Kitab Zakat


QURAN

(1)Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat hartamu.(An Nisa' 77)

(2)Ambillah dari harta mereka sedekah(zakat) untuk pembersihan mereka dan menghapuskan kesalahan mereka.(At Taubah 103)

(3)Sesungguhnya orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebaikan melakukan sembahyang dan membayar zaakat,mereka itu beroleh ganjaran di sisi Allah,mereka tiada akan takut dan tiada akan berduka-cita.(Al Baqarah 277)

HADIS

(1) Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a: Nabi s.a.w bersabda: Hasil bumi yang kurang dari lima wasaq iaitu gantang, tidak diwajibkan zakat. Unta yang kurang dari lima ekor, tidak diwajibkan zakat. Perak yang kurang dari lima uqiah (satu uqiah adalah sama dengan 40 dirham perak), tidak diwajibkan zakat.

(2) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.

(3) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah! Adakah aku akan mendapat pahala bila aku memberi nafkah kepada anak Abu Salamah, sedangkan aku tidak mahu membiarkan mereka begini dan begini iaitu ke sana sini mencari rezeki, walaupun begitu mereka adalah anak-anakku. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar, engkau akan mendapat pahala atas apa yang engkau nafkahkan kepada mereka.

(4) Diriwayatkan daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala darinya, maka nafkahnya itu dikira sebagai sedekah.

(5) Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Pada setiap orang muslim terdapat sedekah. Baginda ditanya: Apa pendapat kamu jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia berusaha mengunakan kedua tangannya, sehingga dia dapat memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah. Baginda ditanya lagi: Apa pendapat kamu jika dia tidak mampu? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia mampu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Baginda ditanya lagi: Apa pendapat kamu jika dia juga tidak mampu? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia mampu melakukan kebaikan. Baginda ditanya lagi: Apa pendapat kamu jika dia tidak mampu melakukannya juga? Rasulullah s.a.w bersabda: Dia menahan diri dari melakukan keburukan, maka itu juga dikira sebagai sedekah.

(6) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hari ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada dua Malaikat turun. Satu di antara keduanya akan mengucapkan: Ya Allah, kurniakanlah ganti kepada orang yang berbelanja iaitu menggunakan harta untuk beribadat, untuk kepentingan keluarga, tetamu, bersedekah dan sebagainya. Sedangkan Malaikat yang satu lagi akan mengucapkan: Ya Allah, berikanlah kerosakan iaitu kerugian kepada orang yang tidak mahu berbelanja.

(7) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum harta menjadi banyak serta melimpah-ruah sehingga ada seseorang yang mengeluarkan zakat hartanya tetapi tidak bertemu seorangpun yang ingin menerimanya dan sehinggalah Tanah Arab kembali menjadi padang-padang gembala dan sungai-sungai.

(8) Diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim r.a katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu yang mampu membuat pendinding iaitu penghalang dari azab Neraka walaupun hanya dengan sebelah buah kurma maka lakukanlah.

(9) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: Ingatlah! Seseorang yang memberi pinjam unta kepada seorang penghuni rumah dan unta tersebut mampu mengeluarkan susunya pada pagi dan petang. Sesungguhnya pahala pinjaman unta itu adalah terlalu besar.
(10) Diriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengungkit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmatNya ke atas kamu.

(11) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Wahai wanita-wanita Islam! Janganlah kamu memperlekeh-lekehkan pemberian jiran tetangga walaupun hanya berupa kuku kambing.

(12) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa.

(13)Islam itu di tegakkan di atas 5 dasar 1.menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang hak melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah 2.mengerjakan sembahyang lima waktu 3.membayar zakat 4.mengerjakan haji 5,berpuasa pada bulan ramadhan.Sepakat ahli hadis.

(14) dari abu hurairah telah berkata Rasulullah s.a.w :seseorang yang menyimpan hartanya tidak di keluarkan zakatnya akan di bakar dalam neraka jahannam baginya di buat seterika dari api kemudian di seterikakan kepadanya.seterusnya(hadis ini panjang).riwayat ahmad daan muslim.

(15)dari ibnu umar Rasulullah s.a.w telah berkatatidaklah ada (wajib) zakat pada harta seorang sebelum sampai satu tahun di milikinya.Riwayat Darul futhni.

(16) berkata Rasulullah tidaklah ada zakat pada sapi yang di pakai untuk bekerja.Riwayat abu daud dan Daruquthni



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1