SISTEM AKHLAK DALAM ISLAM
OBJEKTIF
1.
Pelajar-pelajar memahami pengertian
akhlak dalam Islam dan kepentingannya kepada manusia.
2.
Pelajar-pelajar boleh menganalisa kedudukan akhlak-akhlak dalam
Islam dan peranannya bagi
pembangunan Insaniah Insan.
3.
Pelajar-pelajar mampu membezakan mana-mana akhlak yang baik dan
akhlak yang buruk dengan mengemukakan beberapa contoh.
4.
Memberi panduan kepada pelajar cara atau jalan untuk membentuk
akhlak yang bak dan meninggalkan akhlak yang buruk.
5.
Pelajar-pelajar dapat menghayati dan mempraktikkan sifat-sifat yang
mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah.
SISTEM
AKHLAK DALAM ISLAM
PENDAHULUAN
Permasalahan akhlak adalah merupakan permasalahan besar yang
dihadapi oleh semua umat Islam di dunia, kerana akhlak adalah merupakan
tunggak pembangunan atau keruntuhan sesuatu Ummah.
Di pandang dari sudut realiti masyarakat dunia hari ini, ternyata
sekali bahawa dunia sedang menghadapi
keruntuhan akhlak yang amat tenat. Nilai-nilai
kemanusiaan, kebaikan telah dan sedang tergugat.
Neraca yang digunakan oleh masyarakat
dan individu dalam menilai sesuatu yang baik buruk tidak lagi
menurut lunas-lunas yang sepatutnya, malah kebanyakkannya adalah menurut
runtunan hawa nafsu yang dilahirkan oleh fahaman-fahaman yang bersifat
kebendaan.
Dalam tulisan yang ringkas ini cuba menerangkan permasalahan akhlak
atau sistem akhlak menurut
kaca mata Islam supaya sedikit sebanyak dapat
membuat pertimbangan.
DEFINASI
AKHLAK
Menurut istilah bahasa akhlak bererti tabiat, kebiasaan dan marwah.
Ilmu akhlak adalah sejenis ilmu falsafah amaliah, disebut
juga dengan
yakni falsafah akhlak.
Menurut istilah ilmu akhlak, akhlak memberi erti : serumpun
nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang.
PENTINGNYA
AKHLAK
Akhlak
amatlah penting kepada kehidupan manusia kerana :
1.
Tanya amat besar
pengaruh dan kesannya terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya perlakuan seseorang adalah bergantung
kepada nilai akhlak mereka.
2.
Untuk meningkatkan insaniah insan sehingga ketahap sesuatu ummah
insaniah yang benar-benar tinggi dan berkualiti.
3.
Untuk membuat penilaian yang tepat terhadap sesuatu perbuatan.
Bertolak dari titik ini, salah atau benarnya penilaian yang
dilakukan oleh seseorang adalah bergantung rapat dengan buruk atau baiknya
nilai-nilai akhlak yang terdapat dalam diri seseorang.
Penilaian yang dilakukannya ini
akan sejajar dengan nilai-nilai akhlak yang terdapat dalam dirinya.
4.
Untuk keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan
kebahagian semua anggota dalam masyarakat dari berbagai lapisan dan darjat satu kedudukan.
KEDUDUKAN
AKHLAK DALAM
Akhlak
mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam, ini dapat dilihat dari
beberapa sebab:
1.
Islam telah menjadikan akhlak sebagai illat (alasan) kenapa agama
Islam diturunkan. Hal ini
jelas dalam sabda Rasulullah :
Maksudnya :
Aku diutus hanyalah semata-mata untuk menyempurnakan akhlak-akhlak
yang mulia.
2.
Islam menganggap orang
yang paling tinggi darjat keimanan ialah mereka yang paling mulia
akhlaknya. Dalam hadis telah dinyatakan :
Maksudnya :
Telah dikatakan Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal
imannya, Rasulullah s.a.w. bersabda orang yang paling baik akhlaknya
antara mereka.
3.
Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak yang baik. Dalam hadis telah dinyatakan bahawa telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
Maksudnya :
Apakah Addin itu ? Sabda
Rasulullah, akhlak yang baik
Ini bererti bahawa akhlak itu dianggap sebagai rukun Islam samalaho
keadaannya
dengan
wukuf di pandang
Arafah dalam bulan Haji berdasarkan kepada sabda
Rasulullah:
“Haji itu (amal haji) ialah wukuf di Padang Arafah, Wukuf di padang
Arafah adalah dianggap sebagai salah satu rukun amal haji, demikian juga
keadaannya pada akhlak.
4.
Islam menganggap bahawa akhlak yang baik adalah merupakan amalan
yang utama dapat memberatkan neraca
amal baik di akhirat kelak.
Hal ini telah dinyatakan dengan jelasnya dalam hadis Rasulullah :
“Perkara yang lebih berat
diletakkan dalam neraca hari akhirat ialah takwa kepada Allah dan akhlak
yang baik”
Dari hadis ini jelas kepada kita bahawa timbangan amal baik kita di
akhirat dapat ditambah beratnya dengan
akhlak yang baik. Di
samping itu kita ketahui juga bahawa akhlak dan takwa sama statusnya dari
sudut ini, yang mana kedua-duanya merupakan perkara paling berat yang
diletakkan dalam neraca akhirat.
5.
Dalam ajaran Islam dinyatakan bahawa mereka yang berjaya memenangi
kasih sayang Rasulullah dan mendapat sesuatu kedudukan yang hampir dengan
Rasulullah pada hari akhirat ialah orang yang lebih baik akhlaknya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Maksudnya :
Yang paling aku kasihi di antara kamu dan yang paling dekat
kedudukannya padaku di hari akhirat oarng yang paling baik
akhlaknya di antara kamu”.
6.
Dalam ajaran Islam juga dinyatakan bahawa akhlak adalah merupakan
syarat untuk membebaskan diri dari azab nereka dan memenangi syurga. Dalam
hadis Rasulullah s.a.w. telah dinyatakan bahawa telah berkata kepada
Rasulullah :
Maksudnya :
Engkau sipulanah sentiasa berpuasa di siang hari dan bangun malam
untuksembahyang sunat tetapi beliau jahat akhlaknya, beliau
sentiasa menyakiti jirannya. Rasulullah
bersabda “Tiada kebaikan padanya, dia tergolong dalam
golongan ahli
neraka.
Jelas sekali dalam hadis ini bahawa ibadah puasa
sunat dan sembahyang sunat di malam hari tidak dapat menebus dan
menutup akhlak yang jahat,
seperti yang berlaku kepada perempuan yang diceritakan dalam hadis di atas.
7.
Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah supaya memperbaiki
akhlaknya, sedangkan beliau tergolong dalam golongan mereka yang baik
akhlaknya. Sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah dalam Surah Al-Qalam
ayat 4 :
Maksudnya :
Sesungguhnya engkau berbudi perkerti agong.
Beliau sering berdoa :
Maksudnya :
Tuhanku, tunjukilah aku akhlak yang paling baik.
8.
Allah telah memuji Rasulnya Muhammad S.A.W. kerana akhlaknya yang
mulia, Firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 4 :
Maksudnya :
Sesungguhnya engkau berbudi pekerti agong.
Pujian yang berdasarkan kepada akhlak yan agong ini menunjukkan
betapa tingginya kedudukan akhlak pada pandangan Allah.
9.
Banyak terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh persoalan akhlak,
baik dengan cara memerintah supaya berakhlak mulia atau menegah dari
akhlak yang rendah dan keji sebagai contoh :
a. Berbudi baik kepada
ibu bapa - Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 83
Maksudnya :
Dan berbuat baik
kepada kedua ibu bapa
b. Menunaikan janji -
firman Allah dalam Surah Al-Israk ayat 34 :
Maksudnya :
Tunaikanlah janji sesungguhnya janji
itu satu tanggungjawab.
c. Tegahan dari bersifat
bakhil :
Maksudnya :
Dan jangan biarkan bangsa kamu berpunca dilengkok kamu
dan banyak lagi
contoh-contoh yang lain.
JALAN
PEMBENTUKAN AKHLAK
Di sana banyak terdapat jalan-jalan yang dapat digunakan dalam
usaha-usaha membentuk akhlak.
Antaranya :
1.
Ilmu, yakni mengetahui jenis-jenis akhlak yang mulia dan keji.
