluh Bagiinda didalamnya. Diatas dadanya yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-buluArus suburnya menali turun kebahagian bawahan perutnya. Manakala perutnya tidak besar berlabu tetapi kemas dan sama kempis deiigan bahagian dadanya.Dibahagian belakang dicelah dua tulang kipasnya menimbul sebiji butir sebesar telur buruiig kecil bertulis ALLAH dan dikenali sebagai "Mohor KenabiannyaMengikut cerita maka butir ajaib inilah menyebabkan seorang Paderi di Negerl Syam mengesa bapa saudaranya Abu Tallb yang sedang menjalankan urusan perniagaan bersama Nabi yang masih berumur dua belas tahun itu supaya cepat membawanya balik ke Mekah ,jangan sampai ketara oleh yahudi berdebah disini

MIMPI JUMPA NABI

Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang tertentu. Dia adalah satu-satunya saloran ghaib yang masih baki untuk manusia meninjau-ninjau kealam seberang sana.Kerana kenabian sudah tamat, apa yang baki ialah khabar-khabar gembira atau sahih yang dapat dilihat oleh seorang mukmin, maka satu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud Sesiapa yang bermimpi melihat aku setelah aku mati, maka seolah-olah dia melihat aku sewaktu aku masih hidup, keranaSyaitan tidak akan berdaya meniru contoh rupaku. bertuah kalau anda dikurniakan mimpi begini.

NABI KENAL KITA DI AKHIRAT

Jarak masa diantara kita sekarang dan Rasulullah telah begitu jauh jurangnya. Apa! sempat kah Rasuluilah mengenalli kita dicelah-celah semak-samun manusia yang berhimpit-himpit dipadang Mahsyar nanti ; Satu soalan yang mungkin meletus di kepala kita dan kebetulan telah pun meletus didalam kepala seorang sahabat Rasulullah di zaman hayatnya dulu, lalu menyoalnya terusUntuk meredakan kerunsingan sahabatnya yang bimbangkan nasib anak cucunya yang lahir selepas kematian nabi itu, Baginda membuat satu kias yang dapat dimengertikanya sendirii ,katakanlah tuan memeliharaseekor kambing, berwarna hitam. Bercampur dengan kambing-kambing jiran disebelah yang beribu-ribu banyaknya tetapi semuanya berwarna putih belaka. Sukarkah tuan mengenali kambing tuan ?.. Jawab Sahabat : Tentu tidak sukar ya Saya pun begitu juga. Umat-umat saya akan dibangkit dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali. Iaitu Kaki dan tangan merekacantik berseri oleh kesan air wudu’ kata, sudahkah berwudu'?. lagi, bolehkah kita sendiri mengenali baginda, sedangkan kita tidak pernah bertemu wajah dengannya ?. Mengikut hukum adat, memang boleh bahkan lebih mudah bagi orang ramai mengenali orang seseorang.Untuk menguatkan lagi, . sila. tatap sebuah hadith yan dibawa oleh Imam Al-Bukhari sendiri yang bermaksud ; Bila selesai urusan mengkebumikan seorang mayat, datanglah malaikat-malaikat yang ditugas khusus sambil bertanya; "Awak kenal siapa orang ini Sambil menunjukkan gambaran; satulembaga manusia kiranya yang disoal itu dikalangan mukmin , maka dengan senang ia menjawab bahawa : Inilah Muhammad S.A.W… Dia diutus ke dunia mengajarmu ugama Allah. Saya sendiri telah menjunjungi segala apa yang diajarnya dengan penuh keyakinan.Sebaliknya kalau sidia itu dari kalangan kafir atau munafik.Maka jawabnya : Oh!........... saya dengar khabar orang ini ialah Muhammad. Belum pun sempat berceloteh lebih panjang, sebatang tongkat besi telah melayang singgah di kepalanyaserta ditemplak.>Begitu lama kamu hidup di dunia menghirup rezeki Allah dan menikmati segala kesenangan hidup. Tapi kamu cuma main dengar khabar sahaja ? Maka sambung-mcnyambunglah segala rupa azabsengsara keatasnya. Sekarang sudahkah tuan kenal Nabi Muhamiiiad siapa orangnya?.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1