BAB 1
JUAL BELI DAN
LAIN-LAIN MENGENAI MUAMALAT
BERJUALBELI
1.0
Definasi
Jualbeli dalam bahasa Arab
ertinya menurut bahasa
ialah menukarkan sesuatu dengan sesuatu ; dan
definasinya menurut hukum syarak ialah “menukarkan harta
dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu”.
1.1
Hukum Berjualbeli
Hukum berjualbeli adalah harus, bersih dan halal.
Dalilnya firman Allah s.w.t. :-
Ertinya
:
Dan Allah telah
menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.
1.2
Mengapakah Diharuskan Berjualbeli ?
Diharuskan berjualbeli kerana beberapa hikmat, di antaranya ialah :
1. Untuk menyenangkan manusia
bertukar-tukar faedah harta
dalam membina kehidupan sehari-hari.
<
<
2. Untuk menghindarkan
kejadian rampas merampas dan ceroboh mencerobohi dalam usaha memiliki
harta benda.
<
<
3. Menggalakkan orang ramai
supaya hidup berperaturan, bertimbangrasa, jujur dan ikhlas.
Jualbeli dalam Islam dilarang berbohong, menipu dan tidak amanah.
<
<1.3
Rukun-rukun Jualbeli
<
<
Rukun-rukun jualbeli ialah seperti berikut :
<
<
1. Penjual dan pembeli
<
2. Barang dan harga
<
3. Ijab dan qabul, iaitu
ucapan yang menunjukkan persetujuan menyerahkan barang-barang dan
menerimanya antara penjual
dan pembeli.
&
<1.4
Syarat-syarat Penjual dan Pembeli
<
<
Syarat-syarat penjual dan pembeli ialah seperti berikut :
<
1. Akilbaligh – tidak sah
jualbeli yang dilakukan oleh orang-orang gila dan kanak-kanak.
Tetapi menurut mazhab Hambali, sah jualbeli yang dilakukan oleh
kanak-kanak bagi sesuatu yang sedikit walaupun masih belum mumaiyiz dan
walaupun tanpa keizinan dari penjaganya. Adapun sesuatu yang banyak, maka tidak sah dilakukan oleh
kanak-kanak yang tidak mumaiyiz
walaupun dengan keizinan penjaganya.
2.
Tidak ditahan haknya – tidak sah jualbeli
orang-orang yang ditahan hartanya disebabkan bangkrap atau
sebagainya.
3.
Tidak dengan paksaan – tidak sah jualbeli yang dilakukan dengan
paksaan, kecuali jika dipaksa dengan hak seperti dipaksa
bagi membayar hutangnya, atau dipaksa oleh pihak pemerintah menjual
barang-barang kepada orang ramai yang memerlukan barang-barang tersebut.
4.
Pembeli hendaklah juga orang Muslim jika dijual perkara-perkara
ayat-ayat Al-Quran atau hadis-hadis.
5.
Pembeli hendaklah bukan
musuh jika penjualan senjata.
6.
Merdeka – tidak sah juabeli oleh hamba sahaya.
1.5 Syarat-syarat Barang Jualan
Barang-barang
yang hendak dijual itu mestilah :
1.
Suci – tidak sah, menjual barang-barang najis, seperti ahi,
bangkai, anjing, babi atau sebagainya.
Begitu juga tidak
sah sesuatu yang
terkena najis yang tidak boleh disucikan seperti susu, minyak, cuka atau
sebagainya yang terkena najis.
2.
Ada manfaat – tidak sah menjual barang-barang yang tidak boleh
mendatangkan manfaat, seperti serangga
yang tidak mendatangkan faedah.
Begitu juga tidak sah menjual benda-benda yang tidak bernilai
seperti menjual dua biji beras atau sebagainya.
3.
Boleh diserahkan kepada pembelinya – tidak sah menjual
barang-barang yang tidak boleh diserahkan seperti burung di udara, ikan di
dalam lautan dan sebagainya.
4.
Barang itu mestilah kepunyaan penjual, atau barang yang telah
diwakilkan kepadanya.
5.
Diketahui tentang jenis, kadar dan sifat barang-barang itu.
1.6 Sighah Jualbeli
Sighah ialah ucapan penjual dan pembeli.
Ucapanl penjual dipanggil ijab dan ucapanl pembeli dipanggil qabul.
Contoh ijab, yakni ucapan penjual
atau wakilnya
seperti : “Saya jualkan barang ini kepada saudara dengan harga
sebanyak sepuluh ringgi.”
Contoh qabul, yakni ucapan pembeli atau
wakilnya seperti : “Saya membelinya dengan harga yang tersebut.”
Sighah jualbeli ini boleh juga didahulukan qabul, ucapanl pembeli,
seperti katanya: “Saya beli barang ini dengan harga sepuluh ringgit.”
Lalu kata penjual: “Saya
jualkan barang ini kepada saudara dengan harga sepuluh ringgit.”
Dan boleh juga dengan ucapan seperti : “Saudara jualkan barang
ini kepada saya dengan harga sepuluh ringgit.”
Lalu penjual berkata “ “Saya
jualkan barang ini kepada saudara dengan harga yang tersebut.”
Sighah ini boleh juga dengan cara kinayah (tidak terang), seperti
katanya: “Saudara ambilah barang ini dengan harga lima belas ringgit.”
Cara kinayah ini mestilah dengan niat jualbeli.
1.7
Syarat-syarat Ijab dan Qabul
Disyaratkan pada ijab dan qabul enam syarat, iaitu :
1. Tidak diselangi oleh
perkataan lain yang tidak bersangkutan dengan aqad.
Tetapi jika yang bersangkutan dengan aqad seperti syarat khiar,
maka tidak mengapa.
<
<
2. Tidak berselang lama antara
ijab dan qabul. Tetapi jika
sekejap saja berselang antara keduanya, maka tidak mengapa.
<
<
3. Tidak berubah lafaz yang
pertama. Jika berubah,
seperti katanya: “Saya jualkan barang ini dengan
harga seratus ringgit bahkan dengan lima ratus”, maka tidak sah
jualan tersebut. Tetapi jika
ucapan yang kedua itu
diulangi dengan sempurna, seperti katanya:
“Saya jualkan barang ini kepada saudara dengan seratus ringgit,
saya jualkan barang ini
kepada saudara dengan lima ratus ringgit.” Jawab pembeli : “Saya
menerimanya”, maka sah jualan itu dengan lima ratus ringgit.
<
<
4. Tidak bertakliq – tidak
sah jualan yang bertakliq seperti kata penjual: “Saya jualkan basikal
ini kepada saudara dengan harga $300.00, jika ayah saya meninggal dunia.”
<
<
5. Tidak memakai jangka waktu
– tidak sah jualan yang memakai jangka waktu, seperti kata penjual:
“Saya jualkan basikal ini kepada saudara dengan harga $300.00 dalam masa
setahun.”
<
<
6. Bersamaan ijab dan qabul
pada maknanya. Tidak sah jika
tidak bersamaan seperti seratus ringgit dengan seratus rupiah.
<
<
<1.8
Jualbeli Tanpa Ijab-Qabul
<
Tidak
sah jualbeli tanpa ijab dan qabul seperti secara unjukterima di antara
penjual dan pembeli. Tetapi
Imam Nawawi dan juga sebahagian ulama, mengatakan sah jualbeli dengan apa
cara yang dinamakan jualbeli walaupun tanpa ijab dan qabul.
Pendapat yang kedua ini lebih praktikal dan selaras dengan amalan
sehari-hari.
BAB II
BEBERAPA PERNIAGAAN HARAM
2.0
Dalam Pendahuluan telah diterangkan
secara ringkas keperluan manusia terhadap urusan muamalat dan dalam
Bab I diterangkan beberapa
hukum di sekitar jualbeli termasuk rukun-rukun
dan syarat-syaratnya. Dalam
bab ini akan diterangkan beberapa bentuk
perniagaan yang terlarang dalam Islam.
2.1
Untuk mendapat keuntungan yang banyak
dan mudah menjadi kaya, setengah-setengah penjual atau
saudagar sanggup melakukan segala macam perniagaan dan
berbagai-bagai tipu helah dalam urusan jualbeli.
