BAB 1
HUKUM JENAYAH
1.0
Dalam
bahagian-bahagian yang telah lepas diterangkan hukum-hukum mengenai
jualbeli, nikah kahwin dan talaq. Dalam
bahagian yang keempat ini akan diterangkan hukum jenayah.
1.1
Definasi
Hukum jenayah, dalam bahasa Inggeris disebut Criminal Law
dan dalam bahasa Indonesia di sebut Hukum Pidana.
Yang dikehendaki dengan kata jenayah mengikut
hukum syarak ialah tiap-tiap perbuatan yang haram kerana merbahaya
terhadap ugama, jiwa raga, akal fikiran, kehormatan atau harta
benda.
1.2
Bahagian Jenayah
Mengikut sarjana-sarjana fiqah, kesalahan-kesalahan ini terbahagi
kepada dua, iaitu :
1.
Kesalahan-kesalahan yang dikenakan hudud.
2.
Kesalahan-kesalahan yang dikenakan qisas.
Dalam buku ini hanya akan diperkatakan beberapa kesalahan bahagian
yang pertama saja iaitu hukum beberapa kesalahan yang dikehendaki oleh
Sukatan Pelajaranl Syariah bagi kursus Sijil Tinggi Persekolahan yang
hanya meliputi kesalahan-kesalahan zina dan seumpamanya dan minum arak
sahaja. Hukum
kesalahan-kesalahan yang lain dan hukum qisas tidak akan disinggung.
Kesalahan-kesalahan Hudud
1.3
Definasi
“Hudud” kata jamak. Mufradnya
“had” erti asalnya ialah : sesuatu yang membatasi antara dua perkara.
Kata Arab (had) inilah juga yang telah terpakai dalam bahasa
Malaysia dengan erti :
1. Batas,
perenggan : kesabaran manusia ada hadnya ; kain disingsingnya had lutut
; had laju yang ditetapkan 35 batu sejam.
2. Hingga sampai,
takat : boleh masuk had serambi sahaja ; had itulah yang terbaca oleh saya. Berhad ertinya
berbatas, berhingga : kekuasaan Tuhan tidak berhad ; syarikat berhad :
syarikat yang
tanggungannya terbatas kepada modal dan hartanya sahaja.
Menurut hukum syarak ialah : hukuman yang tertentu, wajib dikenakan
ke atas orang yang melanggar larangan-larangan yang tertentu.
1.4
Kesalahan-kesalahan Hudud
Kesalahan-kesalahan yang dikenakan hudud ialah : zina, minum arak,
mencuri, merompak, qazaf, murtad, bughah dan lain-lain.
Ke atas siapa-siapa yang melakukan sebarang kesalahan yang tersebut
di atas, dikenakan hukuman had.
Hukum Zina
1.5
Definasi
Zina ialah persetubuhan yang dilakukan di antara lelaki dan
perempuan yang bukan suami isteri yang sah.
Melakukan zina berdosa besar.
Perbuatan zina amat kotor dan keji. Firman
Tuhan :
Ertinya
:
Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu, keji dan
sejahat-jahat jalan.
1.6
Jenis Penzina
Penzina ada dua jenis, iaitu :
1.
Muhsan
2.
Bukan Muhsan
1.7
Muhsan dan Hukumnya
Muhsan ialah orang yang telah pernah
melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah dengan memasukkan
hasafah atau qadarnya ke dalam qabul.
Hukumnya wajib direjam dengan batu yang sederhana sampai mati.
1.8
Syarat-syaratnya
Syarat-syarat perzinaan muhsan ini ialah empat perkara, iaitu :
1. Baligh –
kanak-kanak yang belum baligh tidak dikenakan hukuman
2. Berakal –
orang-orang gila juga tidak dikenakan hukuman.
3. Merdeka –
hamba abdi tidak termasuk golongan muhsan.
