UNDANG-UNDANG
JENAYAH ISLAM MENGENAI
JENAYAH
QISAS BUNUH
BAB 1
QISAS
DAN HIKMAT
Definasi Qisas
Qisas berasal dari kata perbuatan
. Dari segi bahasa mempunyai
beberapa makna. Ada kalanya
bererti “mengikut” seperti dalam Surah al-Qasas (ayat 11)
“dan
Ibn Musa berkata kepada saudara Musa yang perempuan. Kau ikutlah dia”
dan dalam Surah al-Kahfi (ayat 64) “lalu kedua-duanya kembali
mengikuti jejaknya tadi.”
Selain dari itu boleh
diertikan sebagai “memotong atau menggunting” seperti
dalam ayat “Qassa al-Sh’ar,”
menceritakan seperti
dalam ayat “ia menceritakan khabar kepadanya” dan
juga boleh membawa makna persamaan.
Di antara makna-makna
di atas, maka qisas yang
bererti “mengikut” dan
“menyamai” adalah
yang paling hampir kepada maksud qisas
dari segi istilah syara’, di mana orang yang melakukan jenayah
bunuh atau mencederakan anggota tubuh badan akan diikuti dengan hukuman
yang menyamai dengan jenayah yang dilakukan, iaitu jika seseorang
itu melakukan jenayah bunuh akan dijatuhkan hukuman bunuh atau jika
seseorang itu umpamanya memotong kaki orang, dia juga akan dihukum potong
kakinya dan begitulah seterusnya.
Menurut istilah syara’ pula qisas
adalah satu jenis hukuman yang termasuk dalam kategori hudud,
iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan
syara’ melalui nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi
kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam atau hak individu
seperti jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.
Sumber Hukum Qisas
Kewajipan
melakukan undang-undang qisas
tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ianya telah ditetapkan syara’
secara qat’I dan
muktamad seperti mana wajibnya solat, puasa, zakat, haji
dan sebagainya. Ini
berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Antara firman Allah Taala :
Maksudnya
:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas dalam
kes orang kena bunuh ; seorang merdeka
dengan seorang merdeka, seorang hamba
dengan seorang hamba, seorang perempuan dengan seorang perempuan. Maka barangsiapa yang mendapat
kemaafan dari saudaranya hendaklah mengikuti dengan
baik dan hendaklah (yang diberi maaf) memberi (diyat) kepada yang
memberi maaf dengan cara yang baik pula.
Yang demikian itu suatu keringanan dari tuhanmu dan suatu rahmat.
Barangsiapa yang melanggar lagi sesudah itu maka untuknya siksaan
yang pedih”
Firman
Allah :
Maksudnya
:
Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (kaum Bani Israel) di dalam
(Taurat) bahawa (nyawa) di balas nyawa,
mata (dibalas) dengan mata, hidung (dibalas) dengan hidung, telinga
(dibalas) dengan telinga, gigi (dibalas) dengan gigi dan luka-luka itu ada
(balasan) qisasnya. Barangsiapa
yang melepaskan (hak) qisasnya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus
dosa baginya.
Barangsiapa yang tidak menghukum menurut yang diturunkan Allah,
maka mereka itu orang-orang
yang zalim”
Firman
Allah :
Maksudnya :
“Dan janganlah kamu
membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan
suatu (alas an) yang hak. Dan
barangsiapa dibunuh secara
zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi
kekuasaan kepada ahli warisnya.
Tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh.
Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan”.
Firman
Allah:
Maksudnya :
“Bulan haram
dengan bulan haram dan pada sesuatu yang patut dihormati berlaku
hukum qisas. Oleh itu
barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah dia, seimbang dengan
serangannya terhadapmu. Bertakwalah
kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa”
Firman
Allah :
Maksudnya :
“Dan jika kamu
membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang
ditimpakan kepadamu. Akan
tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya
itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
Manakala sumber-sumber daripada Sunnah Rasulullah s.a.w. pula;
antaranya ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya :
“Barangsiapa yang (waris) baginya dibunuh, maka dia diberi dua
pilihan ; sama ada (menuntut) untuk membunuh atau (menuntut) bayaran diyat
(gantirugi)”
Sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya :
Barangsiapa yang ditimpa pembunuhan, dia diberi pilihan antara tiga
perkara, sama ada untuk (menuntut) hukuman qisas atau menuntut diyat atau
memaafkan.”
Sabda
Nabi s.a.w. :
Maksudnya
:
“Barangsiapa yang membunuh secara sengaja hendaklah diserahkannya
kepada wali mangsa yang kena bunuh. Jika
mereka mahu, mereka boleh
(menuntut) untuk membunuh
(penjenayah), dan boleh (menuntut) bayaran diyat”
Dengan
keterangan daripaa nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah yang tersebut di atas,
jelaslah bahawa undang-undang jenayah mengenali qisas
wajib
dilaksanakan untuk memelihara salah satu daripada maslahah
atau
kepentingan yang paling berharga iaitu nyawa dan tubuh badan.
Hikmat
Disyariatkan Qisas
Tiap-tiap
undang-undang atau peraturan yang disyariatkan Allah kepada umat
manusia tidak didatangkan
dengan sia-sia. Bahkan
mempunyai kebaikan dan
hikmah yang kebanyakkannya tidak diketahui
oleh kebanyakkan orang. Maka
begitulah halnya dengan undang-undang
qisas
yang diwajibkan kepada orang-orang yang
beriman untuk melaksanakannya, sama sekali tidak
menyusahkan atau
memudaratkan ; tetapi mempunyai hikmah
atau signifikasinya
yang tersendiri.
Antara
hikmah syariat qisas
ialah :
a.
Untuk memberi keadilan kepada umat manusia, kerana qisas
adalah satu hukuman yang paling adil dan saksama.
Ini kerana hukuman qisas
menyamai dengan jenayah yang telah dilakukan, umpamanya seorang yang
membunuh dengan sengaja akan dikenakan hukuman bunuh.
Seorang yang memotong
telinga orang akan dibalas
dengan dipotong telinganya dan sebagainya .
Adalah tidak adil sekiranya seorang anak kehilangan bapanya yang
dibunuh orang dengan kejam, tiba-tiba
pembunuh berkenaan tidak dijatuhkan hukuman bunuh.
Begitu juga adalah tidak adil sekiranya seorang yang hilang
penglihatannya kerana perbuatan
jahat orang, tiba-tiba penjahat
berkenaan tidak dihukum
dengan hukuman yang serupa
dengan jenayah yang telah dilakukan;
adalah tidak adil namanya.
b.
Dengan melaksanakan hukuman qisas
dapat mencegah dan menghalang
orang yang bercadang untuk melakukan jenayah daripada meneruskan niat buruknya. Jika mereka mengetahui bahawa hukuman yang akan diterimanya adalah berat, menyamai dengan jenayah
yang dilakukan sudah tentu dia akan berfikir dua tiga kali dan akhirnya
akan membatalkan niat
buruknya itu.
c.
Undang-undang qisas dapat meredakan kemarahan
dan dendam waris-waris mangsa jenayah bunuh.
Waris-waris seperti ibubapa
atau anak-anak mangsa jenayah bunuh akan merasa lega dan kurang marah jika pembunuh itu dihukum bunuh juga.
Sebaliknya jika pembunuh itu hanya dipenjara atau didenda maka
waris tadi akan mencari jalan untuk membalas dendam bukan
sahaja kepada pemnbunuh ; bahkan boleh menjalar kepada keluarga
si penjenayah. Hal seperti ini berlaku di zaman jahiliah di mana jika
didapati seorang
sahaja anggota qabilahnya
dibunuh orang, maka qabilah
berkenaan
akan membalas dendam dengan
membunuh seberapa ramai anggota qabilah
yang membunuh itu
bagi memuaskan nafsunya.
d.
Selain daripada itu dengan menjalankan undang-undang qisas
bererti menjamin kehidupan yang aman tenteram kepada seluruh umat manusia,
sebagaimana firman Allah S.W.T :
Maksudnya :
“Dan di dalam qisas itu ada (jaminan) hidup bagimu wahai
orang-orang yang berakal supaya kamu bertakwa”
Ayat Al-Quran yang tersebut di atas menjelaskan bahawa faedah
hukuman qisas
bukan hanya dirasai oleh wali atau waris
mangsa ; bahkan ianya
dapat dirasai oleh seluruh umat manusia, sebab itu digunakan perkataan “dan bagi kamu semua.”
Jadi qisas
bukan sebagai satu tindakan balas dendam yang faedahnya hanya dirasai oleh mangsa jenayah.
Ayat di atas juga
menjelaskan bahawa kehidupan masyarakat
dijamin oleh hukuman qisas. Oleh kerana jika qisas
tidak
dijalankan maka nyawa dan tubuh badan akan dicerobohi tanpa balasan
dan pembelaan ; yang kuat akan menindas yang lemah. Hidup dalam keadaan huru-hara
dan kucar-kacir kerana tidak ada undang-undang dan peraturan yang
mengawal keamanan dan ketenteraman. Supaya
hidup dalam keadaan kasih sayang dan aman damai ; maka perlulah dijalankan
hukuman qisas
kerana ianya
merupakan suatu hukuman yang adil dan saksama.
Begitu juga ayat di
atas menerangkan bahawa matlamat dan keistimewaan syariat qisas
hanya dapat difahami
dan diakui oleh mereka yang
mempunyai akal fikiran yang waras. Lantaran
itulah Allah
menunjukkan firman-Nya dengan perkataan ertinya
“Wahai
orang-orang yang berakal”.
Jadinya orang-orang yang tidak berakal atau yang tidak mempunyai
akal yang waras dan rasional
tidak mahu menerima dan
mengakui kebaikan
undang-undang qisas . Sebaliknya orang-orang
yang seperti ini sanggup melemparkan tuduhan-tuduhan yang liar terhadap
syariat qisas
seperti dituduhnya sebagai hukuman yang kejam dan
tidak berperikemanusiaan. Oleh
itu tidaklah menghairankan jika ada golongan
manusia termasuk orang-orang Islam
sendiri yang menolak perlaksanaan undang-undang qisas
kerana akal mereka
sudah ditutupi dan diselubungi dengan idea-idea atau isme-isme
lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Hikmat undang-undang qisas
juga telah diperjelaskan dalam Al-Quran :
Maksudnya
:
“Oleh
kerana itu Kami tetapkan (suatu hukuman)
bagi Bani Israel bahawa barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan
kerana orang itu (membunuh orang lain) atau bukan
kerana membuat kerosakan di muka
bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.
Dan barang siapa yang memelihara
kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan
manusia seluruhnya”.
Ayat di atas memberi gambaran tentang kedurjanaan pembunuh secara
sengaja walaupun hanya
membunuh seorang sahaja, seolah-olah dia membunuh manusia seluruhnya.
Memang tepat sekali perbandingan
yang dijelaskan Al-Quran itu kerana selagi pembunuh itu masih bebas dan
tidak dikenakan hukuman yang setimpal, dia akan terus bermaharajalela
mencari mangsa yang lain
untuk dibunuhnya.
Oleh sebab itu ianya diumpamakan
seperti telah membunuh semua manusia kerana dia telah mencerobohi hak
seseorang untuk hidup dalam keadaan aman damai.
Barang siapa yang
memusuhi kehidupan seseorang seolah-olah dia telah mencerobohi hak orang
ramai untuk hidup.
Seterusnya ayat di atas menjelaskan bahawa sesiapa yang
menghidupkan seseorang, dengan cara menjalankan hukuman qisas
seolah-olah telah memberi kehidupan kepada semua orang.
Ini adalah kerana
apabila pembunuh itu telah dikenakan hukuman
qisas
bunuh, maka secara langsung atau tidak langsung telah dapat
menyelamatkan bakal mangsa pembunuhan daripada kekejaman
penjenayah.
Ayat di atas juga boleh dimaksudkan bahawa dengan melaksanakan
hukuman qisas
kepada penjenayah bunuh akan menghidupakan
waris-waris dan keluarga mangsa, dengan
erti kata bahawa semangat dan
kekuatan waris-waris dapat dipulihkan
setelah mereka kecewa dan patah hati kerana kematian anaknya yang
dibunuh oleh penjenayah itu.
Qisas Dalam
Ugama-ugama Lain
Qisas
atau hukuman bunuh balas bukan hanya disyariatkan kepada umat Nabi
Muhammad s.a.w. sahaja, bahkan ianya
juga telah disyariatkan kepada umat nabi-nabi yang terdahulu
sebagaimana firman Allah
setelah menceritakan pembunuhan Habil
oleh saudaranya Qabil kerana cemburu dan hasad dengki.
