|
| |
|
|
UDANG-UNDANG PERDAGANGAN
DALAM ISLAM
|
|
|
|
JUAL BELI
PENDAHULUAN
Jika dipandang dari sudut sejarah bahawa wujudnya JUAL BELI adalah
sama dengan wujudnya masyarakat manusia di alam
ini, oleh kerana kelahiran Jual Beli adalah berpunca dari keinginan
manusia untuk mengendali sesuatu benda yang tidak ada
padanya secara pertukaran dengan
benda yang ada padanya. Pertukaran
ini timbul dari hajat seseorang
kepada benda tersebut sehingga
ia rela menukar benda itu
dengan apa yang dimilikinya. Tanpa
Jual Beli nescaya tidak dapat seseorang
itu mengendali sesuatu barang yang bukan haknya kecuali secara mencuri,
samun, rompak, meminta dan mengemis.
Sejak berzaman-zaman lagi manusia mengenali Jual Beli dengan
berbagai-bagai cara atau
sistem yang sesuai diamalkan mengikut zaman masing-masing dan adat
resam tertentu yang membayangkan
keperluan dan suasana hidup mereka di zaman
itu. Mengikut hasil
kajian pakar-pakar Ekonomi bahawa jenis-jenis
atau sistem asasi bagi Jual Beli yang lahir di kalangan masyarakat
manusia sejak turun-menurun
adalah melalui perubahan/peralihan berikut
:-
1.
Pertukaran Barangan
Sistem ini adalah sistem yang tertua dikenali oleh umat manusia,
yang mana seseorang yang
memerlukan sesuatu barang ia
mencari orang yang memiliki barang tersebut untuk
ditukar dengan sesuatu
barang yang dimilikinya. Sistem
ini menghadapi kesulitan yang
mana orang tersebut terpaksa mencari pemilik
barang yang hendak dibeli itu dan orang yang kedua juga memerlukan
barang yang orang pertama hendak menjualnya.
Oleh yang demikian
untuk mengatasi kesulitan ini muncullah sistem Jualan Terbuka.
2.
Jualan Terbuka
Iaitu sistem Jual Beli melalui
matawang, yang mana
manusia mula mencipta matawang
untuk menjadi bahan tukaran menggantikan
barang yang hendak ditukar dengan barang.
Melalui matawang seseorang boleh membeli
apa sahaja bahan yang ia perlu tanpa
menukar dengan barang
yang ada padanya dan juga tanpa
menunggu adanya orang
yang memerlukan barang tersebut,
dan menjual barang yang
dimilikinya dengan matawang yang boleh disimpan.
Melalui sistem ini timbulnya perbezaan di antara :-
a.
Barang yang
dijual beli
b.
Harga barang tersebut.
3.
Pertukaran Matawang
Matawang yang dicipta mempunyai
berbagai-bagai bentuk yang menunjukkan nilai harganya
yang berlainan, dari jenis logam
tertentu, dari sini munculnya
keperluan seseorang kepada satu
jenis matawang dengan nilai
tertentu untuk memenuhi
hasrat tertentu. Bagi
memperolehi jenis matawang
itu terpaksalah ia menukar jenis
matawang yang ada padanya
dengan jenis matawang yang diperlunya, sistem ini dikenali dengan Julai
Beli Matawang atau Pertukaran Matawang.
4.
Jual Salam
Asal usul Jual Beli dilakukan dengan secara
tunai (pertukaran segera), akan tetapi
hajat dan keperluan manusia tidak selalunya tercapai dengan segera,
oleh itu perlu adanya sistem penangguhan di dalam melaksanakan Jual Beli
tertentu, maka Jual Beli yang
ditangguh penyerahan barang yang dijual dinamakan Salam
atau Salaf.
SIKAP
ISLAM
Islam, sebagai Al-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh lagi
sempurna, menerima hakikat pertumbuhan umat manusia
dan keperluannya di dalam bidang
Urusniaga atau Mua’amalat yang tersebut di atas, dan mengakui
sistem-sistem tersebut pada dasarnya.
Untuk melaksanakan dasar Mua’amalat dalam Islam para Ulamak Feqah
menyusun peraturan-peraturan tertentu dengan berlandaskan Nas Al-Quran
dan Hadis Rasulullah
s.a.w. untuk menjadi panduan
kepada mereka-mereka yang berkecimpung atau
menceburkan diri di dalam bidang tersebut.
Islam tidak menolak semua sistem Mua’amalat yang diamalkan oleh
umat sebelum Islam dan tidak
juga menerima semua sistem
tersebut, akan tetapi Islam menerima sistem yang kebaikannya mengatasi
keburukan dan menolak sistem yang keburukannya melebihi kebaikan, ini
sesuai dengan keadaan yang berbunyi :-
Maksudnya
:-
Perundangan mereka yang terdahulu dari kita adalah perundangan
bagi kita selagi tidak dimansukhkan (dibatalkan), Dan kaedah :
yang bererti :
Adalah menjadi dasar kekal sesuatu sepertimana yang telah ada.
Sebagai contoh semasa Rasulullah s.a.w. sampai ke Madinah
(berhijrah) Baginda dapati bahawa penduduk
Madinah berjual beli secara Salam, maka Baginda
memperakui Jual Beli
Salam menjadi salah satu sistem perniagaan dalam
Islam. Sebaliknya
terdapat di zaman Jahiliyah jualan janin binatang di dalam kandngan,
setelah datangnya Islam maka jualan tersebut tidak diperakui dan dianggap
tidak sah.
Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa penilaian Hukum Mua’amalat
di dalam Islam berasaskan kepada kemanfaatan
dan kemudaratan masyarakat, oleh kerana sistem
Mua’amalat diwujudkan
adalah untuk kemudahan
anggota masyarakat di dalam
menjalankan urusan hidup mereka.
Adalah menjadi kenyataan bahawa sistem Mua’amalat
semakin bertambah dari
semasa ke semasa
mengikut keperluan
masyarakat dan
kehendak pembangunan satu-satu
umat, umpamanya upacara Akad
Jual Beli di zaman dahulu berlaku di
antara penjual dan pembeli secara berhadapan
pada satu tempat ,
akan tetapi di zaman
yang terkenal degnan kemajuan
sains dan teknologi ini
terdapat berbagai alat
perhubungan seperti telefon,
telex dan sebagainya yang
boleh menghubungkan
penjual dengan
pembeli, secara langsung / terus menerus,
yang berada di tempat
atau negara yang
berasingan.
Apakah pandangan dan
hukum Islam terhadap Akad Jual Beli melalui alat perhubungan tersebut ?
Islam sebagai sistem hidup yang
sesuai untuk setiap zaman dan
tempat menerima dan
memperakui upacara Akad Jual
Beli melalui alat perhubungan yang tersebut di atas, begitu juga
Islam menerima
lain-lain sistem Mua’amalat yang baru muncul yang tidak
bercanggah dengan dasar Syariah.
Dalam mempertimbangkan satu-satu sistem Mua’amalat yang baru
muncul sama ada diterima atau ditolak, para
Ulamak yang mempunyai kepakran dalam ilmu
Feqah di setiap zaman berpegang kepada kaedah-kaedah tertentu, pada
umumnya hendaklah sistem Mua’amalat yang baru muncul itu boleh diterima
dan diamalkan sekiranya:
a)
Tidak bercanggah dengan keputusan hujah yang
Qat’ai iaitu Nas
Al-Quran atau Hadis Mutawatir
b)
Pada dasarnya tidak
terlibat dengan amalan Riba
c)
Tidak mengandungi mudarat yang lebih dari manfaat.
Dari sini jelaslah sikap positif
Islam dalam bidang Mua’amalat dan hukum-hukumnya sesuai
untuk dilaksanakan di setiap masa
dan tempat.
1.
TAKRIF JUAL BELI
1.1
Jual Beli iaitu : Pertukaran Harta dengan Harta, atau : Pertukaran
Harta dengan harta dengan cara tertentu.
1.2
Dimaksudkan dengan Harta atau Mal ialah barang yang berharga atau
bernilai termasuk matawang.
1.3
Dari segi Akad bahawa Jual Beli terbahagi kepada dua bahagian,
iaitu :-
i.
Jual Beli yang Sah Akadnya iaitu yang sempurna rukun, syarat dan
tidak berlaku perkara yang
ditegah oleh Syarak berkaitan dengan Akad.
ii.
Jual Beli yang tidak Sah Akadnya
iaitu yang kurang rukun
atau syarat, atau terdapat perkara
yang ditegah oleh Syarak yang berkaitan
dengan Akad.
Perhatian :-
Erti Rukun iaitu :
Ciri-ciri terpenting bagi wujudnya sesuatu amalan atau pekerjaan.
Dengan wujudnya rukun maka wujudlah amalan itu dan dengan ketiadaan
rukun tidak wujudlah amalan tersebut, umpamanya tanpa pembeli tidak
wujudlah Jual Beli.
Erti Syarat iaitu : Ciri-ciri
yang menentukan Sah atau Tidak Sah sesuatu
amalan atau pekerjaan. Tanpa
syarat yang sempurna
maka tidak sah amalan
berkenaan sekalipun
dengan ada rukun yang
lengkap padanya, umpamanya si
penjual seorang yang gila,
maka tidak sah jual
beli tersebut
oleh kerana syarat
sah jual beli hendaklah kedua
belah pihak terdiri
dari orang yang berakal.
1.4
Pembahagian Jual Beli seperti di atas (1.3) memberi kesan kepada
pemindahan Hak Milik penjual kepada
pembeli dan sebaliknya; yang mana
hanya pemindahan Hak Milik
dari Akad Jual Beli yang sah sahaja diakui
oleh Syarak.
2.
RUKUN JUAL BELI
2.1
Penjual iaitu : Tuan punya barang
2.2
Pembeli iaitu : Tuan punya wang
2.3
Barang yang dijual
2.4
Harga
2.5
Sighah
Erti Sighah iaitu
: Perkataan yang dilafazkan oleh kedua belah pihak (penjual dan pembeli
atau wakil mereka) sebagai tanda persetujuan
mereka bagi melangsungkan jual beli tersebut.
Ucapan yang pertama dilafazkan,
sama ada dari penjual atau
pembeli, dinamakan Ijab dan yang kedua, sebagai jawapan kepada yang
pertama dinamakan Qabul.
3.
HUKUM JUAL BELI
3.1
Hukum Jual Beli adalah Halal dalam Islam
sekiranya sempurna Rukun yang
tersebut di atas dan syarat-syarat yang berkaitan dengan Rukun
tersebut. Firman Allah s.w.t.
Bermaksud :-
“Pada hal Allah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan
mengharamkan riba.:
(Surah
Al-Baqarah ayat 275)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika
menjawab soalan tentang jenis pekerjaan yang lebih baik
maksudnya :
“Pekerjaan seseorang dengan
tangannya sendiri dan
setiap jual beli yang bersih.”
Dimaksudkan dengan “bersih”
ialah yang lengkap dengan syarat-syarat, oleh kerana
syarat yang ditetapkan oleh
Syarak itu adalah untuk mengelak dari berlakunya perkara-perkara
yang dilarang oleh Islam seperti penipuan, paksaan, perjudian, riba dan
sebagainya.
3.2
Syarat
Bagi Penjual / Pembeli
3.2.1
Hendaklah kedua-duanya terdiri dari mereka yang boleh
dipertanggungjawab iaitu sempurna akal fikiran, cukup umur, pintar.
