Kitab Aqdiah atau keputusan pengadilan


QURAN

(1)Hendaklah engkau menghukum antara mereka menurut peraturan yang di turunkan Allah.(al maidah 49)

HADIS

(1) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu berkelahi di hadapanku. Boleh jadi sebahagian dari kamu lebih pandai mengemukakan alasannya dari yang lain, maka aku akan memutuskan mengikut apa yang telah aku dengari. Oleh sebab itu, sesiapa yang telah aku berikan sebahagian dari hak saudaranya, maka janganlah dia mengambilnya. Kerana sesungguhnya apa yang aku berikan kepadanya itu, tidak lain hanyalah sepotong api Neraka.

(2) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian datang menemui Rasulullah s.a.w Ialu berkata: Wahai Rasulullah! Abu Sufian adalah seorang yang bakhil, dia tidak memberikan nafkah yang cukup untuk aku dan anak-anakku, kecuali harta yang telah aku ambil tanpa pengetahuannya. Apakah dalam hal ini aku akan menanggung dosa? Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Ambillah hartanya itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untuk dirimu dan anak-anakmu.

(3) Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu memutuskan hukuman di antara dua orang dalam keadaan marah.

(4) Diriwayatkan dari pada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki telah membeli tanah dari seorang lelaki lain. Tiba-tiba orang yang membeli tanah itu telah mememui di dalam tanahnya bekas yang mengandungi emas. Orang yang membeli tanah itu berkata kepada orang yang menjual tanah itu, ambilah emasmu ini dariku, kerana aku hanya membeli tanah sahaja dan aku tidak membeli emas darimu. Orang yang menjual tanah itu berkata, yang aku jualkan kepadamu adalah tanah dan semua barang yang terdapat di dalamnya. Lalu mereka berdua meminta pengadilan daripada seorang lelaki, maka lelaki yang diminta menjadi hakim itu bertanya, adakah kamu berdua mempunyai anak? Lalu salah seorang dari keduanya menjawab, Ya, aku mempunyai seorang hamba laki-laki. Kemudian yang seorang lagi berkata: Aku mempunyai seorang hamba perempuan. Maka orang yang diminta memberi pengadilan itu berkata, kahwinkanlah mereka berdua, kemudian belanjakanlah untuk kepentingan diri mereka berdua dari emas tersebut dan bersedekahlah kamu berdua



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1