Kitab Wasiat
(1) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhak ke atas seseorang Islam menyimpan sesuatu barang yang hendak diwasiatkannya selama dua malam kecuali wasiatnya itu telah dituliskanya.
(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa r.a daripada Talhah bin Musrif katanya: Aku bertanya Abdullah bin Abi Aufa r.a. Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Dia menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Mengapakah wasiat difardukan ke atas orang-orang Islam atau Mengapa orang-orang Islam diperintahkan supaya berwasiat? Dia menjawab: Baginda mewasiatkan Kitab Allah.
(3) Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Jubair katanya: Ibnu Abbas bertanya: Hari ini hari Khamis! Apa yang telah berlaku pada hari Khamis! Kemudian dia menangis sehingga air matanya membasahi batu-batu kecil. Lalu aku bertanya: Wahai Ibnu Abbas! Kenapa dengan hari Khamis? Dia menjawab: Pada hari itu sakit Rasulullah s.a.w bertambah parah kemudian baginda bersabda: Kemarilah! Aku akan tuliskan untukmu suatu catatan yang membuatkan kamu tidak akan tersesat selepasku. Lalu para Sahabat bertengkar, padahal tidak seharusnya mereka bertengkar di hadapan Nabi. Mereka bertanya: Kenapa dengan baginda? Adakah baginda bermimpi? Tanyalah kepada baginda. Nabi s.a.w bersabda: Biarkanlah aku. Apa yang kualami sekarang ini lebih baik (dari pada mendengar pertengkaranmu). Aku mewasiatkan tiga perkara iaitu usirlah orang-orang Musyrikin dari Semenanjung Tanah Arab, berikanlah kepada para tetamu sesuatu yang sama dengan apa yang pernah aku berikan kepada mereka. Kemudian baginda diam tidak menyebutkan yang ketiga atau mungkin baginda menyebutnya tetapi aku terlupa.
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.