Kitab Al-itqu iaitu memerdekakan hamba
(1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah memperkatakan mengenai seorang hamba yang dimiliki oleh dua orang tuannya, lalu seorang di antara mereka hendak memerdekakan hamba tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia mesti membayar kerugian kepada kongsinya itu.
(2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w, katanya: Baginda telah bersabda: Sesiapa yang memerdekakan seorang hamba mukmin, maka Allah akan membebaskan setiap anggota tubuhnya dari Api Neraka sebagaimana setiap anggota hamba tadi dibebaskan dari belenggu pengabdian.
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.