JENAYAH DALAM ISLAM

 

AL-HARABAH DAN HUKUMANNYA

 

 

DEFINASI HARABAH

 

 

Harabah juga dikenali sebagai  dan manakala kecurian biasa disebut sebagai                                                     Ulamak mempunyai pandangan yang berbeza-beza dalam memahanmi makna Harabah. Dalam pada itu mereka bersepakat mengatakan kesalahan harabah itu dilakukan dalam negara Islam oleh rakyatnya sendiri dan bukan oleh musuh Islam, kerana jika jenayah itu dilakukan oleh orang bukan Islam ke atas orang Islam, maka ini boleh dikira sebagai satu peperangan yang sebenar. Begitu juga harabah ini dilakukan untuk menganggu keamanan negara dan bukan untuk menggulingkan kerajaan.

 

Menurut Mazhab Maliki, harabah ialah perbuatan yang menakutkan perjalanan orang sama ada bertujuan untuk mengambil harta benda atau tidak, asalkan kejadian itu susah untuk mendapat pertolongan. Mazhab Syafie pula mentakrifkan harabah sebagai keluarnya seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan dan berjauhan daripada tempat untuk mendapat pertolongan. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa harabah ialah keluarnya sekumpulan manusia atau seorang yang Islam atau zimmi untuk menggangu keamanan, dan perjalanan orang ramai dengan tujuan untuk mengambil harta benda dengan menggunakan kekerasan atau kekuatan. Pada umumnya bolehlah dikatakan bahawa seorang muharib ialah seorang Islam atau zimmi yang menganggu perjalanan seorang yang keluar untuk merampas harta benda dengan cara kekerasan.

 

 

Tempat Berlakunya Kejadian Harabah         

 

Ulamak berbeza-beza pendapat mengenai tempat berlakunya jenayah itu sehingga bolehd dianggap sebagai kesalahan harabah yang sebenar.

Mazhab Hanafi mesyaratkan bahawa mesti berlaku di luar kota iaitu kawasan yang berjauhan daripada kesibukan orang ramai. Oleh itu jika berlaku dalam kota maka tidak diwajibkan had ke atas pesalah harabah. Sama ada kejadian itu berlaku di waktu siang atau malam dan sama ada serangan itu dengan menggunakan senjata atau tidak.

 

Manakala mazhab Maliki, Syafie dan Zahiri pula tidak membezakan sama ada kejadian dilaku di padang pasir atau di dalam kesibukan bandar, dan sama ada di tempat yang sunyi atau di tempat orang ramai. Cuma mazhab Maliki menambahkan syarat lagi iaitu kejadian itu berlaku dalam keadaan yang sukar untuk mendapatkan pertolongan. Ertinya kalau mangsa harabah terhalang daripada minta pertolongan padahal kalau dia meminta pertolongan boleh dapat, maka kejadian seperti ini dianggap sebagai harabah. Mazhab Syafie pula mensyaratkan bahawa kejadian itu berlaku dalam keadaan tidak boleh dapatkan pertolongan. Ketiadaan pertolongan itu disebabkan sama ada berjauhan daripada kehidupan kota atu pemerintah atau pun kerana lemahnya mereka yang ada di tempat kejadian itu berlaku, atau kerana terhalangnya orang yang jadi mangsa itu daripada meminta pertolongan.

 

Ulamak ahli al-Zahir pula berpendapat bahawa harabah itu tidak ada bezanya sama ada berlaku di bandar atau di luar bandar dan sama ada berlaku pada waktu siang atau malam, dan sama ada penjenayah itu bersenjata atau tidak dan sama ada boleh mendapat pertolongan atau sebaliknya.

 

 

Penggunaan Senjata

 

Menurut Imam Abu Hanifah dan Ahmad bahawa kejadian jenayah itu dianggap sebagai harabah, jika penjenayah iut menggunakan senjata atau suatu yang menyerupai seperti tongkat besi, kayu dan sebagainya. Manakala Imam Syafie dan ahli al-Zahir dan Syiah tidak mensyaratkan penggunaan senjata dalam kejadian harabah itu bahkan memadai dengan kekuatan yang ada pada diri orang yang melalukan harabah. Malahan dengan cara tipu helah tanpa menggunakan senjata pub sudah boleh dianggap sebagai melakukan kesalahan harabah.

