AGAMA

OBJEKTIF

1.    Pelajar dapat menghayati betapa pentingnya manusia kepada agama. 

2.    Pelajar boleh menganalisa mengenai pengertian dan kefahaman agama serta perbezaannya  antara Ad-Din dengan Riligion. 

3.    Pelajar boleh menganalisa perbezaan antara ciri-ciri agama yang umum, ciri-ciri agama  wahyu dan ciri-ciri agama budaya dan kesannya dalam kehidupan manusia. 

4.    Pelajar dapat menghayati betapa perlunya manusia ini kepada agama wahyu sama ada manusia zaman silam mahupun zaman moden.

AGAMA

 

PENDAHULUAN  

       Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa beragama itu adalah satu perkara yang telah menjadi tabiat manusia.  Jika kita mengkaji sejarah orang-orang dahulu kala kita dapati semua mereka beragama walaupun beragama yang tidak  diakui oleh pencipta alam ini, soalnya mereka tetap beragama dan tetap  mengakui diri mereka lemah.  Begitu juga pada zaman moden ini umat manusia  yang sudah sampai kemuncak  kejayaan dan kemajuan dalam semua bidang yang serba serbinya canggih, mereka tetap memerlukan agama  sebagai tempat  kebahagiaan masing-masing.  Apakah itu agama, ciri-cirinya, bentuknya dan mengapakah manusia memerlukan agama ?

DEFINASI AGAMA

       Ada berbagai-bagai pengertian, kefahaman, tafsiran dan penghayatan manusia mengenai perkataan agama yang disebut Religion atau Ad-Din.  Secara umum dan ringkas dari segi bahasa perkataan agama merangkumi erti kuasa tertinggi (Al-Hikimiah), taat dan patuh, berpegang teguh dengan balasan sistem pemikiran dan peraturan.

       Perkataan agama juga berasal dari bahasa Sangskrit sama ertinya perkataan “Peraturan” dalam bahasa Melayu kita.  Ada juga yang mengatakan  perkataan agama dalam bahasa  Sangskrit itu asalnya terdiri dari dua suku kata iaitu Suku A dan Suku Gama.  Yang pertama “A” bermakna “Tidak” dan suku yang kedua “GAMA”.  Yang pertama “A” bermakna “Tidak” dan suku yang kedua “GAMA”  bermakna “Kacau”.  Jadi makna kedua-duanya ialah “TIDAK KACAU”.

       Oleh itu dapat kita katakan agama itu adalah suatu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi supaya umat manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram berdasarkan kehendak agama tersebut tidak berlaku sebarang jenis kekacauan.

       Dengan lain perkataan agama adalah aturan hidup yang amat diperlukan oleh manusia.  Tanpa peraturan tertentu akan menimbulkan kemelaratan, kekacauan, penganiayaan  dan sebagainya.  Oleh sebab itu hidup yang tidak berperaturan serupalah hidupnya dengan haiwan-haiwan.  Haiwan-haiwan itu tidak tahu kepunyaan siapa yang diambil atau dimakannya.  Haiwan itu boleh berbuat sesuka hati tanpa memikirkan apa-apa.  Yang kuat mengejar yang lemah, yang besar memetuk yang kecil, sigagah tempat menjadi raja, hidup tanpa berperaturan.  Itulah hidup haiwan.

       Sarjana-sarjana barat pula menganggap bahawa agama yang dipanggilnya sebagai Religion itu berasal dari perkataan yang dimaksudkan sebagai “Suatu ikatan lengkap untuk mengikat manusia dengan sebahagian perkerjaannya dengan ikatan wajib dan untuk mengikat seseorang manusia dengan Tuhan”.  Tegasnya mereka mengatakan bahawa agama adalah semata-mata pengikat makhluk dengan Tuhan.

       Tuhan  yang dikehendaki oleh Takrif “Religion” ini bukanlah Tuhan yang Maha Esa tetapi Tuhan-tuhan yang disembah oleh orang dahulu seperti Dewa-dewa, puaka dan sebagainya.

       Mengikut takrif ini agama hanya berkisar masalah kepercayaan kerohanian dan akhlak semata-mata.  Oleh kerana masalah peraturan hidup dan kehidupan manusia yang merangkumi politik sosial budaya dan ekonomi tidak  ada hubung kaitnya dengan agama.  Agama hanya fahaman sebagai satu amalan peribadi, yakni hubungan insan dengan Tuhannya sahaja.

         Agama dari segi istilah ialah ajaran-ajaran yang disyariatkan oleh Allah melalui RasulNya untuk panduan umat manusia.  Menurut definasi ini, agama adalah meliputi akidah dan amal.  Hanya agama Tuhan seperti Islam, masihi dan Yahudi sahaja  yang diakui sebagai agama.  Adapun kepercayaan-kepercayaan lain tidak boleh dianggap sebagai agama, kerana ajarannya bukan datang dari Allah.

       Agama menurut pandangan Islam ialah suatu undang-undang yang dicipta oleh Allah untuk dipatuhi oleh makhluknya demi kepentingannya mereka di dunia  dan di akhirat dan disediakan balasan yang setimpal  lagi saksama.

       Dengan lain perkataan agama merupakan ajaran Allah yang dijadikan sebagai sistem hidup manusia yang menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan mereka meliputi perkara-perkara jasmani dan rohani, dunia dan akhirat, mengatur hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan cara hidup yang merangkumi segala soal hidup dunia dan akhirat, kepercayaan akidah, syariah dan akhlak, politik, sosial, ekonmi, pendidikan, falsafah dan sebagainya.

 

CIRI-CIRI AGAMA YANG UMUM 

1.    Adanya kepercayaan kuasa yang tertinggi.

2.    Adanya kewajipan taat setia dan patuh.

3.    Adanya peraturan-peraturan yang tertentu.

4.    Adanya konsep balasan. 

PERBEZAAN YANG PENTING DALAM PENGERTIAN INI

  1.    Dalam Islam sumbernya datang dari Wahyu (Hidayah Allah).  Bukan sumber akal fikiran, pengalaman, ramalan dan sebagainya.

