JENAYAH DALAM ISLAM
QAZF DAN HUKUMANNYA
DEFINASI QAZF
Qazf dari segi bahasa bererti
melontar sesuatu sama ada dengan batu atau seumpamanya. Manakala dari segi
istilah syarak ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi
suci atau menafikan keturunannya. Adapun melemparkan tuduhan-tuduhan yang
lain daripada zina dan menafikan keturunan seperti melemparkan tuduhan
kufur, mencuri, minum arak dan sebagainya, termasuk mencerca, memaki hanum
yang bertujuan untuk menghina maka pesalah-pesalah yang tersebut tidak
dikenakan hukuman had tetapi dikenakan hukuman takzir. Dengan demikian
boleh dikatakan bahawa dalam syaraiat Islam ada dua jenis qazf : Qazf yang
pesalahnya dikenakan hukuman had dan qazf yang pesalahnya hanya dikenakan
hukuman takzir.
Punca utama bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan menerusi lidah
seperti membuat tuduhan palsu, mencerca, memaki dan sebagainya, kerana
Islam melarang berbuat bohong dan putar belit dan sebaliknya menggalakkan
bercakap benar dalam apa jua keadaan. Sebab itulah bagi orang yang
bercakap benar tidak boleh dikenakan hukuman dan tidak boleh dikenakan
hukuman ke atas orang yang memanggil “Hai pezina” kalau orang itu
memang benar-benar berzina atau menggelarkan seorang itu pencuri kalau
memang sabit dia itu pencuri atau mengatakan seorang itu kafir jika memang
sabit dia itu kafir.
Sumber-Sumber Hukum Mengenai Qazf
Melemparkan tuduhan zina yang
tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran
dan al-Sunnah.
Di
antaranya :
1.
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya
:
Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas
perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang
saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah
kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang
fasiq.
2.
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya
: Sesungghunya
orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang
lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia
dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.
&nbbsp;
3.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya
: Jauhilah
tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia
itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang
yang diharamkan Allah, memakan riba, memekan harta anak yatim, lari
daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi
beriman berbuat zina.
Berdasarkan
nas-nas di atas jelaslah bahawa qazf adalah di antara dosa-dosa besar yang
pesalah-pesalahnya berhak dikenakan hukuman yang berat di di dunia maupun
di akhirat.
Rukun-rukun
Kesalahan Qazf
Sebagaimana yang telah disebutkan di atas bahawa qazf ialah
melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik-baik dan suci atau
menafikan dia daripada keturunannya. Maka dengan pergertian itu bolelah
dirumuskan bahawa rukun-rukun bagi kesalahan qazf sehingga persalahnya
dikenakan hukuman had itu ada tiga :
1.
Menuduh zina atau menafikan keturunan.
2.
Syarat-syarat yang membuat tuduhan dan yang dilemparkan tuduhan.
3.
Adanya qasad (niat sengaja)
Rukun Pertama
Melemparkan tuduhan zina atau menafikan keturunan. Apabila seorang
itu menuduh seorang lain berbuat zina sedangkan yang menuduh itu tidak
dapat membuktikan tuduhannya maka orang yang meuduh itu boleh dikenakan
hukuman had qazf. Melemparkan tuduhan zina itu terkadang-kadang menafikan
nasab sekali dan terkadang-kadang tidak. Misalnya seorang itu dipanggil
“wahai anak zina” dengan panggilan itu bererti dia telah dinafikan
nasabnya dan ibunya telah dilemparkan tuduhan zina. Tetapi kalau seorang
itu dipanggil “wahai orang yang berzina” bermakna orang itu hanya
dilemparkan tuduhan zina.
Adapun jika tuduhan itu bukan tuduhan zina dan menafikan keturunan
maka tidak dikenakan had seperti melemparkan tuduhan kepada seorang
melakukan kekufuran, makan rasuah, pengkianat, minum arak dan sebagainya
maka yang membuat tuduhan tak berasas itu boleh dikenakan hukuman takzir.