 

 

Syarat-Syarat Dalam Kesalahan Harabah

 

Untuk menentukan suatu kejadian jenayah itu sebagai harabah, maka perlu diteliti syarat-syarat yang berhubung dengan harabah. Dari segi orang yang dituduh, yang teraniaya, tempat berlakunya kejadian harabah dan senjata yang digunakan.

 

 

1.      Orang yang dituduh melakukan harabah :

 

i.    Baligh dan berakal. Ulamak menetapkan bahawa orang melakukan jenayah harabah itu mestilah seorang yang baligh dan berakal. Oleh itu jika kanak-kanak atau orang gila melakukan kesalahan harabah, maka dilepaskan daripada hukuman had kerana mereka itu bukan daripada golongan yang boleh dikenakan hukuman. Had adalah hukuman yang hanya boleh dikenakan ke atas orang yang baligh dan berakal.

 

ii.    Lelaki atau perempuan. Tidak ada perbezaan di antara lelaki dengan perempuan dalam masalah harabah itu menurut kebanyakan ulamak. Tidak kira lelaki atau perempuan, jika I a melakukan harabah, maka ia dikenakan hukuman had kerana dalam nas mengenai hukum harabah tidak membezakan di antara kedua-duanya. Hanya menurut satu riwayat dalam Mazhab Hanafi mengatakan bahawa perempuan yang melakukan jenayah harabah tidak boleh dihukum had kerana menurut kebiasannya, kejadian harabah tidak dapat berjaya dilakukan oleh perempuan yang mempunyai perwatakan yang lemah lembut dan tidak mempunyai kekuatan fizikal. Sedangkan jenayah harabah itu memerlukan perwatakan yang kasar dan tubuh badan yang kuat.

 

 

2.      Orang yang dilakukan jenayah harabah :

 

         i.  Mestilah seorang muslim dan zimmi. Ini bererti jika jenayah harabah itu dilakukan ke atas kafir harbi atau (mustalmin) maka penjenayahnya terlepas daripada hukuman had.

 

         ii.    Orang unag dilakukan harabah itu adalah pemilik yang sebenar atau wakil pemilik atau yang diamanahkan kepadanya, ataupun jika dia bukan pemilik yang sah seperti memiliki barangnya melalui mencuri, menipu dan sebagainya, maka orang yang melakukan jenayah harabah ke atas pemilik yang tidak sah itu tidak boleh dikenakan hukuman had harabah.

 

         iii.   Tidak ada pertalian keluarga di antara yang dituduh dengan orang yang dilakukan harabah menurut setengah pendapat seperti syarat dalam kes curi. Jika ada pertalian di antara kedua-duanya, maka penjenayah itu terlepas daripada hukuman had harabah.

 

3.      Barang yang diambil dalam harabah :

 

         Jika kejadian harabah itu melibatkan harta benda maka syaratnya adalah seperti dalam kes curi yang telah dibincangkan sebelum ini. Secara ringkas di antara syarat-syaratnya ialah :

 

         i.    Harta benda itu diambil dari tempat simpanannya.

 

         ii.    Harta benda itu mempunyai nilai (berhagra) menurut kacamata Islam.

 

iii.      Barang yang diambil itu bukan miliknya atau milik yang syubhat.

 

iv.     Bahawa harta benda yang diambil sampai kepada nisabnya. Setengah ulamak menentukan kadar nisab bagi harabah sebanyak dua puluh dirham. Dengan alasan bahawa dalam kes curi nisabnya sebanyak sepuluh darham dengan memotong satu tangan. Maka dalam kes harabah yang mana penjenayahnya dihukum potong kedua belah tangan, maka nisabnya ialah dua puluh darham. Manakala setangah ulamak tidak meletakkan syarat nisab bagi kesalahan harabah, bahkan siapa yang mengambil harta dengan kekerasan sama ada sampai kepada nisab atau tidak, maka pesalahnya boleh dikenakan hukuman had harabah.