2.    Dari segi skop atau ruang lingkup.  Dalam Islam ruang agama sangat luas meliputi segala bidang kehidupan manusia sama ada yang berhubung dengan Tuhan dengan manusia  atau manusia  dengan manusia atau manusia  dengan alam rohani dan jasmani atau dunia dan akhirat, ibadah, akidah, syariah, akhlak dan lain-lainnya, tetapi dalam bukan Islam skopnya terbatas kepada bidang-bidang rohani, akhirat dan ibadat  hubungan dengan Tuhan sahaja.

3.    Matlamat : Dalam Islam matlamat beragama ialah menumpukan peribadatan dan penghambaan insan hanya kepada Allah yang Esa, mencari keredhaan Allah, mencapai kebahagian dunia dan akhirat.  Dengan itu segala apa kebajikan yang lain dengan sendirinya terkandung dalam konsep ibadat.  Tetapi matlamat bukan Islam adalah berbagai-bagai  matlamat seperti memenuhi kekosongan jiwa, mencari ketengangan, memuja sesuatu yang ghaib, meminta dan mengharap dan sebagainya.

PEMBAHAGIAN AGAMA

       Segala agama yang ada di kalangan manusia secara umum dibahagikan kepada dua bahagian :

       1.  Agama Wahyu

       2.  Agama Budaya

       Agama Wahyu ialah agama yang datangnya dari Allah seperti Yahudi Masihi dan Islam. 

       Agama budaya ialah agama yang datangnya dari sumber dan hasil akal fikiran manusia.  Pada hakikatnya agama budaya bukannya Ad-Din tetapi lebih tepat hanya falsafah moral.

 

 

CIRI-CIRI AGAMA WAHYU

1.    Datangnya dari Allah, Tuhan Yang Maha Esa, pencipta yang lebih berhak berkuasa dari segala makhluk.

2.    Akidahnya berdasarkan tauhid, mengesakan Tuhan

3.    Disampaikan oleh seseorang Rasul.

4.    Mempunyai kitab atau suhuf, wahyu dari Allah

5.    Ajarannya sesuai, bertempatan dengan fitrah dan akal manusia.

 

MANUSIA DAN AGAMA

 

  OBJEKTIF

1.    Memberi   panduan kepada pelajar  mengenai kejadian manusia dan hubungan dengan agama.

2.    Pelajar mampu menganalisa hakikat kejadian manusia yang berpandukan Al-Quran dan Hadis serta menyakininya.

3.    Pelajar-pelajar mampu membezakan antara unsur-unsur jasmani dengan unsur-unsur rohani yang terdapat dalam diri manusia berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

4.    Pelajar-pelajar dapat melaksanakan  dan menghayati tuntutan-tuntutan manusia sama ada tuntutan  jasmani atau rohani.

5.    Pelajar-pelajar dapat memahami keindahan dan kesempurnaan seorang insan melalui keindahan Al-Khalaq dan Al-Khuluq.

 

MANUSIA DAN AGAMA

       Manusia telah mengkaji dan mencari-cari dan akan terus mengkaji  dan mencari hakikat dirinya.  Kesemuanya  ini merupakan hasil dari naluri semulajadi yang ingin mengetahui yang telah sedia ada dalam dirinya.  Namun demikian manusia tetap tidak akan dapat mengenal dirinya selama manusia itu tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya seperti yang  dikemukakan oleh Maha penciptanya.

       Yang mencipta itulah yang mengetahui, maka logiknya ialah bahawa Allah yang mencipta manusia sahaja yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia.  Firman Allah :

[Surah Al-Mulk : 14]

       Maksudnya :

                                    “Tindakkan Allah yang menciptakan sekelian makhluk itu mengetahui                   (segala-galanya) sedang ia amat halus urusan tadbirnya lagi mendalam pengetahuannya Maha mengetahui segala ciptaanya”.

       Firman Allah :-

  [Surah An-Najm: 32]

       Maksudnya :

                        “Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu, maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci.  Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”

       Allah yang menciptakan manusia maka dialah yang mengetahui asal usul kejadiannya, kelemahan dan kesempurnaannya, tugas dan risalah, kedudukan dan jawatannya, matlamat dari kewujudan dan falsafah hidupnya, juga mengetahui tentang kepastian dari kehidupannya yang abadi.  Walaupun manusia telah, sedang dan akan terus mencari ciri-ciri tersebut, namun pengetahuan mereka jauh sekali dari kesempurnaan dan ketetapan  seperti pengetahuan atau pengenalan yang dikemukakan oleh Maha Pencipta alam semesta dan Maha Pencipta manusia.

HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA

   

       Menurut Al-Quran sebagai kalamullah telah menegaskan bahawa manusia dicipta oleh Allah dari dua unsur iaitu :-

       (i)      Unsur Jasmani

       (ii)      Unsur Rohani

 

UNSUR JASMANI

       Al-Quran telah menceritakan secara detail dan terperinci tentang proses kejadian manusia yang pertama (Adam) ataupun zuriat keturunannya dari segi unsur jasmani.

Kejadian Adam

       Tentang proses kejadian Adam Al-Quran telah menyebutkan beberapa istilah.

       (a)     Dari Air

                 Firman Allah  :

[Surah Furqah : 52]

                 Maksudnya :-

                                                Dan Dia (Allah) menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan musyarah dan adalah Tuhanmu Maha  Kuasa.

       (b)     Dari tanah (turab)

                 Firman Allah :

[Surah Ar-Ruum: 20]

                 Maksudnya :-

                                                Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang baik.

 

       (c)     Dari Tanah (Tin)

                 Firman Allah :

[Surah Alsaffat : 11]

                 Maksudnya :

                                                “Sesungguhnya, kami telah menciptakan mereka dari tanah liat”

       (d)     Dari tanah panas dan berbau

                 Firman Allah :

[Surah Al-Hijr : 28]

                 Maksudnya :

                                                Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk

 

       (e)     Dari tanah yang keras seperti tembikar.

                 Firman Allah :-

 

[Surah Ar-Rahman : 14]

                 Maksudnya :

                                                Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar.

       (f)      Dari tanah bumi.

 

                 Firman Allah :-

 

 

[Al-Najm : 32]

 

                 Maksudnya :

                                                Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah.