4. Tidak pernah
melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah – tidak dikenakan
muhsan orang yang pernah bersetubuh, tetapi bukan dalam perkahwinan yang
sah.
Orang-orang yang mempunyai keempat-empat syarat yang tersebut di
atas sahajalah yang termasuk dalam golongan muhsan.
1.9
Bukan Muhsan
Bukan muhsan ialah orang-orang yang masih dara teruna.
Hukumnya disebat seratus kali dan dibuang daerah selama setahun ke
tempat yang sejauh perjalanan sembahyang qasar, iaitu kira-kira
enam puluh batu Inggeris, atau lebih jauh lagi.
Dalilnya ialah :
1.
Firman Tuhan :
Ertinya
:
Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kedua-duanya didera,
masing-masing seratus dera, janganlah kasihan
belas terhadap kedua-duanya dalam menjalankan ugama Allah, jika
kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya , satu golongan dari
orang-orang mukmin.
2.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Ertinya
:
Gadis dengan teruna, didera seratus kali dan dibuang daerah selama
setahun.
1.10
Hamba Allah
Hamba abdi yang berzina, dihukum setengah hukuman orang-orang
merdeka, iaitu lima puluh sebat. Dalilnya
firman Tuhan :
Ertinya
:
Jika hamba perempuan itu bersuami, tetapi ia berbuat jahat juga,
maka ke atas mereka itu setengah seksaan perempuan yang merdeka.
Demikianlah hukum yang dikenakan ke atas hamba lelaki dan perempuan
yang berzina, iaitu 50 kali sebat. Adapun
berkenaan hukum buang daerah bagi hamba abdi; terdapat
perselisihan pendapat ulama seperti berikut :
1.
Ada yang mengatakan setengah tahun
2.
Ada yang mengatakan setahun
3.
Ada yang mengatakan tidak dikenakan hukum dibuang daerah
1.11
Sabit Perzinaan
Sabit perbuatan zina dengan dua perkara, iaitu :
1.
Dengan pengakuan diri sendiri, bahawa dia telah melakukan zina.
2.
Dengan disaksikan oleh empat orang lelaki yang benar-benar dan
terang-terang melihat perbuatan zina itu telah berlaku.
BAB II
L I W A T
2.0
Dalam bab yang
telah lepas diterangkan hukum zina. Dalam
bab ini akan diterangkan hukum liwat dan perbuatan-perbuatan kotor yang
lain.
2.1
Hukum Liwat
Liwat ialah persetubuhan yang dilakukan dengan memasukkan zakar
atau qadarnya ke dalam dubur lelaki atau perempuan yang bukan isteri
sendiri. Perbuatan liwat
adalah sangat kotor dan terkutuk. Dinamakan
liwat kerana perbuatan keji ini dilakukan dengan berleluasa di zaman Nabi
Lut. Kaum Nabi Lut sangat gemar melakukan perbuatan yang keji ini.
Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. yang mengutuk
perbuatan liwat ini, ialah :
1. Firman
Tuhan :
Ertinya
:
Patutkah kamu mendatangi lelaki di antara
isi alam. Dan kamu
tinggalkan isteri-isteri kamu yang Tuhan kamu jadikan untuk kamu ?
Bahkan kamu kaun yang melampaui batas.
2. Sabda
Rasulullah s.a.w. :
Ertinya
:
Apabila mendatangi lelaki akan lelaki, maka kedua-duanya penzina.
3. Sabda
Rasulullah s.a.w. :
Ertinya
:
Barang siapa yang kamu dapatinya sedang melakukan perbuatan kaum
Liwat, maka hendaklah kamu bunuh yang melakukan dan kena lakukan.
Pada suatu riwayat”Maka hendaklah kamu rejamkan yang diatas
dan yang di bawah.”
2.2
Hukum Perbuatan Liwat
Hukum yang dikenakan ke atas orang-orang
yang melakukan liwat adalah seperti berikut:
1. Yang
asahnya wajib direjam ke atas
yang meliwat jika ia muhsan; disebat dan dibuang daerah jika bukan
muhsan. Adapun yang
kena liwat, wajib disebat dan dibuang daerah sama ada muhsan ataupun bukan
muhsan.
