ISLAM DARI SUDUT AQIDAH
Objektif
1.
Pelajar dapat memahami pengertian
aqidah Islam yang sebenar dan kesannya terhadap diri seseorang.
2.
Memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar supaya dapat
mengenali ciri-ciri aqidah Islam yang betul dan tidak sesat dalam
penghidupan mereka nanti.
3.
Menanamkan sifat-sifat keyakinan dalan diri pelajar terhadap benda
ghaib melalui fakta-fakta yang konkrit dan rasional tanpa bantahan.
4.
Memperlihatkan keagongan dan kebesaran Allah kepada pelajar dan
memperakukan kelemahan manusia yang mesti tunduk di bawah kudrat dan
iradatnya.
5.
Melalui aqidah yang betul pelajar akan yakin pencipta undang-undang
di muka bumi ini ialah Allah sahaja.
6.
Pelajar akan mengingati Allah, mencintainya dan merinduinya setiap
waktu serta sentiasa bergantung dan bertawakal kepadaNya.
ISLAM
DARI SUDUT AQIDAH
Aqidah yang benar dan sah adalah
menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang
telah menerima Islam sebagai agama yang
mengatur hidupnya. Aqidah
tersebut mestilah sejajar dengan apa yang telah termaktub dalam kitab Al-Quran
dan Sunnah Rasulullah. Sesuatu
amal akan mempunyai nilai dan manfaatnya apabila ia bersifat baik
serta berlandaskan dan didorong oleh aqidah dan Iman.
Sebaliknya jika sesuatu amal walau bagaimanapun baiknya dari
pandangan manusia, jika tidak berdasarkan pada dorongan aqidah dan iman maka
amal tersebut tidak ada
nilainya dari segi agama.
Aqidah dari pecahan bererti
ikatan atau simpulan-biasanya pada benda seperti tali.
Aqidah dari segi istilah bermakna kepercayaan yang terikat irat dan
tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau
terurai.
Atau kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga
tidak mungkin akan terurai atau terlerai
walau oleh apa pun jua suasana dan keadaan.
Aqidah yang betul mestilah beriman dan mempercayai perkara yang
telah diimani dan dipercayai oleh para salafus-saleh dan para imam yang
telah diakui kebaikan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar
terhadap Islam.
1.
Mengimani dan menyakini bahawa pencipta alam sejagat ini ialah
Allah Yang Maha bijaksana Maha mengetahui dan tidak
memerlukan pertolongan orang lain.
Kesemua ini dapat dibuktikan
melalui keindahan, kerapian dan keselarasan alam ciptaan Allah.
Setiap unit Alam ciptaan Allah ini
memerlukan unit yang lain untuk menjamin kewujudan dan
kestabilannya. Satu unit dari kejadian Alam ini tidak mungkin dalam keadaan stabil tanpa kewujudan unit yang lain.
Kewujudan Alam yang seindah dan sekemas ini tidak akan menjamin
keselamatan dan kesejahteraannya tanpa tadbir dari Allah yang Maha
Berkuasa.
(Al-Anbiyah
– 22)
Maksudnya :
“Sekiranya ada di langit dan bumi Tuhan-tuhan selain Allah
tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka maha suci Allah yang
mempunyai arrasy daripada apa yang mereka
sifatkan.”
2.
Mestilah mengimani dan menyakini bahawa Allah tidak mencipta Alam
ini tanpa tujuan atau untuk
bermain-main sahaja, kerana perbuatan sia-sia dan main-main yang tidak
mempunyai tujuan itu tidak layak bagi Allah yang bersifat dengan
sifat-sifat kesempurnaan.
Matlamat dan tujuan Allah menciptakan alam ini sukar difahami
secara terperinci kecuali melalui seorang rasul yang diutuskan oleh Allah
atau melalui wahyu Allah. Dalam
hubungan ini Allah berfirman :
(Al-Mukminun
115-116)
Maksudnya :
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan
kamu untuk bermain-main (sahaja)
dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan
kepada Kami, maka maha suci
Allah raja yang sebenarnya
tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia”.
3.
Mestilah mengimani dan menyakini bahawa
Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab untuk
tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka
tentang matlamat dari kewujudan mereka di dunia ini, dan ke mana
akhirnya penghidupan mereka. Mestilah
beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul yang terakhir dari para
rasul yang diutuskan Allah. Beliau
telah dibantu dan diperkuatkan Allah dengan Al-Quran sebagai mukjizat yang
kekal abadi. Dalam hubungan
ini Allah berfirman :
(An-Nahl –36)
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul
pada tiap-tiap umat (untuk
menyerukan) “sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut
itu.” Maka di antara
umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di
antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.”