 

 


ADAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

 

       Berikut  dijelaskan melalui ayat-ayat Al-Quran mengenai peristiwa-peristiwa penting  dan cerita  yang ada hubungannya dengan manusia pertama iaitu ADAM A.S.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :

                 “Dan sesungguhnya Kami  telah  menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari  tanah kental yang berubah warna dan baunya.”

       “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma”.

       “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat :  Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”

       “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”

[Surah Al-Hijr: 26 - 29]

       Firman Allah Ta’ala :

       Maksudnya :

                        “Dan ingatlah kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat :  Sesungguhnya Aku hendaklah menjadikan seorang khalifah di bumi.  Mereka bertanya (tentang  hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):  Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat  bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?  Tuhan berfirman: Sesunggunya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

                 “Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada  malaikat lalu ia berfirman : Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.”

                 “Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau (Ya Allah) !  Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah  Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”

                 “Allah berfirman : Wahai Adam ! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah  Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang  kamu sembunyikan.”

                 “Dan (ingatlah)  ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada  Nabi Adam.  Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat  melainkan Iblis : ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

[Surah Al-Baqarah : 30 - 34]

 

       Firman Allah Taala :

       Maksudnya :

                        “Allah berfirman : Apakah mani’nya yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahmu ?  Iblis menjawab : Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan)  jadikan daku dari api, sedang dia  Engkau jadikan dari tanah.”

                 Allah berfirman : Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.”

[Surah Al-A’raaf: 12 - 13]

 

       Firman Allah Taala :

       Maksudnya :

                        “Allah berfirman : Kalau demikian, keluarlah sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) di usir.”

                 “Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.”

                 “Iblis berkata: Wahai Tuhanku!  Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”

                 “Allah berfirman :  Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan  yang diberi tempoh.”

                 “Hingga ke hari - masa yang termaklum.”

                 “Iblis berkata : Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah  menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

                 “Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang  dibersihkan dari sebarang syirik.”

[Surah Al-Hijr : 34 - 40]

       Firman Allah Taala :

 

       Maksudnya :

                        “Iblis berkata : Oleh  kerana  Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus.”

                 “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapat kebanyakan mereka bersyukur.”

                 “Allah berfirman:  Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina  serta terusir.  Sesungguhnya sesiapa  di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.”

                 “Dan  wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan  janganlah kamu hampiri  pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”

[Surah Al-A’raaf: 16 - 19

       Firman Allah Taala :

       Maksudnya :

                        “Maka Kami  berfirman : Wahai Adam, sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.”

 

[Surah Taha : 117]

 

       Firman Allah Taala :

       Maksudnya :

                        “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka,  sambil ia berkata : Tidaklah Tuhan kamu melarang  kamu daripada (menghampiri) pokok ini,melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua  menjadi malaikat atau menjadi dari  orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga).

                 “Dan ia bersumpah kepada  keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah  dari mereka  yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”

                 “Dengan sebab itu dapatlah  ia menjatuhkan mereka berdua ( ke dalam  larangan) dengan tipudayanya.  Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada  mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga.  Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua  dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata ?”

[Surah Al-A’raaf: 20 - 20]

       Firman Allah Taala :

       Maksudnya :

                        “Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima  taubatnya ;  sesungguhya Allah, Dia-lah yang Maha Pengampun (penerima taubat), lagi Maha Mengetahui.”

[Surah Al-Baqarah : 37]

       Firman Allah Taala :

       Maksudnya :

                        “Mereka berdua berkata : Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami  sendiri.  Dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”

                 “Allah berfirman : Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan  tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga  ke suatu ketika(mati).”

                 “Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).”

[Surah Al-A’raaf: 23 - 25]

 

ZURIAT ADAM

 

       Tentang proses kejadian zuriat keturunan Adam pula Al-Quran menjelaskan begitu detail melalui istilah seperti berikut :

(a)   Dari air pati yang hina

 

       Firman Allah :

[Al-Sajdah 9]

       Maksudnya :-

                        Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan memulai penciptaan manusia dari tanah.  Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani).

       Firman Allah :-

 

 

 

 

[Al-Tariq 5 - 7]

 

       Maksudnya :

                        Setelah mengetahui yang demikian, maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan “Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut ke dalam  rahim, yang  keluar dari tulang sulbi dan tulang dada perempuan.

 

 

 

 

(b)   Janin dari perut ibu.

       Firman Allah :-

 

[Al-Najm : 32]

       Maksudnya :-

                        Dan ketika kamu masih janin dalam perut ibu kamu

 

(c)   Berperingkat

 

       Firman Allah :-

[Al-Mukminan : 9 - 4]

 

       Maksud :-

                        Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari  sesuatu saripati (berasal) dari  tanah,  kemudian dijadikan  saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).  Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu  segumpal darah itu kami jadikan segumpal  daging dan  segumpal daging itu kami jadikan tulang berulang, lalu tulang  berulang itu kami bungkus dengan daging.  Kemudian kami jadikan dia makhluk kami jadikan  dia makhluk yang berbentuk lain.  Maka Maha sucilah Allah Pencipta yang paling baik.  Kemudian sesudah itu, sesungguhnya kamu sekelian benar-benar akan mati, kemudian sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) dan Hari Qiamat.

 

       Ringkas dan jelasnya bahawa unsur jasmani dicipta dari tanah di bumi.  Ilmu Sains telah membuktikan bahawa terdapat dalam diri manusia unsur-unsur yang juga ada pada bumi.  Walaupun penemuan sains itu tidak boleh dianggap hakikat ilmiah yang mutlak sehingga dapat  menafsirkan hakikat Al-Quran dengan tepat, namun ianya dapt menjelaskan sebahagian dari hakikat Al-Quran yang mutlak dan sempurna.

 

       Oleh kerana asal kejadian manusia dari sudut unsur jasmani itu ialah dair tanah maka segala tuntutan dan keperluan hidup bersifat jasmani adalah juga dari tanah.   Tuntutan dan juga keperluan hidup manusia yang bersifat  jasmani terkumpul dalam tiga perkara  pokok : makanana dan minuman, pakaian dan perhiasan, kediaman dan keamanan, hakikat ini dibayangkan oleh Al-Quran.