Begitu juga kalau tuduhan berbuat zina dan menafikan nasab itu tidak
mencukupi syarat-syarat had maka dikenakan hukuman takzir. Makakala
melemparkan tuduhan tidak berasas dengan tuduhan liwat menurut jumhur
ulamak adalah sama seperti melemparkan tuduhan zina kerana mereka
menganggap liwat itu seperti zina dan yang melakukan liwat adalah berzina
sama ada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau
perempuan. Imam Abu Hanifah mempunyai pandangan yang berbeza iaitu orang
yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas dengan tuduhan liwat itu tidak
dikenakan hukuman had bahkan dikenakan hukuman takzir kerana beliau
menerima perbuatan liwat itu sebagai zina.
Jikalau
seseorang itu menuduh dengan suatu yang tidak maksiat umpamanya seorang
itu dikatakan sebagai gila, mandul, pekak, mati pucuk dan sebagainya maka
yang menuduh itu boleh dihukum dengan takzir walaupun tuduhan yang
dilemparkan itu memang betul dan tepat. Ini ialah kerana tuduhan-tuduhan
itu dilemparkan semata-mata untuk menyakitkan hati dan menjatuhkan maruah
tak tentu fasal.
Cara-cara
Melemparkan Tuduhan (Qazf)
Cara
melemparkan tuduhan ini ada kalanya dengan perkataan yang terang,
adakalanya dengan kiasan dan adakakalanya dengan sindiran. Yang dikatakan sarih
ialah tuduhan yang menggunakan perkataan yang jelas yang tidak mengundungi
makna selain daripada zina dan penafian nasab. Manakala tuduhan yang
menggunakan perkataan yang tidak terang yang boleh membawa erti zina atau
selainnya maka dinamakan kinayah atau ta’ridh. Jika
seorang berkata “wahai pezina” atau “hai kamu yang berzina” atau
“bapa kamu berzina” atau “ibumu berzina,” semuanya itu adalah dari
jenis qazf sarih. Manakala tuduhan dengan perkataan seperti “wahai
pelacur” “wahai orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk.”
“wahai orang yang keji” dan sebaginya adalah dari jenis kinayah
makakala jenis ta’ridh adalah seperti menggunakan perkataan “aku tidak
berzina dan ibuku pun tidak,” atau “isterimu sudahku rosakkan,” “aku
rosakkan rumahtangga” dan sebagainya.
Semua ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang melakukan
kesalahan qazf dengan perkataan yang sarih wajib dikenakan hukuman had.
Manakala qazf dengan kinayah atau ta’ridh maka ulamak tidak sependapat
dalam masalah ini. Mengikut Mazhab Hanafi dan satu riwayat daripada Mazhab
Hanbali bahawa hukuman had tidak diwajibkan ke atas pesalah-pesalah wazf
jenis ta’ridh dan kinayah bahkan yang diwajibkan ialah hukuman ta’zir.
Menurut Mazhab Syafie pula sekiranya tuduhan zina dengan cara kinayah atau
ta’ridh itu disertakan dengan niat daripada orang yang melemparkan
tuduhan maka hukuman sama seperti qazf sarih iaitu wajib dikenakan hukuman
had tetapi kalau tidak ada niat yang tuduhan itu ialah qazf maka tidak
wajib dihukum dengan had bahkan dikenakan hukuman ta’zir sahaja.
Imam Malik pula berpendapat tudhan qazf dengan kinayah atau ta’ridh
boleh dikenakan hukuman had sekiranya tuduhan dengan kinayah atau ta’ridh
dapat difahami bahawa maksudnya ialah qazf atau ada bukti yang mengaitkan
bahawa orang yang menuduh dengan perkataan yang tidak jelas itu memang
bermaksud qazf.
Rukun Kedua
Orang
yang melemparkan tuduhan dan orang yang dilemparkan tuduhan zina ke
atasnya : Ada beberapa syarat
yang tertentu yang mesti dipatuhi sebelum hukuman had qazf itu
dilaksanakan kepada pesalah-pesalahnya.Syarat-syarat itu ada yang mengenai
orang yang menuduh dan setengahnya berhubung dengan orang yang dilemparkan
tuduhan .
Syarat-syarat
orang yang melemparkan tuduhan tak berasas :
1,2,3 – Baligh berakal dan dengan kerelaan sendiri. Ini bererti
sekiranya orang yang membuat tuduhan itu kanak-kanak yang belum baligh
atau orang yang gila atau pun dipaksa maka tidak wajib had ke atas mereka
berdasarkan Hadith :
Maksudnya
: Diangkatkan qalam daripada tiga golongan manusia.
