KONSEP SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA
OBJEKTIF
1. Pelajar
dapat memahami pengertian syahadah dan kepentingannya kepada manusia.
2. Pelajar
dapat menghayati isi kandungan syahadah dan pembahagiannya.
3. Pelajar
dapat membezakan di antara tauhid Rububiyah dengan Tauhid Uluhiyah serta
hubungan antara kedua-duanya.
4. Pelajar-pelajar
dapat memahami makna syahadah Rasul dan menghayati apa yang terkandung di
dalamnya.
5. Pelajar
boleh melaksanakan dan menghayati tuntutan dan hak-hak syahadah dengan
ikhlas dan jujur
1.
Pelajar-pelajar dapat menjaga keimanannya supaya terhindar dari
perkara yang merosakkan aqidah.
KONSEP
SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA
Sebagaimana kita maklum bahawa syahadatain merupakan
asas yang terpenting tertegaknya Islam
bagi diri seorang Islam. Tidak
tegak Islam atau tidak terdiri Islam jika tidak sempurna syahadatain. Bahkan tidak ada Islam sebelum adanya syahadatain.
Dengan lain perkataan kalimah syahadatain merupakan asas utama bagi
rukun yang lain dalam Islam. Andainya
seseorang tidak mengiktiraf syahadatain
maka tidak dianggap sebagai seorang Islam.
Lantaran itu kedudukan kalimah syahadatain merupakan rukun pertama
dalam Islam dan asas dalam segala bahagian Islam keseluruhannya.
Syahadatain juga melambangkan jiwa Islam yang syumul.
Andainya nyawa merupakan nadi kepada badan seluruhnya maka kalimat
“Lailaillah Muhammadur Rasulullah” juga merupakan nyawa bagi
setiap aspek dan bahagian daripada Islam.
Oleh itu setiap amalan pekerjaan dan ibadah orang Islam yang tidak
bersandarkan kepadanya adalah diibaratkan seperti menanam benih yang mati.
Begitu juga sebarang amalan-amalan kebajikan
orang kafir itu tidak ada harganya di sisi Allah dan dianggap
seperti bangkai lantaran tidak ada roh syahadatain.
Dari itu kemasukan seseorang ke dalam Agama Islam mesti dimulakan
dengan satu pengisytiharan syahadah yang memisahkan dirinya dengan zaman
lamanya yang membawa ke alam baru. Pengisytiharan
ini membawanya dari bukan Islam kepada Islam dari sistem jahiliah kepada
sistem Ilahi. Pengistiharan
tersebut dinamakan sebagai syahadah.
Pengisytiharan ini dilakukan dengan dorongan kepercayaan dan
keyakinan terhadap kepalsuan zaman silamnya serta kebenaran zaman Islam.
Pengisytiharan ini
mesti disertakan dengan keimanan dan keyakinan.
Tanpanya pengisytiharan
itu tidak mempunyai kekuatan. KeIslaman
mereka laksana padi dihisap susunya oleh kerang-kerang dan di makan isinya
oleh unggas-unggas.
Sebaliknya sekiranya keimanan dan keyakinan yang tidak
diisytiharkan merupakan keimanan dan keyakinan yang telah dinodai
oleh ketakutan dan kelemahan menghadapi kenyataan.
Seterusnya keimanan dan keyakinan itu mesti disusuli dengan
keberanian untuk memperjuangkan jika tidak memperjuangkan pegangan mereka
masih boleh dipersoalkan. Oleh
itu kelihatan di sini pentingnya syahadah dan tuntutan
supaya bersyahadah.
MAKNA
SYAHADAH
Syahadah
ialah perkataan dalam bahasa Arab yang mengandungi berbagai makna.
Antaranya :
1.
Memberi makna ilmu (
العلم),
penerangan (
),
pengkhabaran (
), kenyataan (
).
Oleh itu orang yang bersyahadah dipanggil saksi atau naik saksi
kerana ia boleh mengkhabarkan atau memberitahu
apa yang diketahui oleh Nya mengenai sesuatu perkara.
2.
Memberi makna pengakuan (
), atau pengiktirafan
(
) atau kepercayaan (
).
Jadi seseorang yang bersyahadah/bersaksi
memang mempercayai dan berkeyakinan akan kebenaran / benarnya
sesuatu yang disaksikan. Tegasnya
mesti mempercayai dan berkeyakinan terhadap kebenaran apa yang disyahadahkan.