[Taha : 117 - 119]

       Maksudnya :-

                        Maka kami berfirman :  “Wahai Adam”! sesungguhnya (iblis) ini musuh  bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga kerana dengan yang demikian engkau (dan  isterimu) alam menderita.  Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam syurga itu, dan  tidak akan bertelanjang.  Dan sesungguhnya engkau juga  tidak akan  dahaga  dalam syurga itu, dan tidak akan merasa panas  matahari.

                        Tidak keterlaluan  kalau dikatakan bahawa fabrik-fabrik dan kilang  kilang industri di dunia ini tidak terkeluar dari menyediakan tuntutan dan keperluan jasmani manusia semata-mata.  Manusia yang hanya mengakui unsu jasmaninya sahaja dalam hidupnya, itulah yang  disebut kebendaan.  Manusia ini tidak lebih dari benda, bahkan lebih rendah kerana manusia yang selayaknya menjadi tuan kepada benda, yang menguasai benda telah menurun kepada taraf hamba benda yang dikuasai oleh benda.  Manusia kebendaan ini adalah manusia yang ingin mahu kekal di dunia, dan mereka ini diumpamakan oleh Al-Quran sebagai Anjing yang sentiasa  termengah-mengah dalam keadaan yang menjelirkan lidah.  Sama ada dihalau atau dibiarkan ia tetap menjelirkan  lidah dan termengah-mengah.  Islam didatangkan kepada manusia ialah untuk memelihara manusia supaya kekal dalam tahap keinsafan atau Ilahi.  Menurut yang telah ditetapkan oleh Islam bahawa unsur  jasmani serta tuntutan  dan keperluan  jasmani atau  kebendaan itu hanyalah sebagai jalan @ awasilah @ means kepada unsur rohani.  Jasmani atau kebendaan hanyalah alat @ khadam, @ kenderaan untuk mencapai matlamat rohani  atau kerohanian.

UNSUR ROHANI                

       Adapun tentang unsur  kerohanian maka Al-Quran menegaskan :-

 

[Al-Hijr : 29]

       Maksudnya :

                        Kemudian apabila aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanku) maka hendaklah kamu sujud kepadaku.

                 “Dan apabila Aku (Allah) jadikan bentuk rupanya dan Aku (Allah) tiupkan padanya dari rohku....”

       Dalam ayat-ayat yang disebut di atas Allah hanya menegaskan bahawa Allah telah meniupkan DARI ROHNYA,  pada jasmani Adam atau jasmani zuriat  keturunannya setelah dijadikan bentuk rupanya sebagai insan (adalah insan yang serupa bentuk insan kini) Allah tidak menceritakan kepada kita tentang  bagaimana cara atau kaifiyat Allah meniupkan Dari Rohnya itu.  Cara atau kaifiyat ini dirahsiakan oleh Allah yang hanya menjadi hak keistimewaanNya sahaja sebagai Tuhan Maha Pencipta.  Akidah yang benar dan terjamin selamat  ialah bahawa Allah telah meniupkan Dari Rohnya dengan cara atau kaifiyat  yang layak dengan keagungan Allah, dengan maha suci, dan dengan kesempurnaan Allah.  Kita tidak selayaknya dan tidak seharusnya mempergunakan akal kita  atau memaksa akal kita untuk mengkaji dan mencari jawapannya kepada Allah yang Maha Pencipta manusia sendiri tidak pun membayangkan keharusan akal untuk mengharunginya.  Ini tidak bererti Islam merendahkan daya kemampuan akal manusia tetapi sebaliknya dengan tindakan ini Islam telah menghormati  akal  manusia dengan meletakkan akal  pada batas  daerah kemampuan serta menegaskan batas daerah yang di luar kemampuannya persoalan bagaimana Allah telah meniupkan Dari RohNya adalah persoalan yang di luar dari kemampuan akal manusia.

       Dari nas-nas yang dibentangkan oleh Allah tadi terbukti dengan jelas bahawa manusia dicipta dari dua unsur :  Jasmani yang berpunca dari tanah dan ke dua dari unsur rohani yang berpunca dari urusan ketuhanan, atau dari alam ketinggian dan kedudusan, dari sisi Allah.  Cantuman dari dua unsur yang berbeza dan berlainan tabiat, sumber dan arah matlamatnya terciptanya insan @ manusia dengan kekuasaan dan Iradah Allah.

 

TUNTUTAN ROHANI

       Sebagaimana unsur jasmaninya mempunyai tuntutan atau keperluan yang sesuai dengan tabiat kejasmaniannya, maka demikian juga unsur rohaninya mempunyai  tuntutan atau keperluan  yang sesuai dengan tabiat kerohaniannya.  Sebagaimana tuntutan jasmani itu berpunca dari tanah, maka demikianlah juga  tuntutan  rohaninya itu berpunca dari alam ketinggian dan kedudusan; iaitu  terangkum pada : akidah, akhlak dan pengabdian;  atau ringkasannya yang tersimpul dalam kalimah : ISLAM.

       Menepati dengan hakikat ini Allah menegaskan bahawa agama Islam itu adalah fitratullah atau fitrah semulajadi manusia.  Yang bererti Allah menjadikan manusia dari tanah dan menciptakan pula agama Islam untuk panduan hidupnya, sebagai suatu cara hidup yang lengkap sempurna, sesuai dengan tabiat semulajadi manusia itu sendiri.

 

KEINDAHAN DAN KESEMPURNAAN INSAN

       Allah    menegaskan   bahawa   kejadian   Insan   adalah   sebaik   dan seindah kejadian (                                                             )  iaitu keindahan yang dikehendaki ialah keindahan  dalam kedua-dua unsurnya ; jasmani dan rohani.  Bentuk lahir atau  jasmaninya memanglah indah dan sempurna.  Bentuk keindahan ini secara langsung adalah dari ciptaan Allah.  Tetapi keindahan dalam bentuk lahirnya yang diistilahkan oleh Al-Quran (                                )  itu belum menepati keindahan dan kesempurnaan insan seperti yang dikehendaki oleh Allah Maha Penciptanya.  Keindahan dan kesempurnaan Insan memerlukan juga kepada  pembentukan keindahan rohani yang diistilahkan oleh Al-Quran dengan (                     ).   Keindahan “Al-Khalaq”  memerlukan keindahan “Al-Khuluk” supaya ia benar  menepati dengan “Fi-Ahsani Taqwim / dalam sebaik-baik kejadian” .  Tanpa keindahan “Al-Khuluq” dan keindahan rohani maka manusia  akan jatuh ke taraf  “yang paling rendah dari segala yang rendah”.

