Kitab Hudud

QURAN

(1)Perempuan dan laki-laki yang berzina hendaklah kedua-duanya di dera masing-masing 100 dera janganlah menaruh sayang terhadapnya dalam menjalankan agama Allah ,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian dan hendaklah di perlihatkan hukuman keduanya kepada kaum muslimin.(an Nur 2)

(2)Atas hamba-hamba perempuan yang berzina hukumnya adalah seperdua hukuman perempuan yang merdeka.(an nisa' 25)

(3)orang-orang yang menuduh perempuan yang sucidengan menyatakan berzina kemudian ia tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi deralah mereka 80 kali.(an nur 4).


HADIS

(1) Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda tidak akan memotong tangan seseorang yang mencuri kurang dari harga sebuah perisai dan sebuah perisai kulit, sedangkan kedua-duanya berharga.

(2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain. Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina, sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya. Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda: Adakah kamu gila? Lelaki itu menjawab: Tidak, Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apakah kamu sudah berkahwin atau berumahtangga? Lelaki itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya: Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.

(3) Diriwayatkan daripada Ubadah bin as-Somit r.a katanya: Ketika aku bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam satu majlis. Baginda bersabda: Seharusnya kamu membuat pengakuan kepadaku bahawa kamu tidak akan menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain juga kamu tidak akan melakukan zina, mencuri dan tidak akan membunuh orang yang telah diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak. Barangsiapa di antara kamu yang mematuhinya maka akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Barangsiapa yang terlanjur melakukannya maka dia akan mendapat hukuman yang merupakan kaffarat baginya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya tetapi Allah telah menutupinya, maka itu adalah urusan Allah. Jika Allah mahu memberi keampunan kepadanya sudah pasti Allah akan mengampuninya. Tetapi jika Allah mahu menyiksanya, maka sudah pasti Allah akan menyiksanya.

(4) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesugguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.

(5) Diriwayatkan daripada Abu Burdah al-Ansari r.a katanya: Beliau telah mendengar Rasulullah s.a. w. bersabda: Seseorang tidak akan didenda lebih dari sepuluh kali sebatan kecuali hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1