Dan
juga kerana perbuatan yang dilakukan mereka itu tidak dikira sebagai
melakukan kesalahan yang sebenar, akan tetapi kalau kanak-kanak itu sudah
mumaiyiz maka wajib dikenakan hukuman takzir untuk menegah kanak-kanak
daripada biasa menyakiti orang lain.
4.
Orang itu mestilah mengetahui tentang haramnya qazf. Kalau dia
jahil maka tidak diwajibkan had ke atasnya. Alasan kejahilan boleh
diterima dengan syarat-syarat yang telah diterangkan dahulu.
5.
Orang itu bukan ibu bapa dan datuk hingga ke atas kepada orang yang
dilemparkan tuduhan. Kalau seorang bapa menuduh anaknya berzina atau datuk
menuduh cucunya berzina maka menurut kebanyakan mahzab tidak boleh
dikenakan hukuman had kecualu mazhab Maliki yang mewajibkan ke atas orang
yang membuat tuduhan itu walaupun bapa atau datuknya sendiri.
Orang yang membuat tuduhan itu tidak
disyaratkan merdeka, jadi seorang hamba pun boleh dikenakan hukuman had,
Cuma baginya ialah separuh daripada hukuman bagi seorang yang merdeka
iaitu 40 kali dera, dan begitulah juga pesalah-pesalah qazf ini tidak
disyaratkan seorang Islam, bahkan orang bukan Islam yang membuat tuduhan
zina itu boleh dikenakan had mengikut jumhur ulamak.
Syarat-syarat
bagi orang yang dilemparkan tuduhan :
Supaya hukuman had qazf bolrh dikenakan ke atas orang yang membuat
tuduhan palsu zina maka orang yang dilemparkan tuduhan itu mestilah
menpunyai syarat berikut :
1. Orang yang dilemparkan tuduhan itu deketahui walaupun ia
sudah mati. Sebaliknya jika yang dilemparkan tuduhan palsu tidak diketahui
orangnya maka orang yang membuat tuduhan palsu itu tidak wajib dikenakan
had. Katakan seorang itu melemparkan tuduhan zina kepada sekumpulan orang
secara umumdengan tidak disebutkan orangnya secara tepat maka yang membuat
tuduhan seperti ada tidak boleh dikenakan hukuman had kerana tuduhan itu
tidak ditujukan kepada seorang yang tertentu.
2. Seorang yang muhsin. Apa yang dimaksudkan dengan muhsin
dalam masalah qazf ialah seorang yang baligh, berakal, merdeka, Islam dan
suci dari perbuatan zina. Sumber yang meletakkan syarat ihsan ialah
firman Allah :
Dan
Firman-Nya :
Maksud
ihsan dalam ayat yang pertama ialah suci dari zina atau merdeka mengikut
satu pendapat lain. Manakala makna ihsan dalam ayat yang kedua ialah
merdeka, suci daripada zina dan Islam. Jadi dengan berdasarkan kedua-dua
nas di atas maka ulamak mengatakan bahawa Islam, merdeka dan bersih
daripada perbuatan zina sebagai syarat-syarat ihsan.
Adapun syarat baligh dan berakal memang menjadi syarat bagi setiap
orang yang melakukan kesalahan tetapi kepada orang yang dilemparkan
tuduhan juga kebanyakkan ulamak mensyaratkan baligh dan berakal kerana
perbuatan zina itu tidak dianggap sebagai zina yang mencukupi syarat
sekiranya dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila, sebab itu
kanak-kanak atau orang gila terlepas daripada hukuman had. Akan tetapi
menurut satu riwayat daripada Imam Ahmad baligh tidak menjadi syarat ihsan
asalkan orang yang dibuat tuduhan itu berakal dan bersih daripada zina dan
asalkan tuduhan itu boleh dipercayai. Jadi mengikut pendapat ini kalau
orang yang dilemparkan tuduhan ini bertubuh besar yang boleh disetubuhi
walaupun belum baligh sudah memenuhi syarat di atas dengan menetapkan umur
bagi kanak lelaki tidak kurang dari sepuluh tahun dan anak perempuan tidak
kurang dari sembilan tahun. Imam Malik pun mensyaratkan baligh itu pada
lelaki dan tidak mensyaratkannya kepada perempuan asalkan perempuan itu
berupaya untuk disetubuhi.
