Kitab Luqatah atau barang yang ditemui
(1) Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi s.a.w untuk bertanya tentang barang yang ditemuinya. Rasulullah s.a.w bersabda: Umumkanlah kepada orang ramai mengenai bentuk dan talinya (bekasnya), kemudian umumkanlah dalam tempoh setahun, sekiranya datang tuannya, maka serahkanlah kepadanya, sekiranya tiada yang datang, maka terserahlah kepadamu. Orang itu bertanya lagi, bagaimana kalau barang temuan itu berupa kambing? Rasuluallah s.a.w bersabda: Untukmu atau untuk saudaramu atau untuk serigala (bererti boleh diambil). Lelaki itu bertanya lagi, bagaimana pula jika yang ditemui itu seekor unta? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Apa pedulimu terhadapnya? Ia (unta itu) sudah membawa bekas air dan kasutnya sendiri (kuat menahan dahaga beberapa hari dan kuat berjalan). Ia mampu pergi ke tempat-tempat air dan memakan pokok-pokok kayu sehinggalah ia ditemui oleh tuannya.
(2) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah seseorang dari kamu memerah susu binatang ternakan orang lain tanpa izin tuannya. Adakah seseorang di antara kamu suka apabila dibawa datang minumannya maka kamu memecahkan bekas minuman itu, lalu isinya dipindahkan, sesungguhnya hanya labu susu ternakan merekalah yang menyimpan makanan untuk mereka, oleh itu janganlah seseorang kamu memerah susu ternakan orang lain tanpa izin tuannya.
(3) Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir r.a katanya: Wahai Rasulullah! Engkau mengutuskan kami, lalu kami pergi kepada suatu kaum, tetapi mereka tidak melayani kami, apa pendapat mu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda kepada kami: Sekiranya kamu pergi kepada suatu kaum, lalu mereka melayan kamu sebagaimana yang sepatutnya dilakukan terhadap tetamu, maka terimalah. Sekiranya mereka tidak melakukannya, maka kamu berhak menuntut daripada mereka hak tetamu yang diwajibkan ke atas mereka.
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.