Jika tidak, bermakna syahadah
itu dusta atau palsu. Ini
disebabkan ketenangan atau kenyataan yang dibuatnya itu tidak menepati
keyakinannya.
PEMBAHAGIAN
SYAHADAH
1.
Syahadah Tauhid
Iaitu penyaksian bahasa Allah sahaja Tuhan yang sebenarnya berhak
disembah, tiada Tuhan melainkan Allah.
2.
Syahadah Risalah
Iaitu penyaksian bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah yang
terakhir.
Syahadah Tauhid itu mengandungi dua
bahagian.
1.
Tauhid Rububiyah
2.
Tauhid Uluhiyah
Tauhid Rububiyah
Iaitu menyaksikan atau mengiktirafkan bahawa Allah sahajalah Tuhan
yang Maha Pencipta, Pemilik yang Mutlak, Pemeliharaan, Penguasa dan
Penentu terhadap seluruh makhluknya.
Sebab itu Tauhid Rububiyah dapat diertikan dengan Tauhid Ciptaan.
Maksudnya Allahlah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, yang
melaksanakan perintah dan hukum kepada
semua makhluk. Ditangannyalah
terletak pemerintahan dan Dialah yang berkuasa
atau sesuatu. Allah
mengurus dan mentadbirkan alam buana menurut kehendaknya.
Dialah yang mengatur
segala maslahat untuk kebaikan makhluknya.
Dialah yang berkuasa memberi manfaat dan mendatangkan mudharat.
Seterusnya berkuasa penuh untuk menghidupkan atau mematikan.
Tauhid
Uluhiyah
Menyaksikan atau mengiktikadkan bahawa
Allah sahaja Tuhan yang berhak disembah, mengabdikan atau
memperhambakan diri kepadanya semata-mata.
Tegasnya bahawa hanya kepada Tuhan yang satu itulah kita menyembah,
memuja, meminta tolong, beribadat dan berzikir. Hanya Tuhan yang
satu itulah yang kita sanjung, kita puji dan Tuhan yang satu itulah kita
meminta kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat nanti. Jadi
kita tidak boleh bermohon, meminta kepada selain daripada Allah
seperti kubur, berhala, syaitan seterusnya kepada manusia, ulamak tertentu,
wali-wali, malaikat dan sebagainya.
Hubungan
Hubungan antara syahadah Rububiyah dengan syahadah Uluhiyah
sangatlah rapat dan tidak boleh dipisahkan. Syahadah Ruhubiyah menjadikan kita percaya
wujudnya Allah sebagai Tuhan yang
maha Esa. Pencipta, Pemilihara, Pengawasan dan Penentu.
Pengakuan syahadah ini mestilah melahirkan
kesan yang sentiasa ada hubungannya dan kaitannya dengan Allah
iaitu dengan cara beribadat, menghambakan dan mengabdikan diri kepada
Allah semata-mata.
Pengabdian itu sebagai hasil atau
buah syahadah Rububiyah, mempercayai wujudnya Tuhan yang Maha Esa.
Tauhid Rububiyah tidak bernilai apa-apa kalau tidak disertai dengan
Tauhid Uluhiyah. Pengakuan
bahawa alam ini diciptakan seluruhnya oleh satu Tuhan tidak mempunyai
nilai apabila tidak diiringi dengan ibadah serta ketaatan terhadap Tuhan
yang satu kerana kesanggupan kita mentauhidkan
Allah Taala dari segi Rububiyah mestilah dengan
segala pengertiannya
yang bersedia mengabdikan diri
kepadanya.
Oleh itu nyatalah bahawa Tauhid Rububiyah dipunyai oleh semua
manusia sama ada yang mukmin atau yang kafir bahkan dipunyai oleh
binatang-binatang yang tidak berakal, alam benda atau alam batu,
gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan yang segala macam jenis cakerawala di dunia
dan di alam akhirat.