Berhubung dengan merdeka, jumhur ulamak mensyaratkan orang yang
dilemparkan tuduhan itu mesti merdeka, kalau yang dilemparkan tuduhan itu
seorang hamba sahaya maka yang membuat tuduhan itu tidak dikenakan had ke
atasnya. Berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud :
Barang siapa yang membuat tuduhan kepada hambanya berbuat zina
sedangkan dianya bersih daripada apa yang dikatankan maka hukuman had
dijalankan kepada yang membuat tuduhan pada hari kiamat.
Ibn Hazm pula mengatakan orang yang melemparkan tuduhan yang tidak
berasas kepada seorang hamba berbuat zina adalah wajib dikenakan had,
berdasarkan pada umumnya firman Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang
tidak membezakan orang yang merdeka daripada hamba. Firman Allah :
Maksudnya
: Wahai manusia sesungguhnya kami (Allah) jadikan kamu daripada lelaki
dan perempuan.
Sabda
Rasulullah s.a.w. pula :
Maksudnya
: Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan kamu adalah
diharamkan ke atas kamu.
Mengenai syarat, bersih daripada perbuatan zina. Semua ulamak
bersepakat dalam perkara ini cuma mereka berselisihan pendapat tentang
maksud, menurut Abu Hanifah yang dikatakan iffah itu ialah seorang yang
dilemparkan tuduhan tak berasas, berbuat zina itu tidak pernah dalam
hidupnya melakukan wati haram dengan perempuan yang bukan milik dan tidak
melalui akad nikah yang sah dan tidak melaui akad nikah yang dijimakkan
oleh ulamak sebagai nikah yang fasid. Jikalau seorang itu telah
melakukan wati haram tetapi menerusi milik atau menerusi nikah yang sah
atau nikah fasid yang dipertikaikan oleh setengah ulamak maka masih
dianggap iffah.
Imam Malik pula berpendapat iffah ialah seorang yang tidak pernah
melakukan wati yang diwajibkan had ke atasnya dan yang belum pernah
disabitkan had zina ke atasnya sama ada sebelum atau sudah dilemparkan
tuduhan kepadanya. Iffah mengikut Imam Syafie pula bermaksud orang yang
dilemparkan tuduhan itu tidak pernah melakukan wati yang diwajibkan had
zina ke atasnya. Jadi jikalau seorang itu telah melakukan persetubuhan
haram dengan perempuan yang bukan milik tetapi wati haram itu tidak boleh
mewajibkan had zina ke atas yang melakukan seperti melakukan wati sybahat
maka menurut pendapat ini wati syubahat tidak mewajibkan had zina dan
dengan ini bererti orang yang melakukan persetubuhan melalui wati syubahat
masih dianggap “iffah”.
Manakala Imam Ahmad pula berpendapat bahawa orang yang tidak
disabitkan kesalahan zina sama ada dengan keterangan saksi atau pengakuan
dan yang tidak dikenakan hukuman had zina maka ianya masih dikatakan “iffah”
walaupun dia sudah bertaubat daripada zina.
Jumhur ulamak mensyaratkan iffah, bersih daripada zina itu sama ada
sebelum daripada dilemparkan tuduhan atau sesudahnya, tetapi Imam Ahmad
tidak mensyaratkan melainkan pada ketika tuduhan itu dilemparkan dan tidak
dikira sudah masa itu. Oleh itu kalau seorang yang menuduh seorang yang
tidak melakukan zina tiba-tiba sebelum daripada dijatuhkan hukuman maka
orang yang dibuat tuduhan itu melakukan zina maka orang yang membuat
tuduhan itu terlepas daripada hukuman had qazf menurut kebanyakan ulamak
tetapi menurut Iman Ahmad orang itu wajib dikenakan hukuman had qazf
kerana pada masa tuduhan itu dilemparkan kepadanya ia masih dalam iffah.
Rukun yang ketiga
Sengaja
atau qasad melakukan jenayah : Yang dimaksudkan dengan sengaja ialah
umpamanya seorang yang membuat tuduhan tak berasas tentang zina atau
menafikan nasabnya itu dalam keadaan dia mengetahui tuduhan yang
dilemparkan itu adalah tidak betul dan yang dikatakan dia mengetahui
tuduhan itu tidak betul ialah kerana dia tidak dapat membuktikan yang
tuduhannya itu betul oleh sebab dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa
tuduhan zina yang dilemparkan itu benar, tidak boleh diterima terus,
kerana sebelum seorang itu membuat tuduhan maka diwajibkan ke atasnya
menyediakan bukti yang menyokong tuduhannya.
