BAGI PASANGAN YANG BERKAHWIN
Adab-adab setubuh menurut islam
PERKARA-PERKARA PENTING
SEMASA
MELAKUKAN PERSETUBUHAN
1.
Bertaubat
dan
Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami isteri supaya
membersihkan diri
dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan
batin.
Oleh itu mereka disarankan
supaya memohon taubat kepada
Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.
Diharapkan pertemuan buat kali pertama,
ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan
baru yang dapat
mengabdikan diri kepada Allah.
2.
Amalan Semasa
Masuk
Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :
Ertinya :
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik
/ rumah tersebut.
3.
Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat
keduanya sembahyang sunat dua rakaat.
Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas
dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti
berikut :
>
Ertinya: <
4.
Beramah Mesra
Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya
dan hadapkan mukanya tepat kepada
isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra
antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar
merasa gembira dan mesra.
5.
Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas
umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa
seperti berikut:-
&nnbsp;
Ertinya :
Adab-Adab Melakukan Persetubuhan
a)
Lucut
Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya
selagi isterinya belum melucutkan
semua pakaiannya. Kedua-duanya
hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya
melucutkan pakaian.
Tetapi
janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana
kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu.
Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi
kepadanya.
Suaranya
diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami yang hendak mendatangani
isterinya, sepatutnya dia dan
isterinya
tertutup di dalam satu kain selimut. Tidak menjadi
soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.
Beginilah tegasnya Al Khatab.
b)
Bercumbu cumbuan
Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.
Rasulullah s.a.w. pernah
berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.
Beliau menyelami peringkat peringkat
akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku,
sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari
dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan
itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata
bahawa seseorang
lelaki sayugia menjadi seperti
seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.
Apabila mereka menuntut
sesuatu daripadanya, hendaklah dia
menjadi seorang lelaki. Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh
Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :
“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang
yang keras, megah dan angkuh”
Di dalam riwayat Abu Daud :
“Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”
Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh
dengan dirinya. Dalam hadis
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :
“Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan
kamu pula bermesra dengannya”
Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di
dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan menyebut
nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas
serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.
Kemudian menyebut :
“Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi
Lagi Maha Besar. Ya Allah,
jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari
sulbiku”.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu
menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
Ertinya
“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan
untuk kami. “Jika sekiranya
mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.
Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh
Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :
Ertinya : “Jikalaulah
sesungguhnya siapapun daripada kamu
hendak mendatangi isterinya, dia
berdoalah : “Dengan nama
Allah. Ya Allah ! Jauhilah kami
dari syaitan. Dan jauhilah syaitan
dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”
Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh
dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.
(Riwayat Al-Bukhari)
Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh
dirosakkannya oleh syaitan buat
selama-lamanya.” Ada di antara
mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak
yang akan dilahirkan nanti. Ertinya
syaitan tidak boleh menggoda agama
kanak-kanak ini, hingga dia
menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke
dunia. Yang mana dia telah ditulis
di masa dia masih di dalam
kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.
Golongan ulamak yang lain
pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat
doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.
Apabila
hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan
dua bibirmu:
“Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia
jadikan manusia itu punya keturunan
dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar
dan lain-lain). Tuhanmu Maha
Berkuasa”
Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat.
Dia tidak mengadap
ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati
qiblat.
Kemudian apabila si suami
mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk
memberi peluang kepada isterinya sampai ke
puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan
merbahaya kepada syahwatnya …….
Kemudian jika terlalu lambat mungkin
menyakitkan isterinya pula. Ketidaksamaan
di segi tabiat inzal ini akan
menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya,
sebaliknya persamaan masa inzal
lebih melazatkan. Kalau suami
berdiam diri selepas inzal,
mungkin isteriinya
malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.
Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat
demikian. Itu lebih adil,
difahamkan daripada bilangan isteri yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang. Boleh pula dikurangkan dari kadar tersebut. Ya,
sebenarnya
boleh ditambah
atau dikurangkan
mengikut kadar
keperluan dalam menjaga diri melalui
perkahwinan, kerana menjaga diri melalui perkahwinan itu menjadi
kewajipan.
Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam
bulan Islam, iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam
pertengahan bulan. Dikatakan
bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu
Hurairah.
Saya menjawab, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak yang
diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah
s.a.w. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakkan)
ulama.
Imam Al-Ghazali berkata : “Setengah
ulamak menyatakan sunat bersetubuh
pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan
isteri (Pada hari Jumaat).
Ada juga ulamak berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari
raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.
Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :
A.
Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan
1.
Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air
sembahyang.
2.
Mandi dan memakai wangi-wangian.
3.
Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu
syawat (lelaki, atau perempuan).
4.
Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis
dan malam Isnin.
5.
Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu
kenyang.
6.
Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu
supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi anak, insyaalah akan cerdik (berakal).
7.
Sunat bersetubuh dalam satu
selimut dan di atas satu hamparan elakan daripada
telanjang bogel tanpa penutup kain.
8.
Sunat membaca bismillah dan doa sebelum
dan sesudah bersetubuh.
9.
Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat
dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil
air sembahyang (wuduk).
10.
Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa
sebagai idola / ikutan, isyaalah
sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.
B.
Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan
1. Makruh
jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir
tiap-tiap bulan Islam.
2.
Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.
3.
Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.
4.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar
suaminya boleh mewarisi buta.
5.
Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya
sengaja dilihat orang.
C.
Perkara yang haram dalam persetubuhan
1.
Haram jimak ketika isteri
haid, nifas dan wiladah. Jika
bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
2.
Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.
3.
Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran
nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4.
Haram jimak dalam masjid.
5.
Haram jimak sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6.
Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.