BAB TIGA

 

PERKARA-PERKARA YANG MENSABITKAN KESALAHAN BUNUH

 

 

KESALAHAN membunuh boleh mensabitkan dengan salah satu daripada empat  perkara berikut  :

 

1.            Pengakuan (Ikrar)

2.            Persaksian (Syahadah)

3.            Hubungkait (Qarinah)

4.            Sumpah (Qasamah)

 

 

1.      Pengakuan (Ikrar)

 

Ikrar  ertinya orang yang bersalah itu dengan sendirinya mengaku melakukan jenayah bunuh.  Pengakuan merupakan  satu cara yang  paling mudah  dan kuat untuk mensabitkan kesalahan,  kerana orang  yang mengaku itu lebih tahu kedudukannya yang sebenar,  sama ada dia yang melakukan kesalahan atau orang lain.

 

         Semua ulamak sependapat mengatakan bahawa  pengakuan atau ikrar  oleh penjenayah itu sebagai bukti sabit kesalahan berkenaan berdasarkan kepada firman Allah Taala :

 

Maksudnya :

         “Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah diri kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirinya sendiri”

 

Maksud “menjadi saksi ke atas dirinya sendiri”   itu ialah pengakuan atau ikrar.

 

         Firman Allah S.W.T. lagi :

 

         Maksudnya :

         “Bahkan manusia itu menjadi saksi ke atas dirinya sendiri”

 

 

         Maksud “menyaksikan ke atas dirinya sendiri”  ialah mengaku.  Dengan  keterangan daripada ayat-ayat di atas adalah jelas bahawa  pengakuan oleh orang yang melakukan jenayah adalah bukti untuk  mensabitkan kesalahan seseorang.

 

         Manakala sunnah Nabi s.a.w. antaranya ialah riwayat yang  menceritakan tentang Ma’iz  yang telah mengaku berzina, akhirnya telah dihukum rejam oleh Rasulullah s.a.w. .  Begitu juga  hadis mengenai seorang perempuan (isteri orang) yang telah  mengaku berzina, lalu Rasulullah s.a.w.  memerintahkan supaya ianya dihukum direjam.

 

         Selain dari itu selepas dari zaman Nabi Muhammad s.a.w, hingga ke hari ini semua ulamak sependapat bahawa pengakuan  atau ikrar  yang diberikan oleh penjenayah  itu adalah sebagai bukti  dan hujah kesabitan jenayah berkenaan.

 

         Walaupun pengakuan atau ikrar  itu lebih kuat daripada kesaksian (syahadah)  bagi mensabitkan jenayah tetapi ianya  hanya  mensabitkan orang yang mengaku sahaja dan tidak mensabitkan  kesalahan kepada orang lain.  Meskipun kemungkinan orang lain itu  sama-sama orang ramai  yang sama-sama berpakat melakukan jenayah didapati ada orang yang mengaku, sedangkan yang lain-lain tidak mengaku, maka orang yang mengaku sahaja yang disabitkan kesalahannya.  Manakala mereka yang tidak mengaku  tidak boleh disabitkan kesalahannya.

 

         Sebagai hadis yang diriwayatkan  oleh Abu Dawud  bahawa ada seorang lelaki yang menemui Rasulullah  s.a.w.   telah  mengaku berzina dengan seorang  perempuan.  Tetapi  apabila  Rasulullah  s.a.w mengutuskan seseorang untuk bertanyakan  wanita  berkenaan, tiba-tiba wanita berkenaan tidak  mengaku berzina  Rasulullah s.a.w lalu menjatuhkan hukuman sebat  kepada  lelaki yang mengaku berzina, manakala wanita yang tidak  mengaku itu tidak dijatuhkan hukuman oleh Rasulullah s.a.w.

 

 

 

         Syarat-syarat Pengakuan

 

         Pengakuan seseorang itu boleh diterima dan sah jika memenuhi  syarat-syaraat berikut :

 

         a.   Seseorang yang sudah baligh.