Mereka tidak memperdulikan kepentingan
orang ramai asalkan mereka mendapat
keuntungan yang
berlipat-ganda. Di bawah ini
diterangkan beberapa sumber kemasukan wang yang diharamkan oleh Islam, di
antaranya ialah : (1) baiul
gharari (2) penjualan yang menolong kemaksiatan dan najis,
(3) perniagaan kotor, (4) penjualan dengan
tipuan, (5) mengatasi jualan orang lain, (6) mengatasi tawaran
orang lain, (7) Talaqir Rukban, (8) Baiu Haadirin
Libaadin, (9) bai an-najsy, (10) nai nitajinitaj, (11) ihtikar.
2.2
Baiul gharari
Iaitu segala bentuk
jualbeli yang mendatangkan kemudaratan, kerugian, bahaya atau sakit hati
orang lain. Penegahan ini
berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah katanya:
Ertinya :
Rasulullah
menegah daripada jualan
berbahaya dan jualan secara melontar
anak batu.
Termasuklah penjualan barang-barang yang entah di mana
barang-barang yang tidak diketahui besar kecilnya, baik buruknya, tidak
diketahui masa menerimanya, barang yang
belum sempurna milik penjualnya, menjual ikan di dalam
sungai, burung di udara, anak
binatang di dalam
perut, menjaul sehelai kain
di dalam beberapa helai kain yang tidak dapat dilihat, menjual seekor
biri-biri di dalam kumpulan yang ramai dan lai-lain sebagainya yang
mendatangkan bahaya dan kerugian.
2.3
Penjualan Yang Menolong Kemaksiatan dan Najis
begitu juga dilarang segala bentuk penjualan yang menolong kepada
kemaksiatan dan menjual
benda-benda najis, berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan
daripada Jabir Ibnu Abdullah r.a. :
Ertinya :
Daripada Jabir bahawa
ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
pada tahun pembukaan kota Mekah sedang ia berada
di Mekah sedang ia berada di
Mekah: “Bahawa Allah dan rasulNya mengharamkan jualan arak, bangkai,
babi dan berhala.”
2.4
Perniagaan Kotor
Haram memakan hasil-hasil perniagaan kotor seperti hasil
persundalan dan sebagainya. Tegahan
ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abi Masud Al-An-Ansari
katanya :
Ertinya :
Rasulullah s.a.w. menegah dari harga anjing dan hasil perempuan
sundal danl upahan tukang nujum.
2.5
Penjualan Secara Tipu
Jualbeli yang mengandungi penipuan
dan pengicuhan seperti penjual sengaja
memperlihatkan barang dagangannya yang baik di sebelah atas dan yang buruknya di sebelah bawah.
Berdasarkan hadis riwayat dari Abi Hurairah r.a. :
Ertinya :
Bahawa Nabi s.a.w. melalui pada suatu longgokan makanan, lalu ia
memasukkan tangannya pada tompokan itu lalu jari-jarinya
terasa basah, baginda pun bersabda : “Apa ini wahai tuan punya
makanan?” Jawabnya : “Ia
terkena hujan wahai Rasulullah.” Sabda
nabi lagi : “Mengapa tidak engkau taruhkan sebelah atas supaya dilihat
orang? Siapa-siapa menipu, bukanlah ia dari golonganku.”
2.6
Mengatasi Jualan Orang lain
Haram menjual di atas orang lain seumpama penjual berkata kepada
orang yang telah membeli barang-barang orang lain yang masih di dalam masa
khiar : “Batalkan permbelian ini
supaya saya menjual kepada saudara dengan harga yang lebih murah.”
Larangan ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar
daripada Nabi s.a.w. bersabda :
Ertinya :
Tidak harus menjual setengah kamu atas jualan setengah.
2.7
Mengatasi Tawaranl Orang Lain
Begitu juga haram mengatasi tawaran orang lain seumpama pembeli
telah bersetuju hendak membeli sesuatu barang, tiba-tiba
datang orang lain menawar dengan harga lebih mahal
daripada itu. Larangan ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Tidak harus menawar seseorang Muslim atas tawaran seseorang Muslim.
2.8
Menyekat Pedagang
Begitu
juga haram menyekat barang-barang dagangan di luar kota dengan
tujuan memborong barang-barang
itu dengan harga yang murah. Umpamanya
seorang peniaga pergi menanti
di mana-mana jalan memborong barang-barang sebelum barang-barang itu
sempat dibawa ke pasar dengan
harga yang jauh lebih murah
dari harga pasaran: Perbuatanl mencari
untung yang
berlebih-lebihan ini adalah haram berdasarkan hadis
daripada Ibnu Masud daripada Nabi s.a.w. :
Ertinya :
Bahawanya ia
menegah daripada menemui
jualan-jualan.
Dan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. katanya :
Ertinya :
Rasulullah menegah pergi menyusun pedagang-pedagang.
2.9
Jualbeli Haadirin Libaadin
Ialah juabeli antara orang kota dengan orang desa hukumnya haram
iaitu seperti seorang desa datang ke kota membawa barang-barang
dagangan yang diperlukan di kota untuk dijual.
Tetapi ia tidak mengetahui harga pasaran pada masa itu.
Saudagar kota segera mengambil peluang menyuruhnya tinggalkan saja
barang-barang itu padanya supaya dapat
ia menjualnya sedikit demi sedikit dengan
harga yang lebih mahal.
Perbuatan yang seperti ini adalah haram berdasarkan kepada hadis
daripada Jabir katanya :
Ertinya :
Tiada harus menjual
orang kota bagi orang desa,
biarkan orang-orang memberi
rezeki oleh Allah, setengah mereka daripada setengah.
2.10
Jualbeli Najsy
Iaitu jualan dengan cara menaik-naikkan
harga dengan tujuan menipu
umpamanya penjual telah berpakat dengan seseorang yang pura-pura hendak
membeli barangnya, tetapi
sebenarnya ia tidak hendak membelinya, cuma untuk menipu dan
mengelirukan orang ramai sahaja.
Perbuatan ini dilarang berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Umar
r.a. :
Ertinya :
Sesungguhnya Rasulullah menegah daripada
jualbeli najsy.
2.11
Jualbeli Anak Dalam Kandungan
Ialah menjual keturunan anak ternakan yang masih dalam kandungan,
seperti dikatakan: “Bila lembuku
ini melahirkan anak yang
di dalam kandungannya
ini dan anaknya itu beranak pula,
kujualkannya anaknya itu.” Penjualan
yang seperti ini mungkin terjadi dan tempah menempah pembelian anaknya
akan berlaku bila ternakan-ternakan itu baka keturunan baik.
Orang-orang Arab di zaman dahulu pernah menjual keturunan
anak-anak unta yang masih di dalam kandungan. Hukumnya haram
dan tidak sah, berdasarkan hadis daripada Ibnu Umar :
Ertinya :
Bahawa Nabi s.a.w. telah menegah dari jualan anak bagi yang bunting.
2.12 Ihtikar
Ihtikar ialah menyimpan barang-barang keperluan orang
ramai dengan tujuan hendak menjualnya dengan harga yang lebih mahal
supaya mendapat keuntunganl
yang berlipat-ganda. Perbuatan
yang seperti ini merupakan penindasan yang menyebabkan
orang ramai mengalami kesulitan dan kesusahan. Perbuatan ini dilarang berdasarkan hadis daripada Makmari bin
Abdullah r.a. katanya: “Telah bersabd Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Siapa-siapa melakukan ihtikar dia adalah salah.
2.13
Jualan Lelong
Adapun jualan secara lelong, hukumnya harus berdasarkan hadis
daripada Anas bin Malik :
Ertinya :
Bahawa Rasulullah pernah menjual pelana dan mangkuk, dan katanya :
“Siapa mahu membeli pelana dan mangkuk ini?”
Jawab seorang lelaki : “Saya mengambil
kedua-duanya dengan satu dirham.”
Maka Nabi s.a.w. berkata : “Siapa mahu lebih
atas satu darham ?” Maka
seorang lelaki memberikan dua dirham kepada Nabi, lalu Nabi menjual
kedua-duanya kepadanya.”
BAB III
JUALBELI YANG
TERLARANG
3.0
Dari keterangan-keterangan
umum perniagaan haram dalam
bab yang telah lepas, jualbeli
atau perniagaan yang diharamkan, terbahagi kepada dua bentuk pengharaman
iaitu :
1.
haram tetapi sah akadnya
2.
Haram dan tidak sah akadnya
3.1
Haram Tetapi Sah
Akadnya
Di antara jualbeli haram tetapi sah akadnya, ialah :
1. Menjual
sesuatu yang terang-terang akan dipergunakkan oleh pembelinya untuk tujuan
maksiat.
