|
Pengedar |
KOPI MERAH........ Sinari Hidup Saya
16 September 2003, anak kedua kami, Mohd Fazli, 22, meninggal dunia akibat kemalangan. Sehari-hari saya berendam air mata mengenangkan pemergian anak tersayang. Selera hilang, makan minum tidak saya hiraukan lagi.
Dalam keadaan yang terlalu sedih, tertekan dan tidak bertenaga itu, migrain menyerang. Bisa yang mencengkam urat saraf di kepala ini tidak dapat hendak diceritakan.
Bagi mengelakkan mudarat, suami saya Mohamad Shariff menghulurkan sepeket kopi. Katanya, minumlah, kopi ini lain dari yang lain. Ia mengandungi berbagai khasiat, baik untuk kesihatan. Katanya lagi, saya perlu meminumnya bagi menampung kekurangan zat dan vitamin didalam badan.
Saya tidak mengendahkannya kerana sejak kecil memang saya tidak suka minuman manis, termasuk kopi. Kalau diminum juga, saya pasti akan muntah-muntah.
Tetapi, untuk memuaskan hati suami, minum beberapa sudu. Keesokannya setengah peket, seterusnya sepeket sehari.
Setelah lebih seminggu mengamalkannya, saya mula menyedari sesuatu yang menarik sedang berlaku - saya tidak diserang migrain lagi. Dulu kalaau terlalu sedih atau letih pasti bahagian kanan kepala saya akan sakit hingga terpaksa makan ubat, tetapi kali ini tidak lagi.
Saya juga boleh menyidai kain diampaian dalam cuaca panas, suatau perkara yang dulu amat saya takuti kerana ia akan membuat saya diserang migrain, kadangkala sampai muntah dan tidak boleh bangun untuk sehari. Dengan 'sembuhnya migrain itu, secara tidak langsung masaalah penglihatan yang mengganggu selama ini, selesai.
Saya tinggal ditingkat tiga sebuah flat, hendak turun atau naik memang satu kerja yang paling malas dilakukkan. Kalau bawa barang dari kedai, sampai rumah saya akan tercungap-cungap, berpeluh dan memicit-micit kaki. Sekarang tidak lagi.
Kopi tersebut juga telah menyembuhkan masaalah pedih hulu hati yang saya alami selama ini. Saya tidak lagi mengeluh senak dan pedih kalau terlambat makan.
Kopi yang diperkenalkan oleh suami - Kopi Merah BYG - Kini menjadi minuman kami sekeluarga. Dengan meminum kopi tersebut, penyakit darah tinggi yang suami saya hidapi telah sembuh. Kencing manisnya turut terkawal.
Kopi Merah BYG juga membantu mengurangkan berat badan. buktinya, anak saya, Asraf hanya berusia sembilan tahun tapi berat badannya 56 Kilogram. Selepas mengamalkan Kopi merah BYG selama dua bulan, berat badannya turun lima kilogram. Berat badan saya juga menyusut beberapa kilogram. Hebat bukan?
Kini hidup saya bersinar semula .........
Safiah Jantan, Kuala Lumpur.
Majalah SAJI Jan 2004