Bagi mereka yang tidak memenuhi
syarat ini seperti; orang gila, kanak-kanak, dan
yang lemah akal maka hendaklah bapa atau
penjaga mereka menjalankan upacara
Jual Beli itu bagi pihak mereka.
3.2.2
Tidak disekat dari menguruskan mua’amalat.
Mereka yang disekat dari menguruskan mua’amalat ialah orang yang
safih iaitu membelanjakan hartanya dengan cara membazir
atau tidak munasabah, dan muflis iaitu orang
yang disekat dari
menjalankan mua’amalat kerana hutang yang berlebihan
atau bankrap.
3.3.3 Tidak
dipaksa oleh mana-mana pihak bagi menjalankan Akad
tersebut, oleh kerana keredhaan atau kerelaan adalah menjadi dasar
Jual Beli dalam Islam sepertimana firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :-
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.
(Surah
An-Nisa’ : ayat 29)
Oleh itu sebarang Jual Beli yang dilakukan dengan paksaan ke atas
penjual atau pembeli dari
mana pihak jua adalah tidak sah dan tidak berhasil pemindahan hak milik
kedua belah pihak (penjual dan pembeli).
3.3
Syarat Bagi
Sighah (Ijab / Qabul)
3.3.1
Tujuan diadakan Ijab /
Qabul ialah untuk melahirkan kerelaan / keredhaan kedua belah pihak
(penjual / pembeli) yang menjalani Akad berkenaan serta menerima
implikasinya. Oleh yang
demikian setiap perkataan /
tulisan / syarat (bagi
yang bisu) hendaklah memberi
faham bahawa Jual Beli berkenaan telah dilaksanakan dengan berlakunya Akad
tersebut seperti dengan
menggunakan perkataan: Saya jual / saya beli dan perkataan yang
seumpamanya yang mempunyai erti Jual Beli.
Syarat ini juga ada hubungannya dengan syarat “tidak dipaksa”
(3.2.3) iaitu Ijab Qabul yang terbit
dari penjual dan
pembeli atau wakil mereka tidak berlaku dengan secara paksa
3.3.2
Adalah tidak sempurna Ijab / Qabul dengan perkataan / tulisan /
isyarat yang boleh difaham sebagai berjanji
hendak menjual / membeli seperti: Saya
akan menjual / akan membeli atau menyuruh seperti juallah / belilah
Perbezaan antara Perjanjian Jual Beli dengan Akad Jual Beli iaitu
kedudukan Perjanjian samalah
dengan Pertunangan dalam nikah kahwin, yang mana salah satu pihak belum diberi kuasa memindah milik atau
kuasa memiliki hak milik pihak yang satu
lagi semata-mata dengan melalui
perjanjian tersebut, adapun Akad , sama ada Jual Beli atau nikah,
iaitulah kata pemutus kedua belah pihak, yang
memberi kesan di atas bahan atau diri yang diakadkan dari segi
kuasa atau pemindahan milik ; umpamanya
dengan selesainya akad nikah kedua pasangan yang dinikahkan itu
telah menjadi halal untuk hidup
sebagai suami isteri, begitu juga dengan selesai akad jual beli si pembeli menjadi tuan punya barang
yang dibelinya.
3.3.3
Sah Ijab / Qabul tanpa sebuatan dan memadai dengan mengambil barang
serta membayar wang mengikut
harga yang ditetapkan. Jualan
seperti ini terkenal dengan
nama Bai’ut Ta’ati dan berlaku
pada bahan-bahan yang rendah harganya seperti bahan keperluan harian dan
yang telah diletak tanda harga.
Pada zaman sekarang banyak berlaku Bai’ut Ta’ati khususnya di
pusat-pusat membeli belah, yang mana setiap barang
jualan dilekatkan penunjuk harga, setiap pengguna mengambil barang
yang diperlukan dan membawa ke kaunter
pembayaran, dijumlah harga barang-barang itu lalu dibayar oleh
pengguna itu. Jualan
seperti ini adlaah sah
di sisi Syarak
oleh kerana telah tercapai persetujuan
kedua belah pihak iaitu penjual
(tuan punya barang) yang
meletak barang nya di tempat
itu dengan tanda harga untuk
dijual, dan pembeli mengambil barang itu setelah dilihat harganya
dan bersetuju membelinya, maka
perbuatan tersebut membuktikan
persetujuan kedua belah pihak untuk berjual beli barang tersebut.
Ada barang yang
mahal harganya seperti rumah, tanah dan sebagainya perlulah
mengadakan Ijab / Qabul yang khusus bagimya untuk mengelak dari
pertelingkahan yang tidak boleh diselesaikan.
3.3.4
Hendaklah diselaraskan kandungan Ijab / Qabul dari segi sebutan
barang, harga dan sebagainya.
Tidak sah Akad Jual Beli yang Ijab / Qabulnya tidak
selaras misalnya; si penjual menyebut
harga barang
itu $50.00 dan si pembeli mengqabulkannya
dengan harga $40.00 maka Akad tersebut tidak sah oleh
kerana tidak tercapai kata sepakat / persetujuan
di antara kedua belah pihak.
3.3.5
Boleh dijual beli beberapa jenis barang dengan hanya satu Akad
sahaja sama ada
diterangkan harga bagi
tiap-tiap jenis atau tidak. Di dalam keadaan seperti ini si pembeli hendaklah menerima
semua barang tersebut.
3.3.6
Majlis Akad iaitu
: Pertemuan antara kedua
belah pihak (penjual dan pembeli) untuk menjalankan Akad Jual / Beli di
atas barang tertentu. Majlis
Akad tidak semestinya
dalam satu bilik atau dewan bahkan boleh
di mana-mana sahaja.
Pertemuan ini tidak semestinya secara menghadirkan diri di suatu
tempat tertentu; akan tetapi boleh berlakunya Akad
melalui surat, maka Majlis Akad
bermula sebaik sahaja surat tersebut diterima oleh pihak kedua dan
selesai membacanya; telefon, maka majlis bermula dengan penerimaan
panggilan dari pihak kedua.
Berakhirnya Majlis Akad dengan berpisahnya diri kedua belah
pihak (penjual dan pembeli), beredarnya pihak kedua dari tempat
bermulanya Majlis Akad
melalui surat atau telex dan memutuskan
hubungan telefon oleh salah satu pihak.
Oleh yang demikian tidak berakhir Majlis Akad selagi kedua-dua
belah pihak tidak berpisah sekalipun mereka bersama-sama
meninggalkan tempat tersebut
dan bersama-sama pergi ke
tempat lain.
Adapun Akad melalui
surat dan telex maka tempat yang bermulanya Akad
sahaja dikira Majlis Akad.
3.3.7
Perlunya dihadkan Majlis Akad
adalah untuk tujuan :-
i. Memberi masa
kepada pihak kedua untuk
berfikir sama ada hendak menerima
atau tidak jual / beli berkenaan setelah diijab oleh
pihak pertama. Sekiranya
dipilih menerima bolehlah ia
mengqabulkan Ijab tersebut selagi mereka
berada di Majlis Akad walau
berapa lama sekalipun jarak masa antara
Ijab dan Qabul itu.
ii. Memberi peluang
kepada pihak pertama untuk menarik balik Ijabnya sebelum diqabulkan
oleh pihak kedua.
iii. Kedua belah pihak boleh
membubarkan Akad Jual Beli mereka selagi masih berada dalam Majlis Akad.
3.3.8
Tiga jenis pemilihan yang tersebut di atas (3.3.7. I – ii – iii)
dinamakan Khiyarul Majlis
3.3.9
Semua Akad Jual Beli mula berjalan kuatkuasanya sebaik sahaja
kedua belah pihak
bersetuju tidak ada pilihan yang lain dari Akad
tersebut atau dengan perpisahan mereka dari Majlis Akad setelah
selesainya Ijab/Qabul.
3.3.10
Sebarang syarat yang dibuat semasa Ijab / Qabul yang mendatangkan
manfaat dan tidak bercanggah dengan dasar Jual Beli adalah diterima, ini
berdasarkan kepada kaedah.
ertinya: Wajib
melayani syarat seberapa yang boleh(2), dan sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud : - Orang-orang
Islam berpegang kepada
syarat-syarat mereka kecuali syarat yang menghalalkan perkara yang haram
atau mengharamkan perkara yang halal(3),seperti :-
i. Syarat yang ada
kaitan dengan Akad itu sendiri; umpamanya syarat tidak
menyerah barang sehingga pembeli menjelaskan semua harga barang
tersebut.
ii. Syarat yang
memperkuatkan lagi implikasi Akad umpamanya bagi menjamin hak penjual,
mengenai pembayaran harga dalam jualan tangguh, maka penjamin hendaklah
terdiri dari individu tertentu.
iii. Syarat-syarat yang biasanya
dikenakan mengikut Uruf masyarakat / perniagaan di zaman tertentu,
umpamanya mensyaratkan bayaran
dengan melalui Letter of Credit di kalangan peniaga-peniaga. Ini
berdasarkan kepada kaedah.
ertinya: Perkara yang menjadi kebiasaan samalah dengan yang
disyaratkan, dan kaedah
ertinya : Perkara yang
menjadi kebiasaan di antara peniaga-peniaga samalah dengan yang
disyaratkan di kalangan mereka.
Ketiga-tiga kaedah dan
hadis yang tersebut di atas jika dianalisiskan dapat kita membuat
keputusan berikut :-
a. Penjual
dan pembeli boleh menambah syarat-syarat tertentu, di samping
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak.
b. Syarat
yang ditambah itu hendaklah tidak bertentangan dengan hukum Syarak.
c. Kedua
belah pihak adalah terikat dengan syarat tersebut dan wajib mematuhi
sepenuhnya sebaik sahaja ianya dipersetujui.
d. Perkara-perkara
yang telah menjadi kebiasaan / kelaziman / adat pada satu-satu zaman atau
generasi dalam sebuah masyarakat, yang tidak bertentangan dengan hukum
Syarak, adalah menjadi syarat dalam mua’amalat
masyarakat tersebut.
3.4
Syarat Bagi Barang Yang Dijual
3.4.1
Barang yang hendak dijual mestilah ada pada
masa Akad dijalankan sekalipun
tidak dihadirkan barang
itu di Majlis Akad (kecuali Jual Salam).
Pada asalnya jual beli adalah secara tunai, akan tetapi setelah
menempuhi beberapa masalah
dan perubahan dalam masyarakat
maka munculnya Jual Salam iaitu jualan dengan ditangguh penyerahan
barang hingga pada masa tertentu, dan jualan Dengan Bayaran Harga Tangguh.
Sejak masa kebelakangan ini kita berhadapan dengan satu lagi jenis jual beli, yang mana barang yang hendak
dijual belum ada di waktu Akad dan akad diproses berikutan
dengan Akad tersebut, dan sebahagian
dari harganya dibayar
semasas Akad adapun
yang bakinya dibayar sewaktu penyerahan
barang atau semasa
barang itu diproses dengan
cara berperingkat, maka jualan seperti ini dinamakan iaitu : Tempahan dan hukumnya
adalah Sah (1).
3.4.2
Penjual berkuasa menyerahkan barang itu kepada
pembeli. Oleh
yang demikian tidak sah menjual
barang yang tidak
dimiliki oleh si penjual sama ada barang tersebut
tidak dimiliki oleh sesiapa, seperti burung
yang sedang terbang bebas, atau yang dimiliki oleh orang
lain; jualan ini terkenal dengan nama Al Fudhuli, kecuali jika
diwakili oleh tuannya untuk dijual.
