SISTEM MASYARAKAT  DALAM ISLAM

 

 

 

 

Objektif

 

1.      Pelajar dapat memahami bahawa manusia di dunia  ini memerlukan bermasyarakat.

 

2.      Pelajar boleh menganalisa bentuk dan dasar masyarakat Islam.

 

3.      Pelajar dapat menghayatai kebaikan dan kesan-kesan positif apabila ajaran Islam dijadikan asas sistem  masyarakat.

 

4.      Memberi panduan dan pendedahan kepada pelajar mengenai ciri-ciri keutamaan masyarakat Islam.

 

5.      Pelajar-pelajar mampu membezakan ciri-ciri penting yang berlainan antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam.

 

6.      Memberi kefahaman kepada pelajar bahawa dalam masyarakat Islam wanita diberi kedudukan dan keutamaan yang tertentu.

 

7.      Pelajar dapat memikir dan menghayati betapa perlunya masyarakat masa ini kepada bentuk dan ciri-ciri masyarakat  Islam.

 


 

SISTEM MASYARAKAT DALAM ISLAM

 

 

 

Mukadimah

 

         Ibnu Khaldon menerangkan bahawa “Masyarakat adalah penting bagi umat  manusia”.  Ahli sosiologi pula mengatakan Manusia adalah binatang-binatang yang bermasyarakat adalah suatu perkara yang pasti bagi manusia.  Untuk  mengatur hubungan anggota-anggota dalam masyarakat perlu ada peraturan atau  sistem tertentu.  Oleh itu setiap individu tidak boleh hidup bebas dalam masyarakat dengan mengenepikan peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan  tersebut.  Setiap peraturan perlu dihormati oleh anggota-anggota masyarakat secara bersama demi keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan bersama.

 

         Apabila masyarakat mempunyai peraturan maka peraturan-peraturan tersebut mesti mempunyai falsafah atau nilai-nilai tertentu berdasarkan  pemikiran yang diakui dalam masyarakat itu sendiri.  Sesuatu peraturan boleh dianggap baik atau buruk adalah bersesuaian dengan falsafah dan  nilai-nilai yang diperakukan oleh anggota masyarakat.

 

         Dalam Islam, juga mempunyai falsafah dan nilai yang dijadikan dasar peraturan dalam megatur serta membina sebuah masyarakat.

 

 

Dasar Masyarakat Dalam Islam

 

         Dalam masyarakat Islam ialah ugama Islam itu sendiri.  Tegasnya pembinaan masyarakat Islam mestilah berdasarkan kepada ugama Islam sehingga  setiap individu dalam masyarakat tersebut melakukan sesuatu  perkara  atau tindakan bersesuaian dengan ajaran Islam.  Sama ada sifatnya sebagai individu mahupun sebagai anggota masyarakat.  Jadi, setiap umat Islam yang  menyakinkan Islam sebagai pegangannya perlu menjadikan diri anggota masyarakat Islam dan berkewajipan berusaha mencapai tujuan tersebut.

 

         Sebenarnya kedatangan Islam membawa dasar baru dalam pembinaan masyarakat iaitu :

 

1.      Dasar mempertahankan kehormatan manusia dan menghormati perikemanusiaan.

 

2.      Dasar menghapuskan kesukuan dan kedaerahan.  Tegasnya suku, kaum, bangsa dan daerah adalah tidak layak.

 


 

Sebab-sebab Keturunan, Bangsa dan Daerah Tidak Boleh Dijadikan Dasar

 

1.      Asal keturunan manusia adalah satu.  Firman Allah :

 

 

 

 

(An-Nisak : 1)

            Maksudnya :  

                     “Wahai  manusia, bertakwalah kepada Allah yang menjadikan kamu dari satu tubuh.

 

            Hadis Nabi :

 

 

 

            Maksudnya :

                     “Semua kamu dari Adam, sedang Adam dari tanah.

 

2.         Allah jadikan bumi ini untuk semua manusia.  Firman Allah :

 

 

 

(Ar-Rahman : 10)

 

            Maksudnya :

                     “Bumi dijadikannya untuk manusia dan binatang.

 

3.         Ruang lingkupnya (keturunan dan daerah) adalah amat sempit, tidak menampung  seluruh manusia.  Contohnya seorang berketurunan Iban tidak boleh menjadi anggota  berketurunan  Kadazan.  Tetapi dalam masyarakat  Islam semua bangsa boleh menganggotainya, malah mereka yang bukan  Islam boleh menganggotainya dengan syarat menyatakan ketundukan kepada  peraturan-peraturan yang berlaku.

 

 

 

Kesan-Kesan Ajaran Islam Dijadikan Asas Dalam Sistem Masyarakat Islam

 

1.         Terjadinya Ikatan Keimanan

 

                     Islam menganggap setiap orang yang mengimani ajaran Islam adalah bersaudara dalam seagama.  Allah S.W.T berfirman :

 

 

 

 

(Al-Hujurut : 10)

 

 

            Maksudnya :

                     “Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara”.

 

 

            Dalam hadis menerangkan :

 

                     “Orang yang muslim itu adalah saudara orang yang muslim yang lain.”