2. Penjualan
secara kecoh, seperti penjual sengaja memperlihatkan barang-barang yang
baik di sebelah atas, sedangkan di bawahnya terdapat barnag-barang yang
buruk.
3. Jualbeli
dengan cara mengatasi jualan orang lain sebagaimana yang telah diterangkan
pada 2.6
4. Jualbeli
dengan mengatasi tawaran orang lain sebagaimana yang telah diterangkan
pada 2.7
5. Jualbeli
talaqir rukban (menyusung pedagang keluar
kota), sebagaimana yang telah diterangkan pada 2.8
6. Jualbeli
di antara orang kota dengan
orang-orang desa sebagaimana
yang telah diterangkan pada 2.9.
7. Jualbeli
najsyin (menaik-naikkan harga) sebagaimana yang telah diterangkan pada
2.10.
8. Melakukan
ihtikar ke atas barang-barang keperluan orang ramai dengan tujuan hendak
menjualnya dengan harga yang lebih mahal, sebagaimana yang telah
diterangkan pada 2.12.
Demikianlah di antara jualan-jualan haram tetapi sah akadnya. Oleh yang demikian hendaklah berhati-hati
dalam menjalankan urusan perniagaan supaya tidak terlibat
dengan urusan jualbeli yang diharamkan itu.
3.2
Haram Lagi Tidak Sah Akadnya
Di antara jualbeli yang diharamkan lagi tidak sah akadnya, ialah :-
1. Menjual
air benih haiwan ternakan, hukumnya haram dan tidak sah akadnya kerana
bukan saja tidak diketahui kadarnya, tetapi juga tidak dapat menerimanya.
Tetapi dalam urusan pembiakan ini menurut mazhab Hanbali harus
mempersewakan jantan ternakan
dalam tempoh masa yang tertentu. Tetapi sebaik-baiknya tuan punya haiwan tersebut
meminjamkannya saja kepada
pihak yang berkehendakan pembiakan itu dan cara inilah yang dianjurkan
oleh Islam.
2. Begitu
juga haram dan tidak sah menjual anak haiwan yang masih di dalam kandungan
ibunya. Begitu juga tidak sah jika menjual salah satunya saja.
Jika menjual haiwan yang bunting, termasuklah anaknya sekali yang
di dalam kandungannya itu.
3. Tidak
sah menjual buah-buahan yang masih di pokok kecuali setelah nyata baiknya.
Umpamanya buah-buahan yang sedang memutik muda, tidak harus
menjualnya kerana buah-buahan dalam waktu yang demikian
sering gugur dan busuk. Kecuali
setelah kelihatan baik dan tua. Sabda
Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Jangan kamu menjual buah-buahan sehingga nyata bainya.
4. Tidak sah menjual dengan bersyarat
seperti kata penjual : “Saya jualkan motokar ini kepada saudara dengan
harga $5,000.00 dengan syarat saudara
jualkan rumah saudara itu kepada saya dengan harga ….”
5. Tidak
sah menjual dengan syarat hutang umpamanya
kata penjual” “Saya jualkan basikal ini kepada saudara dengan
harga $200.00 dengan syarat saudara
memberi hutang wang
kepada saya sebanyak $100.00” dan sebagainya.
6. Tidak
harus menjual daging dengan binatang sama
ada dari jenis yang boleh dimakan atau bukan jenis yang boleh
dimakan seperti menjual daging lembu dengan biri-biri atau lainnya seperti
menjual daging biri-biri
dengan hamar, berdasarkan riwayat Al-Hakim bahawa
Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Ia menegah dari dijual biri-biri
dengan daging.
7. Tidak
sah menjual barang-barang yang tidak boleh diterima seperti burung di
udara, ikan di dalam laut atau sebagainya.
8. Tidak
sah menjual barang-barang yang baru dibeli sebelum menerimanya kerana
barang yang seperti itu belum lagi menjadi miliknya yang sempurna.
Demikianlah di antara beberapa bentuk penjualan yang
diharamkan dan tidak sah akadnya.
Oleh yang demikian sayugialah bagi setiap orang mengetahui
bentuk-bentuk jualan yang tersebut
agar tidak terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang diharamkan itu.
BAB IV
KHIAR
4.0
Definasi
Khiar ertinya pemilihannya, iaitu hak memilih bagi penjual dan
pembeli sama ada jualbeli itu hendak diteruskan ataupun tidak.
Pembeli menarik kembali wangnya dan penjual menarik balik barangnya.
4.1
Hukum Khiar
Melakukan khiar adalah harus mengikut syarat-syaratnya yang
tertentu. Penjual dan pembeli
harus melakukan khiar selagi
kedua-duanya belum berpisah. Hukum
ini berdasarkan kepada hadis
yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, berkata ia : Rasulullah telah
bersabda :
Ertinya :
Penjual dan pembeli harus melakukan
khiar selagi kedua-duanya
bersikap benar dan
menerangkan, diberkati bagi kedua-duanya pada jualbeli kedua
mereka, dan jika kedua-duanya menyembunyikan dan berbohong,
dimusnahkan keberkatanl jualbeli keduanya itu.
4.2
Hikmat Pengharusan
Khiar
Di antara hikmat-hikmat mengharuskan khir, dapat disimpulkan
seperti berikut :
1.
Supaya kedua-dua pihak merasa puas hati dalam urusanl jualbeli.
2.
Untuk mengelakkan tipu menipu dalam urusan jualbeli
3.
Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak.
4.3
Jenis-jenis Khiar
Khiar ada tiga jenis, iaitu :
1.
Khiar Majlis
2.
Khiar Syarat
3.
Khiar Aib (cacat)
4.4
Khiar Majlis
Khiar majlis ialah khiar yang dilakukan sebelum penjual dan pembeli
berpisah ke mana-mana. Selagi belum berpisah, penjual atau pembeli boleh melakukan
khiar walaupun tanpa sesuatu
sebab, tak kira berapa lama
mereka berada di majlis atau tempat akad itu ; atau mereka sama-sama keluar pergi ke mana-mana.
Maka tidak boleh dilakukan khiar lagi jika :
1.
Kedua-duanya sudah berpisah
2.
Sudah menggunakan barang itu sebagai membuktikan jualan itu sudah
selesai
3.
Ada sesuatu bukti yang menunjukkan jualan itu sudah selesai.
4.5
Khiar Syarat
Penjual
dan pembeli boleh membuat syarat ketika akad jualbeli dalam tempoh
tidak lebih daripada tiga
hari, seperti kata penjual : “Saya jual barang ini kepada saudara dengan
syarat saya boleh khiar dalam
tempoh tiga hari.” Jawab
pembeli: “Saya beli barang
ini dengan syarat tersebut.” Dalam
tempoh yang tersebut itu, berhaklah pihak-pihak yang membuat syarat
itu melakukan khiar, penjual berhak menarik kembali barangnya, dan pembeli
berhak menarik balik wangnya. Inilah yang dikatakan khiar syarat.
4.6
Khiar Aib
Jika barangyang dijual atau harganya didapati
cacat yang mengurangkan nilainya, haruslah pembeli atau penjual
melakukan khiar dengan syarat :
1.
Kecacatan itu berlaku sebelum daripada akad atau
selepas akad tetapi sebelum diterimanya oleh pembeli atau penjual.
2.
Hendaklah segera menyerahkan kembali barang atau harga yang cacat
itu.
Bila terdapat kecacatan yang mengurangkan nilainya itu, bolehlah dilakukan
khiar walaupun tidak ada dibuat syarat khiar terlebih dahulu.
Jadi bila diketahui ada kecacatan, hendaklah
segera menyerahkan kembali barang kepada
penjual atau harga kepada
pembelinya. Tetapi jika lengah, tidak harus lagi melakukan khiar.
Inilah yang dikatakan khiar cacat.
BAB V
RIBA
5.0
Definasi
Kata “riba” bererti
bertambah, subur atau lebih. Di
antara pengertian atau definasinya menurut hukum syarak ialah :
1.
Akad bagi membuat pertukaran barang yang tertentu tidak diketahui
persamaannya mengikut kiraan syarak ketika akad atau diketahui
persamaannya tetapi dengan
menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah satunya.
2.
Pertambahan pada pertukaran emas dan perak juga pada jenis-jenis
benda makanan.
