|
Pengedar |
|
Kopi Merah BYG Minuman Sepanjang Ramadhan "Minuman kopi merah, ia membantu anda supaya cergas semasa berpuasa" - Dr Atan Megat |
|
SEBAGAI ahli pemakanan, saya selalu terfikir apakah makanan atau minuman yang paling baik diamalkan sepanjang Ramadhan. Ia amat perlu supaya saya sentiasa cergas dan lebih penting lagi, mengurangkan rasa lapar. Bukan meremehkan minuman atau minuman yang ada tapi untuk berpuasa, kita memerlukan sesuatu yang dapat membekalkan tenaga dan khasiat yang secukupnya. Tapi yang saya cari-cari ditemui oleh isteri saya Nurie. Dia kerap berpuasa sunat dan saya perhatikan, sewaktu berbuka Nurie akan meminum sepeket kopi. Saya tidak mengambil endah sangat kopi apa yang diminumnya kerana bagi saya semua kopi sama. Hanya jenama sahaja yang berbeza. Beberapa kali saya lihat, selepas meminum secawan kopi, Nurie terus bersolat, kemudian baru menjamah makanan. Waktu sahur pun begitu, Nurie pasti akan meminum kopi tersebut. Pun saya tidak megendahkannya. Tetapi saya lihat dia agak luarbiasa berbanding sebelum ini. Biarpun berpuasa Nurie tetap aktif. Pernah isteri saya itu berpuasa dalam keadaan demam, tapi mengejutkan saya ia cergas. Bukan saya mengada-ngadakan cerita, selalunya apabila demam Nurie akan mengantuk dan banyak menghabiskan masa dengan tidur. Tapi hari itu, biarpun demam dan berpuasa, dia seperti tiada masaalah. Nurie menjalankan tugas-tugas rumahtangga tanpa mengeluh letih dan mengantuk. Apabila saya tanyakan rahsia dia sentiasa cergas, Nurie tunjukkan peket kopi yang telah diminumnya itu. Oh, ini. saya membelek-belek peket yang telah kosong itu dan meneliti kandungannya dengan penuh minat. Megnesium, Kabohidrat, Vitamin A dan C, Potasium, protien... 13 jenis mineral yang amat penting untuk tubuh ada didalamnya. Tanpa ragu saya mengakui, memang wajarlah isteri saya segar sepanjang berpuasa. Mengapa? Kerana dia mengambil minuman kesihatan yang tepat, yang mempunyai bahan-bahan mineral utama untuk kesihatan dan kecergasan tubuh. Nurie kurang berasa lapar kerana 13 mineral tersebut cukup dalam badan. Ia membantu melicin dan melancarkan perjalanan darahnya, menyebabkan dia sentiasa segar. Kabohidrat pula membekal dan menjana tenaga untuk aktif sepanjang hari. Selalunya apabila berpuasa Nurie akan mengadu perutnya berangin, tetapi dengan meminum kopi itu, masaalah tersebut tidak berulang lagi. Antara punca perut sebu ialah kekurangan vitamin. Tetapi kekurangan ini ditampung oleh gabungan 13 mineral tadi yang membekalkan oksigen serta vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Saya bertanya kepadanya, tidakkah dia sakit kepala kerana selalu meminum kopi tersebut. Tak pernah, jawabnya. Saya tahu sebabnya. Kopi itu rendah kafien. Magnesium yang dianggap 'raja' mineral pula membantu menyeimbangkan segala lebihan mineral didalam tubuh. Misalnya kalau berlebihan kalsium deposit, ia boleh menyebabkan sakit kepala. Tapi magnesium membantu mengnyahkan lebihan kalsium itu. Saya telah menjadikan kopi tersebut sebagai menu utama apabila berpuasa. Nyata ia keputusan yang tepat. Apakah nama kopi itu? Kopi Merah (Red Coffe) - diperbuat daripada ubi bit merah. Ubi berwarna merah dan tumbuh di negara eropah itulah yang mengandungi 13 mineral yang sangat-sangat diperlukan oleh badan. Dalam bidang rawatan altenatif pula, warna merah amat bagus untuk melancarkan perjalanan darah. Sempena Ramadhan ini, Kopi
Merah akan menjadi 'minuman rasmi' kami
semasa berbuka dan bersahur. Samada panas atau sejuk, Kopi
Merah tetap lazat. Anda patut mencubanya. DR. ATAN MEGAT - Pakar Pemakanan dan Pengamal Rawatan Alternatif Dipetik daripada Majalah Mastika - November 2003
|