       Untuk mendapatkan keindahan rohani maka usaha itu diserahkan kepada manusia supaya membentuk diri kerohaniannya atau keperibadiannya itu mengikut  “acuan” yang telah ditentukan oleh Allah Maha Penciptanya. Ringkasnya manusia hendaklah meleburkan unsur kerohaniannya ke dalam  “Acuan Allah”.

       Kesimpulan :  Walaupun manusia dicipta dari dua unsur yang berbeza dan bercanggah tetapi dengan kekuasaan Allah yang memiliki  unsur-unsur dan undang-undangnya telah mencantumkan kedua-dua unsur tersebut dalam satu bentuk kejadian yang dinamakan manusia.  Kegiatan kedua-dua unsur tersebut hanya akan dapat melukiskan “ciptaan” seni hidup yang indah dan bernilai jika sekiranya berpandukan acuan yang telah ditentuka oleh Maha Penciptanya.  Tanpa panduan dari formula atau kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah Maha Penciptanya maka sudah pasti akan melahirkan lukisan hidup yang tidak seni dan bernilai yang mengisi tamadun Islam.

 

AGAMA ISLAM

 

 

 

OBJEKTIF

 

1.    Menyakinkan kepada pelajar tentang Islam adalah agama benar dan sah di sisi Allah.

 

2.    Pelajar-pelajar dapat  memahami kefahaman erti Islam yang sebenar menurut Al-Quran dan Hadis sama ada dari segi bahasa atau istilah.

 

3.    Pelajar boleh menganalisa  mengenai keistimewaan dan keunggulan Agama Islam dari semua sudut.

 

4.    Pelajar dapat membezakan antara Islam secara sukarela dengan Islam terpaksa serta dihayatinya.

 

5.    Memberi panduan kepada pelajar mengenai kaedah dan cara-cara mempelajari Agama Islam supaya tidak berlaku penyelewengan dan kesesatan.

 

6.    Pelajar dapat menghayati dan mempraktikkan Islam sebagai satu cara hidup yang praktikal, dinamik dan membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

 

AGAMA ISLAM

       Agama Islam ialah agama yang sah dan benar.  Yang diakui sahnya dan benarnya oleh Allah.    Tuhan sekelian alam iaitulah Tuhan Yang Maha Esa dan amat berkuasa tidak ada Tuhan  yang sebenarnya lain daripadanya.  Pengakuan yang disebutkan  itu telah diterangkan oleh Allah dengan firmannya di dalam surah Al-Imran ayat 19.

 

 

       Maksudnya :

                        “Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah ialah agama Islam”.

 

Dalam surah Al-Maidah ayat 3 pula Allah telah berfirman

       Maksudnya :

                        “Dan aku redhai agama Islam itu menjadi agama kamu”

Dan dalam surah Al-Imran ayat (85) Allah telah memberi amaran dengan firmannya :

 

 

 

       Bermaksud :

                        “Dan barang siapa yang menganut agama lain dari agama  Islam,                                     tidaklah sekali-kali akan diterima oleh Allah daripadanya dan adalah  ia                                          pada  hari qiamat termasuk golongan orang yang rugi”.

 

PENGERTIAN ISLAM

       Islam ialah perkataan bahasa Arab (nama terbitan) yang mempunyai beberapa pengertian.  Ia dapat kita fahami demi huraian berikut :

1.    Silmun

       bererti aman damai (fikiran dan perasaan)

2.    Salamun

       bererti selamat sejahtera diri, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat.

3.    Taslimun

       bererti menyerah diri, patuh, tunduk taat setia.

4.    Suci dan tulin dari sebarang kecacatan zahir dan batin.

       Daripada beberapa pengertian di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa dari segi istilah Islam adalah satu agama (kepercayaan dan pegangan hidup) yang  menjamin kedamaian fikiran dan perasaan serta mengawal  keselamatan dan kesejahteraan hidup umatnya, diri, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat dengan cara  (syarat) menyerah diri kepada Allah tunduk, patuh dan sabar melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangannya.

       Islam menurut istilah mempunyai banyak pengertian antaranya :

1.    Tercantum dalam sebuah hadis yang berbunyi :

       Maksudnya :

“Hai Muhammad  khabarkanlah kepada aku darihal Islam ?  Maka                                               Rasulullah S.A.W. menjawab : Islam itu ialah bahawa engkau mengakui                                  bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawanya Muhammad itu                                 pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau                                                keluarkan  zakat dan engkau puasa bulan Ramadhan dan engkau                                       mengerjakan  Haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya”

2.    Tunduk, patuh, setia dan menyerah diri kepada Allah serta mentaatinya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.  Ketundukan dengan penuh kesedaran merupakan hakikat Islam yang memberi  kesan sentiasa redha dan menerima agama Allah sebagai pedoman dan cara hidup dengan rasa tulus ikhlas dan jujur kepadanya.

3.    Merupakan kumpulan peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasulnya sama ada peraturan yang berbentuk kepercayaan ibadah, akhlak, muamalah dan sejarah yang terkandung  di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulnya dan diperintahkan untuk disampaikan kepada umat manusia.

4.    Islam adalah pedoman hidup yang sebenarnya petunjuk dalam semua aspek hidup dan kehidupan umat manusia, ubat yang  mujarab untuk mengatasi dan memperbaiki masyarakat dan jalan yang betul bagi orang yang bersedia untuk mengikutinya.

5.    Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang terkandung di dalamnya Aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dan akhlak.

 

       Kesimpulannya segala pengertian tersebut di atas hanya contoh dan boleh ditambah dengan berbagai-bagai definasi.  Semuanya boleh diterima sekiranya  merangkumi maksud  ajaran  yang terkandung di dalam Islam.    Seterusnya semua definasi tersebut tidak bercanggah kerana ianya berlaziman  di antara satu sama lain.  Semakin banyak definasi menunjukkan kepada kita betapa syumulnya Islam sehingga tidak ada perkataan yang dapat kita terjemahkan makna seerti dengan hakikat Islam.

