Kitab Persusuan


(1) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w hendak dijodohkan dengan puteri Hamzah. Akan tetapi baginda bersabda: Sesungguhnya dia tidak halal bagiku. Dia adalah puteri saudara lelaki sepersusuanku sendiri. Pengharaman disebabkan sepersusuan itu sama seperti pengharaman kerana keturunan keluarga.

(2) Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Masruq r.a katanya: Aisyah berkata: Suatu hari Rasulullah s.a.w datang menemuiku, sedangkan ketika itu ada seorang lelaki sedang duduk di sisiku. Tentu saja dia merasa serba salah. Rasulullah s.a.w kelihatan tidak senang hati terhadap aku. Aku menjelaskan: Wahai Rasulullah! Ini adalah saudara sepersusuanku. Baginda lalu bersabda: Cuba kamu lihat dulu saudara-saudara perempuan sepersusuanmu! Sesungguhnya persusuan yang dianggap sah dan dibenarkan ialah anak yang disusu masih kecil dan susu yang diberikan dapat membantu menghilangkan dahaga dan lapar.

(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia.

(4)Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi kalau kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1