Firman Allah :
Maksudnya :
“Oleh kerana itu
Kami tetapkan (suatu hukuman) bagi Bani Israel bahawa barangsiapa membunuh
seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain atau bukan
kerana membuat kerosakan di muka bumi,
maka seakan-akan dia telah membunuh manusia
seluruhnya. Dan
barangsiapa yang memelihara kehidupan
seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan
manusia seluruhnya”
Jelasnya Allah menerangkan
bahawa qisas
terdapat dalam kitab Taurat seperti firman-Nya :
Maksudny :
“Dan telah kami
fardukan ke atas mereka (Bani Israel) di dalam (Kitab Taurat) bahawasanya
jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung,
telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-lukapun ada qisasnya”
Begitu juga dalam kitab
Old Testiment, (fasal ke 21 menerangkan, “sesungguhnya
siapa yang memukul orang hingga mati
hendaklah ia dibunuh dan jika seorang
itu menganiayai seorang lain lalu dibunuhnya, maka lebih baik
pembunuh itu dibawa ke hadapan untuk dibunuh balas”
Qisas juga terdapat dalam syariat Nabi Isa a.s. sebagaimana firman
Allah :
Maksudnya :
Dan kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israel) dengan ‘Isa
Putera Maryam, membenarkan kitab yang
sebelumnya, iaitu Taurat. Dan
Kami telah memberikan
kepadanya Kitab Injil, sedang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya, dan
membenarkan kitab yang sebelumnya,
iaitu Kitab Taurat dan menjadi petunjuk
serta pegangan untuk
orang-orang yang bertakwa”
Firman
Allah selanjutnya :
Maksudnya
:
“Dan hendaklah
pengikut-pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan
Allah di dalamnya (Injil). Barang
siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang
diturunkan Allah, mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.”
Bagaimanapun apa yang terkandung dalam Bible
Mathew bertentangan dengan apa
yang disebutkan
dalam Al-Quran. Oleh itu mengiktu setengah golongan dalam agama Kristian
mengatakan bahawa seorang pembunuh itu tidak dikenakan hukuman qisas
bunuh berdasarkan kitan Injil Mathew
maksudnya, “Adapun aku katakana kepadamu ; Jangan kamu lawan
kejahatan (dengan kejahatan).
Bahkan barangsiapa yang menampar pipimu yang kanan maka tukarkan
pula ke pipimu yang lain.” Manakala
sebahagian yang lain pula berpendapat
hukuman bunuh terdapat
dalam agama Masihi berdasarkan kata-kata Nabi Isa, “Aku tidak
datang untuk mengurangkan malaikat Jibril tetapi untuk
menyempurnakannya.
Dengan keterangan-keterangan yang tersebut di atas adalah jelas
bahawa qisas bukan
hanya diwajibkan di dalam Islam ; bahkan ianya telah diwajibkan di dalam
agama-agama Samawi yang terdahulu seperti ugama Yahudi dan Nasrani.
Jadi sepatutnya tidak menjadi pelik dan hairan jika undang-undang qisas
khasnya dan undang-undang jenayah umumnya dilaksanakan oleh umat
Islam hari ini.
Tanggapan-tanggapan Negatif Terhadap Qisas
Pandangan-pandangan
yang serong terhadap undang-undang jenayah Islam umumnya dan undang-undang
qisas khususnya:
adalah disebabkan sama ada mereka memang tidak memahaminya ataupun sengaja
tidak mahu memahami, dengan tujuan untuk menyesatkan orang lain.
Lebih-lebih lagi jika golongan
yang tidak mahu faham ini terdiri dari kalangan umat Islam sendiri.
Di antara tanggapan-tanggapan yang salah adalah seperti di bawah
ini :
a.
Qisas adalah
satu hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Orang-orang yang menganggap
qisas sebegitu rupa
kerana lebih mengambil berat tentang nasib penjenayah
itu daripada memikirkan nasib orang ang menjadi mangsa
penjenayah itu sendiri. Sedangkan
sepatutnya orang yang tidak mempunyai
sifat belas kasihan, seperti penjenayah tidak patut diberi belas
kasihan; sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya :
“Barang siapa yang tidak ada belas kasihan, janganlah diberi
kasihan belas”
Lagi pula jika
ditelitikan bahawa hukuman qisas adalah
satu yang paling saksama kerana
hukuman yang diterima penjenayah itu
serupa dengan jenayah yang dilakukan ; seperti penjenayah bunuh
dikenakan hukuman bunuh balas, seorang yang memotong telinga
orang dihukum potong
telinganya dan begitulah seterusnya.
b.
Qisas dianggap
kononnya satu undang-undang yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai
dengan budaya masyarakat di
sini. Sebenarnya jika
seseorang itu mempercayai qisas
ini undang-undang Allah yang
terkandung dalam Al-Quran, maka tidak timbul
anggapan seperti itu. Lebih-lebih
lagi ianya diriwayatkan
kepada Nabi Muhammadn s.a.w.
sebagai utusan yang terakhir. Maka
sudah tentulah syariat Allah
sesuai pada bila-bila masa dan di mana juga.
Tambahan pula tidak akan ada lagi syariat selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w. . Lagipun
anggapan seperti ini seolah-olah undang-undang
jenayah Islam, khususnya qisas
hanya sesuai di zaman
Nabi Muhammad s.a.w dan di kalangan masyarakat Arab sahaja.
Sedangkan pada umumnya umat Islam mempercayai ajaran
Islam untuk sepanjang zaman hingga qiamat,
yakni sama kedudukannya
dengan hukum-hukum mengenai solat, zakat, haji dan perkahwinan Islam yang
tidak dianggap ketinggalan zaman atau tidak sesuai
dengan budaya bangsa
Malaysia.
c.
Qisas kononnya
sebagai hukum suku-suku bangsa atau dengan lain perkataan dianggap sebagai
undang-undang Arab Jahiliah. Anggapan
seperti ini adalah amat berat kerana ianya menyamakan qisas
dengan undang-undang Arab Jahiliah dan
sekaligus menafikan qisas
sebagai syariat Allah S.W.T. Padahal
ianya terang-terang sebagai syariat Allah kerana berdasarkan
kepada dalil-dalil dan
nas yang jelas di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana
yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika
sesuatu hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran tidak dipercayai., maka sikap yang seperti ini boleh merosakkan aqidah
seseorang; apatah lagi jika dikaitkan undang-undang qisas
itu dengan amalan Arab Jahiliah.
Sedangkan antara qisas
dan hukum balas dalam Arab Jahiliah adalah jauh bezanya,
sepertimana jauhnya jarak antara
langit dan bumi. Sebagai
contoh, dalam hukuman balas Arab Jahiliah jika didapati seorang sahaja
anggota qabilahnya
dibunuh, maka qabilah berkenaan akan membalas dendam dengan membunuh
seberapa ramai anggota
qabilah pembunuh. Sedangkan
dalam undang-udang qisas hanya pembunuhnya sahaja yang dikenakan hukuman
bunuh kerana Islam melarang membunuh seseorang tanpa hak,
sebagaimana firman Allah:
Maksudnya :
Dan janganlah kamu membunuh orang yang Allah haramkan (membunuhnya)
melainkan dengan (alasan) yang benar.
Dan barang siapa dibunuh
secara zalim, maka
sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya tetapi
janganlah melampaui batas dalam
membunuh”
Begitu juga dalam
Surah Al-Anam ayat 51, maksudnya : “dan
janganlah kamu bunuh jiwa yang Allah haramkan (membunuhnya) melainkan
dengan suatu (sebab) yang benar”. Maksud membunuh
dengan sebab yang hak seperti melakukan bunuh kepada penjenayah zina yang
sudah berkahwin, kepada orang
yang keluar daripada Islam (murtad) dan membunuh secara qisas
kepada penjenayah bunuh.
d.
Qisas
kononnya dianggap sebagai tindakan balas dendam.
Orang yang mempunyai anggapan
sebegini sebenarnya tidak memahami undang-undang
qisas,
walaupun kedua-dua sistem itu ada persamaan dari segi hukuman balas
seperti bunuh dibalas bunuh dan mencederakan anggota badan akan dicederakan
balik. Pada hakikatnya
antara balas dendam dan qisas
jauh bezanya.
Dalam amalan balas dendam biasanya orang yang berdendam tidak
pedulikan soal persamaan antara apa
yang telah dilakukan oleh penjenayah
dengan balasan yang akan dikenakan kepadanya,
sedangkan dalam melaksanakan hukuman qisas
disyaratkan supaya hukuman
itu menyamai dengan kesalahan yang dilakukan.
Jika hukuman itu tidak
boleh menyamai jenayah yang dilakukan perlu ditukar
hukuman qisas
itu kepada hukuman lain. Begitu
juga dalam melakukan amalan
balas dendam seseorang itu tidak hanya membalas kepada penjenayah, bahkan
kepada orang lain yang tidak ada
kena mengena dengan jenayah berkenaan.
Manakala hukuman qisas
hanya dikenakan kepada penjenayah
itu sendiri dan tidak boleh
dilibat orang lain ; walaupun kepada ibu bapa, anak-anak atau
warisnya yang terdekat.
Selain dari itu dalam amalan balas dendam maka orang yang berdendam
itu sendiri yang akan melaksanakan balasan dendam.
Jadi kadar balas dendam itu berbeza-beza mengikut kekuatan
masing-masing. Jika
seseorang yang berdendam itu mempunyai
tubuh badan yang kuat maka dia akan bertindak lebih ganas dan
kejam. Sebaliknya jika
yang berdendam itu tidak kuat, maka tindakan
balas dendamnya tidak berapa liar dan ganas.
Manakala dalam sistem qisas
tidak memberi apa-apa kesan tentang kekuatan atau kelemahan mangsa
jenayah berkenaan, kerana qisas
tidak dijalankan oleh orang perseorangan, tetapi
dijalankan melalui perbicaraan di mahkamah yang dibentuk oleh
pihak pemerintahan Islam. Malahan
dengan menjalankan hukuman qisas
boleh menghapuskan amalan balas dendam.
Amalan balas dendam adalah perkara biasa dalam cara hidup `Arab
Jahiliah, sehingga kadang kala terbawa-bawa walaupun sesudah memeluk
Islam; sebagaimana satu riwayat menyatakan
bahawa ada dua suku `Arab Jahiliah
bermusuh-musuhan di zaman
Jahiliah lagi. Ada di antara mereka yang kena bunuh dan yang kena luka, termasuklah
hamba-hamba dan wanita. Qabilah
berkenaan tidak mengambil tindakan balas dendam kepada qabilah yang lain
sehinggalah mereka masuk Islam. Setelah
Islam mereka terus bermusuhan
antara satu dengan yang lain sehingga mereka
bersumpah bahawa mereka tidak rela, melainkan jika seorang merdeka dari qabilah yang satu itu dibunuh balas disebabkan
adanya seorang hamba yang dibunuh oleh qabilah lain.
Malahan mereka tidak
rela melainkan jika seorang lelaki dari qabilah lain
dibunuh balas kerana
seorang wanita dari qabilah lain dibunuh
orang.
Kemudian turunlah ayat 178 Surah
Al-Baqarah yang bermaksud, “Wahai
orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas.”.
Oleh itu dengan turunnya ayat yang mensyariatkan qisas,
maka amalan balas dendam dapat dihapuskan jika undang qisas itu dijalankan di dunia hari ini.
BAB II
JENAYAH
BUNUH YANG MEWAJIBKAN
HUKUMAN QISAS
Pendahuluan
MENURUT
syariat Islam pembunuhan pada asalnya terbahagi kepada dua.
Pertama, pembunuhan yang diharamkan iaitu pembunuhan
yang dilakukan dengan adanya permusuhan seperti membunuh orang yang
tidak bersalah; dan keduanya ialah pembunuhan
yang hak dan dibenarkan iaitu pembunuhan yang
tidak ada tanda-tanda
permusuhan seperti menjalankan hukuman bunuh ke atas penjenayah bunuh,
murtad dan pesalah zina yang muhsan. Ini sebagaimana yang disebutkan melalui sabda Rasulullah
s.a.w. :
Maksudnya
:
“Tidak halal (mengambil) darah seorang Muslim melainkan kerana
salah satu daripada tiga (sebab); kerana kufur sesudah beriman, zina
sesudah ihsan dan membunuh orang tanpa dibunuh balas”
Jenis-Jenis Jenayah Bunuh
‘Ulama’
fiqh mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai pembahagian jenis
jenayah bunuh ini. Ada di
antara ulama yang membahagikan kepada dua jenis sahaja, iaitu pembunuhan
dengan sengaja dan pembunuhan
secara tersalah.
Setengah mereka membahagikan kepada
tiga jenis iaitu selain
dari dua jenis di atas ditambah satu
jenis lagi
iaitu pembunuhan yang menyerupai dengan secara sengaja
Ada pula ulama yang membahagikan
kepada empat jenis iaitu selain dari 3 jenis yang disebutkan
di atas; ditambah lagi dengan satu jenis pembunuhan yang menyerupai
dengan tersalah bunuh. Manakala
setengah ulama pula membahagikan jenayah bunuh itu kepada lima jenis iaitu
empat jenis yang tersebut di atas dan pembunuhan secara tidak
langsung atau bersebab.
Perbezaan
yang nyata antara pembahagian dua jenis dengan pembahagian yang lain
kerana ‘ulama’ yang
membahagikan pembunuhan itu kepada dua jenis sahaja, mereka tidak mengakui
pembunuhan yang menyerupai sengaja. Walau
bagaimanapun menurut pendapa
tyang masyhur pembunuhan itu
terbahagi kepada tiga iaitu pembunuhan
dengan sengaja, yang menyerupai dengan sengaja dan pembunuhan
tersalah atau tidak sengaja.
