Kitab Sholat orang musafir dan mengqasarnya
(1) Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Pada peringkat awal, sembahyang diwajibkan secara dua rakaat dua rakaat samada waktu tidak musafir ataupun semasa musafir. Kemudian dikekalkan sembahyang semasa musafir (iaitu dua rakaat) dan ditambah rakaat bagi sembahyang yang bukan dalam keadaan musafir.
(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a: Daripada Rasulullah s.a.w sesungguhnya baginda mendirikan sembahyang semasa musafir di Mina dan tempat-tempat lain sebanyak dua rakaat.
(3) Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Anas bin Sirin r.a katanya: Aku bertemu dengan Anas bin Malik ketika beliau pulang dari Syam. Aku bertemu dengannya di Ain At-Tamr dan aku melihat beliau sembahyang di atas kaldai sedangkan mukanya menghadap ke arah ini, iaitu sebelah kiri kiblat. Aku berkata kepadanya: Aku melihat kamu sembahyang dengan tidak menghadap ke arah kiblat? Dia menjawab: Seandainya aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w melakukan perkara ini, pasti akupun tidak akan melakukannya.
(4) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w tergesa-gesa semasa musafir, baginda menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak.
(5) Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke masjid, maka hendaklah dia melakukan rukuk (sembahyang) sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk.
(6) Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Masruq katanya: Aku bertanya kepada Aisyah
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.