| Assalammualaikum w.r.t. |
| Segala puji-puji bagi Allah
s.w.t. Tuhan Semesta Alam Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad Sollalahu alaihi wasallam, keluarga dan para sahabat r.a. Marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan kehendak dan izinnya jua, maka kita dapat menikmati satu lagi saluran dakwah berteknologi iaitu melalui laman web khusus untuk PAS kawasan Kota Melaka. Laman web ini sememangnya dibangunkan khusus bersempena sambutan Jubli Emas iaitu ulangtahun ke 50 penubuhan PAS. Semenjak dari tahun 1951 sehingga kini PAS sememangnya berkembang dengan pesat. PAS Kawasan Kota Melaka juga mengalami perkembangan yang begitu pesat muttaakhir ini dengan penambahan keahlian dan cawangan-cawangan baru. PAS telah mealalui beberapa era semenjak penubuhannya dan kini PAS dibawah pempinan ulamak sememangnya bercita-cita untuk melaksanakan prinsip Islam secara tegas disamping turut memberi pengetahuan meluas mengenai Islam tanpa mengira mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam atau sebaliknya. PAS memberi perhatian utama dalam mendidik semua ahli dalam menguasi ilmu keislaman disamping itu juga memberi perhatian terhadap kemahiran dan kepakaran dibidang tertentu termasuk teknologi informasi dan komunikasi atau ringkasnya ICT. PAS Kawasan Kota Melaka ingin menjadikan saluran ini untuk memaklumkan kepada semua pihak bahawa PAS adalah sebuah parti Islam yang berprinsip dengan imej yang sederhana dalam melakukan pendekatan dakwahnya juga mengenali dan memahami persekitaran semasa yang melibatkan Islam dan PAS. Akhir kata, saya berharap laman web ini akan menjadi satu lagi saluran pilihan masyarakat yang mahukan maklumat mengenai PAS dan dasar penjuangannya sekali gus berupaya mendekatkan dirinya dengan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Allahu Akbar.........Allahu Akbar..........Allahu Akbar.....
Yusof bin Wahab
|