 

 

                     Dengan ikatan keimanan itulah lahirnya perasaan selalu ingin membantu dan menolong saudaranya seagama bukan berdasarkan bangsa, keturunan dan  daerahnya tetapi kerana agamanya.  Namun demikian bukanlah bermakna menghapuskan terus ikatan hubungan keturunan.  Masih boleh dihubungkan  selagi tidak membatasi dan melebihi kepentingan ajaran Islam.

 

                     Dengan ikatan keimanan, juga, bukanlah bermakna menimbulkan perkosaan terhadap orang-orang yang bukan Islam.  Masyarakat Islam masih menerima  orang-orang bukan Islam menjadi anggotanya, malah diberi jaminan dan perlindungan yang secukupnya.  Firman Allah :

 

 

 

 

(Al-Maidah : 8)

 

                     “Janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorongkan kamu untuk berlaku tidak adil.  Berlaku adilah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”

 

 

            Rasulullah s.a.w. bersabd :

 

 

 

           

            “Barang siapa mengganggu orang-orang Ziami sesunggunya dia telah mengganggu aku”

 

 

2.         Terhapusnya Perasaan Kesukuan

 

                     Islam sangat mencela kesukuan.  Ini bukan hanya terbatas kepada  kesukuan yang berdasarkan keturunan.  Bahkan meluas kepada semua  bentuk kesukuan yang tersumber dari yang lain.  Oleh kerana kesukuan inilah selalu menumbuhkan perasaan ingin membantu saudaranya sekalipun  saudaranya itu dari golongan salah.  Jadi, bantu membantu kerana  merasa sedaerahan, sepekerjaan, seideologi sangat tercela dalam  pandangan Islam.

 

                     Sesebuah masyarakat yang dapat menghapuskan kesukuan akan dapat mengurangi permusuhan, penganiayaan dan kejahatan yang terjadi dalam  masyarakat.  Akibatnya, setiap individu masyarakat di dorong menegakkan keadilan yang membawa kebaikan kepada  seluruh anggota masyarakat.

 

 

3.         Takwa Kepada Allah merupakan dasar kelebihan antara manusia

 

                     Kelebihan manusia dalam masyarakat Islam hanya diukur melalui ketakwaan seseorang .  Firman Allah :

 

 

 

 

 

 

 

(Al-Hujurut : 13)

 

                     “Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu berkenal-kenalan.  Sesungguhnya yang  paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orangyang paling takwa.”

 

 

                     Oleh itu setiap orang hendaklah berlumba-lumba untuk mencapai kelebihan dan kedudukan yang tinggi ini di sisi Allah iaitu sifat takwa.  Semua  manusia mempunyai hak untuk mencapai darjat ini dan  tidak ada sesuatu yang menghalangnya.  Sama ada ia seorang fakir miskin, kaya atau berbeza warna kulit, berlainan jenis kelamin, keturunan dan  pekerjaannya.

 

                     Begitu juga sebaliknya seseorang itu tidak akan mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah kalau takwanya telah hilang sekalipun dari keturunan mulia atau mempunyai harta kekayaan, kekuasaan, anak-anak yang ramai, kefasihan bercakap, ramai pengikut atau cantik parasnya.

 

                    

 


 

Ciri-Ciri Keistimewaan Sistem Masyarakat Islam

 

 

         Sebenarnya ciri-ciri keistimewaan  masyarakat Islam adalah banyak.  Di antaranya ciri-ciri yang terpenting ialah :

 

1.            Memelihara nilai-nilai akhlak.

2.            Berpegang teguh dengan konsep keadilan.

3.            Mengambil berat terhadap kekeluargaan / perkahwinan.

4.            Menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat.

5.            Memberi tanggungjawab individu bertindak memperbaiki masyarakat dengan menyuruh perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara kemungkaran.

 

 

 

1.      Memelihara Nilai-nilai Akhlak

 

                  Yang dikatakan masyarakat Islam mestilah mempunyai nilai-nilai akhlak di kalangan ahli-ahli anggotanya yang berasaskan kepada ajaran  Islam.  Oleh itu kita  dapati segala peraturan atau undang-undang dalam  masyarakat Islam adalah bertujuan untuk memelihara nilai-nilai akhlak yang mulia serta menjaga kebersihan masyarakat dari perbuatan-perbuatan yang tercela dan terkutuk itu.  Contohnya undang-undang rejam atau rotan 100 kali kepada mereka yang melakukan zina setelah cukup syarat-syaratnya adalah  mempunyai hubungan rapat dengan menjaga nilai akhlak bukan sahaja kepada si pelaku malah kepada orang ramai.

 

                  Dalam perhubungan pergaulan seharian  juga berasaskan nilai-nilai akhlak dengan menyangka baik, terhadap seseorang, saling percaya  mempercayai, hormat menghormati, tidak menipu dan tidak menyesatkan  seseorang.  Seterusnya diharamkan mengintai-intai kesalahan orang  lain, mengumpat, mengadu dumba, hasad dengki, yang mana semua perbuatan ini akan mendatangkan permusuhan sesama anggota.  Ini jelas  menunjukkan masyarakat Islam mengutamakan nilai-nilai akhlak.

 

                  Sementara itu gejala-gejala kemungkaran tidak dibiarkan berlaku dalam masyarakat dengan sewenang-wenangnya malah Islam sangat mencela orang-orang yang merbahaya jika dibiarkan tanpa diberi ubat nescaya membinasakan tubuh badan.