2.
Ada pula berpendapat yang
mengatakan, dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan muhsan.
Cara membunuhnya ialah dengan pedang ; ada yang mengatakan
dengan direjam. Ada pula yang mengatakan diruntuhkan dinding ke atasnya atau
dicampakkannya dari tempat yang tinggi hingga ia mati.
2.3 Liwat Terhadap Isteri
Jika melakukan liwat terhadap isteri sendiri atau hamba perempuan
dengan berulang kali, hukumnya ditakzirkan.
Jika tidak berulang kali, tidak dikenakan takzir.
2.4
Hukum Bercumbu-cumbuan (Romance)
Barang siapa bercumbu-cumbuan iaitu
berlazat-lazatan selain daripada
bersetubuh dengan perempuan yang bukan isterinya, seperti gisil
menggisil di antara dua paha, berpeluk cium dan sebagainya, hukumnya
ditakzirkan dengan sesuatu yang di pandang
patut oleh pihak yang berkuasa seperti memukulnya,
menamparnya, mempenjarakannya, mencorengkan mukanya atau
sebagainya. Harus bagi
pihak yang berkuasa mempelbagaikan hukuman-hukuman
ini ke atasnya atau mengurangkannya.
Dan tidak harus
bagi pihak yang berkuasa mengenakan takzir itu sampai kepada minimal (serendah-rendah) had,
yakni jika mengenakan takzir ke atas hamba abdi wajib dikurangkan
daripada dua puluh kali pukul kerana dua puluh kali pukul
adalah sekurang-kurang had bagi hamba; dan jika orang yang
merdeka, wajib dikurangkan daripada empat puluh kali pukul kerana empat puluh kali pukul itu adalah minimal had bagi
yang merdeka.
2.5
Berhubung Jenis Sesama Perempuan
Melakukan perhubungan jenis sesama perempuan juga haram.
Pelaku-pelakunya itu wajib ditakzirkan.
Dosanya sama dengan dosa berzina, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. “
Ertinya :
Apabila perempuan mendatangi perempuan, maka kedua-duanya itu
penzina.
2.6
Menyetubuhi Binatang
Menyetubuhi Binatang
adalah haram. Siapa-siapa
yang melakukannya berdosa besar. Terdapat
perselisihan pendapat tentang hukum yang dikenakan ke atas pelakunya,
iaitu seperti berikut :
1. Ada
yang mengatakan hukumnya sama
dengan hukum berzina,
iaitu direjam ke atas muhsan ; dan disebat dan dibuang daerah ke
atas yang bukan muhsan.
2.
Ada yang mengatakan wajib dibunuh sama ada muhsan ataupun bukan
muhsan berdasarkan sabd Rasulullah s.a.w. :
Ertinya :
Barang siapa mendatangi binatang, maka hendaklah kamu membunuhnya
dan membunuh binatang itu bersama-samanya.
3. Ada
yang mengatakan : hanya wajib ditakzirkan sahaja berdasarkan kepada
perkataan Ibnu Abbas r.a. :
Ertinya :
Tidak
dikenakan had ke atas orang yang mendatangi binatang.
Mengenai binatang yang dilakukan itu, terdapat perselisihan : yang
asahnya tidak disembelihkan, ada yang mengatakan disembelihkan, jika
binatang yang halal dimakan ; dan ada yang mengatakan
disembelih sama ada binatang yang dimakan ataupun tidak.
BAB III
HUKUM MINUM ARAK
3.0
Dalam
bab II telah diterangkan hukum
perbuatan liwat dan perbuatan-perbuatan
kotor yang lain. Dalam
bab ini akan diterangkan hukuman minum arak.
