Kitab Tentang ucapan-ucapan yang beradab dan sebagainya
(1) Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di tanganKu.
(2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu memanggil: Wahai hambaku (lelaki) dan hambaku (perempuan). Kerana kamu semua adalah hamba-hamba Allah. Seluruh kaum perempuan adalah hamba-hamba Allah. Tetapi hendaklah dia memanggil: Wahai khadamku, wahai jariahku dan wahai muda-mudiku.
(3) Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Anak Adam selalu mencaci-maki masa, padahal Akulah masa. Siang dan malam berada di tanganKu.
(4) Diriwayatkan daripada Sahl bin Hunaif r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah salah seorang di antara kamu berkata: Celaka sekali aku, akan tetapi sebaiknya hendaklah dia berkata: Susah sekali aku.
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.