 

                  Di sana secara khusus masyarakat Islam mengenakan peraturan kepada wanita iaitu :

 

         1.      Seorang wanita tidak dibenarkan bergaul bebas dengan lelaki yang bukan suaminya atau bukan muhrimnya.

 

         2.      Seorang wanita apabila keluar rumah hendaklah berpakaian menutup aurat.

 

                  Peraturan-peraturan tersebut dibuat semata-mata bertujuan memelihara nilai-nilai akhlak di kalangan anggota  masyarakat itu  sendiri supaya tidak terjebak di lembah kejahatan  atau kemungkaran.

 

                  Seterusnya dalam masyarakat Islam ditanamkan rasa kasih sayang  di kalangan anggotanya dan hidup dalam suasana tersebut.  Perkara ini telah digambarkan oleh Rasulullah :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “Perumpamaan kaum muslimin itu dalam kasih sayangnya laksana satu tubuh  yang apabila menderita salah satu anggota tubuhnya maka seluruh tubuh itu akan merasakan sakitnya”

 

                  Berkasih sayang antara umat Islam menyebabkan masyarakat Islam itu laksana  satu keluarga yang harmonis diikat melalui perasaan saling  kasih mengasihi dan saling cinta mencintai sesama mereka serta  berbentuk satu masyarakat yang bahagia.  Akhirnya kesan dari kasih sayang dan cinta mencintai tersebut akan lahirkan sifat ingin tolong  menolong dalam perkara-perkara  kebaikan.

 

                  Sebenarnya  sifat bertolong-tolongan  adalah diperintahkan oleh Islam baik terhadap keluarga, jiran tetangga, teman, kawan dalam perjalanan, tetamu, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhajat dalam masyarakat Islam.  Firman Allah :

 

 

 

 

 

 

 

 

(An-Nisak : 36)

 

         Maksudnya :

                  “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun.  Berbuat baiklah kepada ibu bapa, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang berdekatan dan tetangga yang jauh, teman sejawat ibnu sabil dan hamba sahayamu”

 

                  Bertolong-tolongan yang diperintahkan bukan hanya terbatas kepada  mereka-mereka yang berhajat pertolongan, tetapi meluas ke bidang-bidang  lain sesuai dengan luasnya bidang  amal kebajikan, seperti  bertolong-tolongan membina masjid, sekolah, rumah sakit, jambatan, menerbitkan buku-buku pengetahuan yang manfaat, membasmi kemungkaran, kezaliman dan mengusir musuh-musuh semua ini termasuk dalam bertolong-tolongan yang diperintahkan oleh Islam kerana semuanya adalah kebajikan.  Dengan ini anggota  masyarakat akan dapat menghapuskan perasaan iri hati, permusuhan serta mendorongkan lahirnya sifat cinta kasih yang menyebabkan wujudnya kehidupan yang bahagian dalam  masyarakat.  Inilah kesan masyarakat Islam yang memelihara nilai-nilai akhlak yang mulia.

 

 

2.      Berpegang Teguh dengan konsep keadilan

 

                  Berlaku adil apabila menetapkan satu-satu hukuman dan tindakan merupakan satu ciri yang terpenting dalam masyarakat Islam.  Ianya merupakan salah satu sifat akhlak yang mulia dan asas utama dalam membentuk sebuah  masyarakat Islam.  Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, lawannya zalim iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

 

                  Banyak ayat Al-Quran secara umum menyuruh berlaku adil.  Antaranya Firman Allah :

 

 

 

 

 

(An.Nahl: 90)

 

         Maksudnya :

                  “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil.”

 

 

         Firman  Tuhan :

 

 

 

(An-Nisak : 135)

 

 

         Maksudnya :

                  “Wahati orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang penegak keadilan”.

 


 

                  Di sana terdapat beberapa ayat  Al-Quran secara khusus memerintahkan berlaku adil.  Contohnya :

 

         1.      Berlaku adil dalam percakapan

 

                  Firman Allah :

 

 

 

(Al-An’am: 152)

 

                  Maksudnya :

                  “Dan apabila  kamu berkata, maka hendaklah berlaku adil sekalipun dia dari kaum kerabatmu.”

 

2.      Berlaku adil dalam menulis dan mencatit.

 

         Firman Allah :

 

 

 

(Al-Baqarah : 282)

 

         Maksudnya:

                  “Dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menulis dengan benar (adil)”.

 

 

3.      Berlaku adil dalam melaksanakan hukum dan pendamaian.

 

         Firman Allah :

 

 

 

 

(An-Nisak: 58)

         Maksudnya :

               “Dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah menghukum adil”.

 


 

4.      Berlaku adil dalam menimbang dan menukar.

 

         Firman Allah :

 

 

 

(Al-An’am: 152)

 

         Maksudnya:

               “Dan sempurnakan tukaran dan timbangan dengan adil.”

 

               Dari penerangan di atas jelas menunjukkan masyarakat Islam menetapkan keadilan dan menganggap  perkara yang amat penting untuk  dilaksanakan di samping melarang melakukan kezaliman dan menyuruh meninggalkannya.