Pada hakikatnya tidak ada perbezaan di antara pembahagian jenis
pembunuhan kepada tiga jenis dengan yang empat atau lima
jenis pembunuhan, kerana ulama yang
membahagikan kepada
empat jenis itu memisahkan antara pembunuhan secara
tersalah bunuh. Manakala yang membahagikan pembunuhan itu kepada
lima pula memisahkan antara pembunuhan secara langsung
dengan pembunuhan yang dilakukan dengan ada sebab dan musabab.
Tetapi jika merujuk kepada Al-Quaran maka jenayah bunuh itu hanya
terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu pembunuhan dengan
sengaja dan pembunuhan secara tersalah atau tidak sengaja,
sebagaimana firman Allah :
Maksudnya
:
“Barangsiapa yang membunuh seorang
Mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di
dalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutuknya serta menyediakan azab
yang besar baginya.
Dan
juga firman-Nya :
Maksudnya
:
“Dan barang siapa membunuh seorang Mukmin kerana tersalah
(hendaklah) ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta
membayar diyat yang diserahkan kepada keluarga (si terbunuh itu) kecuali
jika mereka bersedekah”
Oleh kerana jenis pembunuhan yang mewajibkan hukuman qisas ialah pembunuhan secara sengaja, maka perbincangan akan
ditumpukan kepada jenayah membunuh secara sengaja.
Syarat-syarat yang mewajibkan hukuman qisas
Untuk menentukan penjenayah bunuh itu boleh dijatuhkan hukuman qisas
perlu ditelitikan syarat-syarat berikut :
a.
Pembunuhan Secara Sengaja
b.
Pembunuhan Berpunca Dari Permusuhan
c.
Pertanggungjawaban Penjenayah
d.
Persamaan Antara Penjenayah Dengan Mangsanya
SYARAT PERTAMA
a)
Pembunuhan Secara Sengaja
Ulamak
memberikan definisi yang berbeza-beza mengenai pembunuhan jenis ini.
Antaranya menerangkan
bahawa yang dikatakan
pembunuhan secara sengaja ialah apabila
penjenayah itu sengaja
memukul mangsanya dengan senjata dan
sebagainya seperti benda yang tajam dari batu atau kayu untuk
mengambil nyawa seseorang. Setengahnya
pula mentakrifkannya sebagai sengaja
menyerang dengan suatu
yang pada kebiasaannya
boleh membawa maut. Satu
lagi takrif menegaskan “bahawa tiap-tiap yang disengajakan manusia
ada dengan menempeleng atau menumbuk atau
memukul dengan senapang, batu, kayu dan sengajanya; semua itu
adalah membunuh dengan sengaja jika mangsanya
itu mati dalam kejadian itu.”
Untuk
penjelasan lebih lanjut mengenai pembunuhan
secara sengaja, di bawah ini diterangkan satu demi satu rukun-rukun
bagi pembunuhan secara sengaja.
Rukun-rukun bagi pembunuhan secara sengaja
Bagi
menentukan jenayah itu dilakukan secara sengaja ; maka perlulah menepati
ketiga-tiga rukun berikut :
1.
Pembunuhan itu dilakukan ke atas manusia yang masih hidup.
2.
Kematian itu hasil dari perbuatan pembunuh
3.
Adanya niat sengaja membunuh
Rukun Pertama
Pembunuhan dilakukan ke
atas manusia yang masih hidup
Mangsa
jenayah bunuh itu mestilah manusia yang masih hidup.
Oleh itu sekiranya mangsa penjenayah itu bukan manusia seperti
hukuman qisas kerana
dia tidak dikira sebagai pembunuh secara
sengaja; walaupun boleh dianggap
sebagai menzalimi binatang. Begitu
juga sekiranya seseorang itu memotong sebarang anggota seseorang yang
telah mati tidak dianggap sebagai pembunuh, kerana kematian orang itu
bukan hasil dari perbuatan
orang yang memotong mayat
berkenaan. Oleh itu orang
yang memotong sebarang
anggota seseorang yang telah mati tidak boleh dihukum qisas
tetapi diwajibkan hukuman takzir
kerana menganiayai mayat.
Apa yang dimaksudkan dengan “seorang yang sudah mati” ialah seseorang
yang telah terpisah nyawanya dari jasadnya secara pasti.
Jadi sekiranya seorang itu membunuh seorang yang sedang sakit
tenat adalah dikira sebagai pembunuh secara sengaja kerana
penjenayah itu yang menghabiskan nyawanya dari jasad mangsanya.
Adapun kalau umpamanya ada dua orang melakukan jenayah sehingga
akhirnya mangsanya itu mati ; katakanlah penjenayah yang
pertama memukul kepala seseorang
dengan besi yang berat, tetapi orang itu masih ada harapan boleh
hidup lagi, tiba-tiba selepas itu penjenayah
yang kedua memancing lehernya hingga mati, maka yang bertanggungjawab
dalam jenayah ini ialah penjenayah yang
kedua. Justeru dialah
yang mengambil nyawa dari jasad mangsanya.
Manakala dalam kes umpamanya penjenayah pertama menikam perut Umar
hingga terburai isi perutnya, kemudian datang seorang
lain memancung leher Umar hingga mati, maka ulamak mempunyai
pandangan yang berbeza-beza. Ada
yang berpendapat bahawa
penjenayah yang pertamalah yang membunuh kerana dialah yang menjadikan
mangsanya dalam keadaan maut. Manakala
sebahagian ulama pula berpendapat bahawa yang
membunuh mangsa berkenaan ialah penjenayah yang kedua kerana
walaupun pada masa orang yang kedua melakukan
jenayahya, nyawa mangsa tidak menentu
lagi, tetapi masih
dianggap bernyawa. Mangsa itu
tidak boleh dianggap sudah mati selagi nyawanya belum berpisah dari
jasadnya. Oleh itu orang yang
melakukan jenayah yang paling hampir kepada kematian mangsa itulah
dianggap sebagai pembunuhnya.
Begitulah halnya dengan orang
yang memukul perut seorang yang
sedang mengandung sehingga anak yang dalam kandungannya itu mati, maka dia
tidak dianggap sebagai membunuh
manusia yang hidup, kerana anak yang dalam perut itu tidak
dikira sebagai manusia yang sudah bernyawa sepenuhnya. Sungguhpun demikian penjenayah berkenaan boleh dianggap telah
melakukan kesalahan membunuh
dari jenis yang khusus dan boleh dikenakan hukuman yang khas, sebagaimana
ada hadis yang menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. ada memutuskan
satu kes di mana seorang yang menyebabkan kematian seorang bayi
dalam kandungan seorang
wanita dari Bani Lihyan iaitu dengan
membayar diyat bernilai
seorang hamba.
Rukun Kedua
Kematian itu berpunca dari
perbuatan pembunuh
Perkara
kedua yang menentukan pembunuhan
itu dilakukan dengan sengaja ialah jika kematian itu dari perbuatan
pembunuh dan ianya dilakukan untuk membunuh.
Dengan ini bererti jika
berlaku kematian seseorang itu bukan disebabkan oleh
perbuatan orang
seperti seorang itu mati kerana dihempap pokok, ataupun
perbuatan itu tidak sampai membawa maut, seperti
memukul dengan pensil ; maka orang yang melakukan tindakan seperti
itu tidak boleh dianggap sebagai pembunuh secara
sengaja. Pembunuhan
yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak
disyaratkan dengan
cara-cara yang tertentu. Bahkan
memadai sama ada dengan cara
memukul, melukakan, memancung leher, membakar, menenggelamkan, meracun dan
sebagainya. Begitu juga tidak menjadi syarat sama ada perbuatan yang dilakukan
oleh pembunuh itu hanya sekali atau berulang-ulang kali ; asalkan
perbuatan penjenayah itu
membawa maut.
Alat sebagai penentu jenis pembunuhan
Oleh kerana kebiasaannya penjenayah
menggunakan alat atau senjata untuk membunuh
mangsanya, maka di bawah ini
dibincang sama ada alat yang digunakan itu penting atau tidak untuk
menentukan jenis pembunuhan.
Telah menjadi kebiasaan bahawa tiap alat atau senjata mempunyai
kekuatan dan kesan penggunaanya yang tertentu.
Begitu juga bagi setiap kejadian membunuh biasanya kerana
adanya alat dan sebab yang membawa kepada kematian.
Akan tetapi oleh kerana sebab dan alat yang menyebabkan kematian
itu berbeza-beza dari segi kuat atau tidaknya dan dari segi kesannya
kepada tubuh badan, maka ulamak mempunyai pandangan yang
berbeza-beza mengenai hukum dan syarat-syarat bagi alat atau
senjata yang digunakan.
Imam Malik tidak meletakkan apa-apa syarat bagi perbuatan
yang dilakukan oleh pembunuh atau bagi alat yang digunakan.
Tiap-tiap perbuatannya yang disengajakan oleh seseorang sama ada
dengan cara memukul, menumbuk, menempeleng atau dengan
menggunakan senjata, kayu, batu dan sebagainya, semuanya itu
dikira sebagai membunuh dengan sengaja jika tindakan
penjenayah itu menyebabkan mangsanya mati. Jadi Imam Malik menjadikan
“niat membunuh” sebagai asas yang menentukan penjenayah
itu membunuh secara
sengaja dengan tidak
mengambil kira tentang alat
yang digunakan.
Sebaliknya jika seseorang itu
sengaja bergurau atau
bermain-main dengan tidak ada niat hendak
membunuh, seperti jika dua orang itu mengaku bermain silat ; lalu
salah seorang itu dapat menarik kaki hingga jatuh lalu mati, maka kematian
seperti ini dianggap sebagai tersalah bunuh dan bukan
sebagai membunuh secara sengaja.
Ini kerana penjenayah berkenaan
melakukannya dengan cara bergurau dan bermain-main dan tidak ada
niat untuk membunuh. Tetapi
jika seseorang itu bertindak seperti hendak membunuh atau dengan
menunjukkan kemarahannya lalu menyerang mushnya hingga mati, maka orang
itu telah membunuh mangsanya secara sengaja.
Oleh itu mengikut mazhab Maliki untuk menentukan pembunuhan secara
sengaja, tidak memerlukan apa-apa syarat bagi perbuatan pembunuh dan alat
atau senjata yang digunakan. Walaupun dengan cara menumbuk, menempeleng
atau membaling dengan batu atau memukul dengan tongkat kecil; yang
semuanya itu pada kebiasaanya tidak membawa maut. Bagaimanapun ianya boleh
dikara sebagai pembunuh dengan sengaja jika penjenayah itu sengaja
melakukan pencerobohan dan jika orang yang dicerobohi itu mati dengan
sebab perbuatannya itu. Pandangan ini adalah menepati jenis pembunuhan
dalam Mazhab Maliki kepada dua jenis sahaja iaitu membunuh secara sengaja
dan tersalah bunuh, kerana sesuatu perbuatan itu dilakukan sama ada
sengaja atau tersalah. Oleh itu tidak boleh dianggap bahawa pembunuhan
dengan menggunakan alat yang pada kebiasannya tidak membawa maut seperti
rotan kecil, cemeti, kayu pembaris dan sebagainya sebagai
tersalah bunuh, jika penjenayah itu sengaja membunuh dan berniat untuk membunuh mangsanya.
Imam Shafie dan Hanbali menyatakan bahawa yang dikatakan pembunuhan
secara sengaja, jika penjenayah itu menggunakan alat atau senjata yang
pada kebiasaannya boleh mematikan seseorang.
Pembunuhan secara sengaja ialah
seseorang itu sengaja membunuh dengan menggunakan alat yang pada ghaibnya
boleh membawa maut, walaupun dengan benda yang tidak
tajam. Sebaliknya jika
alat yang digunakan itu pada kebiasaannya tidak boleh mematikan maka
pembunuhan itu dianggap sebagai yang
menyerupai dengan sengaja.
Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa alat yang digunakan dalam
pembunuhan itu selain dari jenis yang pada kebiasaannya
boleh membawa maut, hendaklah alat itu tajam yang
boleh menceraikan tubuh badan ; sama ada yang diperbuat daripada besi
tembaga, kayu dan sebagainya (seperti pedang, parang, lembing, anak panah
dan alat-alat yang boleh memotong dan menikam seperti kaca, api dan
sebagainya). Oleh itu menurut
Imam Abu Hanifah sekiranya
senjata yang digunakan itu
daripada jenis
yang biasanya boleh membunuh dan memang disediakan untuk
membunuh seperti pedang atau senjata api,
maka pembunuhan seperti itu
dianggap sebagai sengaja membunuh. Namun
begitu jika senjata itu pada kebiasaannya boleh mematikan tetapi bukan
dari jenis yang boleh melakukan atau menikam seperti kayu besar atau batu besar, maka perbuatan bunuh itu sebagai menyerupai
dengan sengaja ; walaupun penjenayah itu berniat hendak membunuhnya.
Perselisihan pendapat ulamak itu adalah berpunca dari perselisihan
mereka dalam menentukan jenis pembunuhan.
Umpamanya Imam Malik menetapkan niat
membunh sebagai asas bagi menentukan pembunuhan secara sengaja
dengan tidak mengambil kira
mengenai alat yang digunakan. Ini
kerana Imam Malik hanya
membahagikan pembunuhan itu kepada dua jenis
sahaja ; iaitu secara sengaja dan tersalah bunuh.
