Kitab Qasamah, Pencerobohan, Qisas dan Diat
QURAN
(1)Barang siapa membunuh orang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah neraka jahannam kekal ia di dalamnya Allah murka kepadanya serta di kutukiNya dan di sediaNya siksa yang berat.(An Nisa' 93)
(2)Hai orang-orang yang beriman di wajibkan atas kamu melakukan qisas(balasan yang sama dengan perbuatan) sebab membunuh orang.(Al Baqarah 178)
(3)Barang siapa membunuh orang mukmin dengan tidak sengaja maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin(kafarat) serta membayar denda(diat) kepada ahli orang yang terbunuh.(An Nisa' 92)
HADIS
(1) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya seorang Yahudi telah memukul seorang hamba perempuan untuk merampas perhiasan yang dipakainya. Orang Yahudi itu memukulnya dengan seketul batu. Dalam keadaan yang sangat lemah hamba perempuan tersebut dibawa mengadap Rasulullah s.a.w, baginda bertanya kepadanya: Apakah si anu yang memukulmu? Hamba perempuan itu mengisyaratkan dengan kepalanya: Tidak! Baginda bertanya lagi kepadanya: Sekali lagi dia mengisyaratkan dengan kepalanya bahawa bukan si anu itu yang memukulnya. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi buat kali ketiga lalu dia menjawab: Ya! Dengan isyarat kepalanya. Kemudian Rasulullah s.a.w memukul orang Yahudi tersebut dengan dua ketul batu.
(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak dihalalkan darah seorang muslim yang telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah kecuali salah satu di antara tiga perkara ini: Iaitu seorang janda yang berzina, seseorang yang membunuh orang lain dan orang yang meninggalkan agamanya iaitu orang yang memisahkan dirinya dari jemaah.
(3) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap kali ada pembunuhan secara zalim, maka putera Nabi Adam yang pertama itu akan mendapat bahagian darahnya, (mendapat dosa) kerana dialah orang yang pertama melakukan pembunuhan.
(4) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya ada dua orang wanita dari Bani Huzail salah seorang darinya memukul yang lain, sehingga menyebabkan janinnya keguguran. Maka Nabi s.a.w memutuskan kepada wanita yang telah memukulnya itu untuk membayar diyat yang berupa seorang hamba lelaki atau perempuan.
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.