 

               Dengan keadilan hak-hak si lemah dapat dilindunginya, setiap yang bersalah pasti akan nyata kesalahannya dan menerima hukuman yang sewajarnya  sekalipun ia dari golongan yang berkedudukan tinggi, kuat  dan berpengaruh.

 

               Oleh kerana itu sesebuah masyarakat yang diliputi dengan  keadilan, ahli anggotanya akan merasa aman dan tenteram.  Sebaliknya  apabila kezaliman telah berleluasa di masyarakat tersebut, seluruh anggotanya pula diselubungi dengan tidak tenteram, hak-hak mereka  tidak terjamin dan sering dicabuli serta  hidup dalam keadaan resah gelisah yang merupakan tanda-tanda kerosakan dan kehancuran masyarakat.

 

               Rasulullah s.a.w. telah memberi gambaran bagaimana  masyarakat yang tidak dilaksanakan keadilan dengan sebenarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “Sesungguhnya telah rosak binasa orang-orang yang sebelum kamu kerana apabila mencuri orang-orang bangsawan mereka tidak dihukum  tetapi apabila mencuri orang-orang biasa barulah mereka laksanakan  hukuman.  Demi Allah kalau Fatimah anak Muhamad mencuri nescaya aku potong juga tangannya.”

 

                  Gambaran di atas  membuktikan kehancuran sesuatu umat disebabkan kezaliman.  Kezaliman menghapuskan keadilan yang akan menimbulkan perkosaan dan tindakan sewenang-wenangnya terhadap  hak-hak orang lain bila-bila masa sahaja.  Dari itu menyebabkan hancurnya masyarakat.

 

                  Sebaliknya masyarakat yang adil anggota masyarakat akan mempertahankan keutuhan masyarakatnya dan menolak segala perkara yang boleh merosak dan menghancurkan masyarakat.

 

                  Oleh kerana itu negara Islam semenjak lahirnya berpegang teguh kepada keadilan dan berusaha menentang semua bentuk kezaliman.  Khalifah Abu Bakar pernah berkata :

 

 

 

 

 

 

                  Maksudnya :

         “Orang kuat daripada kamu adalah lemah sehingga aku ambil hak daripadanya dan orang yang lemah daripada kamu menjadi kuat sehingga aku kembalikan hak kepadanya.”

 

                  Tegasnya  seorang yang lemah kedudukannya adalah kuat sekiranya berada di pihak yang benar.  Sebaliknya seorang  yang kuat dan berpengaruh, kedudukannya adalah lemah  jika ia berada dalam kebatilan.

 

                  Keadilan ini memang telah dilaksanakan dalam masyarakat Islam dahulu sehingga terdapat dua orang yan berbeza kedudukannya di mata masyarakat adalah sama apabila duduk di mahkamah pengadilan atau berhadapan undang-undang.

 

                  Contohnya seorang wanita Bani Muhzun telah mencuri dan meminta kepada Usamah bin Yazid sebagai orang perantaraan untuk berjumpa dengan Rasul semoga dibebaskan hukuman.  Rasulullah telah marah dan  bersabda “wahai Usamah apakah engkau ingin meringankan hukum Allah”.  Kemudian Rasul menghadap orang ramai dan bersabda :

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “Kenapa kaum itu meminta diringankan hukuman Allah ? Sesunggunya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu.”

 


 

         Peristiwa yang lain pula, Saidina Umar pernah berpesan kepada Abu Musa Al-Asy’ary semasa menjadi hakim :

 

 

 

 

Maksudnya :

         “Samakanlah antara dua orang yang bertengkar di hadapan majlismu”. 

Seterusnya beliau sendiri telah merejam anaknya sendiri akibat melakukan perbuatan zina.

                 

         Inilah keadilan  dalam masyarakat Islam dan perlaksanaannya dianggap tiang tonggak penting wujudnya masyarakat Islam.  Oleh itu segala tindakan menghalang berlakunya keadilan atau menyeleweng dari keadilan dianggap  sebagai perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

 

 

3.      Mengambil berat terhadap keluarga / perkahwinan

 

                  Keluarga adalah asas  kekuatan Islam, kerana masyarakat itu sendiri terdiri dari kumpulan-kumpulan keluarga.  Tegasnya  keluarga umpama sel-sel  yang membentuk tubuh badan.  Kalau keluarga  baik nescaya masyarakatnya pun akan menjadi baik.  Sebaliknya kalau  keluarga itu rosak, maka masyarakat keseluruhannya akan menjadi rosak.

 

                  Oleh sebab itu Islam mengambil perhatian berat terhadap keluarga dan telah mengadakan peraturan-peraturan yang lengkap untuk kebaikan ahli-ahli keluarga.  Hukum-hukum atau peraturan-peraturan yang mengatur keluarga itu tercantum di dalam Al-Quran dan Hadis yang  dijadikan sebagai satu cara  hidup masyarakat Islam yang sempurna.

 

                  Dengan lain perkataan melalui institusi rumahtangga inilah yang membangunkan binaan masyarakat dan mengwujudkan anggota-anggotanya  dengan jalan perkahwinan antara sepasang manusia.  Dengan perkahwinan ini lahirlah ke alam ujud ini generasi baharu yang bercabang  daripadanya ikatan-ikatan kerabat, pertalian-pertalian adik beradik dan lainnya dari ikatan keluarga.