 

Bukti-bukti yang Mensabitkan Kesalahan Harabah

 

Kesalahan harabah disabitkan dengan pengakuan dan dengan keterangan dua orang saksi, seperti dalam kes curi yang telah dijelaskan terlebih dahulu. Keterangan yang diberikan oleh orang yang dilakukan jenayah adalah diterima, dan begitu juga penyaksian daripada teman-teman orang yang berlawan dengan muharib.

Jika keterangan saksi itu tidak mencukupi, umpama hanya terdapat seorang sahaja saksi atau seorang lelaki dan seorang perempuan; ataupun orang yang dituduh itu mengaku tetapi selepas itu menarik balik pengakuannya, maka dalam keadaan-keadaan seperti ini penjenayahnya terlepas daripada hukuman had, tetapi hendaklah dihukum dengan hukuman ta’zir.

Hukuman bagi pesalah-pesalah harabah

 

 

Jenayah yang boleh berlaku dalam harabah seperti berikut :

 

i.         Menakutkan perjalanan tanpa merampas harta benda atau membunuh

 

ii.       Merampas harta benda

 

iii.      Membunuh mangsanya

 

iv.     Merampas harta benda dan membunuh mangsanya sekali

 

Jadi hukumanya bagi pesalah-pesalah harabah itu berbeza-beza mengikut jenis kesalahan yang dilakukan. Ini adalah pendapat terbanyak termasuk Mazhab Hanafi, Syafie, Hanbali dan Mazhab Syi’ah Zaidiyah.

 

Manakala Imam Malik berpendapat bahawa pemerintah (al-Imam) diberi kuasa memilih mana-mana hukuman yang tersebut dalam nas al-Quran berhubung dengan harabah, asalkan tidak sampai melibatkan pembunuhan kerana jika muharib itu pembunuh, maka hukumannya ialah dibunuh atau dibunuh dan disalib.

 

Ahli al-Zahir pula berpendapat bahawa pemerintah diberi kuasa memilih mana-mana hukuman dalam semua jenis kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu sama ada melibatkan pembunuhan atau tidak.

 

Perselisihan  fuqaha’  berpunca  daripada  perselisihan  mereka  dalam   mentafsirkan dalam ayat al-Quran

 

Maksudnya : Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan kerusakan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang atau dinafikan dari muka bumi. Setengah ulamak yang mengatakan bahawa huruf

 

adalah untuk menerangkan dan meghuraikan berpendapat bahawa hukuman-hukuman itu bertingkat-tingkat mengikut kepada kadar jenayah yang dilakukan dan bagi tiap-tiap jenayah itu ditetapkan hukuman yang sepadan dengannya. Manakala golongan yang mengatakan bahawa huruf didatangkan untuk makna pilihan berpendapat bahawa terpulang kepada pemerintah (Imam) untuk menjatuhkan mana-mana hukuman yang pada anggapnya sesuai bagi apa jua kesalahan dalam harabah.

 

Hukuman harabah secara terperinci berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulamak adalah seperti berikut :

 

         i.    Menakutkan perjalanan orang dengan tidak melakukan pembunuhan dan merampas harta benda hukumannya ialah dibuang negeri mengikut mazhab Hanafi. Manakala mazahab Syafie dan Syariah Zaiyidiah hukumannya ialah ta’zir atau dinafi dan tempoh hukuman al-Nafi­ ialah sehingga penjenayah itu bertaubat. Manakala menurut Imam Malik pula, bahawa Imam (pemerintah) mempunyai pilihan sama ada untuk bunuh atau salib atau memotong tangan dan kaki atau memenjarakan pesalah harabah ini. Begitu pendapat al-Zahir.

 

 

Makna al-Nafi

 

Ulamak  mempunyai  pandangan  yang  berbeza  mengenai makna al-Nafi dalam ayat setengahnya mengatakan maksud nafi ialah hukum bunuh atau disalib. Setengahnya mengatakan bahawa maksudnya ialah dibuang daripada Darul Salam yang sama ertinya dengan taghrib (dibuang negeri), yang mungkin serupa dengan hukuman moden iaitu ditarik balik kerakyatannya.