5.1
Hukum Perbuatan Riba
Perbuatan riba hukumnya haram dan berdosa besar. Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan
haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut :
Ertinya
:
Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan
riba.
Ertinya
:
Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan
tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu
orang beriman Daripada Ibni Masud.
Ertinya
:
Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan riba, pemberinya, saksinya
dan juru tulisnya. Daripada
Jabir r.a.
Ertinya
:
Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba, pemberinya, juru tulisnya,
saksinya dan ia berkata : “Mereka itu sama sahaja.”
5.2
Hikmat Pengharaman Riba
Islam mengharamkan
riba kerana akibatnya terlalu buruk terhadap
anggota masyarakat. Riba
merupakan penindasan dan pemerasan setengah orang-orang
kaya terhadap orang-orang
miskin. Setengah-setengah
orang menganggap riba sama
saja dengan jualbeli kerana
kedua-duanya sama-sama mendatangkan keuntungan. Anggapan
ini jauh terpesong dari hakikat yang sebenarnya.
Anggapan ini jauh terpesong dari hakikat yang sebenarnya. Kedua-dauanya
jauh berbeza. Jualbeli
diharuskan kerana mendatangkan faedah yang besar kepada masyarakat.
Walaupun
ia mendatangkan keuntungan yang berlipat-ganda, namun ia juga terdedah
kepada kerugian, kadang-kadang mendatangkan keuntungan dan kadang-kadang
mendatangkan kerugian. Hal
ini berlainan sekali dengan riba kerana
ianya sekali-sekali tidak
terdedah kepada kerugian, malah sentiasa mendatangkan keuntungan.
Dalam masyarakat kita bukan sedikit
orang-orang yang berhutang kepada ceti-ceti, bergadai kepada pajak-pajak
gadai secara riba telah kehilangan kebun getah, tanah padi dan sebagainya
kerana tidak sanggup membayar hutang, membayar bunga, membayar
faedah (interest) yang
dikenakan berlipat-ganda ke atas mereka.
Sebaliknya pihak pemakan riba bertambah kaya-raya
dan senang-linang. Pendeknya perbuatan
riba merupakan suatu
penindasan dan cengkaman yang amat buruk terhadap anggota masyarakat.
Di akhirat kelak mereka akan mendapat hukuman daripada Allah.
Firman Tuhan :
Ertinya
:
Orang-orang yang memakan riba, tidak berdiri, melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk syaitan, yang demikian
kerana mereka berkata :
jualbeli itu seperti riba, dan Allah menghalalkan jualbeli dan
mengharamkan riba.
Dari huraian di atas, dapat ditarik beberapa kesimpulan seperti
berikut :
1. Riba merupakan
pemerasan dan penindasan yang terkutuk.
2. Riba
menghilangkan rasa tolong menolong di antara satu sama lain.
3. Riba
menambahkan kemelaratan dan
kesusahan ke atas orang-orang susah dan miskin.
4. Riba menanamkan
semangat tamak haluba kepada orang-orang
yang berada dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya menimbulkan semangat
kebencian dan hasad dengki di
dalam hati orang-orang miskin.
5.
Orang-orang yang menjalankan perbuatan riba, di akhirat kelak akan
menerima hukuman berat daripada Allah.
Kerana keburukan-keburukan itulah, Islam mengharamkan perbuatan
riba dan mengutuk keras ka atas orang-orang yang terlibat dalam urusan
riba.
5.3
Benda-benda Riba
Benda-benda yang terdapat padanya riba adalah sebagaimana tersebut
dalam hadis yang diriwayatkan daripada
Ubadah bin Al-Samit
daripada Nabi s.a.w. berkata ia :
Ertinya :
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair
dengan syair, tamar dengan tamar, garam dengan
garam, sama-sama banyak
dengan tunai, maka jika berlainan jenis-jenis
ini, maka juallah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki jika dengan tunai.
5.4
Ilat Pengharaman
Dari sabda
Rasulullah s.a.w. yang
tersebut pada 5.3 itu, secara garis kasarnya, benda-benda riba
tercantum dalam dua perkara,
iaitu :
1.
Benda-benda makanan
2.
Emas dan perak
Jadi benda-benda riba itu bukanlah hanya terkhas kepada
enam perkara benda-benda yang tersebut pada 5.3 itu sahaja.
Benda-benda yang tersebut itu hanyalah sebagai dasar illat
pengharaman sahaja. Syafii
menetapkan illat pengharaman benda-benda makanan ialah ‘makanan’
; illat pengharaman emas dan
perak ialah kerana kedua-duanya itu merupakan
“nilai bagi sesuatu”.
Tetapi Hanafi menetapkan illat pengharamannya ialah “sukatan dan
timbangan”.
5.5
Jenis-jenis Riba
Riba terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1. Riba
An-Nasiah : Riba yang dibayar lebih kerana bertangguh pembayarannya.
Riba jenis inilah yang banyak terjadi di kalangan masyarakat kita.
2. Riba-Fadzl
: Iaitu riba yang dibayar lebih pada satu pihak penukaran seperti
ditukar segantang beras
malinja dengan dua gantang beras yang lain.
3. Riba-Yad
: Iaiti riba yang dibayar lebih kerana tidak berterimaan di dalam majlis
akad.
5.6
Syarat-syarat Penjualan Barang-barang Riba
Tidak harus menjual barang-barang jenis riba sesama jenisnya dan
yang bukan sesama jenisnya
kecuali dengan syarat-syarat seperti berikut :
1.
Sesama jenisnya :
Jika
dijual barang-barang
makanan dengan makanan sesama jenisnya
seperti gandum dengan gandum, beras dengan beras, dan juga jika
dijual emas dengan emas,
perak dengan perak, disyaratkan tiga
perkara, iaitu :
(a)
Hendaklah bersamaan kedua-duanya pada sukatan / timbangan
(b)
Hendaklah dengan tunai
(c)
Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad.
2.
Tidak sesama jenisnya :
Jika
dijual benda-benda tidak
sesama jenisnya seperti gandum dengan beras, gandum dengan syair,
emas dengan perak, disyaratkan dua perkara, iaitu :
(a)
Hendaklah dengan tunai
(b)
Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad
Ertinya
jika dijual barang-barang bukan sesama jenisnya, boleh berlebih kurang di antara satu sama
lain.
5.7
Benda-benda Yang Berlainan Bangsa
Bagi benda-benda yang
berlainan bangsa dan jenisnya seperti padi dengan wang, beras
dengan kain atau sebagainya, tidak dikenakan apa-apa
syarat padanya.
Sekianlah sahaja beberapa perkara mengenai riba.
Termasuk juga dalam golongan riba jika diberi hutang dan
disyaratkan membayar lebih kepada tuan hutang.
Oleh kerana perbuatan riba ini amat merbahaya dan terkutuk,
wajiblah setiap orang berhati-hati dalam menjalankan segala jenis urusan
muamalat.
BAB VI
JUAL SALAM
6.0
Definasi
Menurut istilah hukum syarak,
jual salam ialah menjual sesuatu
benda yang belum ada di hadapan mata,
tetapi ditentukan sifat-sifat dan kadarnya.
6.1
Syarat-syarat Barang Yang Dijual Salam
Sesuatu barang atau benda hendak dijual secara salam itu
disyaratkan :
1. Boleh
dianggarkan sifatnya, ertnya ada sifat-sifat yang boleh dibuat anggaran
dan perbezaan dengannya.
2. Tidak
bercampur dengan benda-benda lain
yang menyebabkan sukar hendak membuat
anggarannya.
3. Barang
itu hendaklah tidak tertentu. Tidak
boleh seperti kata penjual :
“Saya jual salam kain ini kepada saudara.”
4. Barang
itu tidak berhad pada satu tempat saja.
5. Barang
itu hendaklah sesuatuyang sah dijualbeli.
6.2
Syarat-syarat Sah Akad Jual Salam
Syarat-syarat sah akad jualbeli
salam ialah :
1. Hendaklah
dijelaskan jenis dan sifat-sifat penting bagi barang
yang hendak dijual itu.
2. Hendaklah
dijelaskan juga kadarnya.
3. Hendaklah
ditetapkan masa tempoh untuk mendapatkannya.
4. Hendaklah
barang itu boleh didapati bila sampai tempoh yang ditetapkan.
5. Hendaklah
barang itu biasa didapati, bukan jarang-jarang didapati.
6. Hendaklah
ditetapkan tempat menerimanya.