 

                  Rumahtangga adalah institusi yang di dalamnya akhlak setiap generasi itu dilatih dan disediakan untuk memikul tanggungjawab untuk ketamadunan manusia yang besar itu dengan penuh kasih sayang, cinta dan mesra.

 

                  Rumahtangga juga merupakan akar tunjang, pembaruan manusia dan asal-usul pokoknya.  Dari sini kita lihat, bahawa apa yang mula-mula sekali diberi perhatian serta ditimbulkan oleh Islam dari masalah-masalah social ialah mendirikan institusi rumahtangga dan meletakkannya di atas asas-asas yang paling teguh dan paling betul.

 

                  Islam tidak memandang ringan kepada hubungan secara berpoya-poya di antara lelaki dan perempuan.  Hubungan demikian di dalam Islam  adalah di antara bahaya yang mengancam ketamadunan manusia dengan  keruntuhan dan kemusnahan.  Hubungan seperti ini diharamkan oleh Islam secara mutlak dan diperhitungkannya di antara jenayah, yang ditentukan  hukuman untuk mana-mana anggota masyarakat yang melakukannya.

 

                  Malah Islam mahu membersihkan masyarakat daripada factor-faktor serta pendorong-pendorong yang boleh membawa orang-orang yang boleh membawa orang-orang melakukan hubungan secara poya-poya ini sehingga  tidak tersedia peluang-peluang atau sebab-sebab untuknya.  Hukum-hukum hijab Islam, pengharaman bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan, mencegah tersebarnya nyanyian, tarian, gambar-gambar lucah serta  perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh, tidaklah ada lain lagi  tujuannya selain dari tujuan ini.  Tujuan yang tertinggi dan yang  sebenarnya ialah untuk memperkuatkan rumahtangga serta menjaganya daripada faktor-faktor kelemahan dan kejatuhan.

 

 

 

 

4.      Menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat

 

                  Ciri keempat dalam masyarakat Islam ialah meletakkan dan menentukan kedudukan wanita yang sewajarnya dalam masyarakat tanpa  dipengaruhi oleh kehendak-kehendak hawa nafsu.  Islam menganggap  masalah wanita sebagai masalah yang serius dan paling penting sekali sehingga menganggap buruk dan baiknya sesuatu masyarakat bergantung kepada sejauh mana buruk  dan baiknya sesuatu masyarakat bergantung kepada sejauh mana buruk dan baiknya wanita.

 

                  Maksudnya buruk dan baik wanita   dalam masyarakat adalah banyak memberi kesan  terhadap masyarakat keseluruhannya.  Kalau wanita-wanita itu baik maka kembali kebaikannya kepada masyarakat seluruhnya dengan  melahirkan generasi-generasi yang baik bersifat amanah, bertanggung jawab dan berakhlak tinggi yang membawa masyarakat itu aman, damai sejahtera dan bahagia.

 

                  Sebaliknya buruknya wanita dalam masyarakat membawa kesan yang negatif pada keseluruhan anggota masyarakat dengan menelurkan generasi bersifat kurang ajar, tidak sopan dan rosak moral.  Oleh sebab itu  dalam masyarakat Islam telah menetapkan hak-hak wanita dengan sempurna, tanpa dikurangi sedikit pun hak-hak tersebut.  Islam telah memuliakan wanita dan meletakkannya ke darjat yang lebih tinggi.  Al-Quran telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsure  yang turut bergiat dalam membangunkan masyarakat serta menjaga keutuhan dan  kesejahteraan umat.

 

                  Islam memerintahkan supaya kita memuliakan wanita, baik sebagai anak, sebagai isteri atau sebagai ibu.  Islam melarang kita bersikap sedih di atas  kelahiran anak-anak perempuan serta mengancam keras perbuatan menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup.

 

                  Islam memuliakan wanita sebagai anak kecil sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan lalu ia mengajarnya dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari api neraka.”

 

 

                  Islam memuliakan wanita  sebagai isteri sebagaimana yang dinyatakan nas berikut.  Sabda Nabi s.a.w. :

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya:

                  “Sebaik-baik kesenangan di dunia ini ialah isteri yang soleh, kalau engkau melihat kepadanya, maka engkau merasa gembira dan kalau engkau berpergian, maka ia menjaga nama baikmu.”

 

 

                  Islam memuliakan wanita sebagai ibu pula adalah sebagaimana yang diterangkan oleh nas-nas  berikut :

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “Dan kami memerintahkan kepada manusia, supaya berbuat baik kepada ibubapanya.  Ibunya menghamilkan dia dengan susah  payah dan melahirkannya dengan susah payah.”


 

         Hadis Nabi :

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “seorang laki-laki datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk saya berbuat baik kepadanya?”

 

                  Rasulullah s.a.w. menjawab         :           ‘Ibu Mu’

                  Orang itu bertanya lagi                :           ‘Kemudian siapa lagi?’

                  Rasulullah s.a.w. menjawab         :           ‘Ibu Mu’

                  Orang itu bertanya pula               :           ‘Kemudian siapa lagi?’

                  Rasulullah s.a.w. menjawab         :           ‘Ibu Mu’

                  Lalu orang itu bertanya lagi         :           ‘Kemudian siapa lagi?’