3.4.3
Barang itu terdiri dari Harta
yang bernilai.
Dimaksudkan dengan “harta yang bernilai” ialah sesuatu barang
yang boleh memberi manfaat
kepada pemberi atau orang
lain sama ada semasa
membelinya atau di
masa akan datang, dan penilaian tersebut diakui oleh Syarak, oleh itu
tidak sah jual beli bahan
najis yang tidak boleh dibersihkan seperti
arak dan sebagainya dan bahan yang diharamkan, oleh kerana bahan,
najis dan bahan yang haram tidak
dianggap harta di sisi Syarak, begitu
juga bahan yang tidak ada manfaat(1).
3.4.4
Barang itu adalah jelas pada pengetahuan pihak pembeli sama ada dilihatnya atau contohnya semasa
Akad atau sebelumnya, sekiranya barang itu tidak mungkin berubah
sifat, atau dengan dijelaskan sifatnya semasa Akad.
3.5
Syarat Bagi Harga
3.5.1
Harga barang yang
dijual hendaklah disebut semasa Akad.
3.5.2
Hendaklah dijelaskan jenis matawang
kecuali jika wang tersebu dilihat semasa
Akad, maka memadai dengan ditunjuk sahaja.
3.5.3
Boleh dijual barang
dengan bayaran harga tangguh dengan
syarat :-
i.
Jelas tempoh pembayaran dan cara-caranya.
ii.
Permulaan tempoh dikira dari tarikh penyerahan barang
yang dijual
iii.
Tidak boleh diikatkan tempoh kepada musim yang tidak
tetap.
Perhatian :
Penangguhan penyerahan
barang yang dijual hingga ke
masa yang ditetapkan sahaja
seperti Jual Salam
adalah sah, atau penangguhan pembayaran harga juga sah.
Akan tetapi penangguhan penyerahan
barang dan pembayaran harga di dalam satu Akad jual beli adalah tidak sah,
oleh kerana Rasulullah s.a.w. menegah jual beli tangguh dari kedua
belah pihak (penjual dan pembeli) melalui hadis yang berbunyi :-
3.5.4
Kuasa penjual ke atas harga bermula sebaik sahaja selesai Akad
sekalipun belum diserahkan kepadanya, oleh yang demikian bolehlah ia
memindahkan pembayaran harga itu kepada orang lain secara Hiwalah.
3.6
Serah menyerah tidaklah menjadi syarat jual beli, akan tetapi tidak
selesai sesuatu upacara jual
beli tanpa serah menyerah
barang yang dijual kepada pembeli. Selesai serah menyerah barang
yang dijual kepada pembeli.
Selesai serah menyerah dengan
izin penjual kepada pembeli
untuk mengambil barang yang dijual tanpa sebarang gangguan, dengan yang
demikian, dianggap pembeli mengambil barang tersebut.
Berhasilnya penyerahan dengan berbagai cara :-
3.6.1
Penyerahan tanah memadai
dengan keizinan penjual kepada pembeli bagi mengendalinya.
3.6.2
Penyerahan rumah atau kawasan yang berpagar dengan masuk /
beradanya pembeli dalam kawasan tersebut.
Adapun rumah adalah dengan menyerah kunci kepada pembeli.
3.6.3
Penyerahan binatang ternakan yang jinak dengan memegang kepala atau
telinganya atau talinya dan diserah kepada pembeli.
Adapun yang liar
memadai dengan izin penjual kepada pembeli mengambilnya dengan apa cara
jua.
3.6.4
Penyerahan bahan-bahan sukatan hendaklah disukat, timbangan dengan
ditimbang atas arahan pembeli dan dimasukkan ke bekasnya untuk
dikendalikan oleh pembeli.
3.6.5
Penyerahan juga berhasil dengan diberi
barang itu oleh penjual kepada pembeli atau diambil oleh pembeli tanpa sebarang halangan
dari penjual.
Cara-cara serah menyerah seperti yang tersebut di atas adalah cara
yang dilaksanakan sejak zaman yang lampau.
Cara penyerahan mungkin
berubah dari satu masa ke satu masa mengikut adat kebiasaan atau Uruf
pada masa tersebut, oleh yang demikian Syarak menerima
cara serah menyerah
yang baru itu berdasarkan kepada kaedah :-
Ertinya :- Tidak
disangkal perubahan hukum-hukum dengan sebab perubahan masa (1)
Oleh itu penyerahan tidaklah
terhad dengan cara tertentu
sahaja untuk setiap generasi
di setiap zaman dalam semua
keadaan (2), oleh kerana tujuan dari serah menyerah ialah : Pengendalian
pembeli terhadap barang yang dibeli itu dengan sepenuhnya, setelah
berlakunya pemindahan hak milik melalui Akad jual beli, tanpa sebarang
halangan atau gangguan dari pihak penjual.
Maka tujuan tersebut berhasil dengan apa cara jua sama ada
perbuatan, perkataan, atau tulisan, dengan secara demikian hasrat
penjual dan pembeli tercapai dengan sepenuhnya.
3.7
Penjual berhak menahan barang yang dijual dari diserahkan
kepada pembeli dalam
keadaan jualan tunai sehingga
pembeli menyerah harga barang tersebut sepenuhnya.
Ada pun dalam jualan tangguh, penjual tidak berhak berbuat
demikian, begitu juga sekiranya jualan tunai diubah
menjadi jualan tangguh.
Oleh kerana di dalam jualan tunai serah menyerah
hendaklah disegerakan supaya kedua
belah pihak (penjual dan
pembeli) dapat mengendalikan hak masing-masing
sepenuhnya, maka tanpa
penyerahan harga
dengan sepenuh bererti hak
penjual ke atas barang tersebut
sehingga selesai pembayaran
harga dengan sempurna. Adapun
berkenaan dengan jual tangguh yang mana penjual tidak berhak menahan
penyerahan barang oleh kerana
ia telah bersetuju dengan penangguhan bayaran harga hingaa ke tarikh yang
ditetapkan, maka gugurlah haknya untuk menahan penyerahan barang tersebut
atas dasar bayaran harga belum selesai.
3.8
Tempat penyerahan barang yang dijual ialah di mana berlakunya
upacara Akad, kecuali jika dipersetujui bahawa penyerahan dilakukan di
tempat lain maka barang itu hendaklah diserah di tempat yang dipersetujui.
3.9
Semua perbelanjaan yang berhubung dengan pembayaran harga adalah
ditanggung oleh pembeli, dan
semua perbelanjaan yang berhubung dengan penyerahan barang
ditanggung oleh penjual; kecuali ada persetujuan selain dari yang
tersebut maka hendaklah
diikut butir-butirnya.
Lain-lain perbelanjaan untuk menyelesaikan
urusan jual beli seperti perkara-perkara
yang berhubung dengan
pendaftaran, cukai setem dan sebagainya adalah
mengikut kebiasaan /
Uruf yang dijalankan di
dalam masyarakat
tertentu sama ada di
tanggung oleh penjual atau pembeli atau ditanggung bersama, kecuali pada
perjanjian yang telah
dipersetujui oleh kedua belah pihak maka
wajib ditepati perjanjian tersebut.
3.10
Sekiranya berlaku kemusnahan ke atas barang yang dijual sebelum
diambil alih oleh pembeli, maka ditanggung oleh penjual.
Adapun selepas diambil
alih maka menjadi tanggungan pembeli.
Ini adalah salah satu
kesan daripada serah menyerah
(3.6), oleh kerana barang
tersebut sebelum dikendalikan
oleh pembeli adalah menjadi tanggungjawab penjual walaupun barang itu
telah berpindah milik dengan selesainya Akad.
3.11
Sekiranya berlaku kemusnahan ke atas barang yang hendak dijual di tangan
pembeli semasa tawar menawar, sebelum Akad, pada hal harganya
telah ditetapkan oleh penjual, maka hendaklah diganti oleh pembeli,
dan sekiranya harga belum ditetapkan oleh penjual, maka pembeli tidak
dikenakan ganti kecuali jika kemusnahan tersebut disengajakan oleh
pembeli.
KHIYAR / PEMILIHAN
PENDAHULUAN
Akad di dalam jual beli merupakan kata pemutus kedua belah pihak (penjual dan pembeli) untuk memindah hak milik
mereka ke atas sesuatu barang dan wang / harga yang mereka
miliki melalui akad tersebut.
Akan tetapi hasrat atau kehendak
seseorang selalu
berubah dan kadang kala seseorang itu menyesal
dengan tindakan yang telah diambil, umpamanya seorang menjual
barang kepunyaannya, setelah selesai akad
timbul perasaan hendak memiliki barang itu lebih lama lagi, oleh
sebab-sebab tertentu lalu ia
menyesal dengan tindakan yang telah diambil.
Oleh yang demikian
Syarak memberi perhatian terhadap sifat semula jadi manusia yang selalu
berubah hasrat dan kehendaknya di dalam
lapangan jual beli dengan memberi peluang dan masa
Pemilihan supaya tidak berlaku penyesalan yang berlarutan di atas
tindakannya.
1.
TAKRIF
1.1
Dimaksudkan dengan
Khiyar atau Pemilihan dalam jual iaitu : Kedua belah pihak (penjual dan
pembeli) diberi hak memilih
sama ada hendak melangsungkan jual beli mereka atau menfasakhnya mengikut syarat atau sebab-sebab
tertentu.
Perlu diterangkan bahawa perkataan AKAD ialah Ikat
Perjanjian, maka dengan berlakunya Akad Jual Beli bahawa kedua belah pihak (penjual dan pembeli) telah
mengikat perjanjian memindah hak milik masing-masing ke
atas barang / wang yang diakadkan itu kepada rakaman dengan secara
tukar menukar.
Adapun FASKH iaitu Merongkai atau Membubarkan Akad yang telah
berlangsung dengan
persetujuan kedua belah pihak
atau pihak yang berkuasa,
dengan terfasakhnya sesuatu Akad Jual Beli maka
kedua belah pihak
(penjual dan pembeli) mengambil balik hak masing-masing dengan sepenuhnya
seperti keaadaan sebelum Akad.
Terdapat perbezaan antara FASAKH dan
BATAL , yang mana Fasakh berlaku selepas
akad yang sah, adapun Batal adalah akad itu dari
awalnya tidak sah
disebabkan kekurangan rukun atau syarat yang ditetapkan oleh Syarak.
1.2
Tujuan Syarak memberi
hak tersebut supaya kedua
belah pihak tidak mengalami kerugian
atau penyesalan di belakang hari kelak oleh sebab-sebab tertentu yang
timbul dari pembelian dan penjualan barang berkenaan sama ada dari segi
harga atau barang itu sendiri.
1.3
Khiyar terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu :-
i.
Khiyar Majlis
ii.
Khiyarus Syart
iii.
Khiyarul Wasf
iv.
Khiyarun Naqd
v.
Khiyarut Ta’ayeen
vi.
Khiyarur Rukyah
vii.
Khiyarul ‘Aib
2.
HUKUM
2.1
Khiyarul Majlis iaitu
: Pemilihan yang dilakukan semasa berada dalam Majlis Akad
Jual Beli (Jual Beli 3.3.8.).