Tanpa ilmu Muslim tidak akan dapat membezakan antara akhlak yang
baik dan buruk. Islam telah menjelaskan akhlak yang baik dan yang
buruk. Kewajipan
seseorang muslim hanyalah untuk mempelajari dan mengoreksi dirinya,
melihat di mana kedudukannya berbanding dengan akhlak-akhlak tersebut, dan
seterusnya bertindak melakukan perlaksanaannya.
2.
Mengetahui betapa pentingnya akhlak-akhlak tersebut pada dirinya,
kerana permasalahan akhlak berhubung terus dengan masalah iman dan takwa. Di samping itu beliau haruslah
mengetahui apakah mudzarat dan keburukan yang akan diterimanya akibat dari
akhlak yang buruk dan keji.
3.
Menyemadikan nilai-nilai akhlak yang mulia dalam ingatan, sehingga
beliau sentiasa waspada dan hati-hati dalam tindakannya.
Melupai nilai-nilai akhlak yang mulia ini boleh membuat seseorang
itu melakukan akhlak yang keji, kerana lupa
adalah penyakit ilmu. “Penyakit ilmu ialah lupa”.
Inilah yang telah
berlaku kepada Adam Alaihissalam sebagaimana yang terdapat dalam Firman
Allah :
“Sesungguhnya sebelum ini
kami menjanjikan kepada Adam (tetapi)
beliau lupa”.
4.
Bersungguh-sungguh memperkuatkan pengertian akidah islamiah dalam
jiwa, terutama pengertian-pengertian
yang bersangkut dengan hari kiamat, dan akan menemui mati lambat
laun.
Dengan memperkuat dan memperdalamkan pengertian akidah islamiah,
akhlak seseorang itu akan kokoh, kerana soal akhlak berhubung dengan
masalah iman dan takwa.
Seseorang yang benar-benar kuat pegangan akidahnya tidak
akan merasa hina, kerana beliau
sedar bahawa beliau berhubung terus dengan sesuatu kekuatan yang
benar-benar agong, iaitu kekuatan Allah.
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan takut kepada sesama
makhluk kerana beliau sedar bahawa segala sesuatu itu daripada Allah
belaka, rezeki, celaka, manafaat dan nikmat malah hidup dan mati adalah di
tangan Allah. Dengan itu
beliau tidak akan bersikap mengampu, rasa hina diri dan hidup
berpura-pura.
Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan keluk kesah, kerana
beliau sering mengingati Allah. Firman
Allah dalam surah Ar-Read ayat 30;
“Ingatlah .............
dengan mengingati Allah hati akan tenang”
5.
Melakukan amal-amal yang dapat mendorong kepada akhlak
yang baik di samping
dapat memudahkan jiwa menerima akhlak yang mulia.
Firman Allah dalam surah Asy-Syamsi ayat 9:
“Telah berjaya orang yang telah membersihkannya (jiwa) dan telah rugilah
orang yang mencemarkannya”.
6.
Menunaikan ibadah yang fardhu dan sunat, kerana
ibadat-ibadat ini dapat mentazkiahkan diri. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 :
“Sesungguhnya sembahyang
itu dapat mencegah dari kejahatan dan kemungkaran”
Firman Allah lagi dalam surah At-Taubah ayat 104 :
“Ambillah dari harta mereka
itu sedekah yang dapat membersih dosa mendahkiahkan mereka”. Ibadat-ibadat ini amat besar pengarahnya pada jiwa manusia.
Ibadat puasa misalnya ; dapat membentuk sifat-sifat sabar dan
membina kekuatan iradah
(kemahuan), begitu juga
ibadah haji adalah merupakan tarbiah amaliah (latihan amali) kepada jiwa
dan roh - demikianlah seterusnya ibadat-ibadat lain.
7.
Melakukan perbuatan yang bertentangan dengan tuntutan sifat-sifat
keji. Misalnya, untuk
mengubati sifat hasad dengki boleh dilakukan dengan mengucapkan istigfar
dan mendoakan kebajikan kepada
orang yang didengki. Sifat
takbur umpamanya dapat diubati dengan
bercampurgaul dengan golongan miskin dan muhrim, duduk di barisan belakang
dalam majlis.
8.
Memaksa diri melakukan sesuatu sifat yang dikehendaki, hinggalah
sifat tersebut menjadi sebati dengan dirinya.
9.