                  Rasulullah s.a.w. menjawab         :           “Ayah Mu’

 

                  Islam menganjurkan supaya wanita diberikan peluang untuk mendapatkan pelajaran sama seperti kaum lelaki.  Sabda Rasulullah s.a.w. :

 

 

 

 

 

         Maksudnya:

                  “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam”.

 

 

                  Oleh itu Islam memberi hak kepada wanita  untuk menuntut ilmu bagi kepentingan dirinya dengan cara-cara yang sesuai dengan sifat dan fitrahnya serta sesuai  dengan  syarat dan tatasusila yang  bertepatan dengan ajaran Islam.  Keutamaan adalah terhadap ilmu agama kerana  ada kaitannya dengan halal dan haram.  Selain  dari itu, Islam memberi hak kepada wanita untuk menuntut ilmu pengetahuan umum.  Begitu juga dibenarkan mempelajari apa sahaja ilmu yang sesuai dengan tabiat kewanitaannya.

 

                  Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan  wanita.  Islam menetapkan undang-undang nikah kahwin dengan memberikan kebebasan kepada wanita untuk memilih bakal suaminya  menurut ketetapan-ketetapan syarak.  Kaum wanita juga mempunyai hak untuk menetapkan mahar dan hak untuk mendapat nafkah dari suaminya sesudah diadakan akad nikah.

 

                  Islam  mengatur undang-undang rumahtangga, hak-hak suami dan hak-hak isteri ditetapkan secara jelas.  Poligami dibolehkan agar tidak  berlaku kecurangan suami di belakang isteri.  Poligami yang dibataskan  hanya kepada empat orang isteri  diizinkan dengan syarat suami  berlaku  adil di antara isteri-isterinya.  Adil dalam hal ini adalah adil dari  segi kebendaan, waktu malam dan segala apa yang berhubung dengan  pergaulan suami isteri yang mungkin dituntut  keadilan kepadanya.

 

                  Walaupun kuasa telah terletak di tangan kuasa lelaki namun demikian wanita juga diberikan hak untuk menuntut cerai sekiranya rumahtangga tidak bahagia melalui khulu’ dan fasakh.

 

                  Wanita mempunyai hak untuk mengasuh anaknya yang masih kecil apabila berlaku penceraian dengan suaminya dan mendapat hak penbelanjaan dari bekas suaminya terhadap pengasuhan anaknya itu.

 

                  Islam memberikan hak wanita dalam harta warisan, hak sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai anak, baik sudah dewasa atau masih kecil, malahan yang masih dalam rahim ibunya.

 

                  Di samping itu wanita diizinkan oleh syarak untuk melaburkan  hartanya menurut apa cara yang difikirkan paling baik.  Dalam hal ini  wanita bebas dan tidak terikat dengan sesiapa dalam urusan pentadbiran hakmiliknya.

 

                  Begitulah serba ringkas kedudukan wanita dalam masyarakat Islam yang begitu unggul, tinggi dan mulia.  Adakah di sana terdapat satu peraturan selain agama Islam yang lebih baik dan lebih sempurna atau sekurang-kurangnya dapat menandinginya dalam meletakkan wanita sebagai anggota masyarakat ?

 

                  Alangkah beruntungnya wanita-wanita Islam dalam masyarakatnya yang masih menjadikan mereka berperanan sebagai  tenaga pembantu yang  penting di dalam membangunkan ummah bersama-sama kaum lelaki.

 

 

5.      Individu bertanggungjawab memperbaiki masyarakat

 

                  Termasuk ciri-ciri keistimewaan masyarakat Islam ialah memberi tanggungjawab  kepada individu untuk memperbaiki keadaan masyarakat.  Tegasnya  sifat amar maaruf dan nahi mungkar (menyuruh kepada perkara yang baik dan  mencegah yang mungkar) merupakan satu tanggungjawab yang penting atau tugas yang utama bagi individu-individu masyarakat Islam.  Setiap individu masyarakat dituntut berusaha dan bekerja keras untuk  kepentingan yang menimbulkan kerosakan dalam masyarakat berdasarkan kemampuan dan kesanggupan masing-masing.  Seterusnya berusaha memberi sebarang pertolongan kepada anggota masyarakatnya untuk mencapai tujuan tersebut.

 

 

         Firman Allah :

 

 

 

 

(Al-Maidah: 3)


 

         Maksudnya :

                  “Bertolong-tolonglah kamu dalam membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam membuat dosa dan permusuhan.”

 

                  Perintah  bertolong-tolongan di atas adalah dituntut dalam perkara-perkara membawa kebaikan dan membaiki masyarakat, bukan perkara yang membawa kerosakan atau kemungkaan.  Individu-individu masyarakat diperintahkan berusaha memperbaiki masyarakatnya mengikut keredhaan Allah.  Dan sebaliknya bertindak sekali gus mencegah unsur-unsur yang mendatangkan keburukan, kerosakan, kemungkaran, kejahatan, maksiat dan sebagainya.

 

 

         Firman Allah :

 

 

 

 

(Al-A’rof : 56)

         Maksudnya :

                  “Janganlah kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik”.