4.
Mestilah mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia
dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah sebagaimana
sifat-sifatNya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan
mengabdikan diri kepadaNya. Dalam
hubungan ini Allah telah berfirman :
(Az-Zariyat :
56-58)
“Dan aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.
Aku tidak sekali-kali menghendaki supaya mereka
memberi Aku makan. Sesungguhnya
Allah, Dialah Yang Maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat
kukuh” .
5. Mestilah mengimani dan menyakini bahawa
syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat dan neraka adalah
balasan dan ganjaran siksa bagi orang-orang kafir.
Dalam hubungan ini Allah berfirman :
(As-Syura: 7)
Maksudnya :
“Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka”
6.
Mestilah mengimani dan menyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh
mencapai kebaikan dan
kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya.
Tetapi sungguhpun demikian pada hakikatnya
tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik dan
pertolongan Allah. Begitu
juga tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan
kecuali dengan kehendak Allah. Kesemua ini adalah dalam
lingkungan izin dan kehendak Allah. Dalam
hubungan ini Allah berfirman
:
(As-Syams : 7
– 9)
Maksudnya :
“Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikkan dan ketaqwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyusikan jiwa itu dan
sesungguhnya rugilah oran gyang mengotorkannya”
Dan firman Allah lagi :
(Al-Mudassir :
36)
Maksudnya :
“Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya”
7.
Mestilah mengimani dan menyakini bahawa persyariatan (penciptaan
dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.
Syariat dan undang-undang Allah ini tidak boleh dilewati atau
dilanggar. Satu-satunya yang
harus bagi muslim ialah
melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas
syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu
sendiri. Dalam hubungan ini
Allah berfirman :
(As-Syura :
10)
Maksudnya :
“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah)
kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itu Tuhanku kepada Nya
aku bertawakal dan kepada Nya
aku kembali.
8. Mestilah mempelajari dan berusaha untuk
mengetahui nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
Dalam hubungan ini Abu Hurairah telah meriwayatkan hadis yang mana
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Maksudnya :
“Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu tidak seorang pun
yang menghafaznya kecuali beliau akan masuk syurga.
Allah itu ganjil (yakni tidak genap dan Allah tidak menyukai
perkara yang ganjil tidak genap).”
9.
Mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir
tentang zat Allah, ini dilakukan kerana patuh dan tunduk kepada perintah
Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang tersebut dalam sabdanya :
Maksudnya:
“Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan janganlah kamu
berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan
zat) Allah sebenarnya.” Hadis
diriwayatkan oleh Abu ruqim dalam Al-Hilyah dan diriwayatkan juga oleh Al-Asbahani
dalam Al-Targhib wal-Tarhib.
10. Mestilah mengabdikan diri hanya kerana Allah
semata-mata, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
Pengabdian diri kepada Allah ini dilakukan kerana menyahut seruan
Allah yang disampaikan melalui para rasul yang telah menyeru
manusia-manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan tidak
tunduk kepada selain Allah. Dalam
hubungan ini Allah telah berfirman :
(An-Nahl: 36)
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan seorang rasul kepada
tiap-tiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah
taghut itu.”
11.
Hendaklah takut kepada Allah semata-mata dan tidak takut selain
dari Allah. Ketakutan kepada
Allah itu seharusnya mendorong kita menjauhkan diri dari perkara-perkara
yang dimurkai dan diharamkan Allah.
Dalam hubungan ini Allah telah berfirman :
(Al-Mulk : 12)
Maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak
akan nampak oleh mereka akan memperoleh keampunan dan pahala yang besar.”
Firman
Allah :
(An-Nur : 52)
Maksudnya :
“Barang sesiapa yang taat kepada Allah dan bertakwa kepadaNya
maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan”.
12.
Mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut
nama Allah. Diam mestilah
kerana berfikir dan bertutur mestilah kerana berzikir, kerana berzikir
mengingati Allah itu adalah merupakan ubat yang paling mujarab untuk jiwa.
Zikir juga merupakan senjata yang paling tajam dalam menghadapi
serangan-serangan zaman pancaroba hidup dan liku-likunya.
Inilah yang paling diperlukan oleh manusia masa kini.
Dalam hubungan ini Allah berfirman :
(Ar-Ra’d
:26)
Maksudnya :
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah. Ingatlah
hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
Firman Allah :
(Az-Zukhruf :
36)
Maksudnya:
“Dan barang sesiapa yang
berpaling dari mengingati Allah yang Maha Pemurah Kami adakan baginya
syaitan (yang menyesatkannya)
maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”
Dr. Brail telah menerima hakikat ini yang mana beliau telah
mengatakan : “Seseorang yang berpegang teguh dengan agama tidak akan
mengidap penyakit jiwa.”