 

 

KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM

       Agama Islam mempunyai berbagai-bagai keistimewaan berbanding dengan agama-agama lain.  Antaranya yang penting adalah seperti berikut :

       1.  Agama Islam datang dari Allah

       2.  Agama Islam agama yang syumul

       3.  Agama Islam agama yang bersifat universal

       4.  Wujudnya hukuman di dunia dan di akhirat

       5.  Agama Islam  agama yang sederhana

       6.  Agama Islam tidak disandarkan kepada nama seseorang atau kaum tertentu.

       7.  Agama Islam membawa persamaan antara manusia

       8.  Agama Islam agama yang praktikal

 

     CIRI-CIRI AGAMA BUDAYA

1. Datangnya bukan dari Allah tetapi hasil dan akal fikiran manusia.

2.Aqidahnya tidak bedasarkan taubid yang betul, tidak tetap tetapi terdedah untuk sentiasa berubah.

3. Tidak disampaikan oleh Rasul.

4. Tidak mempunyai kitab atau suhuf dan Allah.

5. Konsep ajarannya banyak bertentangan dengan akal fikiran dan tidak sesuai dengan fitrah akal yang waras.

6.Hanya semata-mata ketuhanan

       KEPERLUAN MANUSIAKEPADA AGAMA WAHYU

         Manusia sejak zaman dahulu kala adalah arnat memerlukan agama Wahyu kerana:-

1.       Untuk memenuhi sifat fitrah manusia dan tabiat semulajadi manusia ertinya setiap manusia yang waras pasti ingin mengetahui berbagi-bagai rahsia kehidupan alam ini seperti siapakah pencipta ala mini dariman dating nya dan bagaimana kita di hidupkan

2        lJntuk menyelesaikan segala masalah dan persoalan yang bersifat abstrak alam ghaib yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran dan pancaindera, seperti Syurga, Neraka, Alam Kubur, Syaitan, Malaikat dan sebagainya. Segala kemampuan dan daya yang ada pada manusia seperti akal fikiran, pancaindera, pengalaman dan  sebagainya amatlah terbatas kepada benda-benda kasar dan nyata sahaja yang boleh dikesan. Tetapi tidak cukup kuat atau bukan alatnya yang betul untuk menyingkap dan rnemahami wujudnya Tuhan, alam dunia dan Akhirat dalam ertikata yang sebenarnya.

3        Untuk mengenal dan melaksanakan peraturan-peraturan atau syariah yang betul lagi lengkap atau sempurna berasaskan nilai yani mutlak bagi menentukan baik atau buruk, benar atau salah da segala aspek kehidupan.

4.       Bagi jiwa yang sedang gelisah, agama akan memberi penenang hati, tidak sedikit kita mendengar orang-orang yang kebingungan dalam dalam hidupnya selama Ia belum beragama tetapi setelah mengamal dan menjalankan agama, ketenangan jiwa akan datang. Ketenangan mnerupakan idaman kepada manusia dan nikmat yang paling besar,

5.       Untuk membezakan antara masyarakat manusia dengan masyarakat haiwan.            Hidup yang tidak berperaturan itu adaiah hidupnya haiwan.     Manusia dengan kehormatannya perlu ada peraturan untuk hidup.          Manusia adalah makhluk yang sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah. Manusia haruslah berbeza hidupnya dengan haiwan. Jadi manusia perlu ada peraturan. Peraturan  itu dating dan agama wahyu.

6.       Dengan cara beragama, nafsu yang degil yang ada pada       setiap manusia dapat dikendalikan dengan baik. Tuannya pandai memujuk supaya dinikmati sepenuhnya atau sepuas-puasnya mengikut          batas batas hukum, peraturan atau kaedah soslal yang betul.

 

 

AGAMA ISLAM DATANG DARI ALLAH

       Agama Islam bukan ciptaan manusia, sebagaimana agama-agama lain  di muka bumi ini.  Ianya datang daripada Allah subhanahu matala yang diturunkan  kepada manusia melalui perantaraan malaikat Jibril dan memilih Nabi Muhammad sebagai Rasulnya.  Sebagai bukti Al-Quran dan Al-Hadis  yang dijadikan  sebagai panduan dan pedoman umat Islam.  Kedudukannya masih utuh, asli dan  original tanpa sedikit pun sebarang perubahan sama ada ditambah atau dikurangkan.

       Firman Allah :

[Az-Zumar : 2]

       Maksudnya :

                        “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran.  Maka sembahlah Allah dengan memurnikan  ketaatan kepadanya”

       Firmannya :

[As-Sajadah 2]

       Maksudnya :

                        “Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya adalah daripada uhan pentadbir semesta alam”

       Firmannya lagi :

[An-Najam : 3]

 

       Maksudnya :

                        “Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri.Perkataannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan  kepadanya”.

       Ayat-ayat di atas menerangkan dan membuktikan Al-Quran dan al-Hadis merupakan wahyu Allah.

       Allah sifatnya mahu sempurna segala apa bentuk ciptaannya, kejadiannya dan rekaannya adalah  sempurna.  Sebagai bukti kejadian alam dunia ini dan isi kandungannya.  Oleh itu agama Islam adalah agama  ciptaannya bukan ciptaan manusia, maka segala-galanya sempurna sama ada bukan peraturannya atau hukum hakamnya atau undang-undangnya.  Tidak ada di sana  sama sekali erti kelemahan dan kekurangan, penganiayaan dan kezaliman.

       Sebagai seorang Muslim yang benar-benar yakni terhadap kebenaran agama Islam  tidak mungkin akan memperkatakan sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan imej, keunggulan dan keanggungan agama Islam seperti menyatakan Islam agama kolot, Islam tidak sesuai di zaman ini, undang-undang potong tangan zalim dan sebagainya.

