HAKIKAT ISLAM, IMAN DAN IHSAN DALAM PEMBENTUKAN PERIBADI

 

 

 

 

Sebelum penulis menganalisakan bagaimana caranya untuk membentuk peribadi Muslim sejati,  terlebih dahulu elaklah penulis membentang pengertian kepada tiga perkataan yang asas kepada kertas kerja yang ringkas, ini iaitu apakah itu Islam ?   Apakah itu Iman ? dan Apakah itu Ihsan ?

            Sebagaimana jawapan Rasulullah s.a.w.  telah bersabda melalui riwayat Iman Bukhari dan Muslim ;

            “Sesungguhnya Jibril pernah datang kepada nabi dalam bentuk seorang Arab desa lalu ia  bertanya kepadanya tentang Islam maka jawab Nabi Islam  itu ialah hendaklah engkau bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah utusan Allah.  Engkau mendirikan  sembahyang,  engkau keluarkan zakat, engkau puasa di bulan Ramadhan dan engkau pergi haji Baitullah jika engkau mampu pergi ke sana”.

            Lalu Jibril bertanya apakah Iman itu ?  Nabi menjawab iaitu hendaknya engkau beriman kepada Allah, kepada Malaikatnya, kepada  kitab-kitabnya, kepada para utausannya, bangkit dari kubur  sesudah mati dan engkau beriman kepada takdir tentang baik dan buruknya”.

            Jibril bertanya lagi apakah Ihsan itu ?  Nabi menjawab iaitu “hendaknya engkau menyembah Allah yang seolah-olah engkau melihat Allah sekalipun engkau tidak dapat melihatnya tetapi ia berupaya melihat engkau.

            Kemudian  di akhir  hadis itu dikatakan Rasulullah bersabda dia itu  adalah Jibril ia datang kepada mu untuk mengajar tentang agama mu”.

1.         Pengertian Islam

            Keseluruhan ini merupakan pengertian Dinul Islam (ugama) jika anda membuka kamus bahasa Arab,  Islam itu ertinya ialah tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan kepada larangannya tanpa membantah.

            Ugama kita telah diberikan nama Islam kerana bererti taat kepada perintah Allah tanpa membantah.  Kerana itu segala suatu yang ada dalam alam semesta ini, tunduk kepada sesuatu peraturan tertentu dan kepada undang-undang tertentu.  Matahari, bulan dan bintang semuanya tunduk kepada suatu peraturan yang tetap, tidak dapat berkisar dan menyeleweng daripadanya, meskipun hujung rambut.  Bumi berputar mengelilingi  paksinya, tidak berganjak dari masa mengikut gerak dan jalan yang telah ditetapkan baginya.  Air, udara, cahaya dan panas semuanya tunduk kepada  suatu sistem yang khas.  Benda-benda yang tidak  bernyawa, tumbuhan dan  binatang tunduk kepada sesuatu ketentuan yang pasti, tidak hidup dan tidak mati kecuali menurut ketentuan itu.  Begitu juga  manusia Muslim dan bukan Muslim  mesti tunduk kepada ketentuan itu.  Oleh itu manusia tidak boleh lari dari menyerahkan dirinya kepada Allah maka manusia harus memilih undang-undang syariah mengikut pilihan, fikiran masing-masing tetapi tidak akan terlepas daripada dipersoalkan kenapakah mereka menolak undang-undang syariah itu ?

            Sebagai kesimpulannya manusia Muslim menjunjung segala perintah Allah tanpa membantah atau dalam ertikata yang lain wajib diterjemahkan melalui perlakuan di dalam hidupnya, seperti mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji sekiranya mampu.

 

 

 

2.         Pengertian Iman

            (a)     Iman menurut Islam ialah kepercayaan yang meresap ke dalam  hati dengan penuh keyakinan tidak bercampur syak dan ragu-ragu serta memberi pengaruh bagi bidang fikiran, tingkah laku dan perbuatan  sehari-hari.  Jadi iman bukanlah semata-mata sebuatan lidah yang  lembut, bukan sekadar perbuatan anggota dan  bukan sekadar pengetahuan tentang rukun Iman kerana beriman dengan lidah tidak bererti sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran

                        “Dan di antara sebahagian manusia itu ada yang mengatakan, “Kami beriman kepada Allah di hari akhirat sedangkan yang sebenarnya mereka bukan orang-orang  yang beriman.  Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar.”  (surah Baqarah ayat 8 dan 9).

            (b)     Iman juga bukannya merupakan  adanya lambang yang kebiasaannya dikerjakan oleh orang berilmu kerana banyak penipuan besar yang pada lahirnya mengerjakan perbuatan baik dan pengibadatan sedangkan hati mereka  kosong dari rasa kebaikan dan keikhlasan kepada Allah.  Sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran, “Sesungguhnya orang-orang Munafik (beriman palsu) itu hendak menipu Allah dan Allah menipu mereka.  Apabila mereka mendirikan sembahyang mereka berdiri   dengan malas, mereka riak (bermuka-muka) kepada manusia dan tidak mengingat Allah melainkan sedikit sekali”.  (surah Nisa’ ayat 1 dan 2)

            (c)     Iman bukan semata-mata memahami hakikat iman, kerana ramai orang yang memahami hakikat iman padahal mereka tidak beriman sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran.  “Sesungguhnya sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran, sebenarnya mereka tahu”.  (surah Al-Baqarah – Ayat 146).