7. Hendaklah
dibayar tunai harganya.
8. Akad
jualbeli ini terus berjalan
kuatkuasanya, ertinya tidak sah jika disyaratkan khiar.
6.3
Peringatan
1.
Bila diserah barang itu sebagaimana yang disifatkan di dalam
akadnya atau lebih baik lagi, wajiblah menerimanya.
2. Kalau
barang itu terkurang dari apa yang telah disifatkan, harus menerimanya,
tetapi tidak wajib.
6.4
Hikmat Jual Salam
Di antara hikmat-hikmat diharuskan jualbeli secara salam ialah :
1. Untuk
memberi kemudahan kepada anggota masyarakat menjalankan urusan perniagaan.
2. Untuk
menanamkan perasaan tolong menolong di antara satu sama lain.
6.5
Budipekerti Dalam Jual Salam
Di antara budipekerti dalam jual salam, ialah :
1. Masing-masing
hendaklah bersikap jujur dan tulus ikhlas serta hendaklah amanah dalam
perjanjian-perjanjian yang telah dibuat.
2. Penjual
hendaklah berusaha memenuhkan syarat-syarat yang telah ditetapkan itu.
3. Pembeli
janganlah cuba menolak barang-barang yang telah dijanjikan itu dengan
membuat berbagai-bagai alasan palsu.
4. Sekiranya
barang yang dibawa itu terkurang sedikit daripada syarat-syarat yang telah
dibuat, masing-masing hendaklah bertolak ansur dan mencari keputusan yang
sebaik-baiknya.
BAB VII
RAHNUN (GADAIAN)
7.0
Definasi
Rahnun perkataan Arab.
Dari sudut bahasa bererti : kekal, tetap dan tahan.
Kata “rahnum” diekwivalenkan
dengan kata “gadaian” dalam bahasa Malaysia, ertinya menurut bahasa
ialah mempertaruhkan sesuatu umpamanya menggadai nyawa, menggadaikan
tanahair dan sebagainya.
Menurut istilah hukum fekah atau
hukum syarak kata “rahnum” atau “gadai”
itu ialah : menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada
sesuatu hutang buat menjelaskan hutang
itu ketika tidak kuasa membayarnya.
7.1
Dalil Gadaian
Hukum bergadai adalah harus iaitu harus bergadai dengan sesuatu
atau apa-apa barang yang sah
diperjualbelikan. Ertinya
apa-apa barang atau
sesuatu yang sah dijual maka sahlah digadai.
Dalil asal sebelum ijmak yang menunjukkan keharusan bergadai ini
ialah :
1.
Firman Tuhan :
Ertinya :
Dan jika kamu dalam perjalanan dan tidak memperolehi jurutulis,
hendaklah kamu menerima gadaian.
2.
Riwayat daripada Anas katanya :
Ertinya :
Rasulullah s.a.w. menggadaikan baju rantai di sisi Yahudi di
Madinah dan baginda mengambil daripadanya gandum untuk keluarganya.
3.
Daripada Aisyah r.a. :
Ertinya :
Bahaya Nabi s.a.w. telah membeli daripada seorang Yahudi makanan
kepada suatu tempoh, dan baginda menggadaikan kepadanya baju rantai
kepunyaannya yang diperbuat daripada besi.
7.3
Gadaian Dalam Islam
Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan
perbelanjaan tetapi kadang-kadang
orang-orang yang berkemampuan tidak sanggup hendak memberi hutang kepada
seseorang yang dipercayainya
kecuali dengan sesuatu cagaran. Dengan
adanya cagaran itu, hutang yang diberikan itu akan terjamin dan terselamat.
Memandangkan kepada keadaan inilah Islam mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang
dengan meletakkan suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin
pembayarannya bila mana sampai tempohnya kelak.
Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak merasa apa-apa keraguan
lagi kerana bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang
berhutang itu tidak sanggup menjelaskannya, pemberi hutang yang memegang
gadaian itu boleh menjualnya dan mengambil harganya
sekadar yang telah diperhutangkannya.
Umpamanya Ramzi memerlukan wang sejumlah
$3,000.00. Untuk
mendapat wang sejumlah tersebut ia terpaksa berhutangl
daripada Fakhri dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu
sebagai cagaran kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila
ia tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh yang
telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika
harganya lebih mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang
selebihnya itu hendaklah diberikan kepada
Ramzi kerana ianya adalah kepunyaan Ramzi.
Muamalat hutang dengan cagaran sebagaimana yang tersebut
di atas inilah dikatakan rahnun
(gadai). Ramzi yang
memerlukan wang itu dinamakan rahin (penggadai).
Fakhri yang memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang gadai). Kebun yang dicagarkan itu dinamakan marhun (yang digadaikan).
Wang sebanyak $3,000.00 itu dinamakan marhun bih (hutang gadaian).
Muamalat cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai
dan si pemegang gadai.
7.3
Rukun-rukun Gadaian
Dari keterangan-keterangan
di atas nyatalah, rukun-rukun gadaian itu empat perkara iaitu :-
1. Rahin
dan murtahin (penggadai dan pemegang gadai).
Kedua-duanya hendaklah:
(a) Keahlian mengurus hartanya
(ahliyatut Tabaru). Dengan
syarat ini, penjaga, bapa atau lainya, tidak boleh menggadaikan harta
kanak-kanak dan harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa atau ternyata
ada keuntunganya.
(b) Akil baligh: tidak sah
bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.
(c) Tidak dipaksa : melakukan
gadai mestilah dengan kehendak sendiri.
Tidak sah jika dipaksa.
2. Barang
yang digadai – barang-barang yang digadai hendaklah barang-barang yang
sah diperjualbelikan. Barang-barang
yang tidak sah diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan.
3. Marhun
bih – bayaran atau barang yang
diberi kepada penggadai itu mestilah hutang yang
dimaklumi. Maka tidak
sah jika tidak berupa hutang seumpama benda yang wajib diganti seperti
barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.
4. Sighah
– tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul.
Syarat-syaratnya sama dengan syarat-syarat
pada urusan berjualbeli. Maka
tidak sah jika diselangi oleh perkataan lain atau berselang lama. Juga tidak sah
jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.
Menurut pendapat setengah ulama, sah bergadai secara unjuk terima,
rida meridai di antara kedua pihak seperti kata orang yang hendak
berhutang: “Berilah hutang
kepada saya sebanyak $500.00
dan saya berikan kepada saudara
grant tanah saya ini sebagai
gadaiannya”. Maka diberikan
wang sebanyak yang tersebut dan pemberi
wang menerima grant itu sebagai cagarannya.
7.4
Tarik Balik Gadaian
Harus bagi
penggadai, menarik balik akadnya atau memasukhkan gadaiannya itu
selagi pemegang gadai atau wakilnya belum
memegang barang gadaian itu. Jika
sudah memegangnya, berjalanlah
kuatkuasa gadaian itu dan
penggadai tidak lagi berhak menarik
balik gadaiannya dan tidak lagi berhak memerintah
yang boleh menghilangkan hak milik hartanya itu seperti hendak
menjual atau mewakafkannya atau sebagainya.
7.5
Menggunakan Barang Gadaian
Sesungguhnya barang yang digadai itu adalah masih
menjadi hak kepunyaan penggadai.
Oleh yang demikian
penggadai (rahin) harus mengambil faedah daripada apa yang digadainya
itu jika tidak mengurangkan nilai harganya seperti menunggangi
haiwan, mendiami rumah atau sebagainya.
Bahkan ia boleh memberi sewa sekiranya diizinkan oleh pemegang
gadai.
Adapun pemegang gadai, tidak harus ia mengambil faedah daripada
barang gadaian itu atau menggunakannya.
Tetapi ada setengah-setengah
ulama mengatakan harus sekiranya diizinkan
oleh orang yang menggadai. Jadi,
sekiranya pemegang gadai mengambil munafaat dari barang gadaian itu,
sayugialah penggadai dengan tulus ikhlas dan bersih hati menghalalkan
faedah-faedah barang gadaian itu sebagai mengenang budi di atas
pertolongannya memberi hutang kepadanya itu.
Dengan cara ini juga, terhindar dari bahaya riba. Jika ditinjau dari sudut
kemanusiaan, pemegang gadai kurang elok mengambil faedah dari
barang gadaian, kerana jika demikian, hilanglah semangat memberi pertolongan kepada orang-orang yang berhajat atau
dalam kesusahan itu.