         Ini bererti kanak-kanak yang belum baligh jika mengaku melakukan jenayah bunuh tidak boleh diterima pengakuannya; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. “

 

Maksudnya :

         “Diangkat qalam daripada tiga golongan; daripada  kanak-kanak sehingga baligh, dari orang yang  tidur hingga dia bangun, dan orang yang gila hingga dia sembuh”

 

 

         B.  Seseorang  yang sempurna  akal fikirannya (tidak gila).

         Jika orang  yang mengaku membunuh itu seorang yang gila  maka tidak boleh diterima pengakuannya berdasarkan hadis di  atas.  Akan tetapi jika  penyakit gilanya tidak berterusan, jika dia mengaku pada masa sihat, maka pengakuannya boleh diterima dan sabitlah kesalahannya.  Adapun orang yang gila atau mabuk disebabkan minum minuman yang memabukkan, kebanyakkan  ulamak berpendapat bahawa pengakuan oleh orang  yang mabuk itu tidak sah dan tidak boleh mensabitkan kesalahannya.  Hal ini berdasarkan firman  Allah Taala :

 

 

 

 

 

Maksudnya :

         “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan”.

 

         Dalam ayat tersebut Allah menjelaskan bahawa orang yang mabuk tidak  mengetahui apa yang diucapkan.  Barangsiapa yang tidak  mengetahui apa yang diucapkan tidak boleh diterima pengakuannya kerana tidak ada ertinya pengakuan yang diberikan.

 

         Menurut sesetengah ulamak pula, jika mabuknya itu hasil dari  makanan atau minuman yang diharamkan dan bukan dalam  keadaan terpaksa, sedangkan dia tahu benda itu memang diharamkan maka pengakuannya itu sah  dan boleh mensabitkan  kesalahannya; kerana dia menelan makanan atau minuman yang  memabukkan dalam keadaan tidak terpaksa.  Oleh yang demikian  dia wajib bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukannya.  Adapun jika mabuknya itu disebabkan paksaan orang lain, atau dalam keadaan terpaksa atau tidak disengajakan, maka tidak  diterima pengakuannya dan dengan sendirinya tidak boleh mensabitkan kesalahannya.

 

 

         c.   Dengan kehendaknya sendiri.

         Ini bererti orang yang dipaksa mengaku melakukan kesalahan, tidak diterima dan tidak sah pengakuannya berdasarkan kepada  firman Allah :

 

Maksudnya :

         Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah)  kecuali orang  yang dipaksa kafir pada hal  hatinya tetap tenang dalam  beriman.  Akan tetapi orang yang melapangkan dadanya  untuk  kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya  dan baginya azab yang besar”

 

 

         Ulamak tafsir menjelaskan bahawa ayat tersebut diturunkan sempena dengan peristiwa Ammar ibn Yasir  yang disiksa oleh orang-orang  musyrikin  sehingga terpaksa beliau mencela Allah dan Rasul-Nya dan memuji tuhan-tuhan mereka.  Apabila ditanya  oleh Rasulullah s.a.w. kenapa berbuat demikian, beliau  berkata : “kerana  orang-orang kafir menyiksa saya kecuali jika saya mencela Tuhan dan memuji Tuhan mereka.  Bagaimana pula hati kamu ?  Ammar menjawab : tenang dalam keadaan beriman.  Maka turunlah ayat  di atas.  Jadi dengan ayat yang tersebut di atas ulamak  berpendapat  bahawa orang yang dipaksa mengaku tidak sah pengakuannya kerana jika orang yang dipaksa itu melafazkan  perkataan kufurnya dibenarkan dan tidak sah, maka lebih-lebih lagi jika  dipaksa mengaku yang lain dari kufur, sudah tentu tidak sah dan tidak diterima pengakuannya.

 

         Sabda Rasulullah s.a.w. :

 

         Maksudnya :

               “Diangkat (dosa) daripada umatku kerana tersalah, lupa dan yang dipaksakan ke atasnya”.

 

 

d.      Pengakuan itu diberikan dengan sungguh-sungguh

         Ini  bermakna jika seseorang itu mengaku secara bergurau atau mempermain-mainkan, maka pengakuan itu tidak sah kerana apa  yang diucapkan  oleh orang yang bergurau itu biasanya tidak ada  dalam hati sanubarinya.  Adapun pengakuan yang dibuat secara  bergurau boleh diterima  dan sah dalam tiga keadaan iaitu ketika akad nikah, talaq dan rujuk  kerana menurut sabda Rasulullah s.a.w

 

Maksudnya:

         “Tiga perkara sesungguhnya menjadi sungguh-sungguh dan bergurau menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk”

 

 

e.      Orang yang membuat pengakuan, seorang yang bercakap benar

         Sebaliknya jika seorang itu memang sudah dikenali sebagai seorang pembohong dan pendusta, maka tidak boleh diterima pengakuannya.  Keadaan dapat dipastikan melalui pengalaman dan adat kebiasaan.