3.1
Definasi
Khamr atau arak ialah segala minuman yang memabuk dan menghilangkan
kewarasan akal fikiran
orang-orang yang meminumnya,
termasuklah segala jenis minuman keras walau
dari apa jenis benda
ianya diperbuatkan, sama ada banyak atau sedikit peratus campurannya
seperti beer, whisky, brandi, gin, rum, wine, champagne, stout, todi dan
lain-lain lagi.
3.2
Kemudian Arak
Meminum arak juga termasuk dalam golongan dosa besar.
Islam melarang keras umatnya
daripada meminum arak. Ianya
bukan saja boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
tubuh badan tetapi juga dapat
melemahkan akal fikiran. Hal
ini bukan saja telah diakui
oleh pakar-pakar perubatan tetapi juga
oleh pakar-pakar ilmu
kemasyarakatan, pakar-pakar ilmu
jiwa dan lain-lain lagi.
Arak bukan saja haram di sisi Islam, tetapi juga haram mengikut
ugama Kristian. Malah semua
kitab Samawy melarang umat manusia daripada meminum arak.
Di antara ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menerangkan
tentang arak ialah :
1.
Firman Tuhan :
Ertinya
:
Mereka itu menanyai engkau tentang arak dan judi.
Katakanlah : pada kedua-duanya itu dosa besar, serta berguna
bagi manusia. Tetapi
dosa kedua-duanya lebih besar daripada gunanya.
2.
Firman Tuhan :
Ertinya
:
Wahai orang-orang beriman
! Sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung adalah keji
daripada pekerjaan
syaitan, maka jauhilah kamu, moga-moga kamu mendapat kemenangan.
3.
Hadis :
Ertinya
:
Arak itu, ibu segala kejahatan.
4.
Hadis :
Ertinya
:
Arak itu ibu segala kekejian.
Dan barang siapa meminum arak, ia meninggalkan sembahyang, dan
menyetubuhi ibunya dan
ibu-ibu saudaranya.
5.
Hadis :
Ertinya
:
Tiap-tiap yang memabukkan adalah arak dan tiap-tiap arak itu adalah
haram.
6.
Hadis
Ertinya:
Apa yang memabukkan banyaknya, pun sedikitnyaharam.
3.3
Pengharaman Arak
Meminum arak hukumnya haram lagi berdosa besar.
Pada permulaan Islam
dahulu, arak belum lagi
diharamkan. Pada
masa itu masih ramai orang-orang yang meminumnya.
Tetapi setelah berlaku akibat-akibat buruk dari meminum arak dan
perjudian, orang-orang Islam bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
tentang kedua-duanya itu. Setelah
itu turunlah ayat yang menerangkan
tentang dosa kedua-duanya itu.
Kemudian turun pula ayat yang berbunyi :
Ertinya
:
Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu mengerjakan
sembahyang di kala kamu mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa
yang kamu katakana.
3.4
Tarikh Pengharaman
Tarikh awal pengharaman arak, terdapat
perselisihan seperti berikut :
1. Ada
yang mengatakan, diharamkan
arak selepas peperangan Ahzab. Peperangan ini berlaku pada tahun kelima
hijrah.
2.
Ada yang mengatakan, diharamkan pada Peperangan Bani An-Nadir iaitu
berlaku pada tahun keempat hijrah.
3.
Ada yang mengatakan, pengharamannya ialah pada tahun Perjanjian
Hudaibiah iaitu pada tahun keenam Hijrah.
4.
Ada yang mengatakan pengharamannya
ialah selepas Peperangan Uhud.
Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.
3.5 Hukuman Ke Atas Peminum Arak
Barang siapa meminum
arak atau sesuatu yang memabukkan seperti todi atau sebagainya, sama ada
mabuk atau tidak, dikenakan
hukuman seperti berikut :
1. Ke
atas peminum yang merdeka wajib dihad sebanyak empat puluh kali sebat ;
dan harus meningkat sampai lapan puluh kali sebat.
2.