7.6
Perbelanjaan Ke Atas Barang Gadaian
Jika barang gadaian itu berkehendakan perbelanjaan seperti
makan minum ternakan, menyiram pokok-pokok
yang digadai atau
sebagainya, maka segala perbelanjaan
itu adalah tertanggung ke atas penggadai (rahin), bukannya ke atas
pemegang gadai (murtahin).
7.7
Rusak Barang Gadaian
Pemegang gadai merupakan pemegang amanah ke atas barang yang
digadaikan kepadanya. Ia
bertanggungjawab menjaganya dengan penuh perhatian.
Jadi, jika berlaku kerosakan yang
tidak sengaja, tidaklah dikenakan apa-apa gantian ke atasnya.
Kecuali jika berlaku kerosakan dengan sebab kecuaian atau
ketaksirannya, wajib pemegang gadai menggantikannya.
Dan kerosakan yang berlaku ke atas barang gadaian itu tidak
sedikitpun menggugurkan hutang.
BAB VIII
SYARIKAT (PERKONGSIAN)
8.0
Definasi
Kata syarikat menurut bahasa bererti : bersekutu, bercampur atau
berkongsi. Kata
syarikat ini telah menjadi bahasa Malaysia
dan sudah begitu lumrah penggunaannya baik dalam percakapan mahupun dalam
penulisan sehari-hari. Umpamanya
: syarikat kerjasama, syarikat serbaguna, Amerika Syarikat dan lain-lain
lagi.
Menurut istilah hukum fekah, yang dimaksudkan dengan syarikat itu
ialah “Perjanjian yang menetapkan hak dalam sesuatu bagi dua orang atau
lebih.”
8.1
Dalil Harus Bersyarikat
Mengadaikan syarikat atau perkongsian dalam
sesuatu, perusahaan, perniagaan, perindustiran atau sebagainya adalah
merupakan suatu usaha yang amat baik dan sangat-sangat
digalakkan terutamanya dalam usahanya atau projek yang besar yang
sukar hendak dijalankan
secara perseorangan. Untuk
menjayakan sesuatu syarikat, setiap anggota dan kakitangan yang
berkhidmat dengannya hendaklah sentiasa bersifat amanah, jujur dan ikhlas
dalam mengendalikannya. Jika
tidak, syarikat itu akan musnah dan bangkrap.
Dalil asal sebelum ijmak mengenai syarikat ini ialah :-
1.
Firman Tuhan :
Ertinya :
Ketuhanan
bahawa sesuatu yang kamu rampas dalam medan peperangan adalah seperlimanya
untuk Allah, rasulNya kaum kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan orang musafir.
2.
Perkhabaran dari As-Saib bin Yazid:
Maksudnya :
Bahawa adalah ia bersyarikat dengan
Nabi s.a.w. sebelum dibangkit menjadi rasul dan ia berbangga dengan
syarikatnya selepas kebangkitan.
3. Juga
sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya :
Allah
subhanahu wataala berfirman : “Aku yang ketiga dalam dua orang
yang bersyarikat selama tidak mengkhianati salah seorang
anggotanya terhadap rakan perkongsiannya, maka apabila ia mengkhianatinya aku pun keluar daripada keduanya
itu.
8.2
Hikmat Pengharusan Syarikat
1.
Memberi kemudahan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan terutama
pekerjaan yang tidak dapat dijalankan
secara perseorangan.
2. Untuk
menguatkan perhubungan di antara satu sama lain.
3. Menggalakkan
anggota masyarakat supaya hidup bersatu
dan bekerjasama di antara satu sama lain.
8.3
Jenis-jenis Syarikat
Syarikat terbahagi kepada empat jenis iaitu
:
1. Syarikat
badan : Iaitu berkongsi tenaga dan usaha dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan
dengan dibahagi sama
pendapatan atau kehasilannya.
2. Syarikat
mufawadah : Iaitu berkongsi usaha atau harta dalam sesuatu
pekerjaan ; dan masing-masing ahli akan membayar jika berlaku
kerugian.
3. Syarikat
wujuh : Iaitu berkongsi mendapat keuntungan
bersama daripada hasil perniagaan yang dilakukan oleh masing-masing dengan
modal sendiri-sendiri.
4. Syarikat
inan : Iaitu berkongsi mengeluarkan modal untuk sesuatu perusahaan
dengan dibahagi keuntungan menurut
kadar modal yang dikeluarkan.
Menurut mazhab Syafii syarikat inan sahaja yang dikira sah dan
syarikat yang tiga itu
semuanya batal kerana kemungkinan berlaku penipuanl dan kecurangan.
8.4
Rukun-rukun Syarikat Inan
Rukun-rukun syarikat inan empat perkara iaitu :
1. Ahli-ahli
syarikat : Ahli-ahli syarikat hendaklah orang-orang yang layak membuat
atau menerima wakil.
2. Modal
: Hendaklah berupa wang ringgit atau benda-benda yang boleh dicampur
adukkan.
3. Pekerjaan
: Hendaklah pekerjaan yang mendatangkan kebaikan dan keuntungan.
4. Sighah
: Iaitu ucapan yang menunjukkan kebenaran bagi orang yang bersyarikat
menjalankan urusan perniagaan.
8.5
Syarat-syarat Syarikat Inan
Syarat-syarat syarikat inan lima perkara
iaitu :
1. Modal
: Hendaklah berupa wang ringgit atua benda-benda yang boleh dicampur
adukkan. Tidak sah jika
berupa harta benda seperti kain, binatang dan sebagainya.
Tetapi jika benda-benda itu telah diperolehinya secara perkongsian
seperti hasil pusaka atau
sebagainya, dan masing-masing membenarkan untuk diperniagakan, maka sah
bersyarikat benda-benda itu.
2. Modal-modal
hendaklah sama sejenis dan sama sifatnya.
Tetapi tidak dimestikan sama banyaknya.
3. Modal-modal
hendaklah dicampur sebelum akad.
4. Hendaklah
masing-masingnya mengizinkan satu sama lain, di antara
ahli-ahli syarikat sendiri atau kepada orang lain bagi menjalankan
perniagaan.
5. Untung
atau rugi hendaklah dikira menurut modal yang dilaburkan.
8.6
Budipekerti Dalam Persyarikatan
1.
Semua pihak yang berkenaan hendaklah menjalankan semua urusan
dengan jujur dan amanah.
2.
Masing-masing hendaklah bertanggungjawab dalam menjayakan
perjalanan syarikat.
3.
Masing-masing hendaklah berusaha memaju dan meninggikan perjalanan
syarikat.
4. Jika terdapat
sesuatu kekusutan hendaklah segera diselesaikan dengan baik.
Bila masing-masing menjaga perkara-perkara yang tersebut di atas
itu, sudah tentulah perjalanan
sesebuah syarikat itu akan berjalan dengan baik dan terhindarlah
perkara-perkara yang tidak diingini.
BAB IX
SEWA MENYEWA DAN UPAH MENGUPAH
9.0
Definasi
Dalam muamalat secara
Islam, ada suatu muamalat yang dipanggil “Ijarah”, iaitu dengan bahasa
Malaysianya kita panggil “sewa menyewa”.
Menurut definasi syarak, ialah : perjanjian memiliki munafaat yang
dimaklumi dengan bayaran mengikut cara-cara yang tertentu.
9.1
Dalil Sewa Menyewa
Dalil asal sebelum ijmak yang menunjukkan
keharusannya ialah :
1.
Firman Tuhan :
Ertinya :
Jika
mereka menyusukan anak kamu maka hendaklah kamu berikan upahan mereka.
2. Perkhabaran
bahawa Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Bahawa
Rasulullah s.a.w. menegah
daripada berpawah tetapi memerintah dengan melakukan sewa menyewa.
9.2
Jenis-jenis Sewaan
Sewaan ada dua jenis, iaitu :
1. Ijarah
zimmah : Ialah menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan mata sewaktu akad.
Sewaan jenis ini diisyaratkan
tunai pembayarannya dan menerimanya pada majlis akad.
2. Ijarah
ain : Ialah menyewa / mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan mata
sewaktu akad.
9.3
Hikmat-hikmatnya
Di antara hikmat-hikmat sewa menyewa dan upah mengupah ialah :
1. Memberi
kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang mendapat
faedah daripadanya.
2. Menambah
kelapangan bagi tuan ampunya barang dengan beroleh bayaran sewanya.