Manakala Imam Syafie
dan Ahmad dalam menentukan pembunuhan itu sebagai sengaja, selain dari
adanya niat sengaja membunuh, disyaratkan
adanya tanda-tanda yang membuktikan niat itu; iaitu dengan cara
menggunakan alat yang pada kebiasaannya boleh mencabut nyawa orang.
Begitu juga pendapat Imam Abu Hanafah.
Malahan pendapat beliau ditambah dengan satu lagi syarat iaitu alat yang pada kebiasaannya
boleh membawa maut itu mesti tajam dan boleh memotong atau menceraikan
anggota tubuh badan.
Setelah diteliti pendapat ulamak
yang tersebut, pendapat Imam Syafie dan Ahmad
dalam menentukan pembunuhan itu sebagai sengaja adalah lebih
munasabah dan sesuai. Justeru
kalau hanya bergantung semata-mata kepada niat adalah sukar untuk
menentukannya. Lebih-lebih lagi ‘niat’
adalah perkara dalam sanubari
yang tidak ada siapa yang mengetahuinya.
Jadi untuk mengetahui
niat penjenayah itu perlu ada bukti luaran iaitu dengan meneliti senjata yang digunakan.
Jika alat yang digunakan itu pada
kebiasaannya boleh mematikan, bolehlah dianggap sebagai
membunuh dengan sengaja. Sebaliknya
jika senjata yang digunakan itu
pada ghalibnya tidak
boleh membunuh seperti kayu kecil, batang
pensil, rotan kecil dan
lain-lain ; maka pembunuhan itu tidak
dikira sebagai sengaja membunuh.
Begitulah juga senjata yang biasanya membawa maut itu tidak
semestinya tajam atau yang boleh
menceraikan anggota tubuh badan.
Rukun Ketiga
Niat sengaja membunuh
Ulamak mempunyai pendapat yang berbeza-beza dalam menentukan sama
ada qasad atau niat
sengaja itu sebagai rukun bagi
jenayah bunuh secara sengaja. Walau
bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat bahawa pembunuh itu mesti
ada niat dengan sengaja hendak membunuh mangsanya.
Jika penjenayah itu
tidak ada niat untuk
membunuh, maka pembunuhan
itu tidak dianggap sebagai sengaja
membunuh, walaupun penjenayah
berkenaan ada niat sengaja untuk mencerobohi
mangsanya. Lantaran niat
sengaja menceroboh dengan tidak ada
niat untuk membunuh tidak cukup untuk membuktikan
penceroboh itu melakukan pembunuhan secara sengaja.
Dalam kitab-kitab mazhab Hanafi memberi takrif
sengaja membunuh
sebagai suatu yang sengaja dilakukan dengan memukul
mangsanya dengan senjata atau sebagainya; dan seorang
pembunuh itu dianggap sengaja apabila dia berniat sengaja untuk
membunuh orang.
Ulamak mazhan Shafie pula
mentakrifkan pembunuhan secara sengaja seperti berikut :
Maksudnya
:
“Bahawa pembunuhan secara sengaja ialah sengaja (qasad) untuk
menyerang dengan suatu yang pada kebiasaannya alat itu boleh membunuh
seseorang”
Begitu
juga dalam kitab matan Abi Syuja’
menyatakan :
Maksudnya
:
“Sengaja membunuh itu apabila seorang itu sengaja
memukul seorang dengan menggunakan suatu yang pada ghalibnya boleh
membawa maut dan qasad membunuhnya dengan menggunakan alat yang tersebut”
Manakala
mazhab Hanbali mentakrifkan sengaja membunuh sebagai membunuh manusia
dengan suatu yang pada sangkaan biasanya boleh membunuhnya.
Selain dari itu disyaratkan adanya qasad sengaja dan jika
tidak ada qasad sengaja membunuh maka
tidak diwajibkan qisas.
Niat sengaja membunuh
amat penting bagi ketiga-tiga mazhab yang tersebut, kerana
niat itulah yang membezakan antara
pembunuhan secara sengaja dengan yang menyerupai dengan sengaja dan
juga dengan pembunuhan yang tersalah atau tidak
sengaja. Oleh yang
demikian jika penjenayah itu berniat sengaja
membunuh mangsanya, maka pembunuhan itu dianggap sebagai sengaja.
Jika penjenayah itu walaupun dengan sengaja melakukan
permusuhan tanpa niat hendak membunuh, maka pembunuhan ini
dianggap sebagai menyerupai dengan sengaja.
Manakala jika penjenayah
itu ada niat sengaja melakukan tindakan yang tidak ada
niat untuk melakukan permusuhan maka pembunuhan seperti ini
dianggap sebagai tersalah bunuh.
Imam Malik pula tidak menjadikan niat sengaja
membunuh itu sebagai
syarat untuk menentukan suatu pembunuhan itu sebagai
sengaja. Bahkan
memadai dengan adanya niat permusuhan, asalkan
pembunuhan bukan hasil dari bergurau, bermain atau mengajar.
Kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa niat sengaja membunuh menjadi
syarat utama bagi jenayah
bunuh dengan sengaja. Akan
tetapi oleh kerana niat adalah perkara yang
tersembunyi di hati sanubari seseorang, maka sudah tentu sukar
untuk dikesan. Oleh itu kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa
untuk membuktikan niat penjenayah itu perlu kepada suatu perkara
yang berkait rapat dengan penjenayah.
Pada kebiasaannya untuk menentukan niat seseorang akan diukur dari
segi alat atau senjata yang digunakan dalam
pembunuhan itu, kerana penjenayah biasanya akan memilih senjata
yang sesuai untuk melaksanakan niatnya.
Jika berniat hendak membunuh
mangsanya dia akan menggunakan senjata yang sesuai untuk tujuan
tersebut seperti pedang panjang, senjata api dan sebagainya.
Sebaliknya kalau hanya berniat
hendak memukul sahaja dia
akan gunakan senjata yang ringan seperti kayu kecil, rotan dan sebagainya.
Oleh itu penggunaan alat atau senjata yang pada kebiasaannya boleh membawa maut adalah bukti lahir yang
menunjukkan niat penjenayah.
Walau bagaimanapun dalam menentukan sama ada seseorang pembunuh itu
melakukannya dengan sengaja atau tersalah bunuh tidak boleh semata-mata
bergantung kepada senjata yang
digunakan kerana boleh jadi
seseorang itu menyerang lawannya
dengan menggunakan senjata, tetapi berniat tidak membunuhnya tetapi
berlaku dengan secara tersalah atau tidak sengaja. Oleh yang demikian untuk membuktikan niat seseorang
dengan melihat kepada senjata
yang digunakan adalah tidak mencukupi, tetapi perlu kepada perbincangan
yang lebih mendalam lagi. Jadi adalah lebih baik untuk menentukan niat penjenayah itu
diserahkan kepada hakim
sehingga beliau berpuashati bahawa penjenayah itu melakukan dengan
sengaja, sama ada melalui alat yang digunakan
atau dengan meneliti bagaimana permusuhan itu berlaku dan
sebagainya.
SYARAT KEDUA
Pembunuhan
Berbunca Dari Permusuhan
Syarat kedua bagi
membolehkan penjenayah itu dihukum bunuh
balas (qisas) jika
pembunuhan itu berlaku disebabkan adanya permusuhan antara pembunuh dengan
mangsanya. Ini bererti jika seseorang itu membunuh orang
kerana mempertahankan
dirinya atau menunaikan tanggungjawabnya atau
kerana menggunakan haknya, maka pembunuhan
seperti itu
tidak dianggap sebagai
memusuhi mangsanya. Oleh itu
pegawai penjara yang
ditugaskan utuk melaksanakan hukuman bunuh ataupun seorang yang
mempertahankan dirinya dari serangan orang, hingga
terpaksa membunuh penyerangnya, tidak boleh dijatuhkan hukuman qisas
ke atasnya kerana dia membunuh orang
itu bukan kerana permusuhannya, tetapi menunaikan kewajipannya atau
untuk mempertahankan dirinya.
Jadi ada tiga perkara yang boleh menjadi bukti bahawa sesuatu
pembunuhan itu berlaku bukan kerana adanya permusuhan .
Pertama
: menunaikan
kewajipan
Kedua
: menggunakan
hak, dan
Ketiga
: kerana
mempertahankan diri.
Pertama : Menunaikan Kewajipan
Jika seorang itu tugasnya memang untuk melaksanakan hukuman bunuh
kepada penjenayah, maka apabila dua
menunaikan tugasnya untuk
membunuh penjenayah-penjenayah, maka dia tidak
boleh dihukum qisas kerana
dia tidak ada apa-apa permusuhan dengan
orang yang dibunuhnya.
Mengikut peraturan biasa bahawa seseorang hakim akan menjatuhkan
hukuman bunuh hanya setelah berpuashati dengan
keterangan yang jelas terhadap penjenayah supaya
penjenayah itu benar-benar berhak menerima hukuman mati.
Andainya seorang hakim telah memutuskan hukuman mati kepada orang-orang yang
sepatutnya tidak menerima hukuman mati, tetapi petugas penjara
telah menjalankan keputusan hakim di atas, jadi siapakah yang
patut dipertanggungjawabkan?.
Atau dengan lain perkataan siapakah yang wajib dihukum qisas
, hakim yang memutuskan
hukuman mati atau pegawai yang
melaksanakan hukuman tersebut?
Jika pegawai yang melaksanakan hukuman mati itu tidak mengetahui orang yang dihukum bunuh sebenar tidak bersalah,
maka orang yang menjalankan kewajipan itu tidak boleh dihukum
qisas.
Sebaliknya yang boleh dihukum qisas
ialah orang yang mengeluarkan
arahan untuk membunuh. Ini kerana orang yang menerima
arahan dan perintah, tidak boleh dipersalahkan kerana
dia wajib mentaati pemerintah selagi tidak disuruh melakukan
kemaksiatan kepada Allah. Akan
tetapi jika pegawai yang ditugaskan
itu tahu bahawa orang yang dijatuhkan hukuman bunuh itu tidak bersalah dan
dia teruskan juga hukuman mati itu maka
pegawai petugas wajib dikenakan hukuman qisas.
Kedua : Menggunakan Hak
Syariat Islam memberi hak kepada seseorang untuk menuntut haknya ;
walaupun sehingga kepada tuntutan hukuman bunuh.
Apabila dia menggunakan haknya dengan membunuh seseorang, maka dia
tidak boleh dipersalahkan dan juga boleh
dijatuhkan hukuman qisas.
Seperti seorang bapa membunuh
orang yang telah membunuh
anaknya setelah si bapa itu mendapat kebenaran dari pihak pemerintah
ataupun seorang bapa yang
memukul anaknya untuk mendisiplinkannya.
Ada dua kes untuk dibincangkan di sini :
1.
Membunuh penjenayah bunuh
Pada dasarnya penjenayah bunuh tidak akan terlepas dari
hukuman bunuh balas (qisas). Tetapi
persoalannya adakah Islam membenarkan
kepada sesiapa sahaja untuk membunuh balik
penjenayah berkenaan. Menurut
pandangan majority ulamak, orang yang
bukan waris mangsa bunuh, tidak berhak untuk
membunuh balik penjenayahnya.
Oleh itu orang yang tidak ada pertalian darah dengan mangsa itu
akan dihukum qisas jika
dia membunuh
balas penjenayah tersebut. Lantaran
orang yang bukan waris
mangsa bunuh, tidak boleh membunuh balas penjenayah berkenaan.
Adapun jika wali mangsa bunuh itu sendiri membunuh
balas orang yang membunuh warisnya, tidak diwajibkan hukum qisas
ke atasnya, tetapi boleh dikenakan hukuman takzir ;
kerana wali tersebut tidak mengikut peraturan am yang mana
sepatutnya tugas untuk
menjalankan hukuman bunuh telah ditugaskan kepada pegawai yang tertentu
dan bukan ditugaskan kepada semua orang.
2.
Membunuh orang yang berzina
Sebagaimana maklum zina adalah jenayah yang paling keji dan
terkutuk. Jika maksiat ini tidak dikawal, bukan sahaja akan merosakkan
akhlak seseorang tetapi boleh meruntuhkan
sistem kekeluargaan dan
kemasyarakatan. Oleh sebab
itulah Islam memerintahkan
satu hukuman yang berat, setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan iaitu hukuman rejam dengan batu sampai mati kepada penzina yang sudah berumahtangga dan hukuman
sebat 100 kali dan buang daerah kepada penzina yang masih teruna atau
dara.
Tetapi apakah hukumannya jika seseorang itu bertindak sendiri
dengan membunuh pesalah zina.
Ulamak mempunyai pandangan yang
berbeza-beza. Ada yang berpendapat bahawa orang yang membunuh penzina yang muhsan itu tidak boleh dihukum qisas kerana penzina tersebut adalah halal darahnya dan wajib
dikenakan hukuman bunuh. Sungguhpun
demikian orang yang membunuh penzina itu boleh dikenakan hukuman takzir
kerana melanggar peraturan pemerintah.
Manakala sesetengah ulamak pula
menyatakan bahawa wajib dihukum bunuh (qisas)
ke atas orang yang membunuh penzina kerana yang bertanggungjawab untuk
menjalankan hukuman bunuh ialah pihak pemerintah dan
bukannya tugas perseorangan.
