|
Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn
keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah
petikan dibawah
Pada 10 Oktober 2002 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya : Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia
tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa Rahmat dari
Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana
kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali
2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan
dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang
diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air
tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak
begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang
menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain
tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan
sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan
tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk
molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang
menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya
"Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan
menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor
berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya
"Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air
zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa
bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment
bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul
air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral
masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air
yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg
buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat
Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau....
Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata
yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel
barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah :
"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air
itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka
masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".
Wassalam.
|