Kitab Sholat
QURAN
(1)Kerjakanlah Sholat,sesungguhnya Sholat itu mencegah perbuatan jahat dan mungkar.(Al Ankabut 45)
(2)Hai orang-orang yang beriman apabila kamu di panggil untuk sembahyang pada hari jumaat maka hendaklah kamu segera mengingati Allah(sembahyang)dan tinggalkan jual beli itu,demikianlah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(Al Jumaat 9)
HADIS
(1) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Ketika orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkatakan tentang waktu sembahyang. Tiada seorang pun yang menyeru kepadanya. Semasa mereka berbincang tentang perkara tersebut, sebahagian daripada mereka berkata: Bunyikanlah loceng sebagaimana loceng orang Nasrani. Manakala sebahagian lagi berkata: Bunyikanlah trompet seperti trompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang agar menyerukan sembahyang? Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Bilal! Bangunlah dan serukan untuk sembahyang.
(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Aku lihat Rasulullah s.a.w apabila memulakan sembahyang, baginda mengangkat kedua tangan hingga ke paras bahu. Begitu juga sebelum rukuk dan bangkit dari rukuk. Baginda tidak mengangkatnya di antara dua sujud.
(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat, nescaya akan diampunkan oleh Allah s.w.t segala dosa yang telah lalu.
(4) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengadu sakit lalu para Sahabat mendapatkan baginda seterusnya membawa pulang. Baginda mendirikan sembahyang dalam keadaan duduk sebaliknya para Sahabat mengikutinya dalam keadaan berdiri. Baginda kemudiannya mengisyaratkan agar para Sahabat duduk. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Sesungguhnya seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia bangkit dari rukuk, bangkitlah dan apabila dia sembahyang dalam keadaan duduk, maka sembahyanglah juga dalam keadaan duduk.
(5) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: Adakah orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam tidak takut kepalanya akan diganti oleh Allah dengan kepala kaldai?.
(6) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.
(7) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Apabila salah seorang dari kamu menjadi imam, hendak dia mempercepatkan sembahyangnya kerana di belakangnya terdapat anak-anak kecil, orang-orang tua, orang-orang yang lemah dan orang sakit. Maka apabila mereka mendirikan sembahyang bersendirian, boleh sembahyang sesuka hatinya.
(8) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang.
(9) Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang sembahyang, janganlah membiarkan seorang pun yang melintasi di hadapannya. Sekiranya ada orang yang melintas maka hendaklah dia menghalang semampunya. Sekiranya halangan tersebut tidak dihiraukan maka hendaklah dia membunuhnya kerana sesungguhnya orang tersebut adalah syaitan.
(10) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang dari kamu mengerjakan sembahyang dengan hanya memakai sehelai pakaian dan tidak ada sedikit pun pakaian yang menutupi kedua-dua bahunya
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.