Kitab Nazar


(1) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Saad bin Ubadah meminta fatwa daripada Rasulullah s.a.w tentang nazar yang pernah dinazarkan oleh ibunya, tetapi dia wafat sebelum sempat melaksanakannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Maka laksanakanlah untuknya.

(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w melarang kami dari bernazar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menolak sesuatupun tetapi dengan nazar itulah (sesuatu) dikeluarkan dari orang yang bakhil.

(3) Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Bahawasanya Nabi s.a.w melihat seorang tua yang dipapah oleh kedua orang anaknya. Maka Baginda bertanya: Mengapa dia? Orang ramai menjawab, dia bernazar untuk berjalan. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mahu orang ini menyiksakan dirinya sendiri. Kemudian Baginda menyuruhnya supaya menaiki kenderaan.

(4) Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir r.a katanya: Saudara perempuanku telah bernazar ingin berjalan ke Baitullah tanpa memakai alas kaki. Maka dia menyuruhku agar aku meminta fatwa daripada Rasulullah s.a.w untuknya, maka akupun meminta fatwa untuknya, lalu Baginda bersabda: Hendaklah dia berjalan dan berkenderaan.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1