Sedangkan Tauhid Uluhiyah
dipunyai hanya oleh beberapa orang manusia iaitu orang-orang yang beriman
kepadanya. Di samping mereka mengaku adanya Tuhan yang menciptakan
segala yang ada, mereka juga menundukkan kepadanya
menyembah kepada Allah, beribadat menyembah Allah, berzikir
membesarkan Allah, memuji Allah dan mensucikan Allah dan menjalankan
perintah Allah dengan perantaraan Nabi dan Kitab-kitab Suci dan dengan
perantaraan agamanya serta agama Islam.
SYAHADAH
RASUL DAN KEPENTINGANNYA
Syahadah ini merupakan
lunas-lunas kedua dalam Islam. Tidak
dapat ditegakkan kalimah
ini
kecuali terlebih dahulu mengetahui Rasulnya.
Dengan perantaraan Rasul ia dapat menunjukkan jalan bagi
mentahkikkan kuasa Allah. Tanpa
jalan-jalan dan petunjuk dari
Rasul di dalam mentauhidkan
Allah nescaya seseorang itu akan menemui jalan yang
buntu dan terbenam di dalam kesesatan, tidak berpijak di atas
asas-asas yang betul. Oleh
itu seseorang yang faham tentang makrifah kerasulan ia
akan faham makrifah ketuhanan.
Ia tidak melaksanakan hak-hak Allah keatasnya kecuali setelah
mengetahui tentang kerasulannya.
Manusia tidak sampai kepuncak kesempurnaan dan kebahagiaan yang
sebenarnya melainkan setelah mendapat bimbingan dan petunjuk daripada
Rasul. Kemampuan dan
kesanggupan otak atau akal fikiran manusia dalam mencapai matlamat
tersebut amat terbatas sekali. Dengan
itu setiap pengingkaran kepada rasul bererti kejahilan kepada Allah dan
tidak menghargai Allah sebagai
penghargaan yang sewajarnya. Oleh itu orang yang bersikap demikian dinamakan kafir.
KANDUNGAN-KANDUNGAN
SYAHADAH RASUL
Syahadah Rasul mengandungi beberapa pengertian
dan aspek yang luas yang mesti diyakini oleh semua umat Islam iaitu
:
1. Yakin bahawa Nabi
Muhammad itu sebenarnya seorang Rasul atau utusan dari
Allah.
2. Yakin bahawa Nabi
Muhammad itu utusan yang terakhir.
3. Yakin tentang segala
ajaran yang dibawa oleh Muhammad adalah benar.
4. Yakin bahawa
syari’ah (Ad-din) agama yang dibawa oleh Muhammad adalah
lengkap dan sempurna.
5. Menerima dan
mengamalkan syariah atau ajaran yang dibawa oleh Muhammad.
6. Memberikan taat setia
dan menghormati Rasul semasa hayatnya
dan setelah
wafatnya.
TUNTUTAN
SYAHADAH
Secara
umum apabila seseorang itu bersyahadah maka bermakna ia :
1. Memperakui dan
menerima Islam sebagai Ad-din
2. Memperakui tunduk di
bawah naungannya
3. Wajib menyesuaikan
hidupnya mengikut lunas-lunas Islam
4. Menghayati dan
memperjuangkan prinsip-prinsip Islam
5. Melaksanakan amalan
dan tindakan semata-mata kerana Allah.
HAK-HAK
SYAHADAH
Di
antara hak-hak syahadah yang penting terkandung di dalam tuntutan agama
ialah :
1. Menerima Islam
sebagai cara hidup dan menolak sistem lain yang bertentangan dengannya.
2. Menunaikan tuntutan
agama dalam perkara-perkara yang disuruh dan
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.
Perkara-perkara
yang disuruh oleh agama terbahagi kepada tiga :
1. Diwajibkan secara
fardhu ain.
2. Diwajibkan secara fardhu kifayah
3. Disuruh secara sunat.
Diantara
kewajipan yang tergolong dalam lingkungan fardhu ain :
1. Menuntut ilmu iaitu
Ilmu Tauhid, Ilmu mengenai rahsia hati dan Ilmu syariah.
2.
Memenuhi tuntutan-tuntutan rukum Iman dan rukun Islam dengan
mengimani rukun-rukun itu dan membentuk kepercayaan dan pandangan hidupnya
yang sesuai dengannya.
3.
Meninggalkan semua larangan
yang disenaraikan di dalam lingkungan dosa-dosa besar seperti syirik,
derhaka kepada kedua ibubapa, lari dari jihad, membunuh diri, meninggalkan
sembahyang dan lain-lain.