Kedua-dua belah pihak adalah
berhak memilih sama ada hendak meneruskan Jual Beli yang telah diakad di
majlis tersebut atau menfasakhkannya selagi mereka tidak berpisah.
2.1.1 Sekiranya salah satu pihak
menggugurkan hak pilihannya, maka pihak yang satu lagi masih
berhak membuat pilihan sama ada hendak meneruskan Jual Beli tersebut atau memansukhnya selagi Majlis Akad masih
wujud.
2.1.2 Hukum ini berdasarkan
kepada Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud :-
“Kedua belah pihak (penjual dan pembeli) diberikan hak pilihan
selagi
mereka tidak berpisah.”
2.1.3 Sebarang syarat
menggugurkan Khiyarul Majlis di dalam Akad Jual Beli adalah tidak
diterima kecuali pihak yang mempunyai hak Khiyatul Majlis itu
sendiri menggugurkan haknya.
2.2
Khiyarus Syart (1)
iaitu : Semasa melakukan Akad
Jual Beli kedua belah pihak bersetuju
disyaratkan bahawa kedua-dua mereka atau salah seorang darinya
berhak memilih sama ada Jual Beli itu diteruskan atau
difaskh. Tempoh masa
pemilihan itu tidak lebih dari
tiga hari.
Oleh yang demikian pihak yang diberi kepadanya hak
memilih itu boleh membuat keputusan sama ada hendak
meneruskan Jual Beli itu atau dimansukhkan.
Setiap pihak yang
menggugurkan haknya untuk memilih adalah dianggap bersetuju meneruskan
Jual Beli tersebut, walaupun begitu bagi pihak yang satu lagi masih
mempunyai hak pemilihan.
Ada pendapat Ulamak yang mengatakan bahawa tempoh memilih boleh
dilanjutkan lebih dari tiga hari jika
dipersetujuai oleh kedua belah pihak.
Tujuan dari Khiyarus Syart ialah memberi peluang kepada penjual dan
pembeli supaya tidak terburu-buru mengambil keputusan di dalam Jual Beli
tersebut, maka di dalam tempoh
tertentu bolehlah mereka memikir
dan membuat keputusan yang sewajarnya.
Khiyarus Syart adalah diantara syarat-syarat yang dilulus oleh
Syarak di dalam Akad Jual Beli berdasarkan kepada kaedah.
ertinya : Wajib menghargai sebarang syarat sekadar yang
boleh (1).
2.2.1 Pemilihan memfasakhkan
Jual Beli atau meneruskannya semasa dalam tempoh Khiyar akan berhasil dengan perkataan dan perbuatan /
tindakan.
i. Perkataan
iaitu : Setiap perkataan yang boleh difaham
supaya meneruskan Jual Beli berkenaan
atau fasakhnya dan lain-lain perkataan yang mempunyai makna yang
sama seperti : Saya teruskan
jual beli ini, atau : Saya fasakhkan akad jual beli ini, atau : Si pembeli
berkata kepada penjual: Saya mahukan barang ini (bererti teruskan), atau
penjual berkata : Saya mahukan barang
ini (bererti fasakh), atau kata si penjual : Ambillah barang kamu ini (bererti teruskan), atau : Serahkan kembali barang
saya itu (bererti fasakh).
ii. Perbuatan
/ Tindakan iaitu : Sebarang perbuatan yang dilakukan oleh
penjual dan pembeli yang boleh difaham sebagai faskh atau
meneruskan Jual Beli
berkenaan, umpamanya; semasa dalam
tempoh Khiyar si pembeli menggunakan barang tersebut untuk kepentingan
dirinya, ini bererti bahawa
pembeli memilih untuk meneruskan Jual Beli itu, atau pembeli menyerahkan
semula barang itu kepada
penjual dan meminta dikembalikan wangnya, ini bererti Faskh Akad, atau
si penjual minta dikembalikan barangnya dari pembeli, ini bererti
faskh, atau penjual membiarkan pembeli menjual barang tersebut kepada
orang lain ini bererti meneruskan Jual Beli.
2.2.2 Apabila habisnya tempoh
Khiyar yang disyaratkan tanpa difasakhkan Jual Beli
berkenaan oleh mana-mana pihak,
maka Jual Beli tersebut dengan sendiri
berjalan kuatkuasanya dari
segi hak dan tanggungjawab kedua belah pihak sebagai
penjual dan pembeli, maka sempurnalah Jual
beli itu apabila
selesai penyerahan penjual akan barang yang dijualnya itu kepada pihak pembeli.
Jual Beli yang telah selesai dengan sempurna
tidak boleh difasakhkan lagi kecuali
jika kedua-dua belah pihak
membuat persetujuan untuk membubar
/ menfasakh Jual Beli itu, maka
dengan persetujuan tersebut
pihak pembelii menyerahkan kembali barang yang dibeli itu kepada
penjual dan pihak
penjual menyerah balik wang
harga barang itu kadar mana
yang diterimanya, upacara fasakh seperti ini dinamakan Al-Iqalah di
dalam istilah Feqah. Sekiranya
harga yang dibayar balik oleh
penjual itu tidak sama dengan harga
asal, dan pembeli bersetuju menerimanya
sama ada lebih atau
kurang, maka upacara ini dianggap jual beli semula (jual balik), maka
tertakluklah kepada hukum jual beli.
Al-Iqalah dan Jual Beli
Balik hukumnya Harus (Halal) di sisi Syarak (2).
2.2.3 Khiyarus Syart tidak boleh
diwarisi. Oleh
yang demikian apakala mati pembeli atau penjual maka hak Khiyar kepada
si mata dengan sendirinya gugur, oleh itu waris si mati hanya
menerima sebarang keputusan dari pihak yang satu lagi sama ada
diteruskan jual beli itu atau difasakhnya.
2.2.4
Barang yang dijual masih menjadi milik penjual semasa
dalam tempoh Khiyar sehingga penjual memilih jual beli itu
diteruskan. Begitu juga wang
harga barang tersebut masih menjadi milik
pembeli sehingga
ia memilih jual beli itu diteruskan.
Ini bererti sebarang
kerosakan atau
kemusnahan yang berlaku ke
atas barang tersebut adalah
menjadi tanggungjawab penjual
kecuali sekiranya kerosakan atau kemusnahan itu berlaku disebabkan oleh pembeli
maka hendaklah diganti oleh pembeli.
2.3
Khiyarul Wasf (1) Iaitu memilih fasakh atau
meneruskan jual beli pada ketika
didapati bahawa barang
yang dibeli itu tidak tepat dengan
sifat-sifat yang dikehendakinya. Dalam
hal yang demikian si pembeli memilih sama ada fasakh Akad Jual Beli itu
atau meneruskannya dengan harga yang ditetapkan semasa Akad.
Sepertimana telah tersebut di dalam syarat jual beli bahawa barang yang hendak dijual itu hendaklah jelas kepada
pembeli dengan dilihatnya atau
dijelaskan kepadanya sifat-sifat
barang itu sekiranya barang
tersebut belum dilihat
lagi dan tidak ada di majlis akad (12), oleh itu sekiranya setelah
selesai akad penjual menyerah
barang tersebut kepada
pembeli dan di dapati barang
itu tidak sepertimana yang
dikehendaki dari segi sifatnya maka pembeli berhak membuat pilihan fasakh
atau mengekalkan jual beli tersebut.
Tujuan dari penepatan
sifat barang yang dijual pada dasarnya ialah untuk menentukan mutu atau
kualiti barang itu, sekiranya barang yang diserah itu tidak seperti yang
dijanjikan maka hasrat pembeli
tercapai oleh yang demikian wajarlah ianya diberi hak memilih fasakh jual
beli tersebut.
Pada zaman ini masalah penepatan sifat adalah satu perkara yang
mudah diatasi kerana
kebanyakkan barang atau bahan
gunaan diproses melalui mesin atau kilang, yang mana satu-satu jenis
barang boleh diketahui sifat dan mutunya
melalui petunjuk tertentu (model) yang memudahkan
para pembeli / pengguna mengenali barang tersebut dengan secara
melihat contoh atau katelok yang dikemukakan oleh penjual / pembekal, oleh itu pembeli berhak memfasakh jual beli berkenaan sekiranya di
dapati barang tersebut tidak
tepat dengan contoh yang dilihat.
2.3.1 Khiyarul Wasf boleh
diwarisi, oleh itu sekiranya si pembeli mati sebelum melihat barang yang
dibelinya semasa hayatnya, kemudian barang itu diserahkan
kepada warisnya dan didapati tidak tepat dengan sifat-sifat yang
dikehendaki oleh si mati, maka waris
berhak memfasakhkan Akad Jual Beli tersebut.
2.3.2 Hak Khiyatul Wasf dengan
sendirinya terbatal sekiranya si pembeli bertindak ke atas barang tersebut
sepertimana hak miliknya
sendiri.
2.4
Khiyarun
Naqd
Iaitu menjual sesuatu
barang berdasarkan bahawa si pembeli akan membayar
harga barang tersebut pada masa yang dipersetujui semasa Akad dan
sekiranya pembeli tidak bayar pada
masa itu jual beli itu gagal, tiba-tiba si pembeli gagal
membayar pada tempoh yang ditetapkan, maka terfasakhlah jual beli
tersebut dengan sendirinya, begitu juga sekiranya si pembeli mati dalam
masa berjalannya Khiyarun Nagd, maka
akad tersebut dengan sendirinya terbatal.
Khiyarun Naqd boleh dilaksanakan dalam sistem Jualan Dengan Bayaran
Harga Tangguh, yang mana disyaratkan sekiranya pembeli gagal membayar
harga barang itu hingga ke
tempoh tertentu maka jual beli tersebut terfasakh.
Apabila terfasakh jual beli tersebut maka barang yang dijual itu
dipulangkan kembali kepdaa penjual.
2.5
Khiyarut Ta’ayeen
Menjual satu barang di
antara beberapa barang yang telah ditetapkan harga bagi tiap-tiap
satu, dan diberi hak kepada pembeli
untuk memilih yang mana satu barang yang dikehendakinya dalam
tempoh pemilihan yang ditetapkan.
2.5.1 Pembeli yang terlibat
dengan Khiyarut Ta’ayeen hendaklah menentukan mana satu barang
yang menjadi
pilihannya sebelum habisnya tempoh pemilihan yang ditetapkan.
2.5.2
Khiyarut Ta’ayeen boleh diwarisi, oleh yang demikian sekiranya
pembeli mati dalam tempoh masa pemilihan, maka
warisnya mengambil alih kuasa pemilihan tersebut.
Gambaran kepaga Khiyarut Ta’ayeen di zaman ini ialah cara berjual
beli di pusat membeli belah
atau supermarket, yang mana berbagai-bagai
barang beserta dengan harga tiap-tiap satu dipamerkan kepada
pengguna untuk dijual, maka setiap pengguna
bebas memilih dan mengambil barang yang disukainya dan membayar harga
barang tersebut kepada jurujual, dengan ini berhasillah jual beli tersebut
melalui Khiyarut Ta’ayeen sekiranya kedua
belah pihak bersetuju mengadakan Khiyar tersebut.
2.6
Khiyarur Rukyah
Iaitu pemilihan yang diberi kepada si pembeli
yang membeli barang belum dilihatnya sama ada hendak meneruskan
jual beli berkenaan atau memfasakhkannya sebelum ia melihat barang
tersebut.
