LATAR BELAKANG |
|
Kolej
Matrikulasi Labuan (KML) terletak di dalam Kompleks Universiti Malaysia
Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan ( UMS-KAL ) yang
asalnya ialah Kompleks Serbaguna Persekutuan Kiamsam. KML mempunyai satu
blok akademik dan tiga blok apartment penginapan para pelajar. Kompleks
ini digunakan juga oleh Kampus Antarabangsa Labuan Cawangan Universiti
Malaysai Sabah ( UMS-KAL ). Perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan
adalah sejauh kira-kira 16 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit
perjalanan menaiki kenderaan. Mula beroperasi pada 01 Jun 1999
|
| Semua lulusan Kolej Matrikulasi Labuan dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan seterusnya berjaya meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara sealaras dengan hasrat dan keperluan Kementerian pendidikan Malaysia. |
| Menjadi pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menjana pelajar cemerlang pelbagai bidang ke arah memenuhi aspirasi negara untuk membekalkan tenaga kerja mahir dan profesional. |