 

 

2.      Kesaksian (Syahadah)

 

Satu lagi cara untuk mensabitkan kesalahan seseorang ialah dengan adanya keterangan daripada orang yang menyaksikan kejadian jenayah.  Inilah cara yang paling banyak sekali berlaku.  Syahadah atau bayan  dari segi bahasanya bererti keterangan, kerana saksi-saksi menerangkan yang hak  dan benar dari yang  tidak benar.  Menurut  istilah syarak pula bagi mensabitkan  suatu kebenaran dengan menggunakan lafaz syahadah  di majlis  perbicaraan atau pemberitahuan seseorang  dengan hak ke atas  orang lain dengan lafaz yang tertentu.

         Islam menggalakkan seseorang untuk memberi keterangan berdasarkan kepada firman Allah Taala.

 

Maksudnya :

         “Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi  dari orang-orang  lelaki ( di antara kamu), jika tidak ada dua orang  lelaki maka (bolehlah)  seorang lelaki dan dua orang  perempuan dari saksi yang kamu redhai”

 

Dan firman-Nya lagi.

 

Maksudnya :

         “Dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian dan barangsiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa  hatinya  dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

 

 

         Manakala sumber dari al-Sunnah pula antaranya sabda Rasululah s.a.w. sebagai jawapan  kepada orang yang bertanya  mengenai “kesaksian”.  Jika kamu dapat melihat (suatu) seperti kamu dapat  melihat matahari maka saksikanlah, jika sebaliknya maka tinggalkannya.

 

 

 

         Dan sabdanya lagi :

 

         Maksudnya :

            “(beban) keterangan ke atas orang yang mendakwa, mereka bersumpah ke atas orang  yang menafikannya”

 

 

         Selain dari itu ulamak telah sepakat menerima persaksian sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan seseorang.

 

 

         Syarat-syarat Menjadi Saksi

 

         a.      Orang yang memberi keterangan itu mestilah orang yang waras akal fikirannya.

                  Oleh sebab itu orang gla dan mabuk tidak diterima persaksian mereka kerana mereka tidak menyedari apa yang disaksikan.

 

         b.      Seorang yang baligh

         Kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa kanak-kanak yang belum baligh sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh diterima, walaupun untuk menjadi saksi sesama mereka; sama ada dalam kes nyawa, anggota tubuh badan dan kes mal.

 

            Menurut Imam Malik dan satu pendapat Imam Ahmad serta setengah ulamak Imamiah berpendapat bahawa kanak-kanak yang mumayyiz  boleh diterima menjadi saksi untuk sesama mereka dalam kes-kes pembunuhan kecederaan anggota tubuh dan sebagainya.

 

            Pendapat majority ulamak itu bersandarkan firman Allah Taala

 

         Maksudnya :

            “Persaksikanlah oleh dua orang yang adil daripada kamu”.

 

 

         Dan firman-Nya lagi :

 

         Maksudnya :

            “Dan persaksilah dengan dua orang saksi dari orang lelaki daripada kamu”

 

 

         Daripada ayat-ayat di atas adalah jelas bahawa kanak-kanak bukanlah dari golongan orang dewasa yang disebutkan dengan perkataan dalam ayat di atas.  Dan juga belum mempunyai sifat keadilan yang dikehendaki untuk menjadi saksi.

 

         Begitu juga dengan firman Allah yang bermaksud : “Dan janganlah kamu sembunyikan persaksian dan barangsiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya”.  Allah menjelaskan bahawa sesiapa yang  menyembunyikan persaksian adalah berdosa.  Sedangkan kanak-kanak jika melakukan kesalahan pun belum lagi berdosa.  Oleh itu jelaslah bahawa kanak-kanak tidak diterima persaksiannya.

 

 

         c.            Seorang Muslim

         Untuk menjadi  saksi terhadap seorang Muslim, maka saksi itu hendaklah seorang muslim juga.  Oleh sebab itu seorang kafir tidak boleh menjadi saksi  terhadap seorang Muslim menurut kebanyakkan ulamak berdasarkan kepada ayat 282, Surah al-Baqarah yang tersebut di atas dan firman Allah :

 

         Maksudnya :

            “Dan persaksilah oleh dua orang yang adil di kalangan kamu”

 

         Perlu disebutkan iaitu orang-orang  kafir tidak dikira sebagai seorang yang adil.  Selain dari itu persaksian adalah sebahagian dari kekuasaan                                            

Sedangkan orang kafir tidak ada kuasa ke atas orang-orang Islam, sebagaimana firman Allah :

 

         Maksudnya :

            “Allah tidak akan mengadakan jalan bagi orang-orang  kafir terhadap orang-orang Mukmin”

 

         Manakala orang Islam  pula boleh menjadi saksi terhadap orang kafir  kerana orang Ialsm  sepatutnya bersifat adil kepada semua oang, sebagaimana firman Allah.