Selain
daripada syarat-syarat di atas ada dua syarat bagi membolehkan hukuman had
itu dijalankan kepada qazif.
1.
Mestilah adanya tuntutan daripada orang yang dilemparkan tuduhan
iaitu dengan cara orang yang dilemparkan tuduhan tak berasas itu mengadu
kepada pihak berkenaan. Ini ialah kerana qazf adalah dianggap sebagai hak
anak Adam yang bererti orang yang dilemparkan tuduhan sahaja yang berhak
menuntut balasan kepada yang membuat tuduhan palsu kepadanya. Jika tidak
ada permintaan daripada pihak yang teraniaya maka hukuman had tidak boleh
dikenakan kepada yang membuat tuduhan palsu zina.
2. Orang yang membuat tuduhan itu tidak dapat membukti
kebenaran dakwaanya.
Bukti-Bukti Yang Mensabitkan Kesalahan Qazf
Kesalahan qazf dapat
disabitkan sama ada dengan kesaksian pengakuan dan sumpah.
1. Kesaksian (Syahadah) : Untuk membuktikan kesalahan qazf
kepada qazif (orang yang membuat tuduhan palsu zina) ialah dengan
disaksikan oleh saksi yang mempunyai syarat seperti dalam saksi-saksi zina
iaitu saksi mestilah seorang Islam, baligh, berakal, adil, dapat bertutur,
dapat mengingatkan dan tidak ada hubungan keluarga. Begitulah juga
saksi-saksi mesti terdiri orang lelaki walaupun setengah ulamak mengatakan
saksi itu terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan adalah
memadai.
Bilangan saksi itu seramai dua orang
lelaki adalah mencukupi untuk mensabitkan kesalahan qazf kepada qazif. Akan
tetapi untuk menafikan tuduhan qazf maka orang yang didakwa membuat
tuduhan palsu zina itu hendaklah mematuhi salah satu daripada berikut :
i.
Menafikan dakwaan kesalahan qazf dengan membawa saksi-saksi
seberapa banyak dengan tidak dihad kepada bilangan tertentu.
ii.
Menegaskan bahawa orang yang dilemparkan tuduhan yang tidak berasas
itu mengakui kebenaran tuduhannya, untuk membela dirinya ini memadai
dengan membawa dua saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang peremuan.
iii.
mengaku membuat kesalahan qazf dan dalam keadaan ini dia mesti
membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dilempaekan kepada seorang iaitu
dengan membawa saksi seramai empat orang yang benar-benar menyaksikan
orang yang dilemparkan tuduhan zina itu memang melakukan zina.
2. Pengakuan atau ikrar : Sabit kesalahan qazf dengan adanya
pengakuan sendiri daripada orang yang membuat tuduhan tak berasas kepada
seorang berbuat zina, dengan sekali pengakuan dalam majlis kehakiman sudah
memadai. Jika pengakuan membuat tuduhan itu tidak di majlis qada’ maka
menurut Abu Hanifah harus disaksikan pengakuan itu.
3. Dengan sumpah : Mengikut Imam Syafie kesalahan wazf boleh
disabitkan melalui sumpah, jika pihak yang dilemparkan tuduhan itu tidak
mempunyai bukti lain maka dia meminta tolong orang yang melemparkan
tuduhan itu bersumpah bahawa dia tidak membuat tuduhan kalau dia tidak
mahu bersumpah begitu maka sabitlah kesalahan qazf kepadanya. Begitu juga
Imam Syafie berpendapat bahawa adainya orang yang melemparkan tuduhan itu
tidak mempunyai keterangan yang mengesahkan tuduhannya maka dia boleh
meminta kepada yang dilemparkan tuduhan bersumpah bahawa dia bersih
daripada zina. Jika dia tidak mahu bersumpah maka tuduhan zina yang
dibuatnya dianggap betul jadi yang membuat
tuduhan itu terlepas daripada hukuman had.
Manakala Imam Malik dan Ahmad berpendapat kesalahan qazf tidak
boleh disabitkan dengan bersumpah sama ada daripada orang yang membuat
tuduhan atau orang yang dilemparkan tuduhan.