Di
antara kewajipan-kewajipan yang tergolong dalam lingkungan Fardhu Kifayah
ialah :
1.
Menyeru manusia kepada yang maaruf dan menegah kemungkaran
2.
Mengadakan dan mendirikan solat berjemaah
3.
Menyediakan keperluan umat Islam seperti pakaian, bahan-bahan
makanan, peralatan senjata da sebagainya sehingga umat Islam tidak
bergantung kepada belas kasihan orang-orang lain untuk mendapatkana
keperluan hidupnya.
4.
Mempertahankan syahadah yang dilafazkan dan makna yang terkandung
di dalamnya. Maksudnya
mempertahankan akidah Islam dan syariat yang dibawanya.
5.
Membentuk jemaah yang
memperjuangkan aqidah dan syariat Islam dalam rangka memenuhi hak syahadah.
PERKARA-PERKARA
YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
Oleh kerana agama Islam ialah agama Fitrah maka setiap orang Islam
hendaklah bersyukur kerana ia bertuah menerima taufik dan hidayah dari
Allah s.w.t. hingga dengan itu ia menjadi seseorang yang beragama Islam.
Oleh yang demikian hendaklah ia meneguhkan pegangannya
kepada agama yang
mulia itu dan memeliharanya
dari segala apa yang boleh merosakkannya kerana agama Islam sahajalah yang
diredhai Allah dan menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiannya yang
sebenar-benarnya khasnya di akhirat kelak.
Surah
Al-Imran (102)
Maksudnya :
“Hai orang-orang
yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benarnya takwa kepadanya
dan jangan sekali-kali kami mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Adalah tidak akan menerima taubat orang yang murtad sebagaimana
diterangkan dalam Al-Quran berbunyi :
Surah
Al-Iman (90)
Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang kafir
sesudah beriman kemudian bertambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan
diterima taubatnya dan mereka itu orang-orang yang sesat.”
Rosaknya syahadah, iman dan Islam dinamakan riddah yang ditakrifkan
oleh ulamak sebagai berbalik menjadi
kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan yang demikian
dinamakan murtad.
Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji
jenis kafir kerana orang
yang murtad berlainan
hukumnya dengan orang-orang kafir yang lain pada beberapa perkara :
1.
Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan riddahnya
melainkan hendaklah pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat
kembali kepada Islam. Kalau
tidak hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang diterangkan oleh
beberapa hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya
:
“Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu
membunuhnya”
2.
Tidak sah perkahwinan orang murtad sama ada ia sendiri berkahwin
atau mengahwinkan orang lain. Bahkan
isterinya wajib dipisahkan daripadanya.
Sekiranya ia kembali menjadi Islam semula sebelum habis iddah maka
kekallah isterinya itu menjadi isteri kepadanya kalau tidak maka isterinya
itu bercerai daripadanya mulai dari saat itu menjadi murtad.
3.
Haram memakan penyembelihannya
4.
Tidak boleh menerima pusaka dan tidak boleh pula dipusakai bahkan
semua hartanya dimasukkan ke dalam Baitul Mal.
PERKARA-PERKARA
YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
Perkara-perkara
yang menyebabkan batalnya syahadah atau rosaknya iman dan Islam itu
terbahagi kepada tiga :-
1. Iktiqad
2. Perkataan
3. Perbuatan
Iktikad
Ialah segala kepercayaan yang berlawanan dan bertentangan dengan
dasar-dasar kepercayaan agama Islam.
(contoh
sila rujuk Buku Mustika Hadis m.s. 261)
Perkataan
Ialah tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,
mengejek-gejek dan mempermainkan nama-nama Allah, sifatnya, malaikatnya,
Rasulnya, kitab-kitabnya, ayat-ayatnya dan hukum-hukumnya serta
hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasulnya.
(Contoh-contoh
sila rujuk seperti di atas m.s. 261)
Perbuatan
1.
Tiap-tiap perbuatannya yang dilakukan untuk menghormati dan
mengagongkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk
membesarkan dan mengagongkan
Allah seperti sujud kepada makhluk
walaupun tidak dengan niat
untuk menghormatinya sama seperti Tuhan atau tunduk kepada mana-mana
makhluk sehingga sampai
kepada had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan
tujuan menghormatinya sama menghormati Allah.
Kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadi orang yang
melakukan itu murtad tetapi hukumnya berdosa.
2.
Melakukan upacara ibadah terhadap sesuatu makhluk yang disembah
oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
3.
Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah.
4.
Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis nabi, nama Tuhan, rasulnya,
malaikatnya dan ilmu-ilmu agama di tempat Najis atau kotor dengan tujuan
menghina dan merendahkannya. Kalau
tidak dengan tujuan tersebut maka hukumnya tetap haram.
5.
Meninggalkan sembahyang jika ia ingkarkan akan hukum kewajipannya.
IBADAH DALAM
ISLAM
Objektif
1.
Pelajar dapat memahami konsep yang betul mengenai ibadah dan
dihayati sebagai satu cara hidup.
2. Pelajar dapat membezakan dan membandingkan antara
agama Islam dengan agama-agama lain mengenai fahaman ibadah dan konsepnya.
3. Pelajar boleh menganalisa ciri-ciri utama lagi
penting Ibadah yang boleh
diterima oleh Allah serta
mendapat keredhaannya.
4. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar
pembahagian Ibadah dan kedudukannya dalam kehidupan manusia.
5. Memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pelajar
mengenai cara-cara dan syarat-syarat pekerjaan atau amalan-amalan umum
boleh dijadikan sebagai ibadah.
6. Pelajar dapat memikir dan menghayati segala hikmat
yang diperolehi dari beribadat.
Ibadah Dalam Islam
Ibadah
dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan Konsep dan amalan-amalan
lain-lain agama atau
kepercayaan. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan
meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana
yang dipelopori oleh golongan
“asceiimo”.
Ianya juga bukan terbatas kepada
tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya
dilakukan melalui perantaraan orang-orang yang tertentu atau
dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka
amalan seseorang itu tidak akan diterima.
Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat
langsung di dalam syariat Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap
ke dalam kehidupan sebahagian besar umat
Islam. Oleh itu timbullah
berbagai tanggapan terhadap ibadah, ada yang menganggap ibadah itu
tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat juga mereka
yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan
kepada selain dari Allah. Malah ada yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu
sama sekali tidak ada kaitannya dengan urusan masyarakat terutama di
bidang politik.
Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk
dan patuh kepda Allah dan klimak dari perasaan yang merasakan kebesaran
Allah sebagai tempat pengabadian diri.
Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan
penciptanya. Selain dari itu ibadah mempunyai kesan-kesan yang mendalam di
sudut hubungan makhluk dan penciptanya.
Sebenarnya Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling
istimewa sekali di dalam Al-Quran di jelaskan seluruh jin dan manusia
dijadikan semata-mata untuk tujuan ini.
islam juga telah memberi pengertian yang luas terhadap ibadah.
Tegasnya Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini dapat ibadah
dan taat kepada Allah. Inilah
yang dimaksudkan dengan firman Allah :
[surah
Az Zuriai 50 57]
Maksudnya :
Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah Aku
Definasi
Ibadah
Dari segi bahasa “ibadah”
bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat.
Dari segi syarak “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh
dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah.
Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya
kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang
disyariatkan ke atas
manusia merangkumi makna kehinaan dan
kecintaan bersama iaitu kemuncak
kehinaan diri seseorang bila
berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.
Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusuk kepadanya,
merendah diri dan tetap hati kepadanya.
Sebagai kesimpulan ibadah
bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya,
sama ada keyakinan, sikap, perkataaan, amal perbuatan, zahir atau batin.
Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan
batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata
dengan niat mencari keredhaan Allah.
Ciri-Ciri
Ibadah Dalam Islam
1. Perhubungan manusia dengan Allah adalah secara
terus menerus, tidak memerlukan perantaraan.
Ini berbeza dengan apa yang terdapat
di dalam agama Kristian, rahib-rahib berperanan sebagai Tuhan iaitu
dalam menentukan hukuman dan mengampunkan dosa-dosa penganut agama
tersebut. Dalam Islam hanya
Allah sahaja sumber hukum dan berhak mengampunkan dosa-dosa manusia.
Namun demikian para alim ulamak berperanana memandu anggota
masyarakat ke arah melakukan peribadatan dengan cara yang betul.