 

         Maksudnya :

            “Dan begitulah Kami jadikan kamu sebagai satu umat yang adil supaya kamu boleh menjadi saksi ke atas manusia”

 

 

         Sabda Rasulullah s.a.w. :

 

         Maksudnya :

            “Tidak harus persaksian satu agama ke atas agama yang lain kecuali agama Muhammad.  Sesungguhya agama Muhammad  diharuskan menjadi saksi ke atas penganut agama lain”

 

 

         d.      Saksi itu hendaklah seorang yang adil

         Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

 

         Maksudnya :

                  “Dan persaksilah oleh dua orang yang adil di antara kamu”

 

         Firman –Nya lagi :

 

         Maksudnya :

                  “Wahai orang-orang yang beriman jika datang seorang yang fasiq kepada kamu dengan membawa berita hendaklah kamu selidiknya”.

 

         Ulamak memberi definasi yang berbeza-beza tentang orang yang  adil.  Ada yang  menyatakan orang yang dikatakan adil itu ialah orang yang kebaikannya itu mengatasi keburukannya. Ada  juga  yang mengatakannya sebagai orang yang menjauhi dosa-dosa  besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil.  Setengahnya pula  menyatakan sebagai orang yang menjauhi dosa besar,  menunaikan kewajipan Islam dan kebaikannya mengatasi keburukannya.

 

         Sungguhpun mereka berbeza-beza dari segi takrif adil, tetapi semua ulamak sepakat menyatakan bahawa orang yang telah melakukan dosa besar seperti membunuh, berzina dan sebagainya dan tidak bertaubat pula, ataupun tidak berhenti  melakukan dosa kecil, tidak diterima kesaksian mereka.

 

         e.      Saksi itu hendaklah seorang yang dapat melihat

         Oleh itu jika dia buta tidak boleh diterima kesaksiannya kerana perkara yang disaksikan itu perlu dilihat dengan mata kepalanya sendiri.  Begitu juga orang buta tidak boleh menjadi saksi, sama ada yang berkaitan dnegan perbuatan atau  perkataan.  Tetapi Imam Shafie tidak menerima kesaksian orang buta ke atas perbuatan seperti zina, minum arak, membunuh dan sebagainya berdasarkan firman Allah Taala :

 

         Maksudnya :

                  “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan  tentangnya”

 

         Dan juga jawapan Rasulullah kepada orang yang  bertanya tentang syahadah  dengan  sabdanya : “Adakah kamu lihat matahari” dijawabnya : “Ya, Lalu Rasulullah bersabda; “(jika) sepertinya maka saksikan atau tinggalkannya”

 

 

         f.       Dua orang laki-laki

         Jumhur ulamak menetapkan bahawa saksi bagi kes-kes hudud  dan qisas  disyaratkan dua orang laki-laki kerana telah diamalkan  sejak zaman  Nabi s.a.w. dan dua orang khalifah sesudahnya yang tidak menerima wanita sebagai saksi-saksi dalam kes hudud  dan qisas.  Persaksilah wanita boleh menimbulkan keraguan sedangkan keraguan itu boleh melepaskan daripada  hukum hudud dan qisas.

 

 

         g.      Memberi keterangan secara terperinci

         Saksi-saksi kes qisas dan hudud  hendaklah memberi keterangan dengan terperinci dan jelas sehingg tidak ada ruang yang boleh menimbulkan keraguan.  Maksudnya hakim hendakalh menyoal saksi-saksi daripada  segala segi, sama ada masa kejadian, tempatnya, alat yang digunakan dan sebagainya sehingga menjadi terang dan jelas.

 

         h.      Kedua-dua saksi berkenaan memberi keterangan yang sama

         Yakni tidak bercanggah antara satu dengan yang lain, dari segi masa, tempat berlakunya kejadian berkenaan serta jenis dan kadar yang disaksikannya.  Oleh itu jika kedua-dua  saksi itu memberi keterangan yang bercanggah, maka tidak diterima  kesaksian mereka.

 

 

3.      Hubungkait (Qarinah)

 

Satu lagi cara untuk mensabitkan jenayah bunuh ialah melalui qarinah  atau hubungkait.

