Kitab Jual beli


QURAN

(1)Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.(Al Baqarah 275)

(2)Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batal melain kan dengan jalan jual beli suka sama suka.(An Nisa' 29)

(3)Jangan kamu serahkan harta orang -orang yang bodoh itu kepadanya yang mana Allah menjadikan kamu pemeliharanya berilah mereka belanja dari hartanya itu( yang ada di tangan kamu).(An Nisa' 5)

HADIS

(1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah melarang dua cara jual beli: Mulamasah iaitu pembeli hanya menyentuh barang jualan tanpa diteliti dan Munabazah iaitu pembeli melontar sesuatu kepada barang jualan tanpa diteliti.

(2) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w bahawa baginda telah melarang jual beli Habalul-habalah iaitu janin dalam kandungan.

(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah besabda: Janganlah seseorang muslim menawar barang yang sedang ditawar oleh orang lain.

(4) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang orang tengah mengambil kesempatan dengan membeli barang dagangan untuk dijualkan kepada orang kampung.

(5) Diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan, mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka. Sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatannya.

(6) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Janganlah kamu membeli buah-buahan sehingga betul-betul masak iaitu boleh dimakan.

(7) Diriwayatkan daripada Sahl bin Abi Hathamah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang penjualan kurma dibayar dengan kurma, baginda bersabda: Itu adalah riba, iaitu Muzabanah, jual beli yang tidak jelas. Baginda hanya memberi keringanan dalam penjualan secara Ariyyah iaitu satu atau dua pokok kurma diambil oleh satu keluarga dengan kiraan kurma kering dan mereka makan buah yang separuh masak.

(8) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang muzabanah. Muzabanah ialah menjual kurma basah dibayar dengan kurma kering secara timbangan dan menjual anggur segar dibayar dengan anggur kering secara timbangan.

(9) Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah melarang dari muzabanah iaitu jual-beli buah sebelum masak dan muhaqalah iaitu sewa kebun atau ladang dengan buahnya.

(10) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya jika seseorang memberikan tanah kepada saudaranya, maka itu adalah lebih baik daripada beliau memungut hasil yang tertentu sebagai imbalan di atas penyewaan tanah tersebut.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1