Bergaul dengan orang-orang mukmin yang berakhlak mulia, pergaulan
ini akan dapat menularkan sifat-sifat mereka yang mulia itu sedikit demi
sedikit. Rasulullah telah
bersabda :
“Janganlah kamu bersahabat
kecuali dengan orang yang beriman
dan makanan kamu janganlah di makan kecuali oleh orang yang bertakwa”
10.
Berusaha sedapat daya menuruti pimpinan yang baik.
Pimpinan yang baik secara mutlak ialah Rasulullah s.a.w. Firman
Allah dalam surah Ai-Ahzab ayat 21 :
“Sesungguhnya pada
Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu”
Selain dari Rasulullah s.a.w. ialah para sahabat, terutama para
khulafa-ur-rashidin. Rasulullah
s.a.w. telah bersabda :
“Para sahabatku seperti
bintang, yang mana satu antara mereka kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk”.
11.
Meninggalkan suasana yang telah rosak akhlaknya dan mencampuri
suasana atau jamaah yang saleh.
Meninggalkan suasana yang rosak akhlak di sini bukanlah bererti
meninggalkan masyarakat, yang dimaksudkan ialah menghijrahkan perasaan
kita dari masyarakat yang telah rosak
itu di samping berusaha mendampingi jamaah-jamaah yang baik akhlaknya.
12.
Mengambil berat tentang akhlak yang mulia dan menganggapnya sebagai
mutiara mahal yang harus dimiliki.
13.
Melatih diri menerima nasihat orang.
Pada hakikatnya orang yang memberi nasihat berhak menerima terima
kasih kita, kerana kita
selalunya berterima kasih kepada
orang yang menyelamatkan kita dari bahaya.
Demikianlah juga orang yang memberi nasihat
telah cuba menyelamatkan kita dari bahaya keburukan akhlak yang
kita lakukan.
KESIMPULAN
Dari penjelasan ini kita dapat membuat beberapa kesimpulan
:-
1.
Akhlak amat penting dalam penghidupan manusia memandangkan besarnya
pengaruh akhlak kepada tindak tanduk manusia, sehingga pada
ketika-ketikanya nilai-nilai akhlak yang terdapat pada diri seseorang itu
bertindak menjadi neraca penilai kepada sesuatu perbuatan.
2.
Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi pada pandangan Islam.
3.
Sistem akhlak dalam Islam dapat membezakan dirinya dengan sistem akhlak yang lain melalui ciri-cirinya yang khusus.
4.
Akhlak dapat dicapai dan dibentuk
melalui daya usaha manusia sendiri melalui cara dan wasilah
mencapai dan membentuk akhlak dalam
diri.
PENUTUP
Dengan penjelasan ini juga kita telah mengetahui serba sedikit
tentang sistem akhlak dalam Islam.
Pengetahuan kita yang serba sedikit ini menuntut kita
bertindak melakukan perlaksanaannya
dalam kehidupan kita, kerana dengan mengetahui sahaja tanpa dituruti dengan
tindakan perlaksanaan ianya
tidak akan mendatangkan faedah yang diharapkan.
Oleh yang demikian kita berkewajipan
bertindak melaksanakan tuntutan pengetahuan kita, kita mulakan dari diri
kita, keluarga kita, masyarakat kita seterusnya negara kita.
Andainya kita sungguh-sungguh dalam mengusahakan perlaksanaan ini
Allah akan menolong kita. Firman
Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 :
“Dan
mereka yang berjihad pada (jalan) kami,
kamu akan tunjukkan kepada mereka
jalan-jalan kami” Itulah
janji Allah, dan Allah tidak akan mungkin janji.
Dalam kita bertindak untuk melaksanakan tuntutan ini kita akan
menghadapi tentangan dari masyarakat jahiliah yang berada disekeliling
kita. Tentangan ini adalah
menjadi sunnah Allah kepada hambanya, sebab itu Allah berfirman dalam
surah Al-Ankabut ayat 2 :
“Apakah
manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan
menyatakan “kami telah beriman” sedang mereka tidak akan diuji
lagi”.
Ujian-ujian yang berupa tentangan ini harus kita hadapi demi
membuktikan keimanan kita yang kuat kepada Allah.
Moga-moga kita tergolong dalam
golongan orang-orang yang
baik dan mulia.