Kitab Cerai


(1) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya dia telah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Perkara itu terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka masalah itu ditanya oleh Umar bin al-Khattab kepada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda: Perintahkan supaya dia merujuk kembali kepada isterinya. Kemudian biarkanlah sampai isterinya suci, kemudian haid lagi, kemudian suci sekali lagi. Setelah itu terpulanglah kepadanya samada mahu terus kekal ataupun mencerainya, tetapi itu semua sebelum terjadi persetubuhan. Itulah tempoh edah yang diperintahkan oleh Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung untuk wanita yang diceraikan.

(2) Hadis Zainab binti Jahsyin r.a: Diriwayatkan daripada Zainab binti Abu Salamah katanya: Aku telah masuk menemui Zainab binti Jahsyin sewaktu dia kematian saudara lelaki kandungnya. Dia meminta diambilkan untuknya wangi-wangian lalu dia menyapunya sambil berkata: Demi Allah! Sebenarnya aku tidak perlu memakai wangi-wangian ini. Tapi aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda di atas mimbar: Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat berkabung di atas satu kematian lebih dari tiga hari kecuali terhadap kematian suaminya, maka dia diharuskan berkabung selama empat bulan sepuluh hari.

(3)Hadis Ummu Salamah r.a. Diriwayatkan daripada Abu Salamah r.a katanya: Ummu Salamah telah berkata: Suwaibah al-Aslamiyah telah mengalami nifas beberapa malam setelah kematian suaminya. Ketika perkara itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, baginda mengesyorkan supaya dia berkahwin lagi.

(4) Diriwayatkan daripada Ummu Attiyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita berkabung di atas suatu kematian lebih dari tiga hari kecuali terhadap kematian suaminya sendiri, maka dia diharuskan berkabung selama empat bulan sepuluh hari. Dalam tempoh itu dia tidak boleh memakai pakaian yang berwarna-warni kecuali pakaian yang sederhana. Dia juga tidak dibenarkan memakai celak dan juga mengenakan wangi-wangian kecuali sedikit sahaja yang disapu untuk menghilangkan kesan darah haid.



© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet Explorer 600 x 800.
Hosted by www.Geocities.ws

1