 

         Qarinah  ertinya pertalian antara beberapa peristiwa yang tertentu dengan kejadian jenayah berkenaan sehingga tidak boleh dipisahkan antara kedua-duanya.  Bukti melalui qarinah  ini kadang-kadang  begitu rapat serta kuat dan kadang-kadang begitu lemah.

 

         Ini semua bergantung kepada kuat atau lemahnya hubungkait sesuatu peristiwa itu dengan kejadian sesuatu jenayah.

 

         Kebanyakkan ulamak tidak menerima  qarinah  ini sebagai salah satu bukti untuk mensabitkan jenayah bunuh.  Sungguhpun  demikian ada juga sebahagian  ulamak yang menerima qarinah   sebagai bukti kesabitan jenayah bunuh, tetapi hendaklah ianya  digunakan dengan penuh berhati-hati dan teliti.  Di antara hikmah  mengapa ulamak menggunakan  cara yang tertentu  untuk mensabitkan  jenayah  bunuh ialah  kerana perhatian dan penelitian mereka supaya  sesuatu hukuman  itu hanya  boleh dijalankan jika mempunyai bukti yang terang dan jelas.  Sebaliknya jika bukti dan keterangan masih kabur atau samar-samar, maka lebih baik digugurkan sahaja hukuman tersebut.

 

         Kita berpendapat bahawa pertalian (qarinah)  boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan jenayah bunuh.  Lebih-lebih lagi di zaman sains dan teknologi; di mana dengan munculnya alat yang  canggih  dapat mengesan kejadian jenayah melalui hubungkait yang kadang-kadang  begitu tepat dan terang.  Sebaliknya pula keterangan dari saksi-saksi semakin kurang dan sukar dipercayai.  Oleh sebab itu sekiranya qarinah  itu begitu kuat dan rapat sehingga tidak ada kesamaran dan keraguan, ianya boleh diterima sebagai bukti kesabitan jenayah bunuh.

 

         Sebagai contoh umpamanya didapati seorang yang sedang keluar dari sebuah rumah dalam keadaan ketakutan dengan  memegang pisau yang berlumuran darah.  Kemudian orang ramai  yang masuk ke rumah berkenaan mendapati ada seorang yang berlumuran darah baru terbunuh.  Sedangkan di rumah itu tidak  ada orang lain kecuali orang yang memegang pisau itu.  Maka pada   lahirnya orang yang memegang pisau itulah pembunuhnya.  Ada  kemungkinan juga orang itu mati membunuh diri atau orang  lain yang membunuhnya tetapi kemungkinan seperti ini perlu kepada bukti yang lain pula.

 

 

4.      Sumpah (Qasamah)

 

Cara yang keempat  untuk mensabitkan jenayah bunuh ialah dengan bersumpah atau qasamah, iaitu wali kepada mangsa jenayah bunuh bersumpah untuk menuntut hak mereka ke atas  pembunuhnya, atau orang yang dituduh sebagai pembunuh itu bersumpah untuk menafikan tuduhan ke atasnya.

 

         Untuk menjelaskan qasamah  dengan lebih lanjut lagi akan dibincangkan perkara-perkara berikut :

 

1.            Sumber disyariatkan qasamah

2.            Syarat-syarat qasamah

3.            Kesan-kesan dari qasamah

4.            Cara-cara melakukan qasamah

 

 

         Sumber Disyariatkan Qasamah

 

         Kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa qasamah  telah disyariatkan dalam Islam berdasarkan Sunnah Nabi s.a.w. dan seterusnya telah diamalkan di zaman sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka.  Hanya segelintir ulamak sahaja yang tidak menerima qasamah  sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan jenayah bunuh.

 

 

         Di antara alas an jumhur ulamak ialah :

 

         1.      Hadis yang diriwayatkan Ibn Abi Haithamah bahawa Abdullah Ibn Sahl, Abdul Rahman Ibn Sahl, Huwaisah dan Mahisah pergi berniaga di Haibar.  Setelah mereka berpisah membawa barang  masing-masing, mereka  menemui Abdullah Ibn Sahl  terbunuh di tempat yang sunyi.  Lalu mereka  menemui Rasulullah untuk memberitahu kejadian di atas.   Abdul Rahman Ibn  Sahl (saudara kepada Abdullah yang terbunuh)  hendak bercakap kepada Rasulullah, lalu baginda s.a.w. meminta Huwaisah atau Mahisah (yang lebih tua) bercakap  memberitahu kejadian tersebut:  Nabi Muhammad s.a.w. bertanya : “Siapa yang membunuhnya” mereka menjawab. “Tidak ada siapa yang membunuhnya kecuali orang Yahudi.”  Nabi s.a.w. berkata lagi,  “Kamu boleh melepaskan diri kamu dengan meminta orang Yahudi  itu bersumpah.”  Mereka menjawab, “  Bagaimana kami boleh terima sumpah orang kafir yang tidak menghiraukan sumpahan  mereka”.  Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: “Adalah kamu hendak bersumpah dan kamu berhak menuntut nyawa saudara kamu.”  Mereka menjawab, “Bagaimana kami hendak bersumpah ke atas suatu perkara yang kami tidak melihat dan tidak menyaksikannya”.  Lalu Rasulllah s.a.w. membayar  diyat  sebanyak 100 ekor unta daripada Baitul Mal   dan mereka tidak disabitkan jenayah tersebut.