Sebenarnya Khiyarur Rukyah dan Khiyarul Wasf hampir sama, dan
perbezaannya iaitu Khiyarur Rukyah berlaku sebelum barang yang
dibeli itu dilihat oleh pembeli dan tujuannya memberi peluang
kepada pembeli membuat keputusan sebelum dilihatnya barang tersebut.
Adapun Khiyarul Wasf masanya
adalah sewaktu melihat barang yang dibeli itu dan
didapati tidak tepat dengan sifat
yang telah dipersetujui semasa akad.
Khiyarur Rukyah juga ada persamaannya dengan Khiyarus
Syart, dan bezanya dari segi tempoh pemilihan yang mana Khiyarus
Saft tempohnya ditetapkan mengikut masa tertentu, sedangkan Khiyarur
Rukyah tempohnya berlanjutan selagi si pembeli belum melihat barang
tersebut.
Oleh kerana terdapatnya titik
persamaan di antara jenis-jenis Khiyar maka setengah Ulamak Feqah
membahagikan Khiyar kepada dua jenis sahaja iaitu:-
a)
Khiyarut Tasahhi iaitu : Pemilihan yang berhubung dengan
kegemaran untuk menerus atau memfasakh jual beli berkenaan.
b)
Khiyarun Naqisah iaitu : Pemilihan yang berhubung dengan sifat
kekurangan yang terdapat pada
barang berkenaan.
2.6.1
Khiyarur Rukyah tidak boleh diwarisi, oleh yang demikian sekiranya
si pembeli itu mati, maka jual beli tersebut tidak boleh difasakhkan lagi
sekalipun warisnya masih belum melihat
barang tersebut.
2.6.2
Penjual tidak diberi hak Khiyarur Rukyah sekalipun ia belum melihat
barang yang dijualnya itu,
umpamanya si penjual mewarisi barang tertentu dari keluarganya yang
meninggal dunia lalu dijual barang itu kepada orang lain sebelum ia melihatnya, maka
sah jual beli tersebut.
2.6.3
Lihat yang
dimaksudkan dalam peribahasan Khiyarur
Rukyah ini ialah mengetahui keadaan dan kedudukan barang
yang dibeli itu
mengikut tujuan asal yang
terdapat pada barang tersebut umpamanya
: Bagi melihat kain yang dijual dalam gulungan
memadai dilihat lapisan atas gulungan tersebut oleh kerana pada ghalibnya (biasanya) lapisan atas
satu-satu gulungan kain menjadi
contoh kepada lapisan bawah
dari segi warna, corak dan tebal atau nipisnya kain tersebut, maka memadai
dengan melihat lapisan atasnya sahaja, begitu juga dengan melihat contoh
kepada barang yang dibeli secara borong adalah mencukupi.
Membeli barang yang mempunyai ketelok yang menerangkan keadaan
barang berkenaan secara terperinci samalah dengan melihat barang
tersebut buat zaman sekarang ini, oleh kerana segala faktor
yang terkandung di
dalam katelok berkenaan menunjuk kepada
hakikat barang itu sendiri dari segi masa keluaran / model, jenis bahan atau
alat yang dipasang, mutu barangan
dan lain-lain lagi yang boleh
menempati melihat kepada diri barang tersebut.
2.6.4
Sekiranya si pembeli membeli barang dengan melihat contohnya sahaja
tiba-tiba semasa menerima barang itu didapati keadaannya berlainan atau kurang
dari contoh yang dilihat,
maka pembeli berhak mengembalikan barang tersebut dan memfasakhkan Akad
Jual Beli berkenaan, maka ini dinamakan Khiyarul Wasf.
2.6.5
Jual beli yang dilakukan oleh orang buta adalah sah sekiranya ia
membeli sesuatu barang sebelum diketahui sifat barang tersebut
maka ia berhak memfasakhkan Akad Jual Beli itu atas dasar Khiyarur
Rukyah.
2.6.6
Untuk mengetahui sifat barang yang dibeli oleh orang buta adalah
dengan melalui sentuhan bagi barang yang diketahuinya secara menyentuh,
mencium bagi barang yang berbau dan merasa bagi barang yang boleh dirasa.
Adapun bagi barang yang tidak
boleh diketahui melalui pancainderanya kecuali mata, maka bolehlah
mensifatkan kepadanya oleh orang yang ia percayai.
2.6.7
Melihat sesuatu barang pada beberapa ketika sebelum dibelinya
adalah memadai dan gugurlah
hak Khiyarur Rukyah, kecuali sekiranya
didapati barang itu telah berubah
dari sifat seperti masa yang
dilihatnya dahulu, maka bolehlah si pembeli
itu memfasakhkan jual beli tersebut atas dasar Khiyarul Wasf.
2.6.8
Sekiranya wakil pembeli melihat barang yang dibelinya itu maka
gugurlah hak Khiyarur Rukyah kepada pembeli, oleh kerana kuasa yang diberi
kepada wakil itu adalah sama dengan
kuasa pembeli.
2.6.9
Sekiranya yang melihat barang itu ialah orang yang diarah oleh
pembeli atau orang suruhan pembeli untuk mengambil barang tersebut dari
penjual, maka tidak gugur hak Khiyarur Rukyah dari pembeli.
Perbezaan antara
wakil pembeli dengan orang suruhan pembeli iaitu; Wakil pembeli
adalah diberi kuasa membeli dan menjalankan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan jual beli seperti tawar menawar,
menetapkan harga, akad, dan melihat barang berkenaan. Adapun orang suruhan pembeli pula ditugaskan untuk
menjalankan kerja tertentu
sahaja seperti mengambil barang, menyerah wang dan kerja-kerja yang
ditentukan oleh pembeli itu, maka tugasnya adalah terhad.
2.6.10 Tergugurnya
Khiyarur Rukyah dengan tindakan yang diambil oleh pembeli ke atas barang
tersebut sebagai seorang pemilik seperti menjualnya, atau memindah milik
dan mengubahsuai barang tersebut.
2.6.11 Sekiranya seorang
itu membeli barang-barang yang berlainan jenis atau sifat
dan dilihat sebahagian
darinya dan sebahagian lagi belum dilihat
maka hak Khiyarur Rukyah masih kekal
ke atas semua
barang-barang berkenaan, jika
ia memilih fasakh maka terfasakhlah jual beli ke atas semua
barang tersebut dan jika hendak diambil maka kenalah ambil
kesemuanya dan tidak boleh diambil sebahagian sahaja dan difasakh
yang sebahagian lagi.
2.7 Khiyarul
‘Aib
Sepertimana yang telah maklumkan
bahawa Khiyar iaitu : Pemilihan untuk memfasakh atau meneruskan sesuatu
jual beli, adapun Al-‘Aib ertinya : Cacat. Maka
Khiyarul ‘Aib iaitu : Pemilihan pembeli sama ada meneruskan jual
beli atau memfasakhkannya pada ketika didapati bahawa barang yang dibeli
itu cacat.
Cacat pada barang yang dibeli boleh berlaku dalam dua keadaan :-
a)
Cacat yang berlaku sebelum
barang
itu diserah kepada pembeli, ini dinamakan cacat yang lama.
b)
Cacat yang berlaku selepas barang
tersebut diserahkan kepada
pembeli, ini dinamakan cacat yang baru
Kedua-dua jenis cacat yang
tersebut memberi kesan kepada hak pemilihan
pembeli dalam bidang Khiyarul ‘Aib.
Khiyarul ‘Aib dinamakan juga Khiyarun Naqisah
iaitu pemilihan yang berhubung dengan sifat kekurangan yang
terdapat pada barang yang
dibeli, oleh kerana cacat adalah sifat kekurangan, maka pembeli diberi hak
memilih fasakh atau mengekalkan jual beli berkenaan apabila kedapatan
cacat yang lama pada
barang yang dibelinya.
2.7.1
Khiyarul ‘Aib adalah menjadi
hak pembeli sekiranya jual beli itu bersifat Mutlaq
iaitu jual beli yang tidak disyaratkan bahawa penjual tidak
bertanggungjawab ke atas kecacatan
yang terdapat pada barang
yang dijualnya.
Dari sudut Khiyarul ‘Aib beli dibahagi
kepada :-
a)
Mutlaq iaitu : jual beli biaya yang tidak disyarat bahawa penjual
tidak bertanggungjawab terhadap kecacatan yang
terdapat pada barang
berkenaan.
b) Ghairul
Mutlaq iaitu : jual beli yang diisyaratkan bahawa penjual tidak bertanggungjawab
terhadap kecacatan yang terdapat pada
barang tersebut. Ini
sekiranya penjual benar-benar
tidak mengetahui yang barang itu cacat, adapun sekiranya penjual
mengetahui bahawa barang itu cacat dan ia menyembunyikan kecacatan itu
dari pembeli maka syarat
tidak bertanggungjawab itu adalah merupakan satu
penipuan, maka hukumnya haram dan pembeli berhak memfasakh jual
beli tersebut.
2.7.2 Pembeli
berhak memfasakhkan Akad Jual Beli berkenaan sekiranya didapati
barang yang dibeli itu cacat yang berlaku sebelum barang itu
diserahkan kepadanya oleh penjual, oleh kerana barang yang dibeli
itu masih di dalam tanggungjawab penjual kepada pembeli melalui
akad, akan tetapi jual beli itu masih belum sempurna tanpa
serah menyerah.
2.7.3 Sekiranya
si pembeli bersetuju mengekalkan jual beli tersebut dan rela menerima
barang itu dalam keadaan cacat, maka ianya tidak boleh memotong
harga barang yang dibelinya itu
dari kadar yang ditetapkan semasa akad
sekalipun kecacatan itu menyebabkan kurangnya harga barang
berkenaan, oleh kerana harga barang berkenaan
adalah hak penjual selepas
berlakunya akad, dengan
relanya pembeli mengekalkan jual beli tersebut
maka harga barang itu
pun kekal sepertimana yang dipersetujui
semasa akad, oleh kerana harga yang diputuskan semasa akad tidak boleh diubah selagi
akad tersebut berjalan kuatkuasanya.
2.7.4 Sekiranya
si penjual telah menerangkan kepada pembeli
bahawa terdapat kecacatan pada barang
tersebut: akan tetapi si pembeli terus
menerimanya, maka gugurlah
hak Khiyarul ‘Aib, oleh kerana dengan
penjelasan tersebut penjual tidak bertanggungjawab lagi di atas
cacat yang disebutkan itu dan pembeli pula bersetuju membeli barang
berkenaan dalam keadaan cacat.
2.7.5 Begitu
juga jika si penjual mensyaratkan bahawa
beliau tidak bertanggungjawab di atas
segala kecacatan
yang terdapat pada
barang tersebut dan
dipersetujui oleh pembeli, maka gugurlah hak Khiyarul
`Aib.
Jualan seperti ini dinamakan Ghairul Mutlaq
“sila rujuk 2.7.1.(b).”
2.7.6 Atau
si pembeli bersetuju membeli barang tersebut sekalipun ianya cacat,
maka gugur Khiyarul ‘Aib.
2.7.7 Tergugurnya
hak Khiyarul ‘Aib sekiranya pembeli terus
bertindak sebagai pemilik barang itu setelah ia mendapat tahu
bahawa barang yang dibelinya
itu cacat, dan tidak mengambil
sebarang tindakan segera bagi
menggunakan haknya dalam
Khiyarul ‘Aib, seperti menghubungi
penjual dan memberitahunya bahawa
barang tersebut cacat dan lain-lain tindakan yang sewajarnya.