 

                  Sebenarnya dalam masyarakat Islam, memberikan sesuatu yang haram kepada orang lain termasuk perbuatan merosak.  Kerana itu perbuatan  rasuah adalah haram sama ada penerima atau pemberi, begitu juga  perbuatan makan riba yang melibatkan wakil penerima, saksi dan  penulis.

 

         Hadis Nabi :

 

 

 

 

         Maksudnya :

                  “Allah melaknat orang-orang yang makan riba, wakilnya, penulisnya dan saksinya.”

 

         Hadis Nabi :

 

 

        

         Maksudnya:

                  “Allah melaknat orang yang memberi rasuah, yang menerima rasuah dan yang menjadi penghubung.”


 

         Dalil-dalil menunjukkan individu bertanggungjawab kepada masyarakat.

 

         1.      Al-Quran

 

 

 

 

 

(Al-Taubah: 81)

 

         Maksudnya :

               “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain.  Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.”

 

 

         Dalam wasiat Luqman kepada anaknya, yang diceritakan dalam Quran adalah berhubung rapat dengan amar maaruf dan nahi mungkar.

 

         Firman Allah :

 

 

 

 

(Luqman : 17)

 

         Maksudnya:         

               “Hai, anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah (manusia) mengerjakanyang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar yang bersabarlah  terhadap apa yang menimpa kamu.  Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”

 

2.      Hadis-hadis Nabi :

 

 

 

 

 

         Maksudnya:

               “Barangsiapa daripada kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya, maka apabila tidak berkuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak berkuasa dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         Maksudnya :

               “Demi Allah, kalau kamu tidak menyuruh kepada yang maaruf, tiada mencegah dari kemungkaran, tidak bertindak terhadap orang yang zalim, tiada menunjuki mereka kepada kebenaran dan tiada menetapkan mereka dalam kebenaran, melaknat kamu seperti melaknat mereka”.

 

               Keterangan dalil  ayat-ayat Al-Quran dan al-Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa individu masyarakat berkewajipan untuk memperbaiki masyarakat dan  menyingkirkan segala  bentuk kerosakan.  Kesemuanya itu  merupakan salah satu  perintah  ugama.    Tegasnya kewajipan  individu   untuk memperbaiki masyarakat dengan menghapuskan gejala-gejala yang mendatangkan kerosakan dan kezaliman merupakan  suatu kewajipan yang  pasti kerana kezaliman adalah suatu kejahatan yang terbesar di atas permukaan bumi ini.

 

 

         Sebab-sebab Individu Bertanggungjawab

 

         1.   Untuk membina masyarakat yang baik.

2.      Supaya individu terpengaruh dengan keadaan masyarakatnya.

3.      Supaya terselamat dari berbagai-bagai bencana.

 

 

                  Membina masyarakat yang baik

 

                        Konsep utama amar maaruf yang dibebankan kepada individu masyarakat  bertujuan untuk membina satu masyarakat  yang baik.  Terbinanya  masyarakat tersebut adalah sangat penting sekali dan sudah tentu setiap orang dapat melaksanakan tugas serta kewajipannya kepada Allah iaitu beribadat dengan sebaik-baiknya.

 

                  Sebaliknya, jikalau seorang Muslim yang hidup bukan masyarakat Islam atau masyarakat yang rosak ia tidak mungkin dapat hidup sesuai  dengan kehidupan Muslim sebagaimana yang telah diperintahkannya.  Oleh  itu perlu bagi setiap  individu dalam masyarakat Islam bertanggungjawab  dan bekerja keras  untuk memperbaiki  masyarakatnya  dengan sebaik yang mungkin.  Kerana kemungkaran laksana penyakit yang merosak tubuh badan, kalau dia tidak mendatangkan penyakit tetapi juga dapat melemahkan tubuh badan sehingga mudah dihinggapi berbagai-bagai  penyakit.  Oleh sebab itu sebagai  kewajipan negara Islam yang pertama untuk  membina masyarakat Islam yang baik dan terhindar dari segala bentuk kejahatan dan kemungkaran.

 

            Individu terpengaruh dengan keadaan masyarakatnya

 

                  Biasanya manusia terpengaruh dengan keadaan masyarakat di sekelilingnya.  Diri seseorang akan bertambah rosak atau bertambah baik sesuai dengan suasana masyarakatnya.  Kenyataan ini telah dibuktikan melalui sabda Rasulullah s.a.w.:

 

 

 

 

 

 

            Maksudnya:

                  “Tidak ada dari anak-anak kecil, kecuali dilahirkan dengan fitrahnya maka dua ibu bapanya yang menyebabkan dia menjadi Yahudi dan Nasrani”.

 

                  Hadis di atas jelas menunjukkan suasana masyarakat memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang.  Ibu bapa merupakan masyarakat  kecil bagi kanak-kanak yang mempengaruhi dan mendorong menjadi baik atau sebaliknya.  Sekiranya ibu bapa baik maka mereka mendorongkan menjadi baik.  Sebaliknya jika mereka golongan yang sesat sudah tentu membawa anaknya ke jalan yang sesat.  Tegasnya ibu bapalah yang menetapkan sifat-sifat anaknya hingga sesuai dengan fitrahnya.

