Kitab Takdir


(1) Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui penghuni Syurga dan penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya. Sahabat bertanya lagi: Kalau begitu untuk apa amalan dilakukan? Rasulullah s.a.w menjawab: Segala-galanya akan dipermudahkan berdasarkan kepada untuk apakah beliau dijadikan.

(2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mencatit bahawa anak Adam cenderung terhadap perbuatan zina. Keinginan tersebut tidak dapat dielakkan lagi, di mana dia akan melakukan zina mata dalam bentuk pandangan, zina mulut dalam bentuk pertuturan, zina perasaan iaitu bercita-cita dan berkeinginan mendapatkannya manakala kemaluanlah yang menentukannya berlaku atau tidak.

(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1