3. Mengeratkan
perhubungan di antara satu sama lain.
4. Supaya
anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
5. Menggalakkan
pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi kemudahan kepada
pihak-pihak yang kurang mampu.
Urusan sewa menyewa ini merupakan suatu kemudahan yang besar bagi
anggota-anggota masyarakat mendapat keperluan hidup masing-masing. Sebagaimana yang kita ketahui, tidak semua orang memiliki
segala kemudahan dan keperluan hidup, maka dengan adanya urusan sewa
menyewa ini dapatlah masing-masing memenuhi kehendak-kehendak dan
keperluan itu dengan senang.
9.4
Beberapa Contoh
Setiap barang yang sah dijualbeli, mendatangkan munafaat dan kekal
zatnya, sahlah dipersewakan ; dan setiap mereka yang
sah melakukan urusan jualbeli, sahlah bagi mereka menjalankan
urusan sewa menyewa ini. Supaya
lebih terang, cara sewa menyewa dan upah mengupah, di bawah ini
diterangkan contoh-contohnya :
1.
Norizan mengupah Salwani
menyusui anaknya dengan bayaran sebanyak $100.00 sebulan.
Norizan dinamakan “orang yang mengupah”, Salwani, dinamakan
“orang yang mengambil upah”. Bayaran
$100.00 itu dinamakan upah.
2.
Muliawan telah menyewa sebuah motokar dari Kota Bharu hendak pergi
ke Kuala Lumpur dengan bayaran sebanyak $80.00.
Muliawan dinamakan “yang menyewa – mustakjir”.
Wang sebanyak $80.00 itu dinamakan “sewa- ujrah” dan tuan punya
motokar itu dinamakan “pemberi sewa – mukjir”.
3.
Encik Nasim menyewa sebuah rumah kepunyaan Encik Salbini dengan
sewa sebanyak $50.00 sebulan. Encik
Nasim dinamakan “yang
menyewa – mustakjir” Salbini dinamakan “pembeli sewa – mukjir”
dan wang bayaran itu dinamakan sewa – ujrah”.
9.5
Rukun Sewa Menyewa
Rukun sewa menyewa / upah mengupah empat
perkara iaitu :
1.
Pemberi sewa dan yang menyewa.
2.
Bayaran sewa.
3.
Munafaat atau faedah
4.
Sighah, iaitu ucapan orang yang memberi sewa dan orang yang menyewa,
seperti : “Saya sewakan rumah ini kepada
saudara dengan bayaran $100.00 sebulan.
Jawab orang yang menyewa : “Saya menyewanya dengan bayaran
sebanyak yang tersebut.”
9.6
Syarat Sewa Menyewa
Syarat-syarat sewa menyewa / upah mengupah ialah :
1. Zat barang yang
disewa hendaklah kekal dalam tempoh perjanjian sewa.
Tidak sah menyewa
sesuatu yang tidak kekal
zatnya seperti lilin, sabun atau sebagainya.
2. Boleh diambil
faedah yang bernilai dari barang yang disewa.
Tidak sah menyewa barang yang
munafaatnya tidak bernilai seperti menyewa buah cempedak atau
durian sekadar menciumi baunya. Begitu
juga tidak sah menyewa sesuatu yang belum terjamin faedahnya seperti
menyewa lembu jantan untuk mendatangi
lembu betina bagi mengambil
bakanya, kerana faedahnya
belum terjamin.
3.
Bayaran sewa hendaklah diketahui jenis, kadar dan sifatnya.
4.
Tentukan masa bagi barang-barang yang boleh ditentukan.
5.
Tentukan kerja-kerja yang hendak dilakukan.
6.
Barang yang hendak disewakan itu hendaklah barang yang tertentu.
9.7
Mati Pemberi Sewa atau Yang Menyewa
Kuatkuasa sewaan terus berjalan walaupun
mati salah seorang daripada pemberi sewa atau yang menyewa.
Begitu juga tidak batal sewaan dengan mati kedua-duanya. Ertinya mati tidak membatalkan sewaan sama ada mati salah
seorang daripada mereka atau
kedua-duanya, bahkan terus kekal berjalan kuatkuasanya sehingga habis
tempoh perjanjian yang telah dibuat. Hak menerima munafaat atau
melaksanakannya, atau mengambil ujrahnya – jika belum menerimanya –
adalah menjadi hak waris
kedua pihak.
9.8
Batal Perjanjian Ijarah
Ijarah menjadi batal atau terpasakh dengan sebab rosak atau binasa
semua sekali benda yang disewakan itu. Umpamanya
rumah yang disewakan telah runtuh sama sekali, haiwan tertentu yang
disewakan telah mati, maka terbatallah ijarah yang telah
dibuat itu.
9.9
Sabit Khiar
Jika benda yang disewakan itu hanya rosak setengahnya saja dan
bakinya masih dapat
diambil munafaatnya, seperti runtuh sebelah rumah dan bakinya masih
dapat diduduki, ketika itu
sabit khiar iaitu sama ada mahu diteruskan ijarah ataupun tidak. Begitu juga sabit khiar jika di dapati kecacatan binatang
yang disewa untuk kenderaan
atau rumah yang disewakan itu
telah terlalu buruk.
9.10
Rosak Barang Yang Disewa
Jika rosak atau binasa barang yang disewakan, umpamanya rumah yang disewa telah runtuh
atau terbakar, tidak wajib di atas orang yang menyewanya itu
menggantikannya atau membayar ganti rugi kepada pemberi sewa kerana orang
yang menyewa adalah beramanah di atas barang yang disewanya itu
kecuali jika berlaku kerosakan dengan sebab ketaksiran atau
sengaja dilakukannya, wajib di atas orang yang menyewa itu
menggantikannya
9.11
Rumah Sewa Dijual
Jika rumah yang disewakan itu telah dijualkan kepada orang lain, kuatkuasa perjanjian sewa tetap juga berjalan terus
sehingga habis tempohnya. Dalam
hal yang demikian, orang yang menyewa hendaklah terus berhubung dengan
orang yang membeli rumah itu.
9.12
Budipekerti Dalam Sewa Menyewa
Di antara budipekerti yang mesti dijaga oleh masing-masing pihak
dalam urusan sewa menyewa ini ialah :
1. Masing-masing
hendaklah bertimbang rasa dan jujur.
2. Sempurnakan
janji-janji yang telah dibuat dengan
sebaik-baiknya.
3. Oran
gyang menyewa hendaklah menggunakan barangj itu dengan cermat.
4. Bila
habis tempoh, hendaklah diserah balik barang itu dengan segera.
5. Bayaran
sewa hendaklah dibayar segera apabila sampai waktunya.
6. Bila
orang yang menyewa ditimpa kesukaran, pihak pemberi sewa hendaklah
bertimbang rasa dengan memberi kemudahan atau kelonggaran tempoh
pembayarannya.
BAB X
W A D I A H
10.0
Definasi
Kata ‘wadiah’ bererti ‘pertaruhan’, iaitu sesuatu barang
yang diserah atau diamanahkan kepada
orang lain untuk disimpan
dan dijaganya dengan sewajarnya.
10.1
Dalil Urusan Wadiah
Dalil yang menunjukkan urusan wadiah ini di antara lain ialah
seperti berikut :
1.
Firman Tuhan :
Ertinya :
Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah kepada
tuan punyanya.
2.
Firman Tuhan :
Ertinya :
Tetapi jika seseorang daripada kamu percaya akan seseorang,
hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya, dan
hendaklah ia takut kepada Allah, Tuhannya.
3.
Sabda Nabi s.a.w. :
Ertinya :
Tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayai engkau dan jangan
mengkhianati mereka yang mengkhianati engkau.
10.2
Hikmatnya
Adanya hukum petaruhan ini merupakan suatu kemudahan perlindungan
ke atas harta benda yang berharga. Orang-orang
yang terpaksa pergi keluar negeri umpamanya, dalam
setengah-setengah hal mahu tak mahu terpaksa menyimpan harta benda
dan barang-barang kemasnya pada orang yang dipercayainya.
Supaya perkara-perkara yang tidak diingini dalam soal
penaruhan ini tidak
berlaku Islam memerintah umatnya supaya sentiasa bersifat amanah, jujur
dan ikhlas, penerima petaruhan, mestilah bertanggungjawab ke atas barang
petaruhan yang diamanahkan kepadanya dan hendaklah menyerahkannya
balik kepada tuan ampunya
bila sampai waktunya kelak. Dari
muamalat wadiah ini ternyata di antara hikmat-hikmatnya ialah:
1.