2.7.8 Jika
sekiranya barang yang dibeli itu cacat selepas diterima oleh
pembeli kemudian lahir pula cacat yang lama yang berlaku semasa di tangan
penjual, maka pembeli tidak boleh memfasakhkan jual beli itu; akan tetapi
berhak menuntut supaya harga
barang itu dikurangkan mengikut nilai harga
barang yang cacat lama, contohnya seorang pembeli membeli sepotong
kain untuk membuat baju, setelah ia memotong
kain tersebut maka didapati kain itu rosak sebelum diserah
kepadanya, maka ia berhak menuntut supaya penjual mengurangkan harga kain
berkenaan mengikut nilai harga
yang rosak, ini berdasarkan kepada kaedah-kaedah ertinya ; perkara
yang mudharat tidak boleh dihapuskan dengan mudharat yang sama dengannya,
dan
ertinya ; perkara yang mudharat
hendaklah diatasi seberapa yang
boleh.
2.7.9 Untuk
menentukan kadar kemerosotan harga barang tersebut disebabkan oleh
kecacatan lama, perlulah dinilai oleh orang yang pakar dalam
bidang pernilaian harga barang berkenaan, dan tidak mempunyai sebarang
kepentingan berhubung dengan jual beli tersebut.
2.7.10 Sekiranya si penjual rela menerima kembali barang itu dengan
keadaan cacat yang baru berlaku di tangan pembeli, maka pembeli tidak lagi berhak
mengurangkan harga barang tersebut dan barang berkenaan hendaklah diserah balik kepada penjual, dan akad
tersebut difasakhkan.
2.7.11 Sebarang tambahan yang dibuat oleh pembeli ke atas barang
berkenaan menyebabkan barang tersebut tidak boleh diambil balik oleh
penjual dalam kes (2.7.10.) di atas, oleh itu perlulah nilai harga barang
itu diturunkan dari kadar harga yang ditetapkan semasa akad kerana
kecacatan yang lama, umpamanya
kain yang dibeli itu
telah dijahit menjadi baju yang
nilainya lebih dari harga sebelum
dijahit maka penjual
tidak boleh mengambil
baju itu dan hendaklah ia membayar kadar susutan harga kain yang
cacat itu kepada pembeli. Oleh
kerana penambahan yang dibuat oleh pembeli itu adalah dari haknya, maka
susutan harga barang tersebut, disebabkan cacat lama, perlu diambil
kira dan dibayar kepada pembeli.
2.7.12 Semua barang yang dibeli bersama-sama yang cacat dalam satu
akad hendaklah diserah
kembali kepada penjual pada
ketika Akad Jual Beli itu
difasakhkan.
2.7.13 Sekiranya didapati bahawa
barang yang dibeli itu
tidak boleh digunakan
langsung / tidak boleh dimanfaatkan maka batallah jual beli berkenaan.
2.7.14 Sekiranya cacat yang baru berlaku itu hilang / sembuh dan
tinggal cacat yang lama maka
kembali semula hak Khiyarul ‘Aib kepada pembeli, ini berdasarkan kepada
kaedah.
ertinya : apabila hilang perkara yang menegah maka
perkara yang
ditegah
kembali semula seperti sediakala.
BUNGA / FAEDAH / RIBA
1.
PENDAHULUAN
Riba adalah amalan yang dikutuk oleh Allah, firmanNya dalam
Al-Quran:
yang
bermaksud :
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat
berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang
dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang
kerana sentuhan
(syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan “Bahawa
sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti Riba”.
Pada hal Allah
telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan)
dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah
diambil dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa
yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Surah
Al-Baqarah ayat – 275.
Dan
sabda Rasulullah s.a.w. :
yang
bermaksud :
“Allah
melaknat (mengutuk) orang yang makan riba dan mengambil serta
memberinya dan penulisnya dan saksinya.”
Hadith
diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.
Dari ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. yang tersebut di
atas nyatalah betapa besarnya dosa orang yang terlibat dengan amalan riba; oleh
kerana riba merupakan satu penindasan
dari golongan berada ke
atas mereka yang tidak berada atau dengan lebih jelas, golongan kaya ke
atas golongan miskin di dalam sesebuah
masyarakat. Ini merupakan
satu penyakit dalam masyarakat yang mengakibatkan perasaan tidak puashati
golongan miskin terhadap golongan kaya, keadaan seperti ini boleh
menimbulkan berbagai angkara jenayah
seperti merompak, menyamun, mencuri dan sebagainya.
Oleh yang demikian Islam mengharamkan riba sebagai satu langkah
membenteras gejala-gejala tersebut serta
mewujudkan suasana perpaduan, harmoni dan persefahaman di antara semua
anggota masyarakat.
Dengan mengharamkan riba tidak bererti bahawa Islam menyekat sumber
pendapatan atau mata pencarian seseorang
melalui modal yang
ada padanya, atau degan lain perkataan
bahawa Islam menyekat sumber ekonomi yang lumayan ke atas
penganutnya. Sebenarnya
Islam tidak bersikap demikian
bahkan ianya menggalakkan
supaya umatnya berusaha untuk mencapai taraf ekonomi yang tinggi melalui sumber-sumber yang
halal dan bersih dari
unsur-unsur penipuan, perjudian, dan penindasan, oleh
itu Islam menghalalkan jual beli sebagai salah satu sumber
ekonomi yang kukuh dan boleh mendatangkan keuntungan yang
lumayan, di samping itu Islam mewujudkan konsep-konsep Mudharabah
dan Musyarakah atau perkongsian yang mana kedua-dua konsep ini merupakan
penanaman modal yang mendatangkan keuntungan yang lumayan.
Islam juga memperakui konsep sewa menyewa sebagai sumber hasil
gunaan yang halal, begitu juga upah mengupah
yang merupakan sumber hasil tenaga sama ada fizikal atau mental
(profesyen). Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda :
yang
bermaksud : “Berilah pengupah kepada orang yang mengambil upah
sebelum kering peluh
dahinya.”
Selain dari itu Islam menghalalkan sumber-sumber dari hasil bumi:
seperti pertanian dan perlombongan, dan hasil ternakan
nelayan, buruan dan sebagainya menjadi mata pencarian yang halal
dari bahan-bahan utama /
mentah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada
hambanya untuk kemudahan hidup dan menjadi sumber ekonomi sejati.
Firman Allah :
yang
bermaksud :
“Dan binatang-binatang ternak itu.
IA juga menciptakannya untuk kamu : terdapat padanya benda-benda
yang memanaskan tubuh dari
sejak dan beberapa faedah yang lain; dan
daripadanya juga kamu
makan.
Dan bagi kamu pada binatang-binatang
ternak itu, keindahan
(yang menarik hati)
ketika kamu membawanya balik untuk berihat
(pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).
Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke
mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan
menanggung susah payah.
Sesungguhnya Tuhan kamu Amat Melimpah belas kasihan dan
rahmatNya. Dan (Allah
menjadikan) kuda dan baghal serta kaldai, untuk
kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan dan 1A
menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
Dan firman Allah :
yang
bermaksud :
“Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang
berlain-lain jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu).
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi kamu yang mahu mengingati nikmat Allah
itu.
Dan DIALAH yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan
daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat
pula mengeluarkan daripadanya
benda-benda perhiasan
untuk kamu memakainya: dan (selain itu ) engkau melihat
pula kapal-kapal belayar padanya: dan
lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya:
dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah
An-Nahl ayat : 13, 14).
Dan banyak lagi
ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan sumber-sumber ekonomi
yang halal dan boleh
diteroka oleh umat Islam. Ini
bererti bahawa dengan mengharamkan
Riba dan lain-lain pendapaatn dari sumber yang haram seperti
judi, penipuan dan sebagainya
tidak menjejaskan kekukuhan ekonomi
Islam, bahkan dengan pengharaman
tersebut menjaminkan keberkatan hasil pendapatan
seseorang dan keselamtan hartanya dari dicerobohi oleh mana-mana
pihak.
Semasa Bank Islam Malaysia Berhad
berada di awal peringkat penajaan
(belum masuk ke peringkat operasi lagi) memang
kedengaran suara-suara yang meramalkan bahawa bank ini tidak
boleh berjalan kerana tidak mahu menjalankan sistem Riba
kononnya, akan tetapi setelah bank tersebut menjalankan operasinya
mulai 20 Ramadhan 1404H bersamaan 1 Julai 1983 dakwaan
seperti itu tidak
kedengaran lagi, dan Bank Islam Malaysia Berhad
berjaya mengisytiharkan
dan membahagi keuntungan yang diperolehi enam bulan pertama dari
tarikh bermula operasinya. Ini
membuktikan satu kenyataan bahawa Konsep Ekonomi Islam yang
berdasarkan MUA’AMALAT TANPA Riba dapat
berjalan dengan lancar, berkesan dan memuaskan.
2.
PERBEZAAN DI ANTARA PEMBAHAGIAN
UNTUNG DENGAN BUNGA / FAEDAH / RIBA
Banyak
terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai tentang
perbezaan antara Keuntungan
yang terdapat di dalam jual beli. Mudharabah,
Musyarakah, Jualan Dengan
Bayaran Harga Tangguh dengan Riba atau Faedah (Bunga) yang
diperolehi dari hutang piutang.
Ada orang berpendapat bahawa keuntungan dan Riba adalah sama
sahaja. Anggapan
sebegini sebegini bukan sahaja baru muncul
akan tetapi sejak berzaman-zaman lagi; sepertimana firman Allah:
yang bermaksud :
“……. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan “Bahawa sesungguhnya
berjual beli itu sama sahaja seperti Riba”.
(Surah
Al-Baqarah ayat: 275).
Iaitu orang-orang
yang memakan Riba menganggap bahawa faedah (bunga) yang mereka ambil dari
hutang piutang samalah dengan keuntungan
yang diperolehi dari jual beli.
Kekeliruan seperti ini tidak seharusnya timbul; oleh kerana
penjelasannya telahpun terdapat di
dalam firman Allah s.w.t. di hujung ayat tadi.
yang
bermaksud :
“Pada hal Allah menghalalkan jual beli (berniaga) dan
mengharam Riba.:
(Surah
Al-Baqarah ayat 275).
Ini bererti dari segi hukum : Jual beli itu adalah Halal dan
riba adalah Haram.
Berikut diterangkan perbezaan antara Untung dan Riba
dari segi pelaksanaan.
2.1
Adalah menjadi matlamat /
dasar perniagaan ialah mencari keuntungan; oleh itu semua pemodal
mengharapkan setiap sen yang
dilabur akan memperoleh keuntungan, ini adalah
selaras dengan kaedah Fiqah iaitu : Pembayaran / pembiayaan dibalas
dengan ganjaran. Oleh itu
Islam menggalakkan umatnya berniaga untuk mencari
untung.
2.2
Pada pandangan Islam bahawa wang yang tersimpan tanpa dilabur tidak
akan bertambah, malahan ianya semakin
merosot dari setahun ke setahun; kerana wajib dibayar zakat sebanyak 2 ½%
tiap-tiap tahun sehingga sampai
ke peringkat di bawah kadar
Nisab.