 

 

AGAMA ISLAM AGAMA YANG LENGKAP

       Lengkap atau dikenali sebagai syumul merupakan keaslian agama Islam.  Maksudnya ajaran Islam telah mengatur semua aspek kehidupan dan perbuatan manusia, sama ada peraturan-peraturan yang menghubungkan  antara manusia dengan Allah atau manusia dengan manusia atau manusia dengan benda-benda  yang ada di alam ini.  Ini merupakan ciri-ciri penting yang membezakan  dengan agama-agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau beberapa  aspek tertentu sahaja.  Tegasnya Islam sifatnya adalah sebagai Ad-Din atau cara hidup yang merangkumi semua bidang, meliputi kepercayaan, akhlak, ibadat-ibadat yang mendekatkan diri dengan Allah, munakahat, jenayah, cara-cara pemerintah negara, undang-undang antarabangsa, sistem pemerintahan, pemilihan ketua dan sebagainya.

       Allah memberi amaran  kuasa kepada mereka yang tidak melaksanakan keseluruhan :

[Al-Baqarah : 85]

       Bermaksud :

                        “Apakah kamu percaya kepada setengah kitab dan kamu ingkar dengan  yang lainnya ?  Maka tiadalah balasan orang yang berbuat demikian   kecuali kehinaan di atas bumi.  Dan pada hari kiamat nanti  mereka akan        dimasukkan ke dalam siksaannya pedih dan Allah tidak lalai daripada   pekerjaan kamu.                                

       Sebagai kesimpulan Islam mengatur semua sistem  moral,  sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan yang terjalin rapi.  Tidak memisahkan satu bidang hidup dengan yang lain berada dalam keadaan seimbang satu amat bersesuaian dengan watak semulajadi manusia.  Semua peraturan ini memandu manusia ke arah kesempurnaan hidup jasmani dan rohani.

 

AGAMA ISLAM AGAMA YANG BERSIFAT UNIVERSAL

       Sifat universal merupakan ciri keaslian dalam agama Islam.  Diturunkan untuk seluruh umat manusia di dunia ini.  Islam bukan milik satu bangsa tertentu malah semua manusia di dunia ada hak untuk menganutinya.  Firman Allah :

[As Saba’ 27]

       Maksudnya :

                        “Kami tiada mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekelian manusia untuk memberi khabar gembira dan memberi khabar  menakutkan”.

 

       Firmannya lagi :

[Al-a’raf : 158]

       Maksudnya :

                        “Katakanlah, wahai manusia sesungguhnya aku adalah Rasulullah  kepada kamu semuanya”

       Sifat universal juga bermakna agama Islam bukan semata-mata untuk satu generasi atau terbatas pada waktu-waktu atau zaman tertentu saja.  Malah sesuai di sepanjang zaman hidup hingga hari kiamat.  Walaupun keadaan rupa dunia   ini berubah wajah, kemajuan teknologi semakin canggih, Islam tetap sesuai boleh dilaksanakan serta mampu menangani masalah yang timbul di zaman itu.

       Oleh itu Islam agama penutup yang sudah sempurna segala-galanya menutup kekurangan, agama yang terdahulu bahkan memperkuatkan apa yang dibawa  oleh agama yang dahulu semua keperluan manusia sudah tercakup di dalam  peraturan agama Islam.  Allah sifatnya Maha Mengetahui  dan lagi Maha bijaksana menurunkan peraturan-peraturan yang bersifat universal untuk  semua manusia, semua tempat dan semua zaman yang secocok untuk dilaksanakannya.

 

HUKUMAN DI DUNIA DAN BALASAN DI AKHIRAT

       Di dalam agama Islam terdapat hukuman di dunia dan balasan di akhirat yang wajar dan adil samada berbentuk ganjaran pahala atau siksaan.  Pahala diberikan kepada mereka dan mentaatinya sementara seksa (dosa) bagi mereka yang sengaja melanggar dan menyalahi perintahnya.

       Diadakan hukuman di dunia sebagai nasihat dan petunjuk kepada sipelaku-pelaku kesalahan yang dilaksanakan demi untuk memelihara ketenteraman,  kedamaian, kesejahteraan dan ketertiban dalam hidup dan kehidupan manusia.  Seterusnya untuk menjamin dan terpelihara hak-hak manusia itu sendiri.

       Hukuman di dunia tidak dapat menghapuskan hukuman akhirat kecuali disertai dengan taubat.  Taubat  tersebut hendaklah disertai dengan penyesalan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan dan bercita-cita tidak akan mengulangnya lagi.  Seterusnya memohon maaf secara individu sekiranya kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain.

AGAMA ISLAM AGAMA YANG SEDERHANA

       Maksud dengan kesederhanaan ialah Islam tidak terlalu berlebih-lebihan dalam segala hal.  Ia memberikan dan menempatkan sesuatu itu tepat pada tempatnya.  Konsep kesederhanaan  yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagai formula bagi menyelesaikan persoalan kehidupan manusia dan ianya memperlihatkan bahasa seluruh ajaran Islam adalah mampu dilaksanakan oleh manusia.

       Firman Allah :

 

[Surah Al-Furqan: 67]

       Maksudnya :

                        “Dan orang-orang yang membelanjakan wangnya dengan tiada                                                berlebihan-lebihan dan tiada pula kikir, melainkan adalah pertengahan                                  antara kedua-duany.

       Hadis :

 

       Maksudnya :

                        “Sebaik-baiknya perkara adalah pertengahan”       

       Dalam Islam seorang tidak boleh  mengerahkan  segenap daya dan tenaganya hanya untuk beribadat  tanpa menghiraukan kehidupan duniawi atau menyiksa dirinya atas dalih untuk beribadat atau menyusahkan dirinya dan menyulitkannya.

       Hadis :

 

       Maksudnya :

                                    “Telah datang tiga  orang sahabat ke rumah isteri-isteri Rasulullah           menanyakan tentang ibadahnya ketika diberitakan mereka bertanya                    bagaimana kita ini jika dibandingkan dengan Rasulullah.  Baginda telah       diampuni dosanya yang dahulu dan akan datang.  Salah seorang di antara mereka berkata Demi Allah aku akan sembahyang terus menerus, yang seorang  lagi berkata, Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak akan berbuka.  Seorang lagi berkata, Aku akan menyingkir dari perempuan dan tidak akan kahwin untuk selama-lamanya.   Maka datanglah Rasulullah lalu bersabda : Kamu yang mengatakan begini dan begitu ?              