 

 

2.      Menurut riwayat daripada Ziad Ibn Abu Maryam bahawa seorang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Aku menjumpai saudaraku dibunuh di qabilah bani fulan” Rasulullah bersabda : “Pilihlah dari orang tua mereka seramai 50 orang laki-laki  supaya mereka  bersumpah dengan nama Allah (dengan ucapan)  Kami tidak membunuhnya dan kami tidak mengetahui pembunuhnya”.  Lelaki itu menjawab, Lelaki itu menjawab, “Saya tidak ada saudara lain kecuali dialah sahaja” . Jawab Rasulullah , “Ia betul dan inilah 100 ekor unta”.

 

         Menurut satu riwayat pula menyatakan bahawa ada seorang lelaki dijumpai terbunuh di suatu tempat antara Wida’ah dan Arhab.  Lalu  Sayyidina Umar al-Khattab memerintahkan supaya penduduk Wid’ah bersumpah dan membayar diyat.  Seterusnya  al-Harith ibn al-Asbugh seorang penduduk Wid’ah berkata :  Sumpah kami tidak dapat mempertahankan  harta kami dan harta benda kami  juga tidak dapat  mempertahankan sumpah kami”.  Sayyidina Umar menjawah :”Tetapi nyawa kami dapat dipelihara dengan  sumpah kamu dan saya kenakan kamu bayaran diyat kerana  adanya orang yang kena bunuh itu di tempat kamu”.

 

         Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas, maka majority ulamak berpendapat bahawa  kesabitan jenayah bunuh melalui qasamah  yang telah dijalankan sejak daripada zaman jahiliah tidak dibatalkan, bahkan diteruskan dengan cara dan peraturan mengikut Islam.

 

         Manakala ulamak yang berpendapat dengan  qasamah  tidak boleh mensabitkan kesalahan bunuh, kerana ianya bertentangan dengan dasar hukum syarak yang antara lain menyatakan bahawa seorang itu tidak boleh bersumpah kecuali jika dia mengetahuinya dengan jelas atau menyaksikan perkara tersebut.  Jika begitu keadaannya  maka timbul pertanyaan, bagaimana wali mangsa jenayah bunuh itu boleh bersumpah sedangkan mereka tidak menyaksikan jenayah itu dilakukan.  Ada kemungkinan semasa  pembunuhan itu berlaku dia berada di tempat lain dan pembunuhnya berada di tempat lain pula.

 

         Begitu juga qasamah  tidak boleh mensabitkan kesalahan bunuh kerana ianya bertentangan  dengan dasar hukum syarak yang menetapkan                

Iaitu  memberi keternagan dibebankan ke atas orang yang mendakwa dan bersumpah dibebankan ke atas oang yang mendakwa dan bersumpah dibebankan ke atas orang yang menafikan (tuduhan).  Mereka yang tidak menerima  qasamah juga  berpendapat bahawa hadis-hadis  yang diriwayatkan di atas tidak menunjukkan  dengan jelas yang Rasulullah s.a.w.   ada membuat hukuman berdasarkan kepada qasamah.  Tetapi sebaliknya riwayat-riwayat  yang tersebut  hanya menjelaskan suatu hukum di zaman jahiliah dan Nabi Muhammad s.a.w. dengan cara tidak langsung  menjelaskan  kepada umatnya supaya tidak membuat suatu keputusan mengikut kepada qasamah , tetapi sebaliknya hendaklah mengikut kepada dasar-dasar hukum Islam.