Pembekuan matawang khasnya emas dan perak tanpa digunakan /
dibelanja / dan dilabur mengikut lunas-lunas Islam adalah bertentangan
dengan dasar ekonomi Islam,
sepertimana firman Allah:
yang bermaksud :
“Dan (ingatlah)
orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan pada
jalan Allah, maka khabarkanlah
kepada mereka degna (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Al-Taubah : 34)
Oleh yang demikian
jelaslah bahawa Islam menggalakkan umatnya berniaga untuk mendapat
keuntungan, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. :
yang bermaksud :
“Hendaklah kamu berniaga oleh kerana sembilan
per sepuluh dari rezeki berada
di dalam perniagaan.”
2.3
Emas, perak / wang ringgit tidak boleh bertambah jika ianya
dibeku atau disimpan begitu sahaja; oleh yang demikian Islam tidak
menerima konsep bunga (faedah) yang diperolehi seseorang menerusi wang
simpanannya yang dibekukan di
dalam bank umpamanya, dan itu dianggap
Riba, kecuali dengan diberi kuasa kepada bank tersebut untuk
dilabur, jika beroleh keuntungan pihak bank memberikan kepadanya dengan
berdasarkan peratus dari untung dan bukan peratus
dari jumlah wang yang disimpan.
Maka ganjaran yang diterimanya dari bank itu hasil dari pelaburan
yang halal maka dikira untung yang Halal.
2.4
Islam tidak mengakui faedah (bunga) menerusi hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
yang bermaksud :
“Bahawa setiap hutang yang membawa manfaat (duniawi) kepada
si pemberi hutang (tuan punya hutang) adalah Riba.”
2.5
Sebab Islam mengharamkan Riba
oleh kerana di samping ianya mempunyai unsur penindasan, maka Riba
juga merupakan satu konsep yang hanya mengutamakan kepentingan individu
sahaja tanpa memberi perhatian kepada keperluan masyarakat, pada hal Islam
sebaliknya mengutamakan kepentingan masyarakat
lebih dari kepentingan individu.
2.6
Jadual Perbezaan Antara :-
i.
Faedah / Bunga / Riba
ii.
Untung
NO
|
FAEDAH/BUNGA/RIBA
|
|
UNTUNG
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
Penentuan
faedah dibuat semasa akad tanpa diberi perhatian kepada untung /
rugi
Peratus
kadar faedah berdasarkan kepada jumlah wang (modal) yang terlibat
Pembayaran
faedah tetap seperti yang dijanjikan tanpa diambil kira sama ada
projek yang dijalankan oleh
pihak kedua itu untung atau rugi.
Jumlah
kadar bayaran faedah tidak meningkat sekalipun jumlah keuntungan
berlipat ganda.
Pengambilan
/ pembayaran faedah (bunga) adalah haram.
|
1.
2.
3.
4.
5.
|
Penentuan
bahagian untung dibuat semasa akad dengan berasaskan kepada untung /
rugi.
Peratus
pembahagian untung berdasarkan kepdaa jumlah keuntungan yang telah
dicapai.
Pembahagian
untung bergantung sepenuhnya kepada keuntungan projek berkenaan
sekiranya projek itu tidak dapat untung
atau mengalami kerugian,
maka risikonya ditanggung oleh kedua-dua pihak.
Jumlah
kadar pemberian untung meningkat mengikut
peningkatan jumlah
keuntungan yang tercapai.
Penerimaan
/ pembahagian untung adalah halal.
|
3.
TAKRIF
Dalam
memperkatakan takrif Riba kita perlu mengetahui terlebih dahulu
pembahagian dan jenis-jenis Riba;
oleh kerana tiap-tiap jenis Riba
mempunyai fungsi tertentu
yang membawa kepada
berlainan takrif antara satu dengan yang lain.
3.1
Riba terbahagi kepada dua bahagian, dan setiap bahagian mempunyai
pecahan seperti berikut :-
Riba
|
|
|
|

|
Jual Beli
Hutang Piutang
(Riba
Al-
(Riba An-Nasiah/
(Riba Al-
(Riba Al-Jahiliah)
Fadhlu)
Riba Al-Yadu)
Qardhu)
3.2
Riba dalam bahasa Arab ialah : Lebih / tambah. Sepertimana firman Allah s.w.t. :
yang bermaksud :
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang
kamu berikan, supaya bertambah kembangnya
dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan
kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan
dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata maka mereka
yang melakukan itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”
(Surah
Ar-Ruum ayat : 39)
3.3
Perkataan (
) dan, di dalam ayat, perkataan
(
) ertinya : (Lebih) atau (Tambah).
Maka takrif Riba pada umumnya
ialah ; Lebihan /
Tambahan / Tidak sama timbangan atau sukatan atau masa berlaku pertukaran
jenis bahan tertentu.
3.4
Adapun takrif yang khusus bagi setiap jenis Riba
akan diterangkan di dalam perbahasan
setiap jenis berkenaan.
4.
RIBA HUTANG PIUTANG
4.1
Takrif :
Riba Hutang Piutang ialah : Sebarang lebihan yang
disyaratkan atau dijanji untuk diberi kepada pihak Tuan Punya Hutang atau
dimanfaatkan olehnya berkaitan dengan Hutang
yang diberi kepada pihak yang
berhutang.
4.2
Analisa :-
Dalam takrif di atas kita dapati empat unsur penting iaitu :
4.2.1 Hutang iaitu : satu
kadar harta / wang yang
diberi kepada seseorang / pihak tertentu dengan syarat dibayar balik kepada pihak tuan punya hutang.
4.2.2 Tuan Punya Hutang
; iaitulah pihak yang
mengeluarkan sejumlah dari hartanya atau
harta yang di bawah kawalannya untuk diberi
kepada pihak yang lain dengan secara hutang.
4.2.3 Pihak Yang Berhutang
iaitu : Orang / Pihak yang menerima pemberian Hutang dari Tuan Punya
Hutang.
4.2.4 Lebihan iaitu ;
Harta atau manfaat (gunaan /
kemudahan) yang disyaratkan atau dijanjikan semasa berhutang untuk
kepentingan tuan punya hutang.
4.3
Jenis Riba Hutang
Piutang :-
Riba Hutang Piutang terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
i.
Riba Al-Qardhu
ii.
Riba Al-Jahiliah
4.4
Riba Al-Qardhu
4.4.1
Takrif :-
>
Iaitu : Hutang yang disyaratkan atau dijanjikan sesuatu Faedah /
Manfa’ah untuk ke pentingan Tuan Punya Hutang.
>
4.4.2
Hukum
:-
4.4.2.1
Riba Al-Qardhu adalah haram berdasarkan kepada firman Allah:-
yang
bermaksud :-
“Wahai
orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang
berhutang) itu. Jika benar
kamu orang–orang yang
beriman.
Oleh itu, kalau kamu tidak melakukan (perintah mengenai larangan
riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
RasulNya. (akibatnya kamu
tidak menemui selamat). Dan
jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal
harta kamu. (Dengan yang
demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak
dizalimi oleh sesiapa.”
(Surah
Al-Baqarah ayat : 278, 279)
Dan Hadith yang
diriwayatkan oleh
Saidina Ali
R.A sabda
Rasulullah s.aw. :-
yang
bermaksud :
“Setiap
hutang yang menarik (membawa) manfa’ah (kepada
tuan punya hutang) maka itu
adalah riba.”
4.4.2.2 Yang dikatakan Riba ialah lebihan
yang disyaratkan /
dijanjikan untuk
kepentingan pihak yang memberi hutang
(tuan punya hutang), sama ada berbentuk
wang ; umpamanya hutang
$100.00 dengan syarat membayar $101.00, atau barang ;
umpamanya hutang $100.00 dengan
syarat membayar $100.00 dan satu kilo beras, atau hutang
sebanyak lima biji telor dijanji membayar sebanyak enam biji, atau
gunaan seperti hutang $100.00
dengan syarat membayar $100.00 dan pinjam kenderaan selama satu hari, atau
keistimewaan seperti hutang $100.00 dengan syarat
membayar $100.00 dan menjual motokar, kepadanya, dan lain-lain
faedah / manfa’ah yang disyarat atau dijanji untuk kepentingan pihak
pemberi hutangl (tuan punya hutang).
4.4.2.3 Sekiranya pihak yang
berhutang, dengan ehsannya,
membayar lebih dari kadar hutangnya
kepada tuan punya hutang atau
mengemukakan sesuatu benda sebagai hadiah / sagu hati atau lain-lain
sumbangan kepadanya tanpa sebarang janji
atau syarat; maka sumbangan tersebut tidak dianggap Riba
dan ianya dinamakan Qardhul Hasan, maka hukumnya Halal.
4.4.2.4 Hutang pada pandangan Islam
adalah salah satu unsur kebajikan dan
bukan sumber keuntungan.
Oleh kerana seseorang itu
tidak akan berhutang kepada orang
lain selagi ianya sanggup membiayai keperluannya dengan hartanya sendiri,
dan apabila ia kehabisan modal sedangkan
keperluan masih ada dan
perlu dibiayai;maka pada ketika itu ia berada di dalam keadaan kesempitan perbelanjaan, maka untuk mengatasi masalah
yang dihadapi itu ia terpaksa berhutang. Oleh yang demikian Islam menganggap bahawa hutang adalah satu sumber amal kebajikan yang mana
pemberi hutang (tuan punya
hutang) akan mendapat ganjaran pahala yang lebih dari pahala bersedekah. Oleh itu hutang tidak boleh
dianggap sebagai sumber
Ekonomi Perdagangan Dalam Islam yang boleh mendatangkan keuntungan
duniawi, dan sebarang
keuntungan duniawi yang
disyarat / dijanjikan menerusi
hutang adalah Riba yang dikutuk oleh Allah.
4.5
RIBA AL-JIHILIAH
4.5.1
Takrif
Iaitu ; Bayaran lebih dari Hutang Asal (pokok) dikenakan
ke atas orang yang
berhutang sekiranya ia
tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan.
4.5.1.1.
Riba Al-Jahiliah merupakan jenis Riba
yang popular di zaman Jahiliah.
Sebagai contoh ;
Seorang tuan punya hutang apabila genap tempoh lalu datang menuntutnya
daripada orang yang
berhutang, maka kata orang
yang berhutang itu: Lanjutkan tempoh
pembayaran hutang itu saya akan menambah
lagi harta kamu (dengan membayar faedah yang lebi).
Berkata Al- Sheikh Ibnu Hajar.
Riba berhasil dengan cara; seseorang memberi hutang
kepada orang lain hingga tempoh tertentu, setiap bulan ia mengambil
kadar bayaran (bunga) yang ditetapkan, dan modal (pokok) masih kekal.
Apabila genap tempoh pembayaran, maka
tuan punya hutang menuntut supaya hutangnya itu diselesaikan, dan
sekiranya orang yang
berhutang itu tidak mampu membayar maka bunganya ditambah lagi dengan
kadar selama masa penangguhan itu berlaku.
4.5.1.2
Dari takrif dan gambaran di atas (4.5.1 – 4.5.1.1)nyatalah bahawa
kedudukan Riba Al-Jahiliah adalah seperti berikut :-
i. Pada
mulanya boleh jadi merupakan hutang tanpa Riba, atau Riba Al-Qardhu
(4.4).
ii. Apabila
pembayaran tidak dibuat pada
tempoh masa tertentu maka bayaran Faedah (bunga) dikenakan /
ditambah ke atas tiap-tiap
hari atau bulan yang tertangguh sehinggalah hutang itu dapat diselesaikan
pembayarannya.
