Kitab Suasana hari kiamat, syurga dan neraka


(1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menggenggam bumi pada Hari Kiamat dan melipat langit dengan tangan kananNya kemudian berfirman: Akulah Raja! Di manakah raja-raja bumi?.

(2) Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat manusia dikumpulkan di tanah putih bersih seperti roti yang lembut, tidak ada apa-apa untuk seseorang itu berlindung.

(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sekiranya sepuluh orang Yahudi mengikutiku nescaya semua orang Yahudi di muka bumi ini memeluk Islam.

(4) Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Penduduk Mekah telah meminta kepada Rasulullah s.a.w supaya menunjukkan kepada mereka satu bukti. Lalu Rasulullah s.a.w memperlihatkan kepada mereka mukjizat pembelahan bulan sebanyak dua kali.

(5) Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tiada seorang pun yang dapat bersabar menghadapi dugaan kesakitan sebagaimana yang baginda dengar daripada Allah s.w.t. Bahkan mereka menyekutukan Allah serta beranggapan Dia mempunyai anak. Namun begitu Allah s.w.t tetap melindungi dan mengurniakan rezeki kepada mereka.

(6) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah orang kafir dibangkitkan di atas muka mereka pada Hari Kiamat? Rasulullah s.a.w menjawab: Bukankah Allah yang menjadikannya berjalan dengan menggunakan dua kakinya semasa di dunia. Jadi, sudah tentu Dia mampu menjadikan mereka berjalan dengan menggunakan muka pada Hari Kiamat.

(7) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman. Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1