Ikatan Kimia

Dalam ikatan ion, elektron dipindahkan secara lengkap dari satu atom kepada atom yang lain. Dalam proses ini, atom mendermakan atau menerima elektron untuk membentukkan ion. Ion-ion yang bercas bertentangan menarik antara satu sama lain oleh daya elektrostatik yang kuat, adalah dasar ikatan ion.(Ikatan ion ialah ikatan yang terbentuk antara unsur yang ingin  membebaskan elektron dengan unsur yang ingin menerima elektron).

Cuba fikirkan, unsur dari kumpulan manakah dalam Jadual Berkala yang cenderung membebaskan 
elektron ?

Unsur dari kumpulan mana pula yang cenderung  menerima elektron?

Sebenarnya kalau diperhatikan Jadual Berkala , unsur dari kumpulan I, II dan III(logam)  memang tidak stabil kerana terlebih elektron di orbital terluarnya.
Unsur kumpulan I akan membebaskan  1 elektron dari orbital terluarnya membentuk ion bercas +1.
Contohnya, natrium dari Kumpulan I. Perhatikan apa yang berlaku

Kesimpulannya:  

Na - e ----> Na +

Hosted by www.Geocities.ws

1