Begitu juga ulamak tidak sekata mengenai hukum orang yang membunuh
penzina yang masih teruna dan dara. Ada
ulamak yang mengatakan
bahawa orang yang
membunuh penzina tersebut wajib dihukum qisas
kerana penzina yang bukan muhsan
tidak boleh dikenakan hukuman bunuh.
Ada juga setengah
ulamak yang menyatakan bahawa orang yang membunuh penzina tidak boleh
dihukum bunuh kerana dia melakukannya untuk mencegah kemungkaran.
Walau bagaimanapun jika yang membunuh penzina itu suami atau bapa
atau adik-beradik kepada mangsa penzina, maka tidak wajib dihukum qisas
sama ada penzina itu sudah berkahwin atau belum.
Imam Ali bin Abi Talib telah membuat satu keputusan mengenai satu
kes di mana seorang isteri di
malam perkahwinannya telah membawa masuk teman lelakinya ke dalam
biliknya. Apabila
si suami itu masuk biliknya tiba-tiba si lelaki itu
bangun dan bergelut dengan si suami.
Akhirnya si suami itu membunuh lelaki tersebut dan si isteri itu
bangun dan membunuh suaminya.
Ali memerintahkan kepada isteri itu membayar diyat
kepada keluarga teman lelakinya kerana dialah yang
menyebabkan suaminya membunuh lelaki berkenaan.
Ketiga : Mempertahankan Diri
Menurut syariat Islam mempertahankan diri terbahagi kepada
dua jenis :
Pertama
:
mempertahankan diri secara khusus
Keduanya
:
mempertahankan diri secara umum
a.
Mempertahankan diri secara khusus
Adalah menjadi kewajipan setiap orang
untuk mempertahankan dirinya dengan menggunakan kekuatan yang perlu
bagi mengelakkan diri dari pencerobohan tersebut.
Sama ada ianya
sebagai satu tanggungjawab atau hak, tujuannya ialah
untuk mengelakkan permusuhan.
Oleh itu orang yang mempertahankan dirinya tidak boleh dipersalahkan dan tidak boleh dihukum berdasarkan kepada firman Allah S.W.T.
Maksudnya
:
“Barangsiapa yang menyerang kamu maka seranglah dia seimbang
dengan serangannya terhadapmu”
Hadis yang
diriwayatkan Imam Muslim bahawa “Yu’la
Ibn Umayyah berbalah dengan seorang lelaki lalu salah seorang
menggigit tangan yang seorang lagi.
Apabila direntap
tangannya maka tercabutlah gigi hadapannya, lalu diapun mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. Tetapi Rasulullah tidak mengenakan diyat
ke atas orang yang menggigit”.
Begitu juga sabda Rasulullah yang bermaksud : “Andainya ada
seorang mengintai kamu tanpa izin maka kamu baling dia dengan batu tepat
kena matanya dan menjadi buta, maka tidak ada dosa ke atas kamu”
Bukan sahaja seseorang itu dibenarkan untuk mempertahankan dirinya,
malahan juga wajib mempertahankan harta benda dan kehormatannya, bahkan
juga diri orang lain, harta benda mereka dan kehormatan mereka.
Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya
:
“Bantu saudara kamu
sama ada yang zalim atau yang kena aniaya”
Iaitu jika dia adalah
seorang yang zalim, cara membantunya ialah dengan
menghalangnya dari terus melakukan kezaliman.
Sebaliknya jika dia adalah yangkena aniaya ialah dengan menjauhkan
kezaliman daripadanya.
Apakah hukum mempertahankan nyawa, tubuh badan, kehormatan dan
harta benda ? Adakah ianya
sebagai hak atau tanggungjawab?
Semua ulamak bersetuju bahawa jika kehormatan seseorang itu
dicerobohi, maka wajiblah dia mempertahankan dirinya.
Umpamanya kalau ada seorang lelaki
hendak mencabul kehormatan
seorang wanita, sedangkan wanita tersebut
tidak mampu melawannya melainkan dengan membunuhnya ; maka
wajiblah dia membunuh penyerang itu semata-mata untuk
mempertahankan dirinya. Lantaran
kalau ia tidak mempertahankan diri
bererti ianya telah membolehkan penceroboh melakukan
jenayahnya. Begitu
juga seorang yang melihat orang lain hendak
merogol seorang perempuan dan lelaki itu tidak boleh melawannya
kecuali dengan membunuh perogol tersebut, maka wajiblah dia
membunuh penjenayah berkenaan jika mampu.
Mengenai mempertahankan jiwa pula, ulamak
tidak sependapat. Ada
yang mengatakan hukumnya wajib untuk mempertahankan nyawa dari
pencerobohan. Manakala
sebahagian yang lain menyatakan harus bagi seorang itu mempertahankan
nyawanya dari serangan penceroboh. Mengenai
mempertahankan harta pula menurut kebanyakan ulamak bukan suatu kewajipan,
ianya hanya suatu yang diharuskan atau dibenarkan untuk
mempertahankannya. Dengan
kata lain orang yang dirampas hartanya
boleh mempertahankannya dan boleh membiarkannya sahaja.
Syarat-Syarat Untuk Mempertahankan Diri Dari
Penyerang
Supaya orang yang mempertahankan
diri itu tidak dipersalahkan, walaupun sampai membunuh penyerangnya ; maka
perlulah ia mematuhi syarat-syarat berikut :
Syarat
Pertama :
Menghadapi permusuhan / serangan.
Seseorang
itu boleh mempertahankan diri jika ada serangan dan
permusuhan. Sebaliknya
jika tidak menerima
serangan dan ancaman, tidak harus baginya untuk mempertahankan diri
atau menolak serangan tersebut.
Seperti seorang bapa yang
memukul anak untuk memberi pengajaran
ataupun suami memukul isterinya yang tidak taat supaya isteri itu insaf,
maka tidak diharuskan bagi anak
atau isteri melawan balik atau mempertahankan
dirinya dengan memukul bapanya atau suaminya.
Apatah lagi si bapa dan
suami memukul anak dan isteri bukan kerana berlaku permusuhan, tetapi
semata-mata untuk menggunakan haknya atau
menunaikan kewajipannya. Begitu juga tiap-tiap tindakan atau perbuatan
yang diwajibkan atau yang dibenarkan oleh syarak tidak dianggap
sebagai pencerobohan dan permusuhan, jika orang yang
mempunyai hak atau
yang diwajibkan itu menjalankan tugasnya seperti
menangkap, memeriksa, memukul dan sebagainya.
Syarat
Kedua : Serangan itu benar-benar berlaku
(bukan secara sangkaan atau anggapan).
Kalau serangan itu tidak berlaku,
tiba-tiba orang yang menyangka
kena serang itu pula menyerang balik, maka dia
bukanlah mempertahankan
diri tetapi sebaliknya dialah penyerang.
Kerana seseorang itu
boleh mempertahankan diri hanya jika berlaku serangan dan pencerobohan ke
atasnya. Jika baru kena ugut
terus menyerang orang yang mengugut belum
masanya untuk menolak
serangan kerana bahaya dari ugutan belum dirasai sepenuhnya.
Oleh itu tidak boleh menyerang sebelum ianya
kena diserang.
Syarat
Ketiga :
Tidak ada cara lain untuk melawan pencerobohan.
Orang yang mempertahankan diri itu dibenarkan untuk menyerang
musuhnya jika tidak ada jalan lain untuk melepaskan
diri. Jadi kalau dia
ada jalan lain untuk mengelakkan dari serangan penjenayah, wajiblah
menggunakan cara itu. Kalau
seseorang itu mampu melawan penjenayah itu dengan menjerit meminta
tolong kepada jiran-jirannya, maka tidak perlu dia memukul atau
mencederakan penjenayah itu. Begitu
juga kalau dia boleh melawan penjenayah tanpa menggunakan senjata dan
kekerasan, maka tidak perlulah
menggunakan kekerasan. Kalau
dia melakukannya juga maka
perbuatannya itu dianggap sebagai melakukan jenayah.
Malahan jika orang yang diserang itu boleh lari sebagai satu cara
untuk mengelakkan dari serangan, perlulah dia lari dan tidak perlu
melawan dengan kekerasan.
Syarat
Keempat : Boleh menggunakan kekuatan
sekadar yang perlu sahaja.
Jika melebihi dari yang diperlukan bukan lagi dikira sebagai
mempertahankan diri, tetapi sebagai pencerobohan ke atas orang lain. Orang
yang kena serang sentiasa mengimbangi antara pertahanan yang hendak
dilakukan dengan serangan yang diterima.
Oleh itu dia hendaklah sentiasa memikirkan untuk
mempertahankan dirinya dengan cara
yang lebih ringan dari serangan
yang diterimanya. Sebagai
contohnya; pencuri itu tidak boleh
terus dibunuhnya kalau dia ingin memulangkan barang
curinya tanpa menggunakan kekuatan dan kekerasan.
Begitu juga jika ada orang mengingati dari celah lubang sebuah
rumah ; pertama kalinya hendaklah dilarang.
Kalau tidak mahu pergi maka halaulah dia dengan cara yang paling
ringan. Tetapi
kalau dia tidak pergi juga kecuali jika dibaling matanya dengan
batu, maka orang yang membaling batu itu tidak boleh
dipersalahkan mengikut pendapat
kebanyakan ulama. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. :
“Andainya ada seorang mengintai kamu tanpa
izin kamu lalu dia baling dengan batu dan mengenai matanya sampai
buta, maka orang yang membaling itu tidak ada apa-apa dosa ke atasmu”.
b.
Mempertahankan diri secara umum
Semua ulamak sepakat bahawa mempertahankan diri secara
umum atau menyeru kepada ‘amr ma’ruf’
dan
nahi munkar
bukan hanya sebagai hak
setiap orang yang boleh dilakukan atau boleh
ditinggalkan mengikut sesuka
hati mereka, dan bukan juga sebagai
suatu yang digalakkan.
Tetapi ianya suatu kewajipan yang
tidak boleh tidak mesti dilakukan
sama ada oleh kerajaan, masyarakat dan individu-individu Muslim.
Cuma mereka berselisih pendapat
dari segi sama ada kewajipan itu sebagai fardhu ain yang mesti dilakukan
oleh setiap orang yang Islam atau hanya
fardhu Kifayah.
Iaitu
apabila ada satu
golongan atau seseorang menjalankan tugas itu maka terlepaslah
tanggungjawab orang lain.
Kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa amr
ma’ruf
dan nahi mungkar adalah
fardhu kifayah seperti jihad berdasarkan kepada firman Allah :
Maksudnya :
“Dan hendaklah sebahagian dari kamu satu golongan yang mengajak
kepada kebajikan, menyuruh ma’ruf dan menengah kemungkaran’
Mereka beralasan bahawa perkataan bererti sebahagian.
Oleh itu kewajipan hanya kepada setengah orang
dan tidak diwajibkan kepada semua.
Manakala setengah ulama pula mengatakan bahawa wajib ke atas
tiap-tiap orang Islam untuk
menunaikan ‘amr
ma’ruf’
dan nahi mungkar
mengikut kemampuan masing-masing, walaupun ada orang
yang lebih layak daripadanya.
Sambil menyifatkan tugas tersebut
seperti kewajipan haji ke atas orang yang mampu; malahan ianya
lebih daripada kewajipan haji kerana ‘amr ma’ruf’
dan
nahi mungkar
tidak disyaratkan
adanya kemampuan seperti fardhu haji.
Lagipun kemampuan dalam ‘amr
ma’ruf
dan nahi mungkar
boleh di dapati pada semua orang mengikut kepada taraf
masing-masing. Orang jahil
mampu menunaikan tugas ini seperti menunaikan salat dan
puasa dan boleh menegah kemungkaran seperti
kecurian, kezaliman dan lain-lain.
Manakala orang alim pula mampu ‘amr ma’ruf
dan nahi munkar
sama ada yang zahir
mahupun yang tersembunyi.
SYARAT
KETIGA
Pertanggungjawaban Penjenayah
Bagi membolehkan hukuman qisas
dikenakan kepada penjenayah,
maka penjenayah itu hendaklah dari orang yang sudah boleh memikul
tanggungjawab. Sebaliknya
jika jenayah itu dilakukan
oleh orang yang belum / tidak boleh memikul tanggungjawab kerana belum
cukup umur, gila, kerana paksaan dan sebagainya, maka terlepaslah mereka
daripada menerima hukuman qisas.
Oleh yang demikian penjenayah bunuh yang boleh dijatuhkan
hukuman qisas
mesti memenuhi syarat-syarat di bawah ini :
1.
Seorang yang sudah baligh. Ini
bermakna jika pembunuhan itu masih kanak-kanak, hukum qisas
tidak boleh dikenakan ke atasnya walaupun kanak-kanak itu sudah mumayyiz,
kerana mereka belum
sampai masanya untuk memikul tanggungjawab.
Lagipun qisas
adalah satu hukuman yang berat yang tidak boleh dikenakan kecuali ke atas
penjenayah yang sudah mempunyai penuh tanggungjawab.