Caringi, seorang ahli ilmu jiwa telah mengatakan : “Doktor-doktor
ilmu jiwa mengetahui bahawa iman yang kuat dan pegangan yang teguh, kepada
agama sudah cukup untuk
menghilangkan perasaan keluh kesah, ketegangan saraf dan dapat
menyembuhkan penyakit:
13.
Mestilah menyintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati
sentiasa merindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.
Kecintaan itu akan mendorong untuk
sentiasa melakukan kebajikan, berkorban dan berjihad pada jalan
Allah. Kenikmatan
dunia yang fana dan kecintaan
kepada kaum keluarga dan kerabat tidak akan
menghalang kita melakukan perkara kebajikan. Berkorban pada jalan
Allah kerana patuh kepada firman Allah :
(An-Taubah
:24)
Maksudnya :
“Katakanlah, jika bapa-bapa, saudara-saudara, isteri-isteri kamu
keluarga, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan
rasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusanNya. Allah
tidak memberi pimpinan kepada orang-orang fasik.”
Berkorban pada jalan
Allah kerana ingin mendapat kemanisan iman sebagaimana yang telah
disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
hadisnya :
Maksudnya :
“Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga itu dalam
dirinya beliau akan mendapat kemanisan impian, iaitu : Bahawa Allah dan
rasulNya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau
tidak mengasihi seseorang kecuali
kerana Allah, bahawwa beliau
benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke
dalam neraka.”
14.
Mestilah bertawakal kepada Allah dalam semua urusan.
Mestilah bergantung kepada Allah dalam semua perkara.
Kesemua ini akan membangkitkan dalam diri satu kekuatan dan
kesedaran roh sehingga akan merasa perkara-perkara yang berat itu menjadi
ringan. Firman Allah :
Maksudnya :
“Dan barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah
nescaya ia akan memberi kecukupan kepadanya”.
15. Mestilah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan
KurniaNya yang tiada terhingga. Bersyukur
dan beterima kasih adalah sebahagian dari sifat-sifat beradab dan sopan
santun daripada penerima kepada orang yang memberi nikmat, (Allah). Firman Allah :
(Surah
An-Nahl:17)
Maksudnya :
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui sesuatu pun dan ia memberi kepadamu, perdengaran, penglihatan
dan hati agar kamu bersyukur.”
Firman Allah lagi :
(Yasin :
33-35)
Maksudnya :
“Dan satu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah
bumi yang mati, kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya
biji-biji maka daripadanya mereka makan dan Kami jadikan padanya
kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan
padanya beberapa mata air supaya mereka
dapat makan dari buah-buahan dan dari apa yang diusahakan oleh
tangan mereka, maka mengapakah mereka tidak bersyukur.”
Allah telah menjanjikan akan menambahkan kurnia nikmatNya kepada
mereka yang bersyukur dan mengugut akan menambah rugikan orang-orang yang
engkar dan tidak berterima kasih.
Firman
Allah :
(Ibrahim
: 7)
Maksudnya :
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika
kamu bersyukur pasti kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu jika kamu
mengingkari (nikmatku) maka sesungguhnya azabKu amat pedih.”
16.
Mestilah meminta ampun dari Allah dan sentiasa bertaubat (beristighar)
kerana istighfar itu merupakan kifarat bagi segala kesalahan di samping
membaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat meniupkan rasa kerehatan dan ketenangan
dalam jiwa.
(An-Nisa’
:110)
Maksudnya:
“Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan, menganiayai diri
sendiri kemudian ia mohon ampun kepada Allah mesti ia mendapati Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
Firman Allah lagi :
(Al-Imaran:135)
Maksudnya :
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mereka mengerjakan perbuatan
keji atau menganiayai diri
sendiri mereka itu akan ingat kepada
Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa-dosa selain daripada Allah dan mereka tidak
meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui balasan bagi mereka
itu ialah keampunan dari Tuhan mereka”.
17.
Mestilah sentiasa dalam keadaan bemusraqabah terhadap Allah baik dalam
keadaan terang atau tersembunyi.
Seharusnya sering merasa-rasakan firman Allah :
(Al-Mujadalah
: 7)
Maksudnya :
“Tiada perbicaraan rahsia antara tiga orang
melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (perbincangan antara)
lima orang melainkan Dialah
yang keenam dan tiada (pula) perbicaraan
antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih melainkan Dia ada
bersama-sama mereka dimanapun mereka berada kemudian Dia memberikan kepada
mereka pada hari kiamat (nanti) apa yang telah mereka kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”