3.         Pengeritan Ihsan

                     Pekerjaan yang perlu ditunjukkan kepada orang yang dihormati seharusnya bekerja dengan cermat dan rapi semoga pekerjaan itu dianggapkan sempurna dan baik.  Maka begitulah juga apabila kita  bekerja di hadapan Allah yang maha besar mestilah dengan keadaan yang lebih sempurna dan rapi sekali.  Maka pengertian ihsan ialah beramal dan beribadah kepada Allah hendaklah dengan persiapan yang rapi dan cermat kerana sebagaimana Allah menegaskan di dalam Al-Quran.  “Kerana   Allah hendak menguji kamu siapakah di antara kamu itu lebih baik  amalannya.”  (surah Al-Mulk – Ayat 2).  Di sini ada orangyang  mentafsirkan siapakah yang lebih ikhlas dan betul dalam  amalan itu. Tafsiran dinyatakan oleh Al-Fudil bin I’yad.  Kemudian ada orang bertanya : Hai Abu Ali ! Apakah yang disebutkan lebih ikhlas dan betul itu ?  Al-Fudil menjawab sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul tidak akan diterima begitu juga sebaliknya, suatu amalan yang dilakukan dengan betul tetapi tidak ikhlas juga  tidak diterima.  Yang pasti diterima ialah yang ikhlas dan yang betul. Ikhlas itu kerana Allah.  Betul itu dikerjakan menurut sunnah.

                     Tetapi siapakah hamba Allah yang ikhlas itu ?  Allah menjelaskan bahawa hamba yang ikhlas itu ialah orang-orang yang selamat dari kejahatan yang diperdayakan oleh syaitan.  Di  mana syaitan berkata,  Wahai Tuhanku! Lantaran  engkau telah jadikan aku sesat  maka  sesungguhnya akan kusesatkan mereka semuanya  kecuali hamba-hamba mu di antara mereka yang ikhlas.

            Sebagai kesimpulan seperti berikut :

            (a)     Pembentukan peribadi Muslim berdasarkan kepada beriman kepada Allah dan Rasulnya,  tanpa ragu-ragu dan syak.  Sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya orang beriman itu ialah mereka yang percaya kepada Allah dan Rasulnya kemudian itu mereka tidak ragu-ragu.” (surah Al-Hujerat – Ayat 15).

            (b)     Pembentukan peribadi di samping keimanan, pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang kuat  perlu pula secocok dengan hati ketaatan, kemahuan dan kerelaan menjalankan perintah dan keputusan dengan kejujuran hati sebagaimana disebutkan di dalam  Al-Quran.  “Maka demi Tuhan engkau, mereka belumlah dinamakan beriman sebelum mereka  meminta kepada engkau (Muhammad) dalam perkara menjadi perselisihan di antara mereka dalam apa yang engkau putuskan dan mereka menerima dengan senang hati.” (surah An-Nisa’)

 

            (c)     Peribadi seorang yang beriman atau mukmin, mestilah bersedia untuk mendengar dan patuh kepada keputusan Allah dan Rasulnya tanpa tunggu dan lihat sebagaimana  firman Allah, “Ucapan orang yang beriman itu apabila  mereka dipanggil ke hadapan Allah dan Rasulnya untuk diputuskan  perkara di antara  mereka hanyalah mengatakan kami dengar dan patuh dan itulah oran gyang beruntung.” (surah Nur – Ayat 51).

 

            (d)     Peribadi seorang Muslim tidak akan mementingkan kemahuan sendiri ataupun meninggalkan hukum Allah kerana semata-mata mengikut keputusannya sendiri.  Sebagaimana firman Allah, “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita apabila Allah dan Rasulnya telah memutuskan sesuatu perkara  tindakan boleh memilih kemahuan sendiri dalam kemahuan mereka. (surah Azab – Ayat 36)

 

 

            (e)     Peribadi seorang Muslim mestilah mempunyai semangat kerja yang berkobar-kobar dengan harta dan dirinya sesuai dengan kehendak iman dan kewajipan  serta bertawakal kepada Allah sebagaimana firman  Allah, “Sesungguhnya  orang-orang yang beriman itu apabila disebutkan nama Allah hati mereka penuh ketakutan dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (keterangan Allah) keimanan  mereka bertambah kerananya.  Mereka mengerjakan sembahyang dan mensedekahkan rezeki yang diberikan kepada mereka.  Surah Al-Anafi – Ayat 2 – 4.

 

            (f)      Seorang  mukmin  mestilah khusyuk ketika bersembahyang  dan tidak melakukan perkara-perkara  yang keji dan menjauhi perkataan yang tidak berguna dan keji serta bersopan santun sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyuk dalam  sembahyangnya dan menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak berguna dan mengerjakan perbuatan membayar zakat dan mereka yang menjaga kesopanannya.”  Surah Mukminin – Ayat 1 – 5.

 

            (g)     Seorang mukmin juga  tidak ada keraguan di dalam perjuangan bersedia mengorbankan jiwa raga dan harta demi kebenaran ke jalan  Allah sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang  beriman itu ialah mereka yang  beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan sentiasa berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah itulah orang-orang  yang benar-benar beriman ?  Surah Al-Baqarah – Ayat 15.

            Kesimpulannya, seorang Muslim dan mukmin itu adalah seorang yang berperibadi tinggi bukannya berdiri  di atas kepercayaan sahaja tanpa dihayati dalam ibadat dan kehidupan sehari-hari.  Seorang Muslim benar-benar beriman ialah setelah dapat membentuk dirinya dengan akhlak Islam yang tinggi.

 

 
1