Koleksi Keris
Selamat Datang / Welcome
Di ambil petikan daripada Buku Serat Centini (buku ke 2):
Setiap ricikan di keris tersimpan suatu harapan dan doa oleh Empu agar si pemilik dapat melihatnya sebagai satu simbol kebijaksanaan dan sentiasa mengingati kebesaran Tuhan.
"Di kisahkan ada seorang tokoh yang bernama Mas Cebolang. Pada suatu hari Mas Cebolang pergi ke pasar lalu dia bertemu dengan seorang pedagang keris, melihat, memilih dan akhirnya tertarik dengan sebilah keris kemudian terus membelinya. Kemudian Mas Cebolang pergi menemui pula seorang Empu, bertanyakan lagi mengenai keris yang baru saja dibelinya dipasar. Dengan panjang lebar dan penuh kesabaran, si Empu pula menjelaskan kepadanya segala hal tentang keris. Di sana terjadi pula perbincangan tentang perkerisan antara Mas Cebolang dan Ki Empu"

Mengapa Mas Cebolang tidak pergi ke istana keraton untuk belajar keris? Mengapa Mas Cebolang tidak pergi berjumpa mana-mana kolektor keris yang sudah terkenal dan ternama untuk belajar keris? Mengapa Mas Cebolang tidak membaca buku-buku keris karangan si A, si B atau si C untuk belajar dan memahami keris?
Apabila Mas Cebolang belajar keris di istana keraton, tentunya beliau hanya akan melihat keris-keris yang bagus sekali. Jika Mas Cebolang pergi belajar keris daripada kolektor keris terkenal, beliau hanya akan melihat keris yang kualitinya sesuai dengan kemampuan kewangan si kolektor keris tadi. Apabila Mas Cebolang belajar keris dari buku si A, si B atau buku si C, Mas Cebolang hanya memiliki standard perkerisan si A, si B atau si C.
Mengapa Mas Cebolang pergi ke pasar?
Di sanalah Mas Cebolang akan melihat pelbagai ragam jenis keris mulai daripada keris kelas terendah sampailah keris kelas tertinggi. Ini termasuk juga beliau akan dapat melihat keris yang rosak, keris yang sengaja dirosak, keris yang dipalsu, keris yang diproses semula dan sebagainya.
Web ini tidak membuat standard perkerisan. Web ini hanya mempersembahkan kepada pengunjung mengenai budaya perkerisan dalam suatu perjalanan zaman.
Webmaster Muzium Siber 2004
Jumlah pengunjung ke Muzium Siber