 

                  Begitu juga keadaan masyarakat mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan individu sama ada menjadi orang yang baik atau sebaliknya.  Andainya keadaan suasana masyarakat itu baik, dengan melaksanakan ajaran-ajaran Islam sebagai cara hidup seharian, sudah  tentu mempengaruhi individu-individu  masyarakat untuk menjadi seorang insan  yang soleh, bersedia tunduk taat setia kepada Allah secara ikhlas.

 

                  Tetapi kalaulah masyarakat itu sudah boborok atau rosak atau jauh dengan nilai-nilai akhlak Islam sebagaimana yang terdapat masyarakat-masyarakat di negara-negara  barat maka sudah tentu mempengaruhi individu untuk bertindak membuat kemungkaran, kejahatan dan kedurjanaan dengan sewenang-wenangnya.

 

                  Oleh itu jelas menunjukkan dalam masyarakat Islam memerlukan individu-individu masyarakat  bertanggungjawab dan bertindak memperbaiki masyarakat dengan sebaik-baik yang mungkin, semoga akan dapat mempengaruhi anggota-anggotanya menjadi seorang insan yang baik.

 

 

            Menyelamatkan Dari Bencana

 

                  Sudah menjadi sunnah Allah sekiranya kejadian kemungkaran berleluasa di masyarakat dengan melanggar hukum-hukum  Allah, sedangkan individu-individunya membiarkannya dan tidak bertindak untuk mencegahnya maka Allah akan menimpakan bermacam-macam bala atau  bencana kepada mereka keseluruhannya.  Bukan sahaja mereka-mereka yang berbuat  kejahatan itu sendiri malah mereka-mereka yang berbuat baik  atau sama-sama  terlibat menanggungnya.  Ini merupakan suatu sunnah yang cukup memberi kesan agar setiap individu terdorong untuk memperbaiki masyarakatnya dengan secepatnya sehingga masyarakatnya terhindar dari kerosakan dan kehancuran.

 

            Ingatlah Firman Allah “

 

 

 

 

 

(Al-Anfal : 25)

 

            Maksudnya:

                  “Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tiada khusus menimpa orang-orang zalim sahaja di antara kamu.  Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksanya.”

 

                  Ibnu Abbas berkata tentang ayat di atas bahawa Allah memerintahkan orang-orang yang beriman agar membenci kemungkaran yang ada di tengah-tengah masyarakatnya.  Maka kalau mereka tidak membencinya akan diturunkan azab yang merata kepada mereka semua.

 

                  Ibnu Katsir mentafsirkan ayat di atas “Allah memperingatkan hamba-hamba yang beriman tentang fitnah yang mana nantinya bencana akan menimpa kepada mereka semua sebagai akibat dari fitnah itu, bukanlah tertentu kepada orang-orang lain yang tidak bersalah, bahkan juga kepada oang-orang lain yang tidak bersalah.

 

            Rasulullah telah memberi amaran kepada umatnya :

 

 

 

 

 

 

 

 

           

            Maksudnya :

                  “Perumpamaan orang yang menegakkan hukum-hukum Allah dan orang-orang yang meninggalkannya seperti satu kaum yang belayar pada sebuah kapal, sebahagiannya berada di tingkat atas dan sebahagian yang lain di tingkat  bawah.  Mereka yang di bawah kalau ingin mendayung air  seharusnya melalui orang yang di atas.  Maka jika mereka dibiarkan  berbuat mengikut apa yang dikehendakinya nescaya mereka semuanya binasa dan apabila mereka dicegah mereka semua akan selamat.”

 

                 

                  Hadis di atas menerangkan akibat penyelewengan dari kebenaran selalu membawa kepada kerosakan dan kebinasaan.  Begitulah orang yang ingin menenggelamkan sebuah kapal cukup merosakkan sebahagian dari kapal itu tanpa mengganggu penumpangnya.

 

            Sesuai dengan pesanan Rasulullah dengan sabdanya :

 

 

 

 

 

 

            Maksudnya :

                  “Sesungguhnya apabila telah melihat kezaliman dan tidak mengambil tindakan mencegahnya dengan tangannya, hampirlah Allah meratakan azabnya kepada mereka.

 

                  Inilah akibat jikalau berlakunya kemungkaran dalam masyarakat dan membiarkannya berleluasa, tidak berusaha menyingkirnya atau mencegahnya, maka akan menyebabkan seksaan Allah kepada mereka semua.

 

 

 

 

Kesimpulan

 

            Masyarakat yang baik ialah masyarakat yang berdasarkan ajaran Islam.  Dari ajaran  itu lahirlah peraturan-peraturan yang mengatur pelbagai  hubungan  dalam masyarakat seperti yang telah diterangkan perbahasan ciri-ciri  masyarakat Islam.  Sementara masyarakat yang buruk pula ialah  masyarakat yang tidak berdasarkan ajaran Islam dan Islam itu tidak  dijadikan dasar hukum-hukumnya.  Masyarakat yang tersebar  luas kejahatan  dan kemungkaran  seperti masyarakat Jahiliyah.  Dengan lain perkataan  masyarakat yang baik ialah masyarakat yang berdasarkan ajaran agama Islam sehingga falsafah hidupnya serta peraturannya sesuai dengan ajaran agama Islam dan masyarakat yang rosak adalah masyarakat sebaliknya.

 

 
1