Kitab Bersuci
QURAN
(1)Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan Dia mencintai orang-orang yang suci .(Al Baqarah 222)
(2)DiturunkanNya air bagimu dari langit,supaya kamu bersuci dengan ia.(Al Anfal 11)
(3)Diharamkan atas kamu memakan bangkai,darah dan daging babi.(Al Maidah 3)
(4)Dari bulu-bulu binatang baik yang berupa bulu domba dan bulu unta atau berupa bulu kambing semua itu boleh di pakai perkakas rumahtangga.(An Nahl 80)
HADIS
(1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak akan diterima sembahyang seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwuduk.
(2) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.
(3) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.
(4) Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin membuang air besar, kamu janganlah menghadap kiblat. Begitu juga janganlah kamu membelakanginya sewaktu kencing atau membuang air besar. Sebaliknya menghadaplah ke timur atau ke barat.
(5) Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Seorang arab kampung kencing di dalam masjid menyebabkan orang ramai segera mengerumuninya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia, jangan kamu halanginya. Anas berkata: Sebaik sahaja orang tersebut berlalu, Nabi s.a.w meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya.
(6) Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorangnya disiksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan siksanya, selagi ianya belum kering.
(7) Dari Abu Hurairah berkata beliau"telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w kata lelaki itu"ya Rasulullah kami berlayar di laut dan kami hanya membawa air sedikit jika kami pakai air itu untuk berwudhu kami tidak dapat minum,boleh kah kami berwudhu dengan air laut? Jawab Rasulullah s.a.w air laut itu suci lagi mensucikan bangkainya halal di makan" riwayat lima ahli hadis, menurut keterangan Tirmizi hadis ini hassan sahih.
(8) "Air itu tak di najisi sesuatu kecuali apa bila berubah rasanya atau warnanya atau baunya". Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi.
(9) Apabila cukup air 2 qullah tidaklah di najisi oleh sesuatu pun.Riwayat lima ahli hadis
© 2003 As|k Technology
All Meterial Are Right Reserved. Best Viewed With Internet
Explorer 600 x 800.