Ada pula yang mengatakan bahawa masud al-nafi ialah dibuang daerah, di luar kawasan kejadian harabah itu dan ada juga mengatakan bahawa maksud al-nafi ialah ditahan di tempat kejadian itu atau di tempat lain yang mungkin serupa dengan hukuman masa kini sebagai ditahan dalam rumah.

Begitu juga mengenai tempoh dibuang itu kebanyakan ulamak mengatakan tidak ada had maksima, akan tetapi jika ianya telah mengatakan tidak ada had bertaubat maka dibebaskan. Cuma sebilangan kecil ulamak yang menetapkan tempoh nafi itu ialah selama satu tahun, berkiaskan kepada hukuman taghrib bagi kesalahan zina.

 

         ii.    Jika pesalah harabah itu mengambil harta benda, maka hukumannya ialah dipotong tangan kanan dan kaki kiri. Menurut pendapat Imam Hanafi, Syafie, Ahmad dan Syiah Zaidiyah.

               Menurut Imam Malik hukuman bagi pesalah ini terserah kepada pemerintah untuk memilih mana-mana hukuman yang terdapat dalam ayat al-Muharabah kecuali hukuman al-nafi yang tidak boleh dikenakan ke atas pesalah yang melibatkan pengambilan harta benda kerana hukuman itu lebih ringan daripada kesalahan yang dilakukan. Manakala ulamak al-Zahiri berpendapat bahawa Imam mempunyai kuasa yang mutlak dalam memilih mana-mana hukuman dengan tidak ada kecualinya.

 

         iii.   Jika pesalah harabah itu membunuh mansanya tetapi tidak mengambil harta benda, maka hukumannya ialah dibunuh, mengikut Mazhab Hanafi dan Syafie dan mengikut satu riwayat daripada Ahmad. Manakala riwayat yang lain mengatakan bahawa pesalah itu dihukum bunuh dan disalib.

               Begitulah juga dalam Mazhab Syiah Zaidiyah yang mempunyai dua riwayat seperti dalam Mazbah Hanbali.

               Manakala pandangan Imam Malik pula bahawa Imam (pemerintah) diberi kuasa memilih sama ada untuk menghukum bunuh sahaja atau bunuh dengan disalib. Sedang Mazhab ahli al-Zahir pula memberi kuasa sepenuhnya kepada perintah untuk memilih mana-mana hukuman yang disenaraikan dalam nas al-Quran, dan dalam apa juga keadaan, Imam tidak dibenarkan untuk menjatuhkan dua hukuman serentak kepada pesalah harabah itu.

 

         iv.   Jika pesalah harabah itu membunuh mangsanya dan merampas harta benda, maka hukumannya ialah dibunuh dan disalib dengan tidak payah dipotong tangannya, mengikut pendapat Imam Syafie, Ahmad dan Syiah Zaidiyah. Begitulah juga pandangan anak murid Imam Abu Hanifah seperti Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani. Tetapi Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa dalam kes pembunuhan berserta dengan pengambilan harta ini, maka pemerintah diberi kuasa untuk memilih sama ada untuk memotong tangan dan kaki pesalah harabah, kemudian dibunuh dan disalib ataupun tidak boleh dihukum potong tangan dan kaki, bahkan dihukum bunuh sahaja atau disalib dulu kemudian dihukum bunuh. Pendapat Imam Malik pula bahawa pemerintah (Imam) diberi kuasa memilih salah satu hukuman yang tersenarai dalam nas mengenai harabah dan tidak boleh menjatuhkan hukuman-hukuman ini dengan serentak.

 

 

Hukuman Salib

 

Disalib maksudnya ialah orang yang dihukum itu diikat pada sebatang kayu dengan tujuan untuk memberitahu orang ramai bahawa orang yang dihukum itu adalah penjahat.