2. Tiada terkongkong pada suatu tempat peribadatan.
Ibadah boleh dilakukan di mana-mana saja khasnya di mana saja
berada berada perhubungan
yang langsung kepada Allah dapat dilakukan.
Islam menganggap
seluruh bumi kecuali tempat-tempat yan najis dan kotor sebagai Masjid.
Hal ini dapat dilihat dalam amalan Rasulullah S.A.W. sendiri,
baginda bersembahyang di tengah-tengah padang pasir dan juga semasa
berkenderaan.
3. Ruang ibadat dalam Islam
amat luas sekali. Ianya
merangkumi setiap aktiviti kehidupan manusia.
Setiap apa yang dilakukan baik bersangkutan dengan individu mahupun
masyarakat boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah jika memenuhi
syarat-syarat tertentu.
4. Dalam ajaran syariah Islam hanya Allah sebagai
Tuhan yang Maha Esa, yang berhak disembah dan mengabdikan diri kepadanya
oleh manusia dan sekelian makhluk.
5. Ikhlas dan niat yang bersih, betul dan menurut
ajaran Islam adalah syarat asas penerimaan sesuatu amal ibadat.
6. Sesuatu ibadat hendaklah dilakukan menurut
cara-cara, kaedah-kaedah dan peratuaran-peraturan yang disyariatkan oleh
Allah.
7. Hendaklah ibadat itu dilakukan dengan menyedari
tentang konsep keseimbangan antara rohaniah dan kebendaan.
[Al-Baqarah 201]
Maksudnya :
Walau Tuhan kami kurniakanlah kebaikan di dunia dan juga kebajikan
di
akhirat. Dan
peliharalah kami daripada seksa azab neraka.
6.
Segala amal ibadat dalam ajaran Islam adalah berpandukan kepada
prinsip kemudahan dan keriangan serta mengelakkan kesukaran.
Pembahagian
Ibadah :
A1.
Ibadah Khusus
: Ia adalah
merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang
terkandung dalam rukum Islam dan juga seumpama seperti sembahyang, puasa,
zakat, haji, tilawatul Quran, zikir dan sebagainya.
2. Ibadah
Umum :
Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas
yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
B.1
Ibadah Dadaniah:
tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan
lain-lain.
2. Ibadah
Maliyah : hartabenda
seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.
3. Ibadah
Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad
dengki dan lain-lain.
C.1
Ibadah Ijabiyah
: positif iaitu
perintah amal
2.Ibadah Salbiyah
: negatif iaitu perintah tinggal
Syarat-Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah
Sesuatu
pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada
Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
1.
Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.
2.
Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam.
Sesuai dengan hukum syariah dan tidak
bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.
Adapun amalan-amalan yang diingkari
Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan
riba, tari menari, perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tidaklah
sekali-kali menjadi ibadah. Allah
bersifat bersih dan baik, tidak menerima amalan yang kotor kecuali yang
baik dan bersih sahaja.
3.
Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik.
Sama ada untuk memelihara kehormatan
diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi munfaat kepada umatnya
atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.
4.
Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut
hukum-hukum syariat dan batasnya,
tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak
orang.
5.
Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari
melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya
seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah :
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah harta-harta kamu
dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah.
Sesiapa berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang
rugi.
Jadi, bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan syarat-syarat
di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnyao setiap
har dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada Allah meskipun dia tidak
duduk di Masjid atau di surau ketika membuat kerja-kerja itu.
Hikmat Ibadah
1.
Ibadah dalam Islam adalah merupakan
makanan atau riadah ruhi sebagaimana jasad memerlukan makan dan
minuman.
2.
Untuk memerdekakan diri manusia daripada menghampakan diri kepada
sesuatu makhluk selain daripada Allah.
3.
Untuk memberikan suatu keyakinan dan tempat
pergantungan yang
sebenarnya yang telah menjadi fitrah atau tabi’at semulajadi manusia.
4.
Untuk mengembalikan dan meletakkan manusia itu di tempat fitrahnya
yang betul sebagai hamba Allah Taala.
5.
Ibadah juga merupakan ujian Allah kepada hambanya dalam seluruh
hidupnya.
6.
Ibadah juga suatu
garis pemisah yang membezakan antara Islam dengan kafir dan antara manusia
dengan makhluk-makhluk lain.