Ini berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. :
Maksudnya :
“Diangkat qalam daripada tiga (golongan manusia), dari
kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia
bangun dan daripada orang gila sehingga dia sembuh”
Had baligh
boleh diketahui sama ada melalui tanda-tanda atau umur seseorang
itu. Antara tanda-tanda baligh
bagi kanak-kanak lelaki
ialah bermimpi, berkhayal dengan
perempuan dan keluar mani. Manakala
kanak-kanak perempuan tanda-tanda baligh mereka
bermimpi, keluar haid dan mengandung.
Jika tidak ada
tanda-tanda di atas
maka bolehlah dianggap telah baligh apabila
telah mencapai umur 15 tahun mengikut setengah
pendapat. Walaupun kanak-kanak yang
belum baligh
itu tidak dikenakan hukuman qisas,
bukanlah bererti mereka terus terlepas
dari sebarang hukuman.
Bahkan mereka boleh dikenakan
hukuman takzir,
jika mereka
sudah mumayyiz,
dan yang sudah hampir kepada had umur
baligh
kerana jenayah yang dilakukannya itu tetap dilarang Islam.
Tetapi mereka tidak dihukum dengan hukuman qisas
sebagai satu keringan syarak kerana tidak cukup tanggungjawab dan
niat mereka.
2.
Seorang yang waras akal fikirannya, tidak gila, mabuk, pitam dan
sedang tidur kerana keadaan di atas menunjukkan
mereka tidak sedar dan
hilang fikirannya. Oleh
kerana semua
perintah-perintah syarak dan larangannya ditujukan hanya kepada
orang yang waras akal
fikirannya, maka pembunuh yang gila tidakj boleh
dihukum qisas
sama ada gila yang berterusan atau yang
datang sekali sekala. Bagi
orang yang gila sekali-sekala jika membunuh
orang ketika dia sedang
gila, terlepaslah dia dari hukuman qisas.
Tetapi jika dia membunuh itu ketika dia waras, tidak gila; maka
penjenayah itu boleh dikenakan hukuman qisas.
Jika pembunuhan itu
menjadi gila setelah
melakukan jenayah tersebut maka menurun mazhab Shafie dan Hanbali,
penjenayah tersebut boleh dikenakan hukuman
qisas.
Imam Malik pula berpendapat penjenayah
itu boleh dihukum qisas
tetapi hendaklah ditunggu sehingga dia sembuh.
Kalau tidak sembuh juga hendaklah
membayar diyat
dari harta penjenayah tersebut.
Manakala menurut mazhab Hanafi, jika setelah dihukum qisas diapun menjadi
gila sebelum diserahkan kepada wali maka hukuman qisas
ditukarkan kepada diyat.
Tetapi kalau selepas diserahkan kepaa wali, penjenayah itu gila
maka wajiblah dikenakan
hukuman qisas.
Mengenai mabuk disebabkan
minum arak dan sebagainya; jika orang yang minum itu tidak tahu benda itu
adalah arak ataupun dia tidak
tahu yang arak itu adalah haram, ataupun dia minum arak kerana dipaksa,
selepas itu dia mabuk lalu membunuh orang, dalam keadaan seperti ini tidak
wajib qisas
ke atasnya. Akan
tetapi jika mabuk dari hasil minum
arak dengan sengaja dan dengan kehendaknya
sendiri, maka ulamak mempunyai pandangan yang
berbeza, sama ada pembunuh yang mabuk hasil dari minum arak
secara sengaja itu wajib dihukum qisas
atau tidak.
Menurut Imam al-Shafie dan Hanbali pembunuh yang sedang
mabuk kerana minum arak itu wajib dihukum bunuh (qisas)
berdasarkan satu riwayat yang menyatakan bahawa Abu Wabarah
al-Kalbi diutus oleh Khalid bin al-Walid kepada Sayyidina Umar al-Khattab
yang berada di masjid bersama-sama Sayyidina Uthman, ‘Ali, Abdul Rahman,
Talhah dan Al-Zubair (r.a.); Khalid berkata : “Ramai orang yang minum arak, tetapi mereka meringan-ringankan
hukumannya”. Kemudian
Umar (r.a.) bertanya sahabat-sahabat yang berada di sisinya, maka Imam ‘Ali
pun menjawab : “Sya
berpendapat apabila seseorang itu mabuk dia akan bercakap keji dan
jika dia bercakap keji dan kotor dia akan berbohong dan bagi
pendusta hukumanya ialah lapan puluh kali sebat”.
Begitulah
sahabat-sahabat menjatuhkan hukuman kepada orang yang mabuk
sama seperti kepada orang yang sedar.
Menurut satu lagi riwayat daripada Imam Ahmad dan sebahagian ulama
Syafi’yyah bahawa pembunuh yang mabuk tidak diwajibkan qisas
tetapi diwajibkan membayar diyat,
kerana mabuk itu seperti
orang gila juga. Manakala
Imam Ibn Hazm pula berpendapat
pembunuh yang dalam keadaan mabuk itu tidak wajib dihukum qisas
atau
diyat
berdasarkan kepada hadis:
yang tersebut di atas. Lagipun
orang yang sedang mabuk minum arak itu tidak sedar seperti orang gila
juga. Begitu juga orang yang
sedang mabuk itu jika murtad tidak dikira riddahnya;
maka apatah lagi dalam masalah pembunuhan kerana masalah riddah
adalah lebih besar daripada pembunuhan.
Kita berpendapat
bahawa pembunuh yang sedang mabuk itu wajib dijatuhkan hukuman qisas
jika telah sabit kesalahannya.
Ianya tidak boleh
disamakan dengan pembunuhan yang gila kerana orang
gila memang tidak
sedar apa yang telah dilakukan. Sedangkan
orang yang mabuk telah
melakukan maksiat dengan melanggar larangan syarak.
Oleh yang demikian adalah tidak rasional jika
orang yang melakukan
maksiat terhadap Allah dapat dilepaskan
dari hukuman
qisas
kerana kesalahan membunuh. Adalah
dikhuatiri sekiranya
pembunuh yang sedang mabuk dari minum arak itu dilepaskan dari
hukuman qisas, nescaya akan
menggalakkan orang yang hendak membunuh
itu supaya minum minuman yang memabukkan untuk dijadikan alas an
bagi melepaskan diri dari tanggungjawab jenayah yang dilakukan.
3.
Pembunuh itu melakukan jenayah dengan kehendaknya sendiri, bukan
dengan paksaan, sepertimana menurut pendapat
Imam Abu Hanifah dan satu pendapat
Imam Syafie. Oleh itu
diwajibkan qisas
ke atas orang yang memaksa dan bukan kepada yang dipaksa. Ada
dua tahap paksaan; satu
paksaan yang keras dan yang
satu lagi ialah paksaan yang lembut.
Paksaan yang boleh melepaskan hukuman qisas
mengikut ulamak yang berpendapat begitu ialah paksaan yang benar-benar
menakutkan hingga hilang pilihan dan yang memenuhi syarat-syarat
berikut :
(a) Paksaan
yang boleh mendatangkan kerosakan pada nyawa dan tubuh badan.
Adapun paksaan yang kurang dari itu, tidak dikecualikan dari
tanggungjawab.
(b) Yang
melakukan jenayah itu tidak mahu mengikut paksaannya.
(c) Orang
yang memaksa mampu
melaksanakana paksaannya. Paksaan
yang seperti ini hanya datang dari pihak pemerintah, menurut Imam Abu
Hanifah.
(d) Pada
anggapan orang yang dipaksa itu, bahawa jika tidak dilakukan paksaannya
nescaya dilakukan ugutannya.
Paksaan yang tidak ada syarat-syarat di atas tidak dapat melepaskan
dari hukuman qisas.
Ulama tidak sependapat mengenai kedudukan pembunuh yang dipaksa. Imam
Abu Hanafi dan salah satu pendapat Imam Shafie menyatakan
bahawa hukuman qisas
tidak boleh dikenakan kepada orang
yang dipaksa membunuh, sebaliknya diwajibkan kepada
orang yang memaksa, berdasarkan kepada hadis Nabi.
Maksudnya :
“Diangkat qalam (untuk mencatit)
dari umatku kerana tersilap, terlupa
dan keras paksaan ke atasnya”
Imam Malik, Ahmad, Ahl al-Zahr dan
sebahagian ulamak Shafie berpendapat bahawa qisas
boleh dikeluarkan kepada kedua-duanya; sama ada yang memaksa atau
yang dipaksa membunuh. Ulamak
sependapat mengenai masalah
di mana seorang yang hampir
hendak mati disebabkan kebuluran, tidak dibenarkan
membunuh orang lain untuk dimakan dagingnya dan juga untuk
mengekalkan hidupnya, maka orang dipaksa terpaksa
membunuh orang lain. Manakala orang yang memaksa pula menyebabkan
pada kebiasaannya kepada
pembunuhan.
Pendapat yang pertama lebih kuat kerana orang yang
dipaksa hilang ikhtiarnya dan diumpamakan seperti alat untuk
membunuh, sedangkan qisas
tidak diwajibkan ke atas alat pembunuh tetapi diwajibkan qisas
ke atas orang yang menggunakan alat untuk
membunuh. Lagipun yang
dipaksa itu terpaksa membunuh mangsanya untuk mempertahankan dirinya
kerana kalau dia tidak membunuh
dia akan dibunuh orang yang memaksanya.
Oleh itu pembunuh yang dipaksa itu tidak wajib dikenakan hukuman qisas
4. Pembunuh itu
mestilah mengetahui hukum haramnya membunuh orang.
Oleh itu jika dia jahil tentang
larangannya membunuh itu maka dia tidak boleh dihukum qisas.
Lagi pula tujuan qisas
disyariatkan adalah untuk mencegah dan menghalang penjenayah
daripada mengulangi jenayahnya. Sedangkan
orang yang jahil mengenai larangan tersebut tidak perlu dikenakan siksaan.
Selain dari itu
apabila seseorang itu tidak tahu mengenai pengharaman
membunuh, bermakna dia menganggap bahawa
membunuh itu dihalalkan. Jika
demikian akan menimbulkan kesamaran
yang boleh melepaskan dari hukuman qisas
.
5. Hendaklah
pembunuh itu seorang yang dipelihar darahnya
sama ada disebabkan oleh keimanannya atau perjanjian damai.
Ertinya pembunuh yang wajib dihukum qisas
itu mestilah seorang Muslim atau kafir
zimmi. Oleh
sebab itu jika seorang kafir
harbi yang telah
membunuh orang
pada masa dia kafir,
selepas itu dia memeluk
agama Islam, dia tidak wajib dihukum
qisas
kerana pada masa kafir dia tidak dipertanggungjawabkan
ke atas jenayah yang dilakukannya. Ini
berdasarkan kepada firman Allah Taala.
Maksudnya :
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka yang kafir, sekiranya
mereka berhenti nescaya diampunkan kepada mereka dosa-dosa yang lalu”
Dan juga sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Maksudnya :
“Iman itu menutupi (dosa) yang sebelumnya”
Selain dari itu Nabi Muhammad s.a.w. tidak menghukum bunuh kepada
Washi iaitu orang yang membunuh bapa saudaranya yang bernama Hamzah dan
tidak menuntut bayaran diyat
daripadanya
pembunuhnya. Andainya kafir harbi
juga diwajibkan hukuman qisas
kerana membunuh seorang Muslim sudah tentu Nabi menghukum qisas
kepada penjenayahnya.
Tidak wajib hukuman qisas
ke atas kafir
harbi
kerana kesalahan membunuh adalah selaras dengan dasar Islam yang
memperjuangkan keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.
Oleh yang demikian syariat Islam menghalalkan darah dan harta benda
orang kafir dalam masa peperangan, maka begitulah sebaliknya darah dan harta benda orang Islampun dihalalkan
kepada orang bukan Islam. Samalah
kedudukan kafir
harbi yang
membunuh itu tidak diwajibkan hukuman qisas
ke atasnya.
6. Penjenayah itu
melakukan pembunuhan secara langsung.
Ini bermakna jika penjenayah itu tidak melakukannya secara langsung
seperti saksi yang dusta sehingga menyebabkan orang yang
dituduh membunuh itu dijatuhkan hukuman bunuh qisas, maka
saksi-saksi tersebut tidak boleh dihukum qisas.
Begitu juga orang yang menggali lubang, tiba-tiba ada seorang yang
terjatuh ke dalam lubang itu mati, maka pengali lubang yang menyebabkan orang
terjatuh itu mati, tidak boleh dikenakan hukuman bunuh qisas.
Ini adalah pendapat ulamak
mazhab Hanafi yang menyatakan
bahawa pembunuhan yang berlaku dengan adanya sebab-musabab itu
tidak sama dengan pembunuhan secara langsung; kerana
membunuh secara tidak langsung hanya merupakan pembunuhan dari segi
maknawi dan bukan haqiqi.
Manakala pembunuhan secara langsung pula adalah pembunuhan dari
segi maknawi
dan haqiqi.
Sedangkan qisas
diwajibkan kepada penjenayah kerana
kesalahan membunuh secara langsung.
Kebanyakkan ulamak tidak meletakkan “membunuh secara langsung” sebagai syarat yang
membolehkan pembunuh itu dihukum qisas.