Hukuman Kepada
Pesalah-Pesalah Qazf
Ada dua hukuman bagi kesalahan
qazf :
1. Dera sebanyak lapan puluh kali jika pesalah-pesalahnya
seorang yang merdeka dan empat puluh kali dera jika ia seorang hamba
mengikut pendapat kebanyakan ulamak.
2. Tidak diterima kesaksiannya dan dianggap sebagai seorang
yang fasiq. Bersumberkan kepada nas al-Quran
Maksudnya
: Dan mereka membuat tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang
suci daripada zina kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi-saksi
maka deralah mereka sebanyak 80 kali dera dan jangan kamu terima kesaksian
mereka selama-lamanya dan mereka ialah orang-orang yang fasiq.
Tidak
diterima kesaksian : Semua ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang
telah sabit kesalahan qazf tidak boleh diterima kesaksiannya selagi tidak
bertaubat kerana dia telah melakukan maksiat dengan tidak bertaubat
daripadanya, dengan itu maka hilanglah sifat keadilan sedangkan sifat adil
adalah syarat bagi saksi-saksi.
Apa
yang dipertikaikan oleh ulamak ialah sama ada sesudah pesalah qazf itu
bertaubat, boleh diterima semula kesaksiannya atau tidak.
Menurut
Abu Hanifah, al-Awza’i dan al-Thauri kesaksiannya tidak boleh diterima
walaupun dia sudah bertaubat. Manakala Imam Syafie, Malik dan Ahmad
berpendapat bahawa kesaksian orang yang dihukum had qazf sesudah ia
bertaubat boleh diterima.
Alasan
mereka yang menolak kesaksian orang yang bersalah qazf ialah :
i.
Allah Taala menyebutkan perkataan (maksudnya) “Tidak menerima
kesaksian” adalah sebagai hukuman kepada orang-orang yang bersalah qazf.
Kalaulah kesaksian itu diterima selepas bertaubat maka itu tidak dinamakan
sebagai hukuman kerana orang yang membuat tuduhan palsu zina itu adalah
dihukum sebagai orang yang fasiq sedangkan orang yang fasiq dengan apa jua
sebab adalah tidak diterima kesaksian mereka maka sebab itulah memang
munasabah mereka tidak diterima menjadi saksi walaupun mereka sudah
bertaubat.
ii.
Firman Allah :
Maksudnya : Dan
janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. Disebutkan
perkataan sebagai menguatkan lagi keadaan tidak diterima kesaksian mereka
walaupun mereka telah bertaubat.
iii.
Pengecualian yang tersebut dalam ayat,
Maksudnya : Melainkan
mereka yang bertaubat, adalah daripada kalimah
bukan daripada perkataan kerana
ianya berhubung terus dengan
Imam Malik, Syafie dan Ahmad pula berpendapat orang yang telah
dikenakan hukuman had qazf itu diterima kesaksiannya setalah dia bertaubat
dengan taubat nasuha berdasarkan kepada alasan-alasan di bawah ini :
i. Bahawa taubat itu menghapuskan
(dosa-dosa) yang (dilakukan) sebelumnya. Apabila seorang itu telah
bertaubat dengan sungguh-sungguh maka Allah mengampunkan dosanya dan jika
telah diampun maka kesan-kesan dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan
hilang. Jadi orang yang telah diampunkan berhak untuk diterima
kesaksiannya.
ii. Kalimah selama-lamanya
dihubungkan dengan keadaan fasiq. Maknanya, tidak diterima kesaksian itu
kerana berkekalan dalam keadaan fasiq, jadi jikalau sudah tidak fasiq maka
diterima semula kesaksiannya.
iii. Pengecualian yang tersebut dalam ayat adalah daripada keseluruhannya ayat itu bukan daripada
perkataan sahaja. Punca
perselisihan mereka dalam mentafsirkan ayat mereka yang mengatakan
kesaksian orang yang bersalah qazf tidak diterima menjadikan pengecualian
daripada hukum fisq bukan dikecualikan daripada tidak diterima kesaksian.
Manakala mereka yang mengatakan kesaksian orang-orang yang bersalah qazf
boleh diterima pula merujukkan kalimah kecuali, kepada “tidak diterima
kesaksian”. Ertinya tidak diterima kesaksian mereka kecuali mereka yang
telah bertaubat.