                        Demi Allah aku adalah orang yang paling takut dan paling taka kepadanya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersembahyang dan tidur, kahwin dengan perempuan-perempuan.  Barangsiapa benci kepada sunnahku bukanlah dia daripadaku.

       Menyiksa tubuh badan dan membebankan sesuatu  bebanan di luar kemampuan manusia bukanlah datang dari ajaran Islam dan bukanlah cara untuk mencapai  kesempurnaan hidup.  Sesiapa yang menganggap kesempurnaan  hidup dapat dicapai dengan cara sedemikian, merupakan satu khayalan dan menyimpang dari jalan yang benar.  Islam adalah agama yang mudah dan sederhana segala-galanya.

 

ISLAM TIDAK DISANDARKAN NAMA ATAU KAUM TERTENTU

       Banyak agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing adakalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas atau  kepada umat yang tertentu yang menubuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan.  Agama masihi misalnya mengambil  namanya daripada al-masih.  Agama Buddha diambil daripada nama pembawanya Gautama Buddha dan agama Yahudi diambil dari kabilah  yang  terkenal dengan nama Kabilah Yahuda dan lain-lain lagi.

       Berlainan dengan agama Islam ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada umat tertentu.  Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang terkandung di dalamnya oleh makna Islam itu  sendiri.  Ia mempunyai matlamat untuk menghias seluruh penduduk bumi dengan sifat Islam.  Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini adalah muslim.  Juga orang yang berhias dengan pada masa depan adalah muslim.

ISLAM MEMBAWA PRINSIP PERSAMAAN ANTARA MANUSIA

       Islam satu agama yang membawa prinsip persamaan antara manusia tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, bahasa, pekerjaan dan kekayaan kecuali dari segi iman dan takwa kepada Allah serta banyak beramal kepadanya.  Firman Allah :

 

[Surah Al-Hujurat: 13]

       Maksudnya :

              “Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan  dan kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kami saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kami adalah orang yang paling takwa”.

       Rasulullah bersabda :

       Maksudnya :

              “Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah Esa, ayah kamu juga satu.  Kamu semua berasal dari keturunan Adam dan Nabi Adam daripada tanah.  Orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”.

              Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa  kepada persamaan manusia seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi.  Rasulullah telah mempraktikkan prinsip ini dengan sabdanya :

       Maksudnya :

              “Jikalau Fatimah binti Muhamad mencuri pasti aku potong tangannya”

       Khalifah Umar bin Al-Khattab telah melaksanakan hukuman rejam kepada anaknya yang melakukan zina.

       Begitu juga Rasulullah telah mendengar seorang Muslim Abu Zar Al-Ghaffar pernah mengeluarkan kata-kata kepada kawannya seorang Muslim (Bilal bin Ribah)  yang berasal dari  keturunan negro dengan panggilan “Anak Hitam” maka Rasulullah telah memberi teguran dengan mengatakan bahawa panggilan yang sedemikian itu adalah panggilan di masa Jahiliah.

 

ISLAM SUKARELA DAN ISLAM TERPAKSA

       Sebenarnya semua makhluk di dunia ini fitrah semulajadinya Islam, menyerah diri dan patuh kepada Allah.  Sama ada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, cakerawala, hidupan dalam lautan atau daratan, secara sukarela atau terpaksa.  Firman Allah :

[Al-Imran : 83]

       Bermaksud :

              “Apakah yang lain agama Allah mereka mahu, sedang kepadanya (Allah) telah Islam (tunduk dan patuh) segala yang dilangit yang dibumi dengan cara               sukarela dan cara terpaksa, kepadanya mereka semua akan  dikembalikan.”

       Islam terpaksa (                 )  maksudnya tunduk dan patuh kepada undang-undang atau hukum semulajadi alam yang telah ditetapkan Allah bagi setiap  makhluknya yang disebut sunatullah seperti perjalanan matahari, bulan bintang, tabiat api membakar, angin, air dan sebagainya.

       Islam sukarela (                   )  maksudnya ialah tunduk dan mentaati perintah Allah dengan kerelaan, pilihan dan ikhtiar serta ikhlas dari hati serta diri masing-masing seperti menunaikan perkara-perkara yang wajib dan meninggalkan  perkara-perkara yang haram iaitu khusus bagi makhluk manusia yang dikurniakan berbagai-bagai kelebihan seperti akal, perasaan, kuasa memilih, kuasa bertindak, petunjuk Al-Quran, pimpinan Nabi dan lain-lain.

 

KAEDAH MEMPELAJARI ISLAM

       Kesilapan atau penyelewengan yang berlaku dalam mempelajari cara-cara dan menghayati agama Islam boleh menimbulkan berbagai-bagai akibat yang buruk seperti penyelewengan ajaran salah, kesesatan, syirik, kufur, murtad  dan sebagainya.  Kerana itu perlu ada pimpinan mengenai cara-cara atau kaedah mempelajari  Islam itu dengan betul.  Antara kaedah yang betul :

1.    Hendaklah Islam dipelajari  dan dikaji menerusi sumber yang asal dan betul iaitu                  Quran dan Sunnah.

2.    Hendaklah mempelajari dengan cara keseluruhan bukan diambil satu-satu bahagian  tertentu secara terpisah.

3.    Hendaklah  dipelajari melalui kitab-kitab yang ditulis dan disusun oleh ulamak-ulamak         Islam yang muktabar bukan seperti melalui buku-buku yang ditulis oleh orang jahil                terhadap  Islam yang berniat  jahat atau musuh termasuk orientalis.

4.    Hendaklah Islam itu sendiri menjadi bahan atau objek pengajian bukan orang atau  pengikut dijadikan objek pengajian.

5.    Islam hendaklah dipelajari sebagai satu syariah dan aqidah diyakini diamalkan.  Ertinya        bukan hanya  dipelajari sebagai satu pengetahuan atau maklumat biasa.

       Banyak ibadah dan peraturan-peraturan dalam Islam yang membawa kepada persamaan manusia seperti  sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain lagi.  Rasulullah telah mempraktikkan prinsip

 

 

 

 

1