4.5.2
Hukum:-
4.5.2.1
Firman Allah s.w.t.:
yang bermaksud :-
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu makan atau
mengambil riba dengan melipat ganda ; dan hendaklah kamu bertakwa kepada
Allah supaya kamu berjaya.”
(Surah
Aali-Imran ayat : 130)
Dan sabda Rasulullah s.a.w. pada ketika Baginda menunaikan Haji
terakhir
yang bermaksud :-
“Demi, bahawa Riba Al-Jahiliah adalah Batal,
dan awal-awal riba yang aku batalkan ialah Riba Abbas bin Abdul
Muttalib”.
4.5.2.2
Berdasarkan kepada ayat Al-Quran dan Hadith yang tersebut di atas
(4.5.2.1) maka jelaslah bahawa hukum Riba Al-Jahiliah adalah haram.
4.5.2.3
Pinjaman wang yang dibuat
oleh Institusi-institusi Kewangan atau bank
perdagangan biasa (Bank Riba) pada hari ini pada
keseluruhannya terlibat dengan
Riba Al-Jahiliah ; oleh kerana
setiap peminjam
dikenakan bayaran balik yang lebih dari
kadar pinjaman asal (pokok), ini
adalah (bunga) dalam
Riba Al-Qardhu, dan sekiranya tempoh
bayaran tidak dapat disempurnakan seperti dalam perjanjian maka dikenakan pula faedah di atas kelewatan dengan kadar
tertentu, ini adalah (bunga) dalam Riba Al-Jahiliah.
4.5.2.4
Bank Islam dan Institusi-institusi Kewangan yang menjalankan
perniagaan dengan mengikut Konsep-konsep Perdagangan Islam tidak akan
terlibat dengan Riba Al-Qardhu, Riba Al-Jahiliah, dan apa juga jenis riba
sekalipun ianya berjalan mengikut Undang-undang Perdagangan Dalam Islam.
5.
RIBA JUAL BELI
5.1
Takrif :-
Riba Jual Beli ialah :- Jual
beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau masa penyerahan barang
tertentu atau matawang pada
ketika berjual beli / menukar
bahan tersebut.
5.1.1 Hadith :-
yang bermaksud :-
“Diriyawat
oleh ‘Ubbadah bin Saamit daripada Rasulullah
s.a.w. bersabda: Jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, sekoi dengan sekoi, buah kurma dengan buah kurma, dan garam
dengan garam hendaklah sama timbangan
atau sukatan, dan tukar menukar dalam
masa yang sama. Jika
sekiranya berlainan bahan-bahan ini bolehlah kamu jual bagaimana yang kamu
suka dengan syarat pertukaran di masa yang sama ,”
(Riwayat
Imam Ahmad dan Muslim).
Diriwayat
oleh Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. sabd Rasulullah s.a.w.:-
Yang
bermaksud :-
“Emas
dengan emas adalah riba kecuali sama-sama menyerah, dan gandum
dengan gandum adalah riba kecuali sama-sama menyerah, dan buah kurma
dengan buah kurma adalah riba, kecuali sama-sama
menyerah, dan sekoi dengan sekoi adalah riba kecuali sama-sama
menyerah.”
5.1.2
Difaham dari takrif dan hadith tersebut (5.1. – 5.1.1.) di atas
bahawa Riba Jual Beli berlaku pada bahan
tertentu sahaja, iaitu :-
i)
Emas
ii)
Perak
iii)
Gandum
iv)
Sekoi
v)
Buah Kurma (tamar)
vi)
Garam
Bahan-bahan tersebut dikenali dengan nama Bahan Ribawi iaitu ;
Bahan yang boleh terlibat dengan
riba dalam jual beli
sekiranya tidak mengikut syarat-syarat yang ditetap oleh hukum Syarak.
5.1.3
Riba Jual Beli terbahagi kepada
dua jenis iaitu :-
Riba
Jual Beli
|
|
|
|

|
(Riba An-Nasiah) (Riba
Al-Fadhlu)
(Riba Al-Yadu)
5.1.3.1 Riba Al-Fadhulu
Iaitu
: Jual Beli Bahan Ribawi (5.1.2.)
sama sejenis tanpa persamaan timbangan atau sukatan. Seperti menjual 10 gram emas dengan 11 gram, menjual 5
gantang gandum dengan 6 gantang, dan seumpamanya.
5.1.3.2 Riba An-Nisiah
Riba Al-Yadu
Iaitu : Jual Beli
Bahan Ribawi (5.1.2.)
sama sejenis atau berlainan jenis dari bahan yang sama tanpa penyerahan di waktu yang sama / tukar menukar iaitu
dengan ditangguhkan penyerahan dari salah satu pihak.
5.1.4
Bahan Ribawi (5.1.2) terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :-
i)
Matawang
ii)
Bahan Makanan
Bahan
Ribawi
Bahan Makanan :- Matawang :-
|
|
|
|

|
i. Gandum
i. Emas
ii. Sekoi
ii. Perak
Ini bererti bahawa bahan
yang terlibat dengan Riba Jual Beli hanya matawang dan bahan makanan
sahaja, adapun yang lain dari dua bahan
tersebut tidak terlibat dengan
Riba Jual Beli.
5.1.5
Perbezaan di antara Riba
Jual Beli (5) dengan Riba Hutang Piutang (4) iaitu: Riba Hutang Piutang
melibatkan semua bahan sama ada
matawang, makanan, dan lain-lain bahan.
Adapun Riba Jual Beli hanya melibatkan dua bahan sahaja iaitu;
matawang dan bahan makanan. Oleh itu sebarang lebihan
dan dijanji atau disyaratkan di dalam Hutang sama ada matawang,
makanan, atau apa bahan
jual adalah Riba Hutang Piutang yang ditegah oleh Islam.
5.2
Hukum :-
5.2.1
Para Ulamak bersependapat (1) adalah haram jual beli yang tidak
sama timbangan atau sukatan ke atas bahan-bahan (Bahan Ribawi 5.1.2.):-
i)
Emas dengan emas
ii)
Perak dengan Perak
iii)
Gandum dengan gandum
iv)
Sekoi dengan sekoi
v)
Buah tamar (kurma) dengan buah tamar (kurma).
vi)
Garam dengan gandum, dan jual beli tersebut adalah Riba Al-Fadhlu
(5.1.3.1)
5.2.2
Para Ulamak juga berpendapat bahawa
jual beli bahan-bahan yang tersebut di atas (5.2.1) (I – vi) yang
ditangguh penyerahannya oleh satu pihak
(penjual / pembeli) ke suatu masa yang lain, adalah
Haram dan hukumnya dan ia merupakan Riba
An-Nasiah atau Riba
Al-Yadu (5.1.3.2)
5.2.3
Sekiranya bahan yang
tersebut di atas (5.2.1.) (I – vi) dijual dengan berlainan jenis;
seperti emas dengan perak,
gandum dengan buah tamar, maka bolehlah
dijual tanpa sama timbangan atau
sukatan asalkan berlaku serah
menyerah dalam satu masa.
5.2.4
Oleh itu untuk mengelak dari berlakunya Riba dalam
jual beli bahan Ribawi (5.1.2) yang tersebut di atas maka jual beli
itu hendaklah dilaksanakan secara tunai dan sama timbangan /
sukatan jika sama sejenis.
5.2.5
Berlainan / perbezaan mutu (kualiti) bahan Ribawi yang sama jenis
tidak menjadi alasan yang membolehkan barang itu dijual tidak sama
timbangan atau
sukatan; umpamanya 10 gram emas yang bermutu rendah maka ini adalah Riba.
5.2.6
Lain-lain bahan makanan juga termasuk dalam ertikata jenis Ribawi
dan diberi hukum yang sama
dengan hukuman bahan-bahan Ribawi di atas(5.1.2).
Ini adalah pendapat Mazhan Shafiee dan kebanyakan Ulamak Fiqah, dan
ada pendapat yang mengatakan hanya empat jenis
bahan makananl sahaja yang terlibat dalam bahan
Ribawi iaitu :-
i.
Gandum
ii.
Sekoi
iii.
Buah kurma
iv.
Garam
adapun yang lain-lain jenis bahan makanan tidak dianggap bahan Ribawi, ini pendapat Daud Zahri.
5.2.7
Sekiranya dijual bahan Ribawi dengan yang bukan Ribawi; seperti
gandum dengan pakaian, maka tidak disyaratkan persamaan dan tidak terikat
dengan penyerahan dalam masa yang sama, begitu juga menjual bahan yang bukan Ribawi sesama
bukan Ribawi; seperti menjual sebuah motokar dengan dua buah
motokar tunai atau tangguh tidak dianggap
Riba.
5.2.8
Asas bahan-bahan Ribawi mengikut
Mazhab Shafie ialah :-
i)
Matawang :
Khasnya emas dan perak tanpa dikira sama ada kedua-dua bahan itu berbentuk
wang seperti Dinar / dan Dirham atau barang kemas dan sebagainya.
ii)
Bahan makanan : Sama ada bahan makanan yang asasi seperti ;
gandum, beras, jagung dan sebagainya, atau yang bukan asasi seperti ;
daging, tepung, garam dan sebagainya.
5.2.9 Boleh dijual bahan Ribawi
dengan bahan Ribawi yang berlainan asas seperti gandum dengan emas, beras
dengan perak dan umpamanya tanpa terikat kepada
persamaan timbangan atau sukatan
dan serah menyerah di masa yang sama.
5.2.10 Boleh dijual bahanl yang bukan Ribawi
dengan yang sejenis dengannya tanpa terikat kepada persamaan dan serah
menyerah dalam masa yang sama; seperti menjual seekor
lembu dengan dua ekor lembu secara tangguh; oleh kerana lembu dan
lain-lain binatang hidup bukan dari jenis Ribawi.
5.2.11 Akan tetapi tidak sah menjual daging
dengan daging tanpa persamaan timbangan dan serah menyerah walaupun
daging-daging itu dari berlainan
jenis haiwan; oleh kerana daging adalah bahan makanan maka ia bahan Ribawi.
5.2.12 Boleh menjual sesuatu barang kepada seseorang, kemudian si penjual membeli balik barang tersebut
dari pembeli dengan harga yang lebih dari harga
jualan pertama atau kurangl dari itu, maka jual beli tersebut
adalah jual beli biasa dan hukumnya sah.
5.2.13 Tidak sah menjual daging dengan
binatang yang masih hidup sekalipun berlainan jenis mengikut pendapat
Mazhab Shafie ; berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Sa’aid
bin Al-Musaiyeb r.a. :-
yang bermaksud :-
“Bahawa Rasulullah menegah dari menjual binatang dengan
daging.”
5.2.14 Tidak sah menjual tepung gandum dengan
gandum biji walaupun sama timbangan ; oleh kerana gandum
yang telah diproses menjadi tepung
itu tidak boleh disamakan dengan yang belum diproses.
5.2.15 Tidak sah menjual makanan yang telah
diawit dengan bahan mentah yang menjadi awitannya; seperti menjual
roti dengan tepung, oleh kerana
tidak dapat dipastikan
persamaan sukatan atau timbangan
di antara yang mentah dengan yang telah diawit.
5.2.16 Untuk mengelak dari berlakunya
perkara-perkara yang ditegah di atas (5.2.13., 5.2.14., dan 5.2.15.) maka
bahan-bahan tersebut hendaklah dijual beli melalui matawang.
|
|
|