 

         Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kita lebih mirip kepada pendapat  yang menyatakan qasamah  tidak boleh mensabitkan hukuman qisas  atau diyat  atau diyat  kerana tidak ada nas yang kuat mengenai qasamah.  Bahkan ianya hany  berasaskan kepada ijtihad.    Begitu juga peristiwa yang berlaku di zamab Nabi s.a.w. seperti yang diriwayatkan tidak menunjukkan yang Nabi  bersetuju mengenai qasamah  atau menghukum berdasarkan qasamah  ataupun beramal dengannya.

 

         Selain dari itu jika qasamah  diterima sebagai salah satu cara untuk mensabitkan kesalahan bunuh, maka  ini bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa qarinah (hubungkait)  boleh diterima sebagai salah satu cara untuk mensabitkan kesalahan, kerana tidak ada saksi-saksi dan hubungkait yang mensabitkan kesalahan.  Adalah bertentangan dengan prinsip  keadilan jika mengambil tindakan  ke atas orang yang dituduh semata-mata  kerana adanya sumpah dari orang yang   tidak diketahui kebenaran kata-kata mereka.  Lebih dari itu walaupun  kebanyakkan ulamak menerima qasamah  sebagai salah satu  perkara yang boleh  mensabitkan  kesalahan; namun mereka berbeza pendapat mengenai kesan qasamah  itu sendiri.

 

         Ulamak mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat orang yang disabitkan dengan qasamah  itu boleh dihukum qisas  dalam  kes membunuh secara sengaja dan dihukum diyat  dalam kes membunuh tidak sengaja.  Manakala mazhab Hanafi, Shafie dan Imamiah pula berpendapat orang yang disabitkan dengan qasamah  itu hanya boleh dihukum diyat  dan tidak boleh dihukum dengan qisas.

 

 

         Kesan-kesan Qasamah

 

         Kebanyakkan ulamak bersetuju menerima qasamah  sebagai satu cara untuk mensabitkan kesalahan, tetapi mereka berselisih pendapat tentang hukuman yang wajib dijatuhkan  melalui qasamah .  Mengikut  mazhab Maliki , Hanbali dan Zahuru serta Imam Shafie dalam qaul qadimnya berpendapat jika pembunuhan itu dilakukan dengan sengaja, maka hukumnya ialah qisas.  Mereka  juga tidak  sependapat mengenai orang yang akan dihukum bunuh balas  (qisas)  melalui qasamah  ini.  Imam Ahmad dan Malik berpendapat  bahawa  yang wajib dihukum qisasi melalui qasamah  hanya seorang sahaja.  Manakala Imam Syafie pula berpendapat bahawa hanya kumpulan yang  tertentu sahaja.

 

         Pendapat mereka itu berdasakan kepada  hadis daripada Ibn Haythamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda  kepada walinya, Abdullah ibn Sahl, “Adakah kamu bersumpah dan kamu berhak menuntut darah saudara kamu”.  Hadis ini jelas menunjukkan bahawa jika  wali mangsa bunuh itu bersumpah maka mereka boleh menuntut qisas  daripada yang didakwa.  Begitu juga berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. :

 

         Maksudnya :

                  “Keterangan (dibebankan) ke atas yang mendakwa dan sumpah ke atas orang yang didakwa kecuali pada qasamah”.

 

            Manakala majority ulamak  mazhab Hanafi, Shafie, Syiah Imamiah berpendapat yang diwajibkan melalui qasamah ialah hukuman diyat  dan bukannya qisas, kerana melalui sumpah tidak memberi apa-apa kesan dalam kes tuntutan harta ; maka apatah lagi dalam kes nyawa.  Juga menuntut riwayat dari Umar ibn al-Khattab yang berkata, “Tidak diwajibkan qisas dengan sebab qasamah tetapi diberi hak diyat”

 

 

            Syarat-syarat Qasamah

 

            Bagi ulamak yang membolehkan hukuman qisas  dikenakan melalui qasamah, mereka menetapkan beberapa syarat seperti berikut :

 

            i.    Adanya dakwaan bunuh dari wali-wali kepada mangsa bunuh, kerana ianya merupakan hak anak Adam.  Sedangkan hak individu itu tidak boleh disabitkan kepada seseorang kecuali jika ada tuntutan daripada individu berkenaan.

 

            ii.    Tidak diketahui pembunuhnya.  Jika dapat diketahui pembunuhnya memang tidak perlu kepada qasamah.  Sebaliknya jika pembunuh itu melakukan jenayah dengan sengaja, maka diwajibkan hukuman qisas  , dan jika dilakukan jenayah bunuh dengan secara tidak sengaja maka diwajibkan hukuman diyat.

