Kitab Hibah atau pemberian


(1) Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya: Aku telah sedekahkan kuda yang baik kepada orang yang menunggangnya dalam peperangan fi sabilillah kemudian orang itu mempersia-siakannya sehingga aku menyangka bahawa dia akan menjualnya dengan harga yang murah. Maka hal itu aku tanyakan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: Janganlah membelinya dan jangan pula kamu ambil semula sedekahmu itu kerana orang yang menarik balik sedekahnya itu seperti seekor anjing yang menjilat muntahannya.

(2)Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa sahaja dari kalangan lelaki yang diberi saraan hidup untuknya dan keturunannya maka pemberian tadi menjadi miliknya, tidak harus dikembalikan kepada orang yang memberi karena dia telah memberikan suatu pemberian yang berkaitan dengan hukum pusaka.
(3) Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya: Beliau telah diajak oleh ayahnya datang mengadap Rasulullah s.a.w lalu ayahnya berkata: Saya telah memberikan seorang hamba kepada anak saya ini, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kesemua anakmu itu kamu berikan seperti anak ini? Ayahku menjawab: Tidak! Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ambil kembali hamba budak itu.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1