 

Ulamak berbeza-beza pendapat mengenai masa hukuman salib yang diwajibkan ke atas penjenayah harabah. Imam Syafie dan Ahmad berpendapat bahawa salib itu dilakukan selepas hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah harabah. Alasan mereka ialah kerana dalam nas al-Quran perkataan salib disebut sesudah perkataan bunuh dan jika hukuman salib dikenakan sebelum dilaksanakan hukuman mati boleh diertikan sebagai menyeksa orang yang dihukum. Lagi pun tujuan hukuman salib bukan untuk menahan penjenayah itu daripada mengulangi perbuatan jahatnya, kerana ia telah dapat dihalang dengan hukuman mati; tetapi tujuannya ialah mengiklankan pesalah kepada orang ramai dan menjadi iktibar dan pengajaran supaya mereka tidak melakukan kejahatan.

 

Imam  Malik dan Hanafi pula mengatakan bahawa hukuman salib itu dilaksanakan sebelum pesalah itu dihukum mati. Dengan beralasan bahawa salib adalah satu hukuman (dera) yang mana suatu hukuman itu adalah dilakukan ke atas orang yang masih hidup bukan kepada yang telah mati. Maka dengan sebab itu wajib didahulukan hukuman salib ke atas hukuman mati dan juga kerana tujuan terpenting dalam hukuman mati dan juga kerana tujuan terpenting dalam hukuman salib ialah untuk memberi pembalasan setimpal di atas penjenayah harabah dan juga mengenakan hukuman yang lebih berat kerana merampas harta dan membunuh. Berbanding dengan kesalahan membunuh yang hanya dikenakan hukukam mati sahaja.

 

Mengenai tempoh masa hukuman salib, ulamak juga mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Menurut Hanbali hukuman salib itu dikenakan sekadar masa yang diperlukan untuk mengisytiharkan kepada orang ramai. Manakala ulamak dalam Mazhab Syafie dan Hanafi menetapkan hukuman salib itu selama tiga hari.

Kesan-kesan Taubat Orang Yang Bersalah Harabah

 

Ulamak sekata dalam masalah jika pesalah harabah itu bertaubat sebelum dapat ditangkap oleh pihak berkuasa, maka diterima taubatnya dan dengan ini ia dibebaskan daripada hukuman had. Berdasarkan firman Allah

 

Maksudnya : Melainkan mereka yang telah bertaubat sebelum kamu dapat menguasai mereka.

 

Ini bererti sesudah pesalah ini ditangkap baru bertaubat, maka tidak dapat diterima taubatnya, kerana jika dia bertaubat sebelum dapat ditangkap, lumrahnya dia bertaubat dengan keikhlasan hatinya. Tetapi kalau dia bertaubat sesudah ditangkap besar kemungkinan kerana hendak lari daripada hukuman.

 

Perlu dijelaskan di sini bahawa taubat pesalah harabah sebelum dapat ditangkap yang dapat melepaskan daripada hukuman had ialah jika pesalahnya itu hanya melakukan kesalahan yang melibatkan hak Allah. Ada pun jika pesalah itu telah melakukan kesalahan yang melibatkan anak adam seperti membunuh dan mencederakan tubuh badan, maka dia tetap dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya, walaupun dia telah bertaubat sebelum dapat ditangkap oleh pihak kerajaan. Oleh itu jika dalam kejadian harabah itu pesalah telah membunuh atau mencederakan badan mangsanya, maka dia wajib dikenakan hukuman qisas. Akan tetapi sekiranya pesalah itu ada mengambil harta benda, maka terlepaslah dia daripada hukuman has dia jika da memulangkan harta yang telah diambil itu sebagai membuktikan taubatnya.

 

Seorang pesalah harabah itu dianggap telah bertaubat apabila dia dengan kerelaan sendiri menyerah diri kepada pihak berkuasa dengan memberikan taat setia, dan menyerahkan semua senjata yang dimiliki kepada pemerintah sebelum ia ditangap. Dan juga jika pesalah itu telah meninggalkan segala perbuatan yang berkaitan dengan harabah.

 

 
1