Menurut riwayat daripada Al-Qassim bin Abdul
Rahman bahawa ada dua orang lelaki menjadi saksi ke atas seorang
pencuri sehingga menyebabkan pencuri itu dikenakan hukuman potong
tangan. Selepas itu kedua
saksi berkenaan membawa seorang lain dengan menyatakan “inilah
dia pencurinya dan kami telah tersalah anggap pada orang yang mula-mula
dituduh tadi.” Oleh kerana persaksian mereka tidak diterima untuk orang yang
kedua, maka kedua-dua saksi itu dikenakan membayar diyat
kerana menyebabkan orang yang
dituduh pertama itu dipotong tangannya.
Lalu Imam Ali bin Abi Talib berkata: “Andainya
aku tahu kamu telah sengaja berbohong nescaya aku potong kedua tangan kamu”.
Kata-kata Imam Ali
menunjukkan dengan jelas bahawa orang yang menyebabkan seorang itu dihukum
bunuh boleh dihukum qisas
kerana saksi-saksi di
atas tidak memotong secara langsung tangan
orang yang disaksikan. Bahkan
mereka hanya menyebabkan orang
yang dituduh mencuri itu dipotong tangannya .
Oleh yang demikian
jika perkara yang menyebabkan itu boleh mewajibkan
hukuman qisas
dalam kes-kes anggota tubuh badan, maka
begitulah juga hukuman qisas
boleh dikenakan ke atas orang
yang menyebabkan kematian
seseorang atau orang yang membunuh secara tidak langsung itu boleh
dikenakan hukuman qisas.
SYARAT KEEMPAT
Persamaan Antara
Penjenayah Dengan Mangsanya
Bagi membolehkan
penjenayah bunuh itu dihukum qisas,
hendaklah mangsanya itu menyamai kedudukan pembunuhannya.
Ini bermakna jika
mangsa bunuh tidak menyamai (sekufu)
dengan pembunuhannya, maka hukuman qisas
tidak wajib dikenakan ke
atas penjenayah.
Perkara-perkara yang menidakkan persamaan (kufu)
antara mangsa jenayah bunuh dan pembunuhnya ialah
disebabkan berlainan jantina agama, bilangan, perhambaan dan kemerdekaan.
Walau bagaimanapun tidak semua ulamak
sependapat dalam soal ini,
bahkan ada yang berpendapat bahawa berlainan
dalam perkara-perkara di atas tidak menghalang hukuman qisas
dikenakan kepada penjenayah bunuh.
Untuk lebih terperinci lagi, di bawah ini dibincangkan satu persatu
mengenai perbezaan-perbezaan di atasm:
1.
Berlainan Jantina Lelaki dan Perempuan
Tidak ada perbezaan pendapat dalam masalah jika seorang lelaki
membunuh seorang lelaki atau seorang perempuan
membunuh seorang perempuan. Semua
ulamak sependapat mengatakan bahawa
pembunuh berkenaan wajib dikenakan hukuman
bunuh (qisas).
Yang menjadi
perselisihan pendapat ulamak ialah jika
seorang itu membunuh orang yang bukan
sejenisnya, umpamanya seorang lelaki membunuh seorang perempuan ataupun
seorang perempuan membunuh seorang lelaki.
Perbezaan pendapat itu berpunca dari pemahaman ayat al-Quran dalam
Surah Al-Baqarah ayat 178 yang bermaksud: “Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan
ke atas kamu qisas berkenaan dengan
orang-orang yang kena bunuh, orang yang merdeka dengan
orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita”
Dalam ayat di atas Allah menjelaskan hukuman qisas ke atas orang yang
membunuh sesama jenisnya
iaitu orang merdeka dengan
orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita
dan wanita dengan wanita.
Sebaliknya Allah tidak menjelaskan hukuman ke atas
pembunuh yang membunuh orang yang berlainan jenisnya.
Lagipun nilai diyat
wanita tidak sama dengan diyat
untuk orang lelaki.
Ada tiga pendapat dalam masalah ini :
Pertama : jumhur
ulamak
berpendapat bahawa jika seorang lelaki
membunuh seorang wanita atau seorang wanita membunuh seorang
lelaki, maka wajib dihukum bunuh qisas
berdasarkan kepada
dalil-dalil berikut :
1. Firman
Allah Taala :
Maksudnya :
“Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (Bani Israel) di dalam
(Taurat) bahawa jiwa dibalas dengan jiwa”
Dalam ayat ini Allaah menjelaskan secara umum bahawa satu jiwa
dibalas dengan satu jiwa, tanpa membezakan antara
seorang lelaki dengan seorang perempuan.
Oleh itu hukuman kerana membunuh
seorang lelaki dan perempuan sama sahaja iaitu dibunuh balas bunuh qisas.
2. Diriwayatkan
oleh Anas bin Malik bahawa seorang hamba perempuan dijumpai kepalanya
terhimpit di celah-celah batu. Apabila
ditanya, “siapa yang melakukannya?”
dijawabnya, “si
pulan bin si pulan,” sehingga
mereka menyebut nama seorang lelaki Yahudi,
perempuan itupun menganggurkan kepalanya.
Apabila dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. Yahudi itu mengakui
Rasulullah pun memerintahkan supaya kepada Yahudi itu dihempapkan
di celah-celah batu
tersebut. Perintah Nabi
s.a.w. supaya kepala lelaki
Yahudi itu dihempap adalah bukti jelas
bahawa seorang lelaki boleh dihukum bunuh balas qisas
kerana membunuh
seorang perempuan.
3. Menurut
satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. ada mengirimkan kepada penduduk
Yaman sebuah kitab yang mengandungi
perkara-perkara yang fardu dan sunat.
Antaranya menyebutkan,
“bahawa seorang lelaki dihukum bunuh balas
kerana membunuh seorang perempuan”
4. Menurut
satu riwayat daripada Imam
Ali dan Abdullah
berkata : “Jika seorang lelaki membunuh
seorang perempuan dengan
sengaja maka baginya hukuman qisas.”
Selain dari telah
diijmakan bahawa jika
salah seorang daripada
lelaki atau perempuan
melakukan kesalahan qazaf kepada pihak yang
lain, dikenakan
hukuman had, kerana
kesalahan qazaf. Oleh
sebab itu adalah munasabah
jika lelaki membunuh
perempuan atau sebaliknya
dikenakan hukuman qisas
kerana tidak ada sebab untuk membezakan
hukum had, qazaf, qisas
antara penjenayah lelaki dengan perempuan.
Kedua Al-Hasan Al-Basri,Akramah, ‘Ata’ dan salah satu pendapat
Imam Shafie menyatakan bahawa seorang lelaki yang membunuh seorang
perempuan tidak diwajibkan hukuman qisas berdasarkan kepada firman Allah:
Maksudnya
:
“Diwajibkan ke atas kamu qisas dalam kes orang yang kena bunuh,
seorang merdeka dengan
seorang merdeka, seorang hamba dengan seorang hamba, seorang perempuan
dengan seorang perempuan”
Dan ayat di atas dengan jelas menyebutkan setiap jenis iaitu
merdeka, hamba dan wanita serta disebutkan bersetentangan dengan jenisnya:
adalah satu bukti bahawa setiap jenis itu tidak
wajib dihukum bunuh qisas,
kecuali jika pembunuhnya sama
tarafnya. Lagipun
kerana perempuan tidak menyamai lelaki dari
segi mejadi saksi, bahagian pusaka dan bayaran diyat.
Ketiga : Satu pendapat daripada
Imam Malik bahawa seorang lelaki yang membunuh seorang wanita
boleh dikenakan
hukuman bunuh qisas, tetapi wali kepada perempuan mangsa bunuh
itu kena membayar setengah diyat kepada wali pembunuh.
Ini berdasarkan kepada
satu riwayat daripada Imam Ali bin Abi Talib yang berkata:
“Jika seorang lelaki
membunuh perempuan, maka wali perempuan
itu diberi pilihan; jika mereka mahu mereka
boleh membunuh lelaki yang menjadi penjenayah itu dan
membayar setengah diyat kepada wali lelaki pembunuh.
Juga jika mereka
(wali-wali perempuan) mahu, mereka boleh meminta supaya lelaki
tidak dihukum qisas, tetapi meminta bayaran
diyat untuk wanita yang dibunuh itu.
Sebaliknya jika perempuan itu membunuh seorang lelaki, maka wali
kepada lelaki mangsa bunuh itu diberi pilian sama ada
untuk meminta supaya pembunuh itu dihukum qisas dan mengambil
setengah diyat, atau tidak meminta hukuman qisas dan mengambil sepenuh diyat dari perempuan yang
membunuh itu”
Selain dari itu kerana
perempuan pada umumnya tidak menyamai
kaum lelaki. Bahkan dalam
banyak hal wanita hanya dianggap
separuh dari kaum lelaki dalam pembahagian pusaka, pembayaran diyat
dan persaksian.
Pendapat jumhur ‘ulamak’
selain dari mempunyai dalil yang
kukuh ia adalah lebih menepati tujuan disyariatkan qisas
dan roh Islam itu sendiri, yang memperjuangkan persamaan antara
lelaki dan wanita. Selain dari itu Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Darah
(nyawa) orang-orang Islam adalah setaraf.”
Hadis ini menjelaskan secara umum bahawa setiap orang Islam
adalah sama tarafnya, sama ada lelaki atau wanita.
Jika kita telitikan dari segi hikmah disyariatkan qisas
adalah untuk memelihara supaya nyawa atau darah tidak tumpah secara
sia-sia seperti firman Allah yang bermaksud : “Dan bagi
kamu dalam perlaksanaan
qisas itu (memberi) satu
penghidupan wahai orang-orang
yang mempunyai
akal” Jadi
kalaulah orang lelaki
yang membunuh perempuan itu
tidak dihukum bunuh, maka ini
boleh diertikan sebagai
mensia-siakan nyawa perempuan, tanpa
pembelaan dan akan mendorong orang lelaki membunuh wanita
dengan sewenang-wenangnya kerana mereka
mengetahui pembunuhnya tidak
akan dihukum bunuh. Tidak ada
bezanya antara nyawa
lelaki dengan nyawa wanita. Ianya tidak boleh diukur
atau ditimbang, walaupun saksi wanita
dianggap separuh dari saksi
orang lelaki, tetapi ini tidak bermakna
bahawa nyawa wanita hanya
setengah dari nyawa orang lelaki.
Mengenai Al-Quran yang menyebutkan perkataan
(
wanita dengan wanita)
bukannya bermakna hanya wanita
yang membunuh itu akan dibunuh kerana membunuh wanita, tetapi tujuannya
disebutkan di atas itu ialah untuk
membatalkan amalan-amalan yang berlaku pada zaman Jahiliah di mana
waris mangsa jenayah bunuh akan membunuh
sesiapa sahaja; bukan
sahaja kepada pembunuh, malahan kepada orang
lain yang tidak ada
kena mengena dengan
kes bunuh berkenaan .
Seterusnya ulamak telah sepakat menyatakan bahawa
hukuman qisas
tidak boleh dicampurkan dengan diyat.
Oleh yang demikian
kita tidak dapat
menerima hukuman qisas dicampurkan
dengan hukuman membayar diyat.
Mengenai perbezaan diyat
antara lelaki dan wanita itu tidak
boleh dijadikan alasan ketidaksamaan antara
nyawa lelaki dan wanita.
Justeru andainya berlainan diyat
untuk lelaki dan wanita
diterima, nescaya tidak wajib qisas
kepada hamba-hamba kerana
hamba-hamba mempunyai harga dan nilai yang berbeza antara satu
dengan yang lainnya. Juga
nescaya pembunuh secara beramai-ramai itu tidak akan dihukum qisas
kerana perbezaan bilangan dengan
mangsa yang dibunuh. Sedangkan
semua ulamak bersetuju bahawa seorang hamba dihukum bunuh
kerana membunuh hamba dan
orang ramai yang membunuh seseorang akan
dikenakan bunuh sebagai qisas.
b. Perbezaan Agama
dan Kepercayaan
Soal yang juga menarik untuk dibincangkan di sini ialah adakan
dengan sebab agama yang
dianuti oleh pembunuh itu berbeza dengan agama yang dianuti oleh mangsa
bunuh ; boleh mempengaruhi atau memberi kesan kepada hukuman qisas
atau tidak ?
Oleh kerana semua umat Islam mempercayai
bahawa Islam adalah
satu agama yang paling tinggi dan mulia, maka sebab
itu setengah ulamak berpendapat bahawa perbezaan agama antara
mangsa bunuh dan pembunuh boleh mempengaruhi
terhadap hukuman qisas. Oleh sebab itu ada
setengah ulamak berpendapat bahawa
seorang Islam yang membunuh seorang
kafir tidak diwajibkan hukum
bunuh qisas, kerana ketiadaan persaman
di antara kedua-duanya. Atau
dengan lain-lain perkataan kerana agama yang dianuti oleh pembunuh iaitu
agama Islam adalah lebih tinggi dari agama kafir yang dianuti oleh mangsa
jenayah tersebut. Sebaliknya
jika agama yang dianuti oleh
kedua-dua penjenayah dan mangsanya
itu sama, maka pembunuh itu wajib dikenakan
hukuman bunuh qisas,
seperti jika seorang Muslim membunuh seorang Muslim atau seorang zimmi
membunuh seorang zimmi, maka wajiblah
dikenakan hukuman qisas.
