Kitab Jihad dan strateginya
QURAN
(1)Di izinkan untuk melawan mereka yang di perangi dengan aniaya dan sesungguhnya Allah kuasa memenangkan mereka orang-orang yang di usir dari negerinya dengan tidak ada alasan yang benar selain kerana mereka berkata"Tukan kami Allah ".jikakalau Allah tidak memberi perlindungan kepada umat manusia memeluk agama masing-masing nescaya hancur binasalah gereja-gereja Nasrani ,Yahudi dan masjid-masjid orang Islam tempat orang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya .dan sesungguhnya Allah menolong barang siapa yang menolong Dia. Sesungguhnya Allah maha kuat dan Maha berkuasa .Mereka yang bila Kami kuatkan kedudukan nya di bumi dikerjakan nya sembahyang dan di keluarkan zakat serta di anjurkan kebaikan dan di larangnya dari kejahatan dan bagi Allah terserah akibat semua pekerjaan".( Al Haj 39-41).
Hadis
(1) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menyerang Bani Mustalik. Sedangkan mereka tidak bersedia untuk menghadapi serangan dari Rasulullah s.a.w, di mana ternakan mereka sedang meminum air di sebuah mata air. Baginda telah membunuh tentera-tentera mereka dan menawan tawanan mereka. Pada hari itu Juwairiyah telah tercedera dan Abdullah bin Umar adalah salah seorang dari tentera Islam dalam peperangan tersebut.
(2) Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan seorang Sahabat untuk melaksanakan salah satu perintahnya, dengan bersabda: Sampaikanlah khabar gembira dan jangan menakut-nakutkan. Permudahkanlah dan jangan memayahkan.
(3) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ketika Allah mengumpulkan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian pada Hari Kiamat kelak, maka setiap orang yang melakukan pengkhianatan akan diberikan tanda sebuah bendera yang bertulis: Ini adalah bukti tanda pengkhiatannya kepada Polan bin Polan.
(4) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya pernah terdapat seorang wanita terbunuh dalam satu peperangan yang diikuti oleh Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w melarang daripada membunuh wanita dan kanak-kanak.
(5) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah membahagikan harta rampasan perang kepada kami. Baginda juga telah mengasingkan satu perlima daripada bahagian kami untuk dibahagikan kepada orang-orang yang lebih tua.
(6) Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w wafat, isteri-isteri Rasulullah s.a.w mengutus Osman bin Affan menemui Abu Bakar untuk bertanyakan bahagian mereka dalam warisan peninggalan Nabi s.a.w. Lalu Aisyah berkata kepada mereka: Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Peninggalanku tidak boleh diwarisi, ia adalah sedekah.
(7) Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Sesungguhnya beliau telah ditanya mengenai luka yang dialami oleh Rasulullah s.a.w dalam peperangan Uhud dan katanya: Muka Rasulullah s.a.w terluka, gigi hadapan baginda patah dan baginda terluka di bahagian kepala. Maka Fatimah puteri Rasulullah s.a.w yang membersihkan darah. Sementara itu Ali bin Abu Talib menuangkan darah tersebut ke dalam sebuah bekas. Ketika Fatimah membasuhnya dengan air, ternyata darah semakin banyak keluar, lalu beliau mengambil sebidang tikar dan membakarnya sehingga menjadi abu. Kemudian Fatimah meletakkan abu tersebut pada luka baginda sehingga darah tidak lagi keluar.
(8) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah sangat murka kepada suatu kaum yang berani melakukan perkara ini kepada utusanNya sambil baginda menunjuk kepada giginya. Kemudian baginda bersabda: Allah sangat memurkai sesorang yang dibunuh oleh Rasulullah s.a.w pada jalan Allah.
(9) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berperang bersama Ummu Sulaim dan beberapa orang perempuan Ansar. Mereka ditugaskan memberi minum dan mengubati tentera yang tercedera.
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.