Memberi kemudahan dan keselamatan ke atas harta benda.
2.
Menanam semangat tolong menolong, muhibah dan amanah.
3.
Menanam semangat tanggungjawab dan peri kemanusiaan.
4.
Mengingatkan manusia bahawa setiap orang mempunyai hak-hak dan
tanggungjawab masing-masing
yang mesti ditunaikan dengan sempurna.
10.3
Sebuah Contoh
Supaya lebih terang kedudukan urusan wadiah ini, di bawah ini
diterangkan sebuah contohnya,
iaitu :
Encik Nazari dan isterinya bermaksud akan naik haji ke Mekah.
Semasa pemergiannya itu, beberapa harta bendanya :motosikal, T.V. ,
intan berlian, barang-barang pakaian dan sebagainya, telah diserahkan
semuanya kepada Encik Sulaiman, kawannya, supaya disimpannya dengan baik.
Sekembalinya nanti, semua barang-barang itu akan diambilnya kembali.
Dalam urusan yang seperti ini, Nazari dinamakan “muaddiun –
penaruh”, Encik Sulaiman dinamakan “muaddaun – penerima
taruhan” danl barang-barang itu dinamakan wadiah – pertaruhan”.
10.4
Hukum Menerima Petaruhan
Hukum menerima petaruhan terbahagi
kepada empat, iaitu :-
1. Sunat
– orang-orang yang
menyakini dirinya amanah dan sanggup menjaga petaruhan yang diserahkan
kepadanya, hukumnya sunat menerima petaruhan.
2. Makruh
– orang-orang yang berkuasa memelihara petaruhan, tetapi kurang yakin
dengan amanah dirinya, hukumnya makruh menerima petaruhan.
3. Haram
- orang-orang yang
merasa lemah dan tidak sanggup memelihara petaruhan, hukumnya haram
menerima petaruhan.
4. Wajib
– hukum petaruhan bertukar menjadi wajib apabila tidak ada orang lain
yang lebih dapat dipercayai daripada dirinya sendiri
untuk menerima petaruhan.
10.5 Rukun
Wadiah
Rukun wadiah empat perkara, iaitu :
1.
Muaddiun (penaruh)
2.
Muaddaun (penerima taruhan
)
3.
Wadiah (barang taruhan)
4.
Sighah iaitu ijab dan Kabul, seperti kata penaruh : “Saya
petaruhkan barang-barang ini kepada saudara.”
Jawab penerima : “Saya menerima
petaruhan saudara ini.”
10.6
Hilang Atau Rosak Barang Petaruhan
Orang yang menerima petaruhan adalah beramanah dan bertanggungjawab
ke atas barang petaruhan yang diterimanya.
Oleh yang demikian, jika berlaku kerosakan tidak wajib ia
menggantikannya.
10.7
Rosak Kerana Ketaksiran
Jika berlaku kerosakan atau hilang dengan disengajakan atau kerana
ketaksirannya, wajiblah ia menggantikannya.
Dianggap taksir bila berlaku dalam keadaan, seperti di bawah :
1. Ia
petaruhkan pula petaruhan itu kepada orang lain tanpa sebab yang
diperlukan atau tanpa izin ampunyaya. Jika
berlaku kerosakan, wajib ia menggantikannya sama ada disimpan pada
isterinya, anaknya ataupun orang lain.
Tetapi jika ada keuzuran seumpama hendak musafir, hendaklah
diserahkan kembali petaruhan itu kepada
ampunyanya atau wakilnya. Jika
kedua-duanya tidak didapati,
hendaklah diserahkan kepada hakim. Jika hakim tidak di dapati hendaklah diserahkan kepada orang yang
berkepercayaan.
Jika ia tidak menyerahkan barang petaruhan itu
kepada ampunyanya atau wakilnya, malah terus saja ia menyerahkannya kepada hakim yang adil atau orang yang
berkepercayaan, wajib menggantikannya bila berlaku kerosakan.
Jika sewaktu hendak musafir ia
menanamkan petaruhan itu
tanpa jagaan, wajib ia menggantikannya bila berlaku kerosakan.
Tetapi jika ia telah memberitahu orang yang berkepercayaan supaya
memerhatinya tidak wajib menggantikannya bila rosak.
2. Jika
ia membawa petaruhan
bersama-samanya sewaktu musafir wajib menggantikannya bila berlaku
kerosakan seperti berlaku kebakaran,
tidak wajib menggantikannya dengan syarat tidak berkuasa hendak
menyerahkannya kepada tuan punya atau wakilnya ataupun orang yang
berkepercayaan.
3. Tidak
membuat wasiat. Jika ia
sedang sakit yang serius, hendaklah berwasiat.
Jika berlaku sesuatu yang
tidak diingini tanpa meninggalkan wasiat, wajib
digantikan. Tetapi
jika tidak dapat berwasiat seperti ia dibunuh atau mati terkejut, tidak
dikenakanl gantian.
4. Ia
memindahkan pertaruhan ke suatu tempat tanpa sesuatu sebab yang memaksa,
wajib ia menggantikannya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
5. Cuai
penjagaan – jika berlaku kerosakan disebabkan cuai penjagaannya, wajib
ia menggantikannya.
6. Cuai
penyimpanan – jika berlaku kerosakan dengan sebab cuai penyimpanannya
seperti lambat ia menyimpannya pada tempat yang selamat, wajib ia
menggantikannya.
7. I
mengguna atau memakainya tanpa izin penaruhannya.
Bila berlaku kerosakan, wajib ia menggantikanya.
8. Tidak
menyimpannya sebagaimana yang disuruh.
Bila penaruhnya menyuruh simpan dengan cara
atau pada tempat yang tertentu seperti katanya : “Radio ini
hendaklah disimpan di dalam almari,
tiba-tiba tidak disimpannya di dalam almari, lalu terjadi kerosakan,
wajib ia menggantikannya.
9. Mengingkari
petaruhan. Jika tuan punyanya
menuntut akan petaruhannya, tiba-tiba penerima taruhan mengingkarinya.
Ia adalah pengkhianat dan wajib ia menggantikannya.
10.8 Terlepas
Tanggungjawab Wadiah
Terlepas tanggungan wadiah, apabila
meninggal dunia atau gila
salah seorang daripada penaruh atau penerima taruhan.
Begitu juga apabila penerima taruhan menggugurkan hak tanggungan
ini daripada dirinya.
10.9
Tidak Terikat Masa Mengambil dan Menyerah
Mengambil dan menyerah barang petaruhan
tidak terikat kepada sesuatu
masa yang tertentu. Ertinya
penaruh boleh mengambil
petaruhannya dan penerima taruhan boleh menyerahkan kembali barang
petaruhan itu pada bila-bila masa yang mereka
sukai.
10.10
Pengakuan Penerima Taruhan
Kata-kata atau pengakuan penerima taruhan adalah yang
dipercayai. Jika
penerima taruhan mengatakan
barang petaruhan telah rosak, tanpa menerangkan sebab-sebabnya atau
menerangkan sebab-sebab yang tak dapat dilihat seperti kecurian,
dalam hal seperti ini, kata-katanya itu dapat diterima dengan
bersumpah. Ertinya
tidak wajib ia menerangkan sebab-sebabnya
bahkan wajib ia bersumpah
menyatakan barang tersebut telah rosak tanpa ketaksiran dirinya.
Dan jika ia menerangkan sebab-sebab kerosakan yang dapat dilihat
seperti kebakaran yang sememangnya telah diketahui
umum dan tak mungkin barang petaruhan itu terselamat, dalam hal
yang seperti ini, diterima pengakuannya dengan tidak payah bersumpah
kerana sebab-sebab yang dapat dilihat seperti itu sudah mencukupi akan
kebenaran kata-katanya.
Pendeknya dalam hal petaruhan ini, kata-kata atau pengakuan
penerima taruhan yang dipakai hak dalam soal menerima petaruhan,
mengkembali atau kerosakannya umpamanya ia berkata : “Engkau tidak
menyimpan apa-apa padaku”, atau “telah saya kembalikan barang itu kepada saudara”
atau “barang itu telah rosak dengan tidak ketaksiran saya’.
Dalam masalah ini kata-kata penerima taruhan yang diterima dan dipercayai
dengan bersumpah.