Ke atas hamba dihadkan sebanyak dua puluh
kali sebat, malah harus sampai kepada empat puluh kali sebat
sebagai takzir.
Hukuman ini berdasarkan kepada :
1.
Hadis :
Ertinya :
Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah mendera peminum arak dengan dua
pelepah tamar empat puluh kali.
2. Hadis
Ertinya :
Bahawa Umar r.a. menjadikannya delapan puluh kali.
3.6
Syarat-syarat Peminum Arak
Peminum-peminum yang dikenakan hukuman yang tersebut di atas,
mestilah mempunyai syarat-syarat berikut :
1. Mukallaf
– tidak dikenakan had ke atas kanak-kanak, orang-orang gila
dan orang-orang yang dipaksa.
2. Mengetahui
yang diminumnya itu arak. Tidak
dikenakan hukuman ke atas orang yang tidak mengetahui bahawa yang
diminumnya itu arak ; atau tidak mengetahuinya akan hukumnya kerana baru
masuk Islam umpamanya.
3.7 Sabit Had
Sabit hukum had ke atas seseorang peminum itu dengan salah satu
perkara berikut :
1. Dengan
disaksikan oleh dua orang lelaki bahawa ia benar-benar telah meminum arak.
2.
Dengan pengakuannya sendiri bahawa ia telah meminum arak.
Maka tidaklah dikenakan had dengan penyaksian seorang lelaki dan
seorang perempuan dan tidak juga dengan seorang lelaki dan dua orang
perempuan atau pun lebih. Begitu
juga tidak dihadkan dengan
sekadar kelihatan ia mabuk atau muntah-muntah atau berbau arak di mulutnya
kerana kemungkinan ia dipaksa atau sebagainya.
3.8
Mengisap Gangga
Menghisap gangga, candu, hasyisyah
atau sebagainya hukumnya haram kerana memabukkan dan mendatangkan
kemudaratan kepada tubuh badan dan akal fikiran.
Sebagaimana haram dihisap, begitu juga haram ditanam dan
diperniagakan. Rasulullah
bersabda :
Ertinya :
Tiap-tiap benda yang memabukkan itu arak, dan tiap-tiap arak itu
haram.
Ibn Taimiah dalam kitabnya “As-Siasatusy Syariyah” berkata:
“Sesungguhnya hasyisyah itu haram, dihukum liad ke atas
orang-orang yang menggunakannya sebagaimana dihad peminum arak, ia lebih
buruk daripada arak dari segi ianya merosakkan
akal dan tabiat badan ………………”
3.9
Berubat Dengan Arak
Di zaman jahiliyah orang-orang
berubat dengan menggunakan arak.
Tetapi setelah datang Islam,
car ayang demikian telah dilarang
dan mengharamkannya.
Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud dan At-Turmuzi meriwayatkan daripada
Tariq bin Suaid al-Jaafi bahawa ia bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai arak
maka ia menegahnya daripada menggunakannya,
lalu ia berkata :
“Sesungguhnya saya membuatnya untuk perubatan”, maka katanya:
“Sesungguhnya dia bukan
ubat, tetapi penyakit”.
Dan Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Ad Dardak, bahawa Nabi s.a.w.
bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah
menurunan penyakit dan ubat, maka ia jadikan bagi tiap-tiap penyakit itu
ada ubatnya. Maka berubatlah
kamu, dan jangan berubat dengan benda-benda haram.”
Akhirnya turunlah ayat pengharaman
arak, iaitu :
Ertinya
:
Wahai orang-orang beriman
! Sesungguhnya arak, judi, berhala, bertenung adalah keni daripada
pekerjaan syaitan, maka jauhilah kamu, moga-moga kamu mendapat
kemenangan.
Sesungguhnya syaitan itu menghendaki kamu
bermusuh-musuhan dan berbenci-bencian sesama kamu kerana arak dan berjudi
dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang.
Adakah kamu akan berhenti daripada yang demikian.