Kitab Nikah


QURAN

(1)Maka bolehlah kamu menikahi perempuan yang kamu pandang baik untuk kamu 2 atau 3 atau 4,jika kiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil di antara mereka itu hendaklah kamu kawini seorang sahaja.(An Nisa' 34)

(2)Laki-laki itu pemimpin yang bertanggung jawab atas kaum perempuan .(An Nisa' 34)

(3)Adapun perempuan-perempuan yang saleh itu mereka yang taat kepada Allah dan suaminya memelihara hak suaminya sewaktu suaminya itu tidak ada.(An Nisa' 34)

HADIS

(1) Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

(2) Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w melarang iaitu umat Islam berkahwin secara mut'ah pada hari peperangan Khaibar. Rasulullah s.a.w juga melarang dari memakan daging kaldai peliharaan pada hari tersebut.

(3) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.

(4) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang jariah yang akan dikahwinkan oleh keluarganya adakah perlu meminta keizinan serta persetujuan atau tidak perlu? Lalu Rasulullah s.a.w memberitahu kepada Aisyah: Ya! Hendaklah diminta persetujuannya. Saidatina Aisyah menyambung lagi: Aku memberitahu lagi kepada Baginda bahawa jariah itu seorang pemalu. Rasulullah s.a.w memberitahu persetujuannya sekarang ialah diam.

(5) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Makanan yang buruk ialah makanan di majlis kenduri yang mana jemputannya ialah orang-orang kaya sahaja dan orang-orang miskin tidak dijemput. Orang yang tidak memenuhi jemputan sesungguhnya dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya.

(6) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seorang isteri tidur dengan keadaan lari dari katil suaminya iaitu tidak mahu disetubuhi, para Malaikat melaknatinya sehingga dia bangkit dari tidurnya di waktu pagi.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1