 

            iii.   Disyaratkan adanya tanda-tanda permusuhan antara orang yang mati dibunuh dengan orang yang disyaki, misalnya orang yang disyaki itu berada  berhampiran dengan orang yang mati dibunuh dan di tangan orang yang disyaki itu ada senjata yang ada kesan darah, sehingga sukar untuk menuduh orang lain membunuh mangsa tersebut.

 

            iv.   Adanya kemungkinan yang kuat bahawa yang disyaki itu membunuh mangsanya.  Sebaliknya jika orang yang disyaki itu tidak mungkin boleh membunuh pada masa kejadian itu; misalnya dalam  keadaan dia sedang sakit kuat atau dia berada di luar negeri ketika jenayah itu berlaku.  Dalam keadaan seperti itu tidak boleh orang yang disyaki itu disabitkan dengan qasamah.

 

            v.   Orang yang dijumpai mati dibunuh  itu berada  di tempat yang dimiliki orang.  Jika seorang itu dibunuh di tempat yang tidak dimilikiu sesiapa, maka untuk mensabitkan kesalahan itu tidak boleh melalui qasamah.  Ataupun tempat berlakunya jenayah itu kawasan  milik pemerintah, maka pihak Baitul Mal   perlu  mengeluarkan bayaran diyat  kepada waris mangsa jenayah berkenaan dan tidak perlu kepada qasamah  kerana pada asalnya disyariatkan qasamah  kerana kecuaian tuan punya kawasan untuk menjaga keamanannya yang sepatutnya dia harus tahu apa yang berlaku di kawasannya.

 

 

            Cara-cara Bersumpah (Qasamah)

 

            Ada beberapa cara untuk melakukan qasamah .  Di antaranya ialah :B

            i.    Seramai lima puluh orang daripada penduduk tempat berlakunya jenayah itu bersumpah dengan menyebut nama Allah seperti “Wallahi wa billahi wa tallahi bahawa  kami  tidak membunuh orang itu dan kami tidak tahu siapa yang membunuhnya”.  Apabila mereka telah bersumpah maka mereka dikenakan  membayar diyat , kerana menurut  riwayat  bahawa  ada seramai 49  orang penduduk Wid’ah mengadu kepada Sayyidina  Umar r.a.. lalu  beliau meminta mereka bersumpah dan meminta seorang lagi untuk mencukupkan 50 orang,  keran bilangan sebanyak 50 orang itu telah ditetapkan.   Akan tetapi jika pembunuhan itu ada kaitannya dengan seorang yang disyaki, umpamanya orang yang terbunuh itu dijumpai di rumah seseorang, maka dialah yang dikehendaki bersumpah.  Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

 

            ii.    Menurut mazhab Shafie pula qasamah  itu dibahagi kepada orang yang mendakwa  (wali mangsa) mengikut kepada  bahagian harta pusaka yang akan diterima dari mangsa pembunuhan itu.  Manakala setengah mereka berpendapat bahawa setiap orang dari wali mangsa jenayah itu bersumpah sebanyak 50 kali.  Apabila mereka telah bersumpah maka orang yang dituduh  itu boleh dihukum qisas.

 

            Manakala satu pendapat  lagi mereka berhak menerima bayaran diyat.  Sebaliknya jika para wali mangsa tidak mahu bersumpah maka  penduduk tempat kejadian itu hendaklah bersumpah.  Apabila mereka bersumpah, mereka tidak dikenakan apa-apa hukuman.

 

            iii.   Menurut Imam Malik pula, jika ada permusuhan yang nyata  antara mangsa bunuh dnegan penduduk tempat  berlakunya pembunuhan, maka para  wali magnsa jenayah hendaklah bersumpah sebanyak 50 kali, menyatakan bahawa si fulan melakukan jenayah bunuh.  Setelah mereka  bersumpah maka orang yang disyaki membunuh boleh dihukum qisas.

 

            Pendapat Imam Malik ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Adakah kamu bersumpah dan kamu berhak  menuntut darah saudara kamu.” Begitu juga dengan hadis lain yang maksudnya , “Apakah kamu bersumpah sebanyak 50 kali dan kamu berhak menuntut darah atas pembunuh saudara kamu”.

 

            Wali mangsa jenayah patut memilih orang yang bersumpah dari kalangan penduduk  tempat jenayah itu berlaku, kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda  maksudnya. “Pilihlah 50 orang laki-laki daripada  mereka.”  Hadis ini menunjukkan bahawa wali ada hak untuk memilih dan menuntut orang-orang yang patut bersumpah.

 

 
1