Imam-imam Mazhab Shafie Hanbali, Maliki dan Zahiri dan Syiah
Imamiyyah berpendapat bahawa orang Islam yang membunuh orang kafir
zimmi tidak diwajibkan hukuman qisas
kerana orang kafir
zimmi
tidak menyamai orang Islam dari segi
agamanya, kerana agama yang dianuti oleh kafir zimmi
itu lebih rendah dari
agama yang dianuti orang Islam. Sedangkan
syarat diwajibkan qisas
ialah adanya persamaan antara
mangsa bunuh dengan pembunuhnya. Mereka
juga berhujah dengan ayat-ayat Al-Quran, antaranya seperti berikut :
Firman Allah :
Maksudnya :
“Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan
orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir).
Mengapa kamu (berbuat demikian) bagaimanakah kamu mengambil
keputusan”
Firman Allah :
Maksudnya :
“Maka apakah orang
yang beriman seperti orang yang
fasiq (kafir) tidak sama”
Dan firman Allah lagi:
Maksudnya :
“Dan Allah sekali-sekali tidak akan memberi jalan kepada
orang-orang kafir (untuk memusnahkah) orang yang beriman”.
Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa kafir
zimmi tidak menyamai orang Islam. Apabila
tidak sama maka tidak
wajib menjatuhkan hukuman qisas
ke atas seorang Muslim yang membunuh seorang kafir zimmi
kerana persamaan adalah
menjadi syarat wajib qisas.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya
:
“Orang-orang Islam darah (nyawa) mereka serupa.
Dia berusaha dengan perjanjian damai dengan mereka yang lebih
rendah. Mereka berkuasa
ke atas orang yang selain
daripada mereka. Orang Islam
tidak (dihukum) bunuh kerana membunuh
seorang kafir dan orang yang mempunyai perjanjian dengan zimmi”
Difahamkan daripada hadis di atas bahawa
darah orang bukan Islam tidak menyamai darah orang Islam.
Apabila tidak ada persamaan
maka tidak wajib dihukum qisas.
Ditambah lagi dengan sabda
Nabi s.a.w. :
Maksudnya
:
“Orang yang beriman tidak dihukum bunuh kerana kesalahan membunuh
orang kafir”
Perkataan kafir yang disebut dalam hadis di atas adalah umum,
termasuk kafir zimmi dan kafir harbi.
Manakala Abu Hanifah, Nakha’I, Sufian al-Thawri dan lain-lain
berpendapat bahawa orang Islam yang membunuh seseorang kafir zimmi
wajib dihukum qisas berdasarkan
kepada dalil-dalil berikut :
1.
Firman Allah :
Maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas
dalam kes orang yang kena bunuh, mereka dengan merdeka, hamba dengan
hamba dan wanita dengan wanita”
Ayat ini menjelaskan kewajipan qisas
kepada pembunuh dengan tidak membezakan antara
seorang Muslim dan bukan Muslim, dan termasuk di dalam zimmi dan
lainnya.
2. Firman
Allah :
Maksudnya :
“Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (Bani Israel) bahawa jiwa
dibalas dengan jiwa”
Ayat ini juga tidak membezakan antara seorang dengan seorang yang
lain. Bahkan siapa juga yang bersalah membunuh boleh dihukum qisas.
3. Firman
Allah :
Maksudnya :
“Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang
sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu”
4.
Firman Allah :
Maksudnya :
“Barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia seimbang
dengan serangannya terhadapmu”
Ayat-ayat Al-Quran di atas membuktikan wajibkan hukuman qisas
ke atas pembunuhan dengan tidak membezakan antara orang Islam
dengan bukan Islam.
Selain daripada itu menurut satu riwayat menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. telah menghukum qisas
ke atas seorang Muslim yang bersalah membunuh seorang zimmi
lalu bersabda :
Maksudnya
:
“Aku lebih berhak ke atas orang yang menyempurnakan
tanggungjawabnya (zimmi)”
Rasulullah s.a.w. menyuruh berlaku adil kepada penduduk bukan Islam
dengan sabdanya :
Maksudnya
:
“Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmi maka akulah pembelanya di
hari kiamat”
Hadis di atas menjelaskan bahawa orang yang menyakiti seorang zimmi
yang dianiayai akan mendapat pembelaan Rasulullah s.a.w. di
hari akhirat. Maka
apatah lagi jika seorang zimmi
itu dibunuh, sudah tentulah dibalas dengan menghukum bunuh qisas
ke atas pembunuhnya.
Pandangan kebanyakan ulamak yang menyatakan bahawa
seorang Islam yang membunuh seorang kafir zimmi
tidak diwajibkan hukuman qisas
adalah pendapat yang kuat berdasarkan
kepada dalil-dalil yang kuat.
Bagaimanapun setelah meneliti kedua-dua pandangan di atas, maka
pendapat yang menyatakan bahawa orang
Islam yang membunuh seorang kafir zimmi
tetap dikenakan hukuman
bunuh balas (qisas) adalah
lebih menepati dengan dasar keadilan yang diperjuangkan Islam yang tidak
membezakan warna kulit, keturunan, agama
dan bangsa. Malahan
bersesuaian dengan konsep
persamaan bahawa manusia itu semuanya sama, dan dasar qisas
dalam kes nyawapun adalah persamaan.
Selain dari itu Islam memberi
perlindungan (protection – ‘ismah)
kepada seseorang itu berdasarkan
kepada keimanan atau
keamanan. Oleh sebab itu
orang-orang zimmi wajib
dilindungi nyawa, tubuh badan, harta benda dan keluarga mereka kerana
mereka memberikan janji taat setia kepada negara Islam.
Jadi kalaulah orang Islam yang membunuh orang kafir zimmi
itu telah dihukum bunuh, seolah-olah Islam tidak memberi
perlindungan kepada rakannya yang bukan Islam.
Dan ini bertentangan dengan jaminan is’mah (protection)
yang sepatutnya diberi kepada orang-orang zimmi. Lagi pula dalam kes
di mana jika
orang Islam mencuri
harta orang kafir, semua ulamak sependapat
bahawa orang Islam itu wajib dihukum had potong tangan kerana mencuri
harta orang zimmi. Dalam
kes ini menunjukkan harta
orang-orang zimmi dilindungi oleh Islam. Oleh itu sepatutnya nyawa
mereka lebih utama dilindungi
dengan menghukum bunuh balas (qisas)
kepada orang Islam yang membunuh orang kafir zimmi
Maksudnya :
“Tidak dihukum bunuh orang Mukmin kerana membunuh orang kafir”
Maksud
perkataan “kafir” dalam hadis ini ialah kafir harbi
(yang memerangi Islam) yang bukan kafir zimmi. Ianya bermaksud jika orang Islam membunuh kafir harbi tidak
dikenakan hukuman bunuh balas
qisas. Tetapi
jika orang Islam itu membunuh
orang kafir zimmi wajib
dikenakan hukuman qisas kerana
biasanya kalau maksud
kafir iatu ialah orang zimmi.
Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan dengan perkataan zimmi dan jika Baginda menyebut perkataan kafir sahaja maksudnya kafir
harbi.
Mengenai alasan yang mengatakan bahawa
nyawa orang kafir tidak
dilindungi secara mutlak, tetapi tertakluk kepada
komitmen mereka
terhadap perjanjian taat setia. Maka
begitu juga orang –orang
Islam diberi protection (‘ismah) pun
tidak mutlak. Bahkan
perlindungan (‘ismah)
itu diberikan selama mereka berada
dalam agama Islam dan
tidak melanggar larangan-larangan syarak.
Sebaliknya jika mereka keluar
Islam atau membunuh atau berzina
mereka tidak diberi perlindungan lagi; bahkan wajib
dikenakan hukuman
bunuh kerana melakukan kesalahan-kesalahan yang tersebut.
c. Perbezaan
Bilangan
Jika seseorang membunuh seorang ataupun seseorang membunuh dua
orang atau lebih, maka semua ulamak bersetuju bahawa pembunuh itu wajib
dihukum qisas. Tetapi
jika sekumpulan orang ramai bersama-sama
membunuh seseorang maka ulamak
mempunyai pendapat yang berbeza-beza.
Kebanyakkan ulamak termasuk Iman Abu Hanifah, Malik dan Al-Shafie
berpendapat orang ramai yang berpakat membunuh seseorang, semuanya
diwajibkan hukuman qisas dengan
syarat tiap-tiap seorang dari
mereka itu melakukan
perbuatan yang menyebabkan
kematiannya.
Di antara alasan-alasan mereka berpendapat demikian ialah firman
Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 178 yang bermaksud : “Wahai
orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu
qisas dalam kes orang yang kena bunuh.
Orang merdeka dengan orang mereka, hamba dengan hamba” yang mana ayat di atas ini menunjukkan wajib menghukum bunuh ke
atas pembunuhnya secara umum; sama ada pembunuhnya itu seorang
atau terdiri dari beberapa orang.
Begitu juga menurut satu riwayat daripada Ibn Umar bahawa
Sayyidina Umar dalam kes seorang
kanak-kanak yang dibunuh secara kejam berkata, “Andainya semua
penduduk San’a berpakat membunuh
seseorang nescaya aku bunuh mereka.” Dan
menurut riwayat Imam Malik menyebutkan
bahawa Sayyidina Umar ibn al-Khattab telah menghukum bunuh seramai
lima dan enam orang yang
membunuh orang secara tipu daya, sambil berkata, “Andainya
semua penduduk sana bersama-sama membunuh seseorang nescaya aku
bunuh mereka semua.” Selain
dari itu dari riwayat menyatakan bahawa
Sayyidina Ali menghukum bunuh ke atas orang-orang
Khawarij kerana mereka membunuh ‘Abdullah bin Khubub.
Pada mulanya Sayyidna
Ali tidak mahu menghukum
mereka, akan tetapi apabila Sayyidina Ali memanggil mereka yang
membunuhnya dan mereka mengaku sebanyak tiga kali , lalu Sayyidina
Ali dan sahabatnya menghukum bunuh mereka yang
membunuh Abdullah bin Khubab.
Manakala satu pendapat daripada Imam Ahmad berpendapat bahawa orang
ramai yang berpakat membunuh seseorang tidak
diwajibkan hukuman qisas, bahkan diwajibkan membayar diyat
berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah,
ayat 178 bermaksud:”Diwajibkan
ke atas kamu qisas dalam kes orang
yang kena bunuh, seorang merdeka dengan seorang merdeka, hamba dengan
hamba”.
Ayat ini menetapkan persamaan antara pembunuh dari
mangsanya sebagai syarat kewajipan hukuman qisas.
Sedangkan tidak ada
persamaan di antara seorang mangsa yang kena bunuh dengan pembunuh yang ramai itu.
Oleh itu tidak wajib qisas
apabila tidak ada syaratnya.
Begitu juga ayat 45 Surah Al-Majidah
bermaksud: “Dan Kami
telah wajibkan ke atas mereka di dalam
(Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan
mata.”
Ayat ini menunjukkan bahawa satu itu menyamai
satu dan juga kerana qisas hanya diwajibkan di antara
satu nyawa dengan satu nyawa.
Sedangkan menghukum qisas kepada orang ramai yang
membunuh seseorang itu bertentangan dengan
maksud ayat di atas tadi. Selain
dari itu disebabkan berlawanan sifatpun boleh menghalang hukuman qisas
seperti seorang hamba yang membunuh seorang yang
merdeka, atau seorang Muslim yang membunuh seorang kafir.
Semuanya tidak diwajibkan hukuman
qisas, maka apatah lagi jika berlainan bilangan seperti orang ramai
membunuh seseorang, tentunya tidak dikenakan hukuman qisas.
Pendapat majority ulamak adalah lebih menepati dengan kehendak dan
matlamat undang-undang qisas
yang menekankan
persamaan antara jenayah dan hukumannya.
Begitu juga kerana Ijma’
para sahabat Nabi s.a.w. seperti yang diriwayatkan
oleh Said bin
al-Musayyib bahawa Umar bin
al-Khattab telah menghukum
bunuh ke atas tujuh orang penduduk San’a yang membunuh seorang
lelaki dan menurut satu riwayat menyatakan bahawa
Sayyidina Ali telah menghukum bunuh ke atas tiga orang yang
didapati membunuh seseorang.
Satu lagi riwayat menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib telah
menghukum bunuh ke atas sekumpulan orang ramai kerana
kesalahan membunuh seseorang sahaja.
Oleh kerana tidak ada yang
menentang pendapat sahabat di atas, maka ianya dianggap sebagai pendapat
yang disetujui.
Selain dari itu jika hukuman qisas
tidak diwajibkan ke atas orang ramai yang berpakat membunuh
seseorang itu; nescaya akan menggalakkan penjenayah-penjenayah itu untuk
tolong-menolong dalam perkara kejahatan dan permusuhan.
Mungkin juga mereka akan membunuh siapa yang mereka kehendaki atas
alasan kononnya mereka akan terlepas dari hukuman qisas.
Sebaliknya jika mereka mengetahui bahawa mereka akan dihukum qisas andainya melakukan perbuatan membunuh secara beramai-ramai, nescaya
mereka akan berfikir dua tiga kali dan